Aku dulu memang kedekut yelah puncanya aku dibesarkan dari keluarga sederhana.
Masa sekolah rendah, ayah aku bekalkan 20sen je duit belanja, bersama bekal nasi lemak dan bekal air.
Dengan 20sen la aku beli coklat apollo 10 sen dan petang aku belanja 10sen lagi untuk beli asam boi masa mengaji kat rumah ustaz tempat aku belajar al quran
Jadi dengan 20sen aku nak sedekah macam manakan?
Lepas tu masuk sekolah menengah, ayah aku bagi seringgit je. Nasi lemak telur mata pun dah 90sen, air 20sen. memang terhutang lah kalau aku belanja kat kantin sekolah. solutionnya aku bawa bekal dari rumah. air beli kat kantin.
so duit lebih tu aku beli keropok lekor buat kudap-kudap. berjam kat sekolah haruslah perut lapar tambah-tambah lepas PJ. Berbunyi je perut aku.
Kemudian, masuk poli ayah aku tak bagi duit dah. Ayah aku tolong bayar yuran pengajian n yuran asrama je.
aku guna duit ptptn 2500 satu sem untuk makan, buat tugasan dan sebagainya. Memang ikat perut sampai pernah pengsan dulu. haha
Masuk U pun kejadiannya sama. so aku memang tak bersedekah la jawabnya.
Tak berjalan kemana, tak tukar hp, tak ada printer dan tak bergaya langsung.
Lepas u, aku tak dapat kerja jadi aku buat part time kat kedai pakaian dekat kampung. kat situ ada seorang kakak dari Indonesia. Namanya Fi.
Dia lagi susah dari hidup aku. aku ambil ikhtibar.
So dari situ aku guna gaji 500 (walaupun gomen dh tetapkan gaji minimum 900) untuk beri mak aku 50, belanjakan 50 untuk beli toilettries rumah kami 50 , sayur, 30 minyak moto, makan kat tempat kerja so saving aku ada 30 je setiap bulan huhu gila sikit tapi aku syukur la jugak.
ceritanya macam ni. aku pakai jam rm19. pastu kakak Fi ni pulak berkenan kat jam tangan aku yg rm10 tu. So aku pun bagi je kat dia. 10 ringgit, apa nak kisahkan.
Tak sangka-sangka esoknya aku dapat jam dari mak angkat aku yang duduk kat Sweeden (aku kenal mak angkat aku ni masa program Plkn. suami dia kena keje sana, so dia ikut ke sana)
jam tu mahal jugaklah. berganda dari jam 10 ringgit aku.
Pastu aku bagi Kak Fi ni buku, tak lama lepas tu aku dapat diari tebal orang hadiahkan. aku tak terfikir lagi time ni.
Banyak jugalah siri-siri sedekah aku terbalas dengan ganjaran tak terduga. Memang aku tak perasaan power sedekah tu.
cuma aku start relize bila aku bagi duit poket kat mak ayah, duit aku tak pernah kurang. setiap bln mesti cukup walaupun gaji aku dah naik jadi 1000.
start tu aku didik hati aku supaya sedekah mengikut keihklasan hati aku.
misal kata aku ada 100, bila nk sedekah seringgit aku rasa aku sebenarnya kedekut. sedangkan aku rasa rm5 atau rm10 baru berbaloi utk sedekah. kalau sedekah rm1 dh mcm ‘buat syarat’. dah jadi tak ikhlas pula.
lepas aku amalkan sedekah. aku kawen dan ada anak dalam tahun yg sama.
ramai yg sponsor majlis kawen aku tu.
rezeki kerana bersedekah agaknya.
Baru-baru ni aku sedekah 10 ringgit kat budak sakit kat FB tu, malam tu husband aku bagi 100.
Aku beri something kt rumah ank yatim n tiba-tiba suami aku bawa balik handphone baru utk aku. Macam tak percaya, tapi itu kejadiannya.
Dan paling aku ingat, aku belanja famili bercuti kiranya habis dalam 1500 lebih kurang. Nak tahu tak, aku dapat 5000 hasil menang buat esei. hahaha
sedekah ni memamg ajaib la. dulu aku kedekut hinggalah aku hadiahkan jam 10ringgit pada kak fi.
sekarang tak lagi, aku didik n tunjuk depan anak aku supaya dia besar nanti akan bersedekah juga walaupun dia baru setahun.
okey sekian ambil ikhtibar yg tak ok, ignore je ye.
assalamualaikum.
– Benjo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment