Assalamualaikum buat pembaca dan juga admin-admin IIUM Confessions. First of all aku sangat-sangat berterima kasih bagi memapprovekan cerita aku untuk di siarkan dalam halaman page ini. Nama aku Aika (bukan nama sebenar atau sebenar ya jugak, haha). Aku terbuka hati untuk memaparkan sebahagian dari cerita aku. Dah lama berbuku hati sebenarnya dengan keluarga belah abah aku. Berbulu je rasa sedari kecil. Sedikit sebanyak memang dah mempengaruhi dan juga memberikan effect pada aku terutama pada jiwa aku.
Okey, let start. Ceritanya begini. Umi aku dikahwinkan dengan abah aku tanpa pengenalan. Kiranya umi aku tak tahu langsung family abah aku tu macamana. Bila dah kahwin maka berbunyilah orang-orang surau tempat itu kata macamana adik Pok Ajis Wali boleh disatukan dengan anak Pok Ali. Masing-masing tertanya-tanya. Haa.. Kiranya memang masa tu satu kampong tak suka sebab Pok Ali a.k.a atuk aku tu teruk. Macamana nak cakap eah. Kiranya macam ni lah. Cahaya di satukan dengan kegelapan. Maka lahirlah anak hybrid macam aku. Hahaha.. Masa awal-awal kahwin tu umi cakap abah sayang umi aku macam menatang minyak masak, minyak tuti, minyak petrol yang penuh. Okey, lama-lama tu agak fishy sikit macam bau ikan hanyir bilamana ada umpat-umpat, fitnah dan apalagi layanan abah aku masa tu agak hambar sikit. Hmm…
Perenggan baru la pulak. Panjang pulak perenggan atas. Okey. Nak diceritakan umi aku dah selamat bersalin anak sulong a.k.a abang aku. Masa tu umi dah nampak dah belang atok aku dengan nenek aku. Macam-macam dia khianat ke umi aku. Masih dalam berpantang dia rampas abang aku seolah-olah umi aku yang rampas anak dia. Depan abah bermulalah sinetron kebaikan diaorang terhadap umi. Bila abah aku pergi kerja macam-macam hinaan dia hamburkan. Sesi merampas belum tamat. Sampai satu tahap umi aku let go kan aje.. Abang aku menangis kelaparan umi aku tahankan aje. Daaaannn.. Itulah sebenarnya sejarah kenapa abang aku boleh berpisah dari adik-beradik aku yang lain. Nenek dengan atuk yang jaga.
Tapi sebenarnya belum tamat lagi. Aku nak cerita pasal aku sikit. Aku berumur 4tahun dah tahu baik buruk. Jenis aku memang suka memerhati. Orang kata aku pendiam. Tapi aku nak kata introvert tak sepenuhnya kot. Sebab diam aku ada riang aku tersendiri. Aku nak cerita sikit waktu aku umur 4tahun dimana waktu tu aku keluar rumah. Ya, aku degil selalu susahkan umi abah waktu kecil.
Aku keluar tengahari tu ternampak budak-budak yang lebih besar dari aku macam budak sekolah rendah baling batu ramai-ramai pada anjing yang terikat talinya pada leher dan di satu sudut dinding. Anjing tu warna oren dan kurus sangat-sangat. Aku tengok dan aku macam nak nangis. Aku dah boleh fikir anjing tu terikat dan kenapa patut dianiaya sebegitu rupa. Memandangkan tuannya tak pernah lepas anjing tu. Hari-hari aku tengok sampai la satu saat aku cuba untuk membelai namun di balas dengan gigitan. Takpe. Paham mungkin dia takut. Kesimpulan kat sini aku suka memerhati dan menilai sejak dari kecil lagi.
Sampailah aku sekolah menengah rendah aku jadi sangat pendiam. Tak aktif. Waktu aku form 3 barulah seisi sekolah tu sedari akan kewujudan aku. Taagunah.. Masatulah aku berjinak-jinak untuk berkawan. Dan masa tu ramailah orang tanya aku student baru ke? Haha! Tapi takpe. Sebenarnya dah lari dari topik asal. Haiyoo.. Berbalik pada nenek dan atuk aku kat kampong tu sebenarnya setiap kali aku balik aku rasa memang tak sedap. Bau busuk macam bangkai. Aku rasa macam nak lari. Ye lah. Tiap kali aku balik macam-macam aku kena hina dari mulut orang tua tu. Bukan dari orang tua tu juga. Dari mak sedara aku pun. Yang ni lah aku paling berbulu. Apa yang aku buat serba serbi tak kena. Macam-macam mulut dia lempar kat aku sampai satu tahap aku kata kat umi aku tak nak ikut abah dah balik kampong.
Dan sebenarnya lagi aku meruap-ruap tahan marah tiap kali aku balik kampong aku dengar macam-macam hinaan, cacian, umpatan dan fitnah terhadap umi aku. Ya.. aku kecik lagi tapi aku dah pandai nilai. Aku ingat sampai sekarang. Ni geram nii. Aku pelik. Apa dosa umi aku sampai diajar fitnah ke sepupu-sepupu aku. Aku kenal umi aku. Pendiam dan baik macam aku.. muehehe. Berbeza sebenarnya dengan diaorang. Sepupu aku anak mak sedara aku tu mulut macam puaka. Talam-talam semuanya. (Jelake membandingkan pulak). Tapi ye lah. Buat baik berkira. Cerita kebaikan masing-masing. Aku tak paham dendam kesumat nenek aku tu kat umi aku. Memang takut betul abah aku sayangkan umi aku. Tahulah abah aku satu-satunya anak yang paling baik dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Bongsu pulak tu. Dan abah tak pernah kata TAK kat mak dia.
Nak diceritakan, sepanjang aku hidup selama 23 tahun ni aku tak pernah balas perbuatan diaorang. Aku dah lama perhati sikap masing-masing. Dan tiba masanya atuk aku jatuh sakit. Ya. Memang jatuh dan sakit. Terjatuh dan tulang pinggul reput lalu sakit masuk wad. Dah berapa tahun dah dia nyanyuk dan menjerit-jerit. Dah 5 tahun rasanya dia suka buat perangai. Nak pukul nenek aku. Sampai lah nenek aku lari tidur umah jiran depan. Satu kampong dah tahu. Bila jiran depan umah nenek aku tu cakap nenek aku bergantung abah aku je sekarang ni lagi lah darah aku naik.
Dah tiba masanya aku bersuara. Aku bersuara kat facebook. Aku just buat moment “Bapak kau pun kau tak nak jaga!”. Okey ni silap pertama aku. Aku dah lama geram dengan orang yang lepas tangan kat abah aku. Bukan aku tak berkira kebaikan diaorang. Tapi kebanyakan burok diaorang lebih banyak dari kebaikan. Cuba bayangkan abah aku kerja siang malam jarang-jarang ada kat rumah. Pukul 3 pagi nenek aku kol suruh balik. Weh! Abah aku kerja kot masa tu. Lagi-lagi bukan dekat. Kami duk lebih 89km dari sana. Kadang-kadang abah aku ulang alik macam robot lepas balik kerja terus pecut. Habis. Yang lain mana? Duduk dekat kan. Hish!
Lepas tu aku buat lagi moment. “Allah dah balas satu persatu. Sabar umi. Kita tunggu 20 tahun lagi.” dengan niat agar mereka berakal. Tapi nampaknya tidak. Oh tidak. No.. No and never. Rupanya silap aku buat kedua kali. Aku kena sound dari sepupu sulong aku. Kencang bukan main mulutnya. Okeyh, memang dah terbukti betapa buruknya perangai. Kau nak sepak mulut aku dengan umi aku? Kau pikir lah dosa apa yang kau orang perbuatkan selama ni. Aku memang diam. Tapi aku cuma berserah je pada Allah. Cerita Allah bagi dan aku serahkan semua ni kerja Allah. Muhasabahlah dan ambil semua terjadi ni sebagai kifarah.
Aku masih muda. Tapi aku punya impian. Oneday, aku takkan jejak kampong tu lagi untuk tunjuk muka aku dan umi aku kat diaorang. Balik pun untuk jumpa keluarga belah umi aku je. Dan sebenarnya aku dah serik dan fobia untuk memngimpikan sebuah perkahwinan. Bercinta yang paling last sekali dia pernah ucap amik hati adik dia baru boleh amik hati dia sebab pernah aku buat perangai. Aku rasa bila kahwin dengan dia pun aku rasa tak bahagia. Aku takut adik dia masuk campur. Selama abang dan adik aku bercinta aku tak pernah nak amik port. Bagi aku biarlah. Kalau dah putus ke apa aku tak marah pulak budak tu. Sebab tak datangkan masalah kat aku.
So. Memang aku berhati-hati dan aku takut pisang berbuah dua kali. Sebab aku takut effect pada anak. Cukuplah semuanya ini aku telan dari kecil. Dosa-dosa mereka tak mahu kira. Dosa orang lain yang dikiranya. Dan abah aku pulak yang selalu beratkan keluarga dia sampai tak pernah nak mempercayai umi aku, dan buat aku tertanya-tanya abah sayang tak umi? Sampai design dapur rumah pun pergi berdua dengan nenek. Umi aku dah lama makan hati berulam jantung hempedu. Tapi umi aku memang diamkan je. Cukuplah. Aku takut nak kahwin. Dan soal krisis keluarga ni aku pilih untuk berdiamkan diri.
– Aika
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment