Monday, 6 March 2017

Gelap Mata Kerana Duit

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau di luluskan luahan rasa. Long essay.

Gelap mata manusia kerana duit. Pernah dengar kisah ahli usrah qowiy di indonesia bila masuk politik, dia terpalit dengan kekotoran rasuah dan politik. Saja nak highlight duit ni bahaya.

Ni bukan nak cakap pasal politik negara yang besar, tapi politik masjid pekan kecik je.

Aku baru pindah tempat ni sbb follow husband keja sini. Husband aku memang membesar dkt sini. Mak ayah dia antara orang2 terawal (dah 30 tahun) dkt tempat ni sebelum pekan kecik ni jadi kawasan ke 3 kos sara hidup termahal di Malaysia (aku baca bila ntah fakta ni, mungkin sekarang dah jadi no 1 termahal sara hidup dkt sini). Sebab apa aku ckp mahal, ko mkn kedai goreng2 semua harga sepinggan yang x berapa nak sedap rm7.50 and above. Nasi lemak telur gred C/D dgn bilis rm2.50. Aku xtau la sama je harga dengan KL ke x..tapi logiknya untuk tempat yang mcm ni diorang x boleh assume semua orang gaji rm10k. Ada je miskin tegar berlambak dkt kwasan pekan2 kecik sini.

Topiknya adalah duit khairiat. Aku jujurnya x tahu sgt apa maksud khairiat ni. Apa yang aku faham khairiat ni benda2 berkaitan dengan pengurusan jenazah, (mandi jenazah, baca talkin dan sebagainya). Dekat tempat aku tggal skrg ada dua masjid. Satu masjid kg, dan satu lagi masjid baru (MASJID B) yang khusus untuk pekan kecik ni.

Sorang ustaz namanya Ustaz S telah menubuhkan persatuan khairiat utk Masjid B. So diorang berniat untuk bantu orang2 yang kurang berkemampuan ni kalau ada ahli keluarga yang meninggal. Sebab kawasan aku tggal ni orang tempatan duduk kampung dan orang2 luar ramai beli tanah2 lot dan rumah taman. Orang tempatan kebanyakkan nya keja kampung atau berniaga kecik2. Diorang x mampu nak keluarkan duit beratus2 sekaligus kalau ada kematian. Sbb xde simpanan. Dah nak simpan macam mana kalau nak makan pun x de sgt.

So ustaz S ni ambik inisiatif buat persatuan khairiat dan ajak ramai orang daftar masuk. Persatuan ni berdaftar dan diorang memang buat perlembagaan sendiri. Pendaftaran RM 10 dan setiap kematian ahli atau keluarga ahli, ahli lain kena bayar RM5. Kalau ada dua kematian untuk bulan tu, so kena bayar rm10. Tapi max bayaran RM10 je..x kira 3 ke 4 kematian ke. Max RM10. Family yang meninggal tu akan dapat duit RM1500 untuk bayar pengurusan jenazah mandi kain kapan tahlil orang semayang semua.

Masa penubuhan ni mertua aku antara orang yg terlibat dan ajak2 orang lain utk join. Sampai ada yang x boleh nak join sbb xcukup duit nak byr pendaftaran RM10 tu. Mertua aku pernah bayar dkt sorang makcik ni. Sbb nya mertua aku cakap la senang apa2 jadi nanti kumpulan khairiat boleg tolong. So daftar je la. At last makcik ni keluar sbb x de duit nak byr bulanan yang RM5 tu.

Dah bertahun persatuan khairiat ni tertubuh, ahli makin banyak dan duit dah nak dekat RM300, 000.00. Pengurusan bertukar tangan. Dan suka hatinya diorang dah x ambik Ustaz S ni. Ustaz lain pulak jadi pengerusi persatuan. Aku letak nama Ustaz J. Ustaz J ni imam masjid B. Imam dilantik oleh pejabat agama daerah dan pengerusi persatuan dilantik oleh ahli persatuan. Imam x semestinya menjadi pengerusi persatuan. Imam byk keja2 masjid dia kena uruskan.

Bila Ustaz J naik, diorang introduce yuran tahunan RM120 setahun (RM10/ bulan). Dan kekalkan pembayaran RM5 untuk setiap kematian. Lepas tu mana2 ahli persatuan yang x bayar yuran akan dibuang namanya. Nama2 ni diorang tampal dkt board masjid B. Ahli persatuan ni ramai kot..beratus2 orang..kalau kau kutip RM 5 sekali mati dah berapa ribu dpt. Tu baru sorang mati.

Ok. Let say kau dah masuk persatuan 5 tahun, lepas tu tahun ke 6 bulan pertama kau x de duit nak bayar. So nama kau kena buang dri senarai ahli persatuan. Dan orang2 yang kena buang nama ni x dpt sesen pun. Habis tu duit yang kau duk bayar selama ni pegi mana? Hak sebagai ahli selama 5 tahun mana? Patutnya kau akan dpt duit yang dah di kumpulkan sbb benda ni macam kau bagi orang simpan dulu bila kau perlukan kau akan dpt. Bila kau kena buang nama kau kena la dpt pampasan kan. Pendapat aku.

Tu satu masalah diorang suruh orang bayar yuran tahunan RM120. Masalah x fikir orang tempatan yang join ni sebenarnya nak mudahkan urusan kematian tapi menambahkan masalah kewangan diorang pulak.

Masalah kedua adalah diorang ada duit dah sampai RM300k lepas tu sebok nak kutip lagi dan lagi. Sampaikan ada kes sorang makcik tu family dia meninggal geng2 atasan khairiat ni dtg minta duit dkt kubur kot. X sempat nak balik rumah dulu. Bagi makcik ni bertenang ke apa. Sebok nak minta duit sbb makcik ni ada x cukup bayar.

Patutnya hapuskan la yuran tahunan tu dan buat je kutip setiap kematian yang RM5 tu. Duit berkepuk byk2 nak buat apa?.

Masalah ketiga. Ustaz J ni x nak letak jawatan. Dia nak pegang jawatan pengerusi. 2 3 bulan lepas ada mesyuarat agung persatuan. Kawan mertua aku pergi. Uncle W. Uncle ni manager. Gaji dia RM 20k++ kot. Dan dia pergi dgn 2 orang lagi kwn dia. Sorang keja bank sorang keja satu company dgn Uncle W. Mertua aku xpegi sbb kitorg balik Selangor weekend tu.

Nak jadikan cerita, diorang dpt jemputan pergi meeting dgn watsep je. Uncle W tya la mana surat proper? Sepatutnya S/U buat surat jemputan dan snap la jemput kalau dah malas nak bagi surat hardcopy sorang2. Ni persatuan bukan cap ayam2 ni persatuan duit ratus ribu kot. Lagi satu lantik S/u kalau dia x buat surat dia buat keja apa? Masa Uncle W tya psal surat tu Ustaz J ckp dah panggil guna watsep buat apa nak pakai surat lagi.
(Kadang rasa macam diorang ni nak buat mesyuarat ke x sebenarnya. Ke x nak pun orang pegi mesyuarat).

Nak buat mesyuarat x bagi pun copy perlembagaan. Or copy usul2 dalam mesyuarat lepas2. Habis nak pegi mesyuarat apa benda nya. Kalau x tau apa2. Uncle W tya pasal copy tu lepas tu Ustaz J jawab datang mesyuarat. Adoi la..aku sebenarnya x paham orang ni. Dia ckp dengan Uncle W kot. Orang yang lagi tahu pasal macam mana nak handle meeting. Kalau xtahu tanya la..ini x, buat macam dia tahu semua benda..

bagi je la copy tu so orang boleh la baca dlu dkt rumah. Masa meeting x de la tercengang xtau apa. Pegi meeting x baca apa orang tipu pun sokong je. Itu la masalah nya. Xnak berubah.

Dlm perlembagaan persatuan surat usul kena isi dan hantar seminggu sebelum mesyuarat. Tapi Uncle W ni tya pasal surat usul dkt pengerusi, dia ckp ada dkt masjid. Dia pegi masjid hari2 x pernah nampak pun. Lepas tu dia msg la tya..cakap x da pun surat usul. Lagi 3 hari ke nak meeting (aku x ingat sgt..tapi tggal beberapa hari je lagi) baru la Uncle W dpt msg cakap surat tu ada dkt belakang tabung masjid. Padahal dia tengok lepas subuh tdi x de lagi. Baru je nak gi ambik dpt msg kena hantar selewat lewatnya hari tu juga.

Kau rasa angin x? Apa benda buat keja mcm tu. Baru letak xsampai sehari lepas tu kalut nak suruh orang hantar. Malas nak buat keje ke apa benda ni..kalau dah malas nak baca usul2 orang kau x payah nak jadi ajk persatuan. Kesian dkt orang la..bukan diorang suka2 join persatuan. Ini persatuan bukan membantu tapi persatuan membebankan.

Uncle W gi hntar surat usul pukul 11 malam dia snap gambar tunjuk cakap dia hntar on that day juga. Takut diorang x percaya dia hantar. Lepas tu belit pula masa hari meeting ckp hantar usul lambat. Bukan boleh percaya sgt orang2 mcm ni.

Ni aku cita skit psal Uncle W.

Ok sebenarnya diorang ni, Ustaz J dgn geng2 dia x suka Uncle W ni sebab dia selalu betulkan benda2 yang dia rasa x betul. Benda2 yang dia rasa x kena..dia mesti akan tegur. Dan dia akan cari bukti sampai dapat. Uncle W ni outspoken dan berani. Selagi mana benda tu x betul, x ikut law, menganiaya orang lain, dia mesti akn tegur.
Dia ni bijak sbb tu la dlu dia yang buat kurikulum sekolah agama untuk Masjid B. So, sekolah agama tu adalah milik masjid B. Dibawah pemgurusan Masjid B dan ahli khairiah. Lama dah sekolah tu..rsa dah berbelas tahun. Uncle W punya idea bernas. Last2 pasal sekolah agama tu jadi hak milik persendirian sebab ada sorang Ostat ni bila dia dilantik jadi pengetua, dia masukkan semua anak beranak menantu dia dkt sekolah tu jadi cikgu..sekali isteri dia jadi penolong kanan. Dengan kantin2 pun boleh jadi isu. Sekarang ni sekolah tu dah macam milik ostat tu dah. Apa benda perubahan pun dah x boleh bak buat. Sbb yang control ostat tu dan ahli keluarga dia.

So orang dah kenal la Uncle W ni jenis macam tu..geng2 ni x berapa suka la dia.

Berbalik pada mesyuarat persatuan khairiat.

Masa mesyuarat tu patutnya pemberi usul kena baca usul sendiri so lepas tu dia boleh clarify kenapa usul tu dibangkitkan..baru la ajk jawab. Ini x. Pengerusi pulak yg baca lepas tu suka hati jawab sesedap rasa.

Lepas tu dalam perlembagaan tulis duit cash dlm tgn kena ada RM5000. Sekali dia tunjuk kira2 simple dekat kertas msa meeting tu total cash dlm tgn ada RM8000. Terus Uncle W tya. Kenapa ada lebih RM3k. X letak balik dlm bank? Terus pengerusi x tau nak jawab apa.

Dan paling penting masa baca perlembagaan sepatutnya ajk dibubarkan dan dilantik ajk baru selepas 2 tahun. Uncle W tya pasal benda tu. Lepas tu pengerusi pun cakap ok kita buka untuk pencalonan. Sorang bangun cakap saya mencadangkan ajk di kekalkan. Dan sorang lagi bangun sya bersetuju dan cadangan di tutup. Weh ikut suka ja. Itu la pengikut2 Ustaz J. Itu la keja nya. Malas nak lantik baru, keja nak senang, malas nak pegang jawatan, tau nak balik awal je, lepas tu nak makan sedap lepas meeting.

Dan satu lagi. Bila tengok carta organisasi. Pengerusi: Ustaz J. Timbalan: Ustaz Q Setiausaha: M
Bendahari: Ustaz J.

Pengerusi dan bendahari adalah orang yang sama. Bila ditanya kenapa x lantik orang lain? Sedangkan ramai lagi orang lain yang lebih layak. Dia jawab x da orang nak pegang jawatan. Lepas tu terus Uncle W tunjuk pakcik yang keja CIMB tu. Dia ckp ni Z ada. Ustaz J ckp dh tya dia x mau. Lepas tu bila Uncle W tya Z nak x dicadangkan jadi bendahari Z angguk. Terus kena bash la ustz J..uncle W cakap ke ustaz x penah tya Z pun sebelum ni. Diam terus Ustaz J.

Ini bendahari xpenah tunjuk penyata kira2..duit keluar masuk. Ahli x penah tahu duit yang ada berapa byk dah diguna..diguna untuk kematian siapa..bila tarikh. Apa pun tak tau. Kalau pun malas nak print byk2 penyata kira2 tu, buat satu yang proper dan print. Lepas tu tampal dekat board masjid. Itu pun x nak buat. Keja x nak buat jawatan nak pegang.

Berapa hari ni Uncle W cakap dia nak pegi lapor dkt pihak berwajib. Patutnya bahagian akaun tu kena audit setiap tahun. Ni dah beratus ribu duit. Xtahu la diorang buat apa. Risaunya gelap mata.

Lagi benda yg mencurigakan…kenapa pengerusi xnak letak jawatan dan dia juga pegang jawatan bendahari? Seolah2 seorang presiden turut menjadi menteri kewangan. Boleh jadi Conflict of interest sangat.

Kadang2 rasa tak tahu nak percayakan sapa. Orang2 yang patut memegang amanah pun dah pecah amanah. Orang2 yang kita sangka boleh meyandar harapan..tapi dia x boleh diharap. Padahal duit orang kot bukan duit dia pun.

Kalau x mampu nak buat kerja dengan bersih, jangan pegang jawatan. Risau menganiaya orang bawahan.

– Mdm K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.