Monday, 31 July 2017

Tahap Pemikiran

PengakuanKu

Salam dan salam bahagia..
Terima kasih kepada confession dan admin jika sudi menyiarkan artikel ini untuk pengetahuan kita bersama.
Dalam mencapai negara maju menjelang 2020 negara memerlukan rakyatnya berada didalam tahap level of thinking yang setanding dengan negara maju demi merealisasikan satu tranformasi dari segi pemikiran ,sikap .tingkah laku nilai diri dan sebagainya. Dalam mencapai satu standard yang mencapai negara maju perubahan perlu dilakukan dan konsep pemikiran memerlukan perubahan supaya setanding dengan negara luar. Misi dan visi ini memerlukan sokongan rakyat terutama dalam generasi muda yang akan mewarisi negara ini . Generasi muda memerlukan satu bentuk perubahan dan konsep itu perlu dimulakan dengan perubahan cara berfikir supaya berada dalam aras yang tinggi.

Jadi ,perubahan dalam cara berfikir dan mencapai satu standard level of thinking memerlukan satu pendekatan dan perubahan secara sistematik. Ini berdasarkan dan mendapatkan sumber pengetahuan supaya generasi sekarang dapat memberi satu idea atau komen yang membina yang dapat memberi satu impak positif dan sesuai dengan level of academic dimana kebanyakan generasi sekarang adalah lepasan ijazah. Dimanakah pemikiran lepasan ijazah ini adakah mereka mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Adakah mereka ini mempunyai skil pemikiran yang di perlukan dalam mengemukakan idea dan komen yang bernas.

Jadi saya ingin menyentuh komen komen yang disiarkan dilaman confenssion dan saya secara peribadi belum mencapai tahap yang memuaskan. Dalam laman ini kebanyakan confession meluahkan apa yang mereka rasai, alami, tekanan, kemurungan , perluahan dan berbagai perkara dan masalah yang menyelubungi kehidupan. Segala apa yang diluahkan confession mengharapkan nasihat, motivasi , idea, memberi semangat, jalan penyelesaian dan banyak lagi. Bila kita berada dalam tekanan dan kemurungan jika dibalas dengan komen komen yang negatif, menyalahkan, menuduh ,menghasut ini tidak akan mendatang kan faedah malah akan menjadi lebih buruk lagi ..Orang yang berada didalam tekanan dan kemurungan memerlukan sokongan dan nasihat yang boleh mengurangkan tekanan dan lebih buruk lagi kemurungan.

Kemungkinan nasihat dan idea akan memberi impak yang positif dan mereka ini berjaya melepasakan diri dari simptom kemurungan. Sekurang kurangnya kita sebagai pembaca dapat memberi impak yang lebih bermakna dan dengan komen yang membina akan menambahkan saham kita di akhirat nanti. Memberi komen memerlukan pengetahuan dan pemikiran seiring dengan level of thinking yang diperolehi di universiti. Jika kita kurang mahir dalam sesuatu perkara lebih baik kita menggunakan komen atau Bahasa Malaysia yang standard dan bukan bahasa pasar . Komen yang baik dan idea mencerminkan tahap pemikiran kita dan tahap nilai bagaimana kita bertindak matang dalam sesuatu isu. Jadi diharapkan pembaca laman confession mengambil pendekatan artikel ini sebagai sumber pengetahuan dan akan memberi komen yang lebih positif tanpa menyalahkan ,menuduh mana mana pihak .Sekian wasalam

– Pemikir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Mudah Cemburu

PengakuanKu

Assalamualaikum
Aku terpanggil untuk confess selepas baca post2 jealous tentang kelebihan yang orang lain ada.

Hmmm, orang Melayu jarang rasa happy untuk orang lain. Mungkin sebab tu sihir berleluasa.

Sebenarnya sifir dia mudah je. Allah akan ambil sesuatu sebelum bagi pada orang tu nikmat yang kita jeles2 tu. Berdasarkan pengalaman orang2 yang rapat dengan aku.

Diantaranya

1. Kawan aku yang kahwin muda kebanyakannya ibu/bapa meninggal ataupun broken family. Jadi Allah hantar pasangan untuk jadi penyejuk hati, dan tempat bergantung.

Tepuk dada, tanya diri, sanggup kah kita diuji sebagaimana mereka?

2. Dengki dengan orang travel, tahu tak kadang2 Allah bagi rezeki tu sebab Allah dah ambil sesuatu. Macam putus tunang ke, bercerai ke atau dicurangi. Allah bagi travel untuk merawat luka dihati.

3. Jealous orang banyak duit. Mungkin Allah tarik peluang dia nak further study tapi lebihkan ilmu ke arah bisnes. Tak semua berjaya ke menara gading okay? Ada je yang belajar tapi asyik repeat. So Allah bagi rezeki lain.

4. Macam aku orang selalu jealous top score dalam akademik tapi orang tak tahu aku ada insomnia teruk. Sampai menangis sebab nak sangat nikmat tidur yang ditarik tu. Apa kelebihannya? bila wide awake Allah hadiahkan aku untuk ulang ulang apa aku dah baca.

Jadi sebelum kita cemburu pada orang, cuba kita selami. Mungkin ada sesuatu yang Allah tarik daripada dia yang tak sanggup kita hadapi, sebelum Allah bagi nikmat nikmat yang lain.

Evil eye is real. Bersihkan hati.
Doakan orang yang mendapat nikmat diberkati Allah.

Semoga mendapat manfaat. Amin

– Olaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Diskriminasi Tudung Labuh

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt. Saya nak share pengalaman interview dekat 1 company ni.

Dipendekkan cerita, bila tiba giliran saya, so saya pun ketuk la pintu bagi salam.. masuk je bilik interview tu saya pun terus senyum dan jalan penuh confident….pastu hulurkan resume.. Pastu saya mintak izin untuk duduk..

Mula2 diorang belek resume saya dulu… lepas tu barulah panel1 welcoming saya..

“Hai selamat datang.. saya blabla merupakan blabla .. ini blabla” ..Pastu panel1 tu cakap “okey sekarang u citer tentang diri u..”

Saya pun citer la blablablablabla.. Lama jugaklah saya citer.. saya cerita je selagi diorang tak menyampuk.. Saya tunggu je diorang suruh stop.. then barulah panel1 tu menyampuk..

Pastu tetiba panel2 puji saya (panel2 tu dari tadi lagi duk asyik belek resume saya…).

Pastu panel2 tu menyampuk puji2-puji tentang aktiviti koko saya pulak.. masa diorang duk puji-puji tu.. saya pun macam ok lah kan…. pastu tetiba panel2 tu tanya saya

“Ok saya tengok awak ni bagus.. result bagus.. aktiviti koko pun bagus.. cuma ada 1 benda yang saya nak bagitau.. kami memang mementingkan ketrampilan pekerja.. kami nak pekerja yang bergaya.. cuma tudung awak tu, bagi saya terlalu labuh la.. kalau staff kami, memang tak boleh pakai labuh macam ni.. well you know.. bila bertudung labuh dia nampak tak kemas, nampak selekeh dan serabut.. jadi saya nak tanya la, kalau awak dapat kerja kat sini, awak boleh ke kurangkan sikit labuh tudung? Sebab nanti kita memang banyak program.. baju pun kadang-kadang fit.. jadi tu saya nak tanya.. awk boleh ke?”

Saya masa tu macam ‘labuh sangat ke tudung ni?’ ..saya rasa tudung saya ni tak la labuh mana sebab bawal ni bidang 55 tapi saya pakai stail bidang 50. Pastu bawal ni saya pin belakang atas kepala. So basically takde la labuh mana pun

Pastu saya jawab je “insyaAllah saya ok.. blablabla”. Then interview pun tamat.

Keluar je interview. Saya belek-belek tudung sendiri depan cermin. Labuh sangat ke tudung ni? Apa masalahnya bertudung labuh? Nampak selekeh ke? Kenapa diorang judgemental dgn tudung labuh? Saya tengok yang tudung biasa tu ramai je selekeh. Hmm. Yang shawl belit ala-ala Hana Tajima tu lagilah selekeh. Saya tengok pun stress sebab banyak sangat belit rasa macam nak tercekik pun ada. Hehe.

Nasib baik saya pakai make up sikit masa gi interview tu. So saya takde la nampak macam selekeh ke apa kan. Dah la pakai tudung labuh. Kalau x pakai make up mesti saya kena tegur pasal make up pulak. Adess

Lepas tu saya tengok borang penilaian panel. Antara perkara yang diorang tengok ialah personaliti menarik. Adakah badan fit? Berisi ke tak? Pakai make up ke tak?

So basically. Memang panel interview nak kan interviewee yang cantik menarik.

Haritu saya ada baca confession kat sini. Ada sorang hakak tu cakap dia tak dapat kerja walaupun dah gi interview banyak tempat. Dia kata mungkin sebab badan dia berisi sikit.

Tapi sebenarnya, badan berisi memang mempengaruhi.

Personaliti menarik yang panel interview mahukan sebenarnya adalah orang yang fit (tak gemuk tak kurus sangat). Sedap mata memandang.

Pastu pandai bergaya baik smart casual atau formal attire. Pastu of course lah make up. Nak tak nak, make up memang wajib untuk gi interview. Make up tak perlu tebal, just nak naikkan seri dan nampak professional.

Sebenarnya, mmg cabaran bertudung labuh ni.

Dulu masa kerja kat 1 company tu pun, sebenarnya saya memang ada ditegur supaya jgn labuhkan sgt tudung sbb diorang kata tak kemas kalau terlalu labuh

So saya pun pakai la ala2 bidang 50 giteww… nampak tak diskriminasi tudung labuh ni mcm mana?

Fuh. Nak salahkan company pun tak boleh. Memang saya akui, bertudung labuh ni nampak selekeh. Lagi selekeh bila labuhnya macam kain selimut. Tapi tak semuanya begitu. Ramai je pandai gayakan tudung labuh dan jadikan ia menarik. Tak semua yang bertudung labuh ni tak pandai bergaya. Tak semua yang bertudung labuh ni muka suram dan kelam.

Pernah rakan saya confess “Saya suka kawan dengan awak. Awak bertudung labuh tapi awak pandai bergaya dan wangi. Kawan-kawan saya yang lain ada je tudung labuh tapi badan diorang selalunya berbau. Saya tak tahu kenapa tapi mungkin sebab diorang suka recycle tudung jilbab yang sama je kot.”

Kadang-kadang saya rasa malu dengar luahan sebegini. Saya nak luah ni pun malu. Tapi anggap jela ni sebagai teguran untuk kita semua ya wanita bertudung labuh.

Bertudung labuh dah bagus. Tapi jagalah personaliti. Muka pun biarlah berseri sikit. Natural face tu tak salah, tapi janganlah dibiarkan kusam dan kelat sangat. Orang pandang pun nampak jelek je.

Duhai Muslimah, kita semua role model. Kita semua bawa imej wanita Islam. Sunnah wanita Islam mestilah sentiasa pakai pakaian bersih, wangi dan cantik. Saya tak minta anda pakai make up 10 inci. Saya juga tak minta anda pakai celak dan mascara. Cukup tepek bedak dan pelembap bibir pun dah okey untuk daily life. Kalau muka dah cantik tu tak apalah. Ni khas untuk yang tak berapa berseri tu. Uhuks.

okey?

Jangan jadikan diri kita menjadi penyebab untuk orang lain diskriminasi terhadap golongan kita.

So guys. Jangan diskriminasi terhadap kami boleh? Dont be so judgemental. Jangan letak silap pada tudung. Letaklah silap pada empunya badan.

Sekian sahaja coretan saya yang kelaut ini. Maaf ayat macam tak tersusun sikit. Maklumlah kita bukan budak pandai. Semoga bermanfaat. Kalau ada nak komen dipersilakan. Saya pun nak baca jugak pandangan kalian terhadap isu tudung labuh ini. Wajarkah tudung labuh didiskriminasi?

– X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Erti Hidup

PengakuanKu

Ini adalah monolog dalaman aku.

Aku adalah seorang Muslim, pertengahan umur 20-an, anak lelaki tunggal, harapan sebuah keluarga kecil yang miskin. Tahun lepas, aku tamat pengajian di sebuah Universiti tempatan. Universiti, ya, aku tidak akan hipokrit di sini, aku masuk Universiti kerana normalisasi masyarakat. Klisenya kau akan menjadi penyelamat dalam keluarga kecil kau yang miskin dan terhina, saudara-mara yang jelik akan mula menampakkan muka, bertanyakan khabar dan bermanis-manis muka. Ya, aku berjuang untuk menampakkan keluarga aku di mata mereka yang tak pernah pun wujud ketika perut kami menyanyi kelaparan. Tapi tak apa, asalkan mak bapak aku gembira, itu sudah cukup bagi aku.

Di Universiti aku pelajar yang biasa-biasa sahaja, tak bodoh tapi tak cerdik, tak malas tapi tak rajin. Aku bukanlah alim, doa dalam bahasa Arab pun aku tak pandai, tapi aku mencari redha Tuhanku. Seminggu aku solat di masjid, sebulan aku solat sendiri, begitulah silih berganti. Bab pergaulan pula, memang aku jaga, aku akan cuba elak bercakap dengan lawan jantina melainkan ada urusan. Tapi aku juga manusia, punya nafsu dan bulu ari-ari. Aku jatuh cinta, tapi aku pendamkan sahaja, kerana aku tak bersedia untuk berbaitul muslim. Jadi, diam dan teruskan sahaja kehidupan aku. Perkara paling besar aku belajar di sini adalah mencari keberkatan.

Di tengah-tengah kelompok pelajar yang mengejar PNGK Empat Rata, berkat tak berkat tolak tepi. Bukan semua tapi majoriti, hafal jawapan dari soalan bocor, meniru tugasan yada yada. Semuanya demi gengsi. Dan kami-kami inilah yang akan memasuki dunia korporat, pentadbiran, guaman, yada yada. Jadi, masalah moral yang lebih besar sebenarnya sudah terpupuk dari awal lagi. Syukur pada Tuhan, aku tidak mengamalkan sikap ini walaupun aku gagal juga beberapa kali dan terpaksa mengulang subjek yang aku gagal itu. Setelah tamat pengajian, selepas beberapa lama menganggur, aku bekerja di sebuah syarikat yang boleh dikatakan ‘boek’. Gaji sedap, pangkat cantik, kembanglah hidung mak bapak aku.

Namun aku baru sahaja berhenti, tatkala aku baru nak hidup, berangan-angan itu dan ini, Tuhan menjentik aku. Silap aku juga tidak menyiasat secara menyeluruh habitat syarikat tempat aku bekerja. Aku berhenti kerana syarikat banyak terlibat dengan bisnes yang melibatkan Riba’. Ya, aku tahu, tak perlu sebut tentang bank atau apa. Aku ambil keputusan berhenti, walaupun baru bermula, demi redha Tuhanku. Setelah menganggur, aku ada banyak masa untuk aku muhasabah semula hidup aku. Membaca dan meneliti sekelilingku, membuatkan aku terfikir, adakah hidup ini sekadar kerja, kahwin, beranak, pergi haji, pergi mati?

Dengan banyaknya kerosakan dan pencabulan amanah, agama dan ukhuwah sesama manusia, adakah cukup untuk aku sekadar kerja, kahwin, beranak, pergi haji, pergi mati?

Aku tak boleh mengembara mencari ilmu, macam mana dengan keluarga aku? Dan dengan ilmu yang aku ada pun aku takut untuk melantang dan membuat perubahan. Perjuangan perlukan pengorbanan, dan aku takut untuk berkorban. Ini aku ambil dari sebuah artikel yang aku baca:

“Sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya, lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku, maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam.

Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya mati sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, sanggup di korbankan.

Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?

Benar, beliau telah korbankan seluruh hartanya pada ugama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.

Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.”

Dan aku di sini menulis konfesi. Ini adalah monolog dalaman aku, tiada niat untuk menyinggung sesiapa.

– Kamen Rider di bumi Tuhan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tips Keselamatan Paling Senang

PengakuanKu

Assalamualaikum..

Pernah tak korang terpaksa pergi ke sesuatu tempat atas urusan kerja atau apa je? Tempat tu pulak dipedalaman, kena redah hutan berpuluh kilo meter. Pergi pula hanya 2/3 orang jr perempuan, belas2/puluh lagi semua lelaki. Haa.. Ni saya nak kongsi tips sket.

1. Sebelum pegi cari tau dulu tempat tu ada line ke tak. Kalau ada, boleh next step.

2. Bagitau kawan awak yang selalu pegang fon tak lepas2 dan boleh diharapkan supaya bertindak kalau korang hantar apa2 mesej pada dia. Contohnya call polis ke.. Contoh yang boleh korang buat macam… “kalau saya ada missed call awak, tolong call saya balik. Kalau dua kali call saya masih tak angkat, tolong call polis”. Jangan lupa pulak bagi tau dia siap2 tempat yang korang bakal pergi tu. Senang nak cari. Haa.. Satu lagi set no dia sebagai no fast dial. Kalau jadi pape, dia boleh tolong call polis dan bagi tau family korang. Nak call no polis pon boleh juga.. Cuma kalau benda tu urgent sangat, nak bercakap pon tak sempat.

3. Bawa la chilli spray dan sebilah pisau lipat.

4. Sebelum bertolak, baca doa ni. Doa ni insya allah dapat menjauhkan kita dari bala dan benda2 yang tak elok.

اللهم انت ربي لا اله الا انت عليك توكلت وانت رب العرش العظيم, ما شاء الله كان ومالم يشأ لم يكن, ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم,

Doa ni selalu saya baca dan lepas solat subuh. Alhamdulillah barang yang hilang telah dijampai balik. Kalau eksiden, sakit ringan2 je walaupun tengok keadaan kenderaan sangat teruk dan macam2 lagi

5. Haa.. Yg ni incase jadi pape, azan kuat2 dan tadah tangan, doa kuat2 sambil nangis depan dia .Kalau ada manusia yang berniat jahat, dia akan sedikit sedar dan hati dia jadi lembut, tak sanggup buat benda tak elok. Yang ni pernah jadi dekat saya pada suatu masa dulu. Yang penting, yakin sungguh2 yang Allah akan tolong korang.

6. Yang paling penting, tawakkal pada Allah, mohon perlindungan darinya. Haa.. Jangan lupa juga.. Pakaian tu, biarlah sopan dan menutup aurat. Barulah tak triggered nafsu orang tengok.

Kay.. Itu je. Semoga berguna.
Jaga solat, jaga aurat, jaga akhlak, jaga ikhtilat dan kata2, insya Allah, Allah jaga kita.

– Ci

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Is It Okay To Dream?

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Aku freshie yang baru je habis belajar before raya haritu. Tetiba rasa nak share apa yang terpendam dalam hati. Biasalah kalau baru habis belajar mesti rasa macam nak rilek-rilek dulu, rehat-rehat dulu kat rumah, bila dah betul-betul puas raya baru nak start cari kerja. Termasuk hari ini, agak-agak dah sebulan jugak aku cari kerja, through online application, through whatsapp, through Employment Fair, or any vacancy yang aku ternampak kat mana-mana. And sampai hari ini, aku still unemployed.

Aku seorang yang tak pernah bantah what my parents asked me to do. Masuk universiti, belajar bidang apa, semua aku ikut apa yang disuruh oleh parents aku. But deep inside, actually aku teringin sangat nak belajar satu kos ni, sebab dari kecil dulu aku suka tengok cerita doktor-doktor, then main pun suka main doktor-doktor. Dari kecil, kalau ayah aku tanya bila dah besar nak jadi apa, mesti aku jawab ‘doktor haiwan’ tak pun, ‘doktor bedah’ sampailah aku sekolah menengah. Bila aku habis matriks, aku rasa aku tak mampu nak ambil subjek yang berkaitan dengan Biologi lagi, then aku decide nak jadi something yang ada kena-mengena jugak kerja dalam hospital tapi cita-cita aku terbatas sebab parents aku. So instead, aku belajar kos engineering.

Tapi, bila dah habis belajar, aku ada satu syndrome ni yang even dengar the words engineering pun, macam nightmare je. Not because I didn’t do well at school, tapi sebab it’s not my passion and I’ve passion on something else. Kali ni, aku betul-betul nak sangat-sangat buat something ni yang aku minat. Aku start dapat passion ni masa final year ada satu job fair kat universiti, cara orang tu sampaikan and explain sangat buat aku tertarik. Aku rasa macam first time aku ada cita-cita semula, first time minda and hati aku terbukak for something else. Aku try tanya kawan-kawan yang ambil kos kaunseling and try minta pendapat dorang, aku fikir banyak-banyak kali betul ke keputusan yang aku akan buat nanti. Honestly, kebanyakan kerja yang aku mohon semua bukan berkenaan dengan engineering dan bukan juga yang melibatkan hospital anymore. But, I think I got a new passion. Mungkin passion aku kali ni macam biasa-biasa so aku susah nak dapat sokongan dari semua. Aku selalu berangan kerja yang macam aku impikan sambil senyum and happy hehe

Mungkin sebab aku ambil kos engineering, my family put high expectation in me. Aku dah cuba untuk luahkan apa yang aku nak buat dan aku betul-betul rasa kali ni je aku teringin nak buat sesuatu yang aku betul-betul minat. But the reality is hard. Banyak kali aku nangis, rasa macam putus harapan setiap kali the whole family suruh aku kerja yang melibatkan engineering, rasa macam susah sangat nak dapat buat sesuatu yang aku impikan. Tapi dalam diam, aku usahakan jugak.

Setiap kali bangun pagi, setiap kali sebelum tidur aku cek email sambil baca selawat banyak-banyak fikir, ‘takde ke orang nak panggil interview ni’. Setiap hari aku harap yang application aku diterima, supaya dapat kerja cepat and aku nak cuba buktikan yang aku boleh kerja dalam bidang tu. Alhamdulillah setiap kali dapat email je or any call from them, Allah je tahu rasa nak melompat tu macam mana. First time dapat calling for interview, moment ni paling best, sumpah aku punya melompat macam apa, aku dapat share happy-happy moments ni with my younger sister, and bila dapat tahu je aku cepat-cepat tanya adik aku, ‘weh, ajar akak buat sujud syukur cepat’ (adik aku lagi terer agama sikit sebab dia ni aliran agama plus dia baik budaknya). Macam tu jugak yang jadi untuk panggilan interview kali kedua and kali ketiga tapi tiada satu pun yang respon semula cakap dapat kerja.

Kadang-kadang aku okay je sebab aku fikir mungkin belum sampai rezeki aku lagi and I put my trust in Allah. Tapi pressure tu always datang bila family bukak cerita semula pasal kerja. They act like aku tak dapat kerja sebab aku tak usaha, aku rasa macam semua nak salahkan aku, mungkin sebab aku ni jenis yang suka fikir terlebih tapi kadang-kadang aku rasa penat sangat-sangat dengan situasi macam ni. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa orang tak nak sokong decision aku? Lagi pressure bila family tahu ada kawan-kawan yang dah dapat kerja dengan gaji baik. Aku bukan tak usaha dan tak buat apa-apa pun selama sebulan ni, sementara tunggu dapat kerja, aku ada jugak buat bisnes sikit-sikit bukannya duduk rumah goyang kaki. Dan kadang-kadang bila family tak support my decision, aku terfikir, ‘am I not worth living?’ Rasa macam patah semangat aku.

Tapi aku cuba contact kawan-kawan baik aku cerita apa yang aku rasa, pelan-pelan aku cuba dapatkan semangat semula baca blog atau tips-tips untuk dimurahkan rezeki. Haa, ada orang send whatsapp jangan tinggalkan solat Dhuha and amalkan surah Al-Mulk dan Al-Waqi’ah sebelum tidur, cuba fahamkan maksud surah sekali, inshaAllah akan dimurahkan rezeki. And semalam aku ada terbaca kat blog, Allah tak pernah tolak doa yang baik-baik, mungkin rezeki kita belum sampai atau Allah merancang sesuatu yang lagi better untuk kita. Apa yang penting kita usaha and don’t lose faith in Allah. Sampai harini aku still ada sisa rasa pressure bila family cakap pasal kerja lagi tapi aku cuba untuk dengar and senyum walaupun kadang-kadang susah hehe. Tapi aku yakin mesti akan sampai punya rezeki satu hari nanti inshaAllah.

And for those yang mungkin ada rasa sama macam aku sedih belum kerja, sabar dan jangan putus asa. Buat sementara carilah kerja sikit-sikit yang boleh dapat income, kerja pasaraya pun okay apa kan yang penting rezeki tu halal. Kalau rasa stress, mengadu pada Allah, kalau rasa tak tahan, tak salah untuk menangis. Cuba cari sesiapa yang korang boleh share apa yang korang rasa okay.

oh lagi satu, next week aku ada dapat panggilan interview lagi, wish me luck and good luck korang.
may Allah ease every single things in your life. Ameen.

– -tiya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Maahad ku

PengakuanKu

Assalamualaikum. Pertama kalinya saya nak ucap terima kasih kepada admin jika tulisan ini disiarkan dan terima kasih juga kepada netizen yang sudi baca. Nama pena aku Avicii.

Tidak lama lagi aku akan konvo di Darul Quran bersama pelajar maahad-maahad tahfiz yang lain batch 2014/2017. Aku merupakan pelajar diploma maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang juga akan konvo sekali dengan aku. Aku ingin berkongsi tentang pengalaman ketika belajar di maahad salah satu maahad tahfiz negeri

Aku masih ingat ketika ditemduga oleh Ustaz, “Kenapa mahu belajar di sini? Saya mahu belajar al-Quran dan juga ilmu yang bersanad.” aku menjawab. Aku hanya bertawakal kepada Allah samada aku diterima masuk atau tidak.

Tidak sangka, aku sudah habis belajar dan aku berterima kasih kepada Ust dan aku sempat menghabiskan talaqqi hafazan al-Quran dengan Ust sebelum beliau dipindahkan.

Aku bukanlah berlatarbelakangkan dari sekolah agama, aku hanya belajar di sekolah biasa-biasa saja. Belajar agama pun di sekolah dan mengaji di rumah saja dan aku bersyukur dengan itu.

Aku selalu beranggapan bahawa betapa beruntung orang yang belajar di sekolah agama atau di maahad tahfiz seperti kawan-kawan yang lain, nikmat sungguh punya ilmu agama diajari kepada mereka sejak kecil lagi.

Maka aku rasa syukur sangat dapat masuk Maahad biarpun aku masih banyak lagi untuk dipelajari. Tanggapan dari seorang yang insan yang biasa-biasa saja, tidak lebih tidak kurang.

Menjadi Hafiz iaitu seorang yang menghafaz al-Quran,Tak terlintas pun dalam fikiran buat pertama kalinya. Mula-mula masuk kelas tasmik, tak tahan weiii. Setiap hari kena tasmik paling kurang selembar sehari.

Aku seperti rusa masuk kampung kerana tak faham suasana ketika itu dan sangat sukar bila kau sorang jee yang paling slow bab menghafal. Kawan-kawan lain semua lancar dan terpegun juga aku tengok member lain.

Tasmik berlembar-lembar lalu aku yang pula yang asyik-asyik salah baca, lupa ayat dan malas. Memang susah lah nak keep up. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Aku mula menghafal dari zero, buta tak tahu apa-apa langsung. Aku mula dari bawah, perlahan-lahan untuk mencari motivasi untuk terus dengan mujahadah. Aku tak cerita masalah aku kepada orang lain sebab masa itu aku malu kat member lain.

Diorang hebat gila weiii, aku ini baca Quran pun masih merangkak. Tuhan saja yang tahu bagaiamana keadaan down nya aku time itu. Aku mula bangkit, perlahan-lahan merangkak hafal Quran.

Terus berdoa kepada Tuhan dan ibu bapa aku, ikut flow aku jee, depends samada nak teruskan atau tak. Alhamdulilah, aku mula menyesuaikan diri menghafal, cara kaedah, masa menghafal. Hari silih berganti, aku tasmik pun makin improve, bolehlah sikit-sikit.

Aku belum tahu metode Mengulang (murajaah) so aku tak berapa fokus sebab nak habiskan muqarrar sebab member lain dah lama habis. 2 minggu sebelum exam, barulah kelam-kabut nak menggulang.

Aduhhh!!! Susah pula weiii menggulang, ingatkan dah hafal melekat terus kat kepala rupanya tak. Pertama kali exam Syafawi, 3 soalan jee aku jawap daripada 5 itu pun tak berapa yakin.

Kira sebagai pengalaman pertama lalu mulai dari itu aku sedar yang aku ni masih lemah bab menghafal dan mengulang. Memperbaiki kelemahan diri ambil masa yang lama dan sangat memeritkan bagi orang yang tak biasa dengan menghafal.

Masuk Tahun kedua, setelah mengetahui how to become a Hafiz, maka mulalah bibit-bibit kemalasan di mana kemurungan melanda yang melampau.

Kadang aku pun tak sedar kenapa perkara ini berlaku, ada masa kau rasa semangat untuk menghafal dan menggulang mengikut jadual masa yang kau tetapkan, tapi kebanyakan masanya kau rasa down dan tak mahu buat apa-apa langsung.

Memang down gila lah time itu. Tasmik pun jarang, apatah lagi menggulang. Ustaz seringkali denda kami sebab tak tasmik, antara denda yang kami kena, lari satu padang kadang 20 pusingan lebih dari itu pun ada.

Ketika tahun akhir di maahad, aku mula sedar hanya tinggal baki 2 semester. Tak terasa 2 tahun berada di maahad, separuh al-Quran telah dihafal dan mahu mengerti erti hidup sebagai seorang hafiz.

Punya amanah hendak digalas pada keluarga dan masyarakat. Aku imbas kembali niat sebenar masuk maahad, sebenarnya banyak hadith kelebihan orang yang menghafal al-Quran antaranya, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mahu mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”

Seringkali kamu diingatkan oleh pensyarah bahawa tanggungjawab yang akan kami pikul adalah sangat berat dugaan apabila berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai ragam.

Antara sering dizikirkan di telinga kami, “Sebagai hafiz-hafizah Al-Quran, selagi mana kamu menjaganya (membacanya selalu) selagi itu Allah akan tetap bantu kita”. Allah sentiasa akan memberi rezeki selagi mana kita menjaga al-Quran.

Mulai saat itu, aku berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa dan semasa. Berubah makan masa, tak berlaku dalam sehari. Kalau tak dapat buat semua jangan tinggalkn semua. Kalau tak dapat ingat semua, jangan lupa semua.

Di saat kita down menghafal al-Quran, sentiasa ingat bahawa syurga Allah itu mahal, perlu bersusah-payah untuk mendapatkannya.

Allah uji kita tanda Allah sayangkan kita, ingat di saat kita down menghafal, bukan ayat itu yang susah dihafal, diri kita yang ego untuk terima ayat-ayat Allah.

Bayangkan seberapa banyak masa kita luangkan masa dengan smartphone berbanding membaca al-Quran? Antara nikmat yang dirasai oleh seorang Hafiz apabila kau merasa tenang saat kau meluangkan masa bersama dengan al-Quran.

Bagaikan dunia ini aman tanpa ada kecelaraun duniawi, nikmat yang dirasai, apabila kau merindui untuk membaca al-Quran di saat orang lain leka dengan tipu daya dunia. Nikmat yang Tuhan beri sebagai seorang Hafiz, hanya boleh dirasai apabila kau masuk dalam medan ini.

Exam last kami, Syafawi dan Tahriri al-Quran, Exam Syafawi kami akan disoal 5 soalan dari mana-mana ayat dalam al-Quran tebuk.

30 juzuk al-Quran, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu, nervous dan gemuruh, tidur pun tak lena sebab terlalu fikir pasal exam. Tahriri Pula, kami menulis al-Quran.

Di samping menghafal, kami juga menulis al-Quran sebagai cara untuk ingat dan praktikal apa yang telah kami hafal.Menjadi Hafiz di tengah-tengah masyarakat terdapat banyak persepsi.

Pensyarah kami pernah berkata,”Dugaan sebenarnya sebagai seorang hafiz-hafizah, bermula apabila kita bergaul dengan masyarakat.
Barulah kita memahami bahawa pentingnya al-Quran sebagai bimbingan hidup kepada manusia dan kitalah yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini.”

Setelah Habis Maahad, baru aku rasa apa yang telah dikatakan oleh pensyarah kami. Kami juga manusia biasa seperti kamu, cuma kami dipikulkan amanah itu membimbing masyarakat.

Aku sebenarnya tak sangka, menjadi Hafiz memang bukan senang, menjadi Hafiz dari insan yang biasa-biasa sahaja, menjadi Hafiz juga seorang manusia bukan malaikat atau syaitan. Menjadi Hafiz, tidak lari melakukan dosa dan lupa lalai leka.

Persepsi umum masyarakat tentang Hafiz, mereka sangat memuliakan Hafiz atau Hafizah kerana mereka Hafal al-Quran, menghabiskan hidup dengan al-Quran, Allah memilih mereka sebagai penjaga al-Quran, mereka Penyuluh cahaya yang akan membimbing manusia dari kesesatan menuju ke Jalan Cahaya.

Menjadi Hafiz memang berat memikul amanah dari Tuhan. Allah berfirman, “Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (al-Ahzab : 72).

Peluang untuk menjadi hafiz bukan semua orang dapat. Tapi apabila Allah memilih kita untuk mahir membaca al-Quran, maka ringan-ringankan mulut kita untuk membacanya.

Al-Quran saja yang dapat membantu kita, sebagai teman dalam kubur dan sebagai syafaat di Hari Kiamat semuanya dengan Izin-Nya.

Tuntasnya, setelah tamat belajar, masing-masing memilih haluan sendiri, ada sudah terlebih awal menyambung pengajian ke Mesir iaitu Shoubra, tahniah kepada mereka.

Ada yang terus bekerja, ada yang sudah berkahwin, ada juga yang menunggu keputusan UPU seperti aku.

Aku bersyukur dan berterima kasih kepada Guru yang mengajar, ibu bapa yang menjaga aku, kawan seperjuangan. Moga kita dapat muliakan orang tua dengan al-Quran memakaian mahkota kepada mereka, moga kita dapat menjaga halafan, moga ketemu konvo nanti, Insyallah! Moga dipermudahkan segala urusan kalian.

– avicii

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Terima Kasih Atuk

PengakuanKu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum pembaca iium. . Tidaklah aku pandai bermukadimah, jadi aku nak teruskan jalan cerita aku.

Seminggu sebelum aku tamatkan pengajian aku dalam peringkat diploma, ibu bagitahu kami sekeluarga niatnya untuk menjaga atuk merangkap ayah ibu. Sebelum ini atuk di jaga oleh sepupu aku dan kini giliranku kerana aku bakal menamatkan pengajian aku. Sedih weh. Baru je cuti takkan nak jaga atuk. Aku tak nak. Ibu cakap biarlah ibu jaga atok, tanggungjawab ibu. Nenek dah tak ada. nak tak nak aku akur…

Atuk tak biasa duduk rumah kami. Atuk tak boleh tidur, cakap rumah kami ada benda bukan-bukanlah.. Aku serabut.. Setiap 5 minit mesti panggil aku buat itu ini. Aku rimas. Atuk kadang-kadang merintih, ada tak puas hati, ibu masak yang tu tak kenalah. . Aku tak nak duduk rumah. Jadi aku ambil keputusan untuk sambung pengajian di sebuah kolej sedangkan aku teringin nak sambung pengajian di sebuah Universiti Awam di sebelah utara semenanjung.

Aku tak tahu kenapa banyak sangat tak kena semasa pengajian aku di sini sedangkan kolej ini jugalah aku mengaji semasa diploma. Aku hampir terlepas daftar subjek. Aku terlepas tarikh untuk permohonan pinjaman ptptn jadi aku tak dapat nak langsai yuran pengajian aku (yuran kolej sewasta mahal). Aku nak berhenti sebabkan tak mampu nak bayar yuran tapi abah cakap teruskan nanti abah usahakan. Kau sebagai anak mesti sedih abah cakap macam tu. dengan adik-adik lagi.

Aku jadi malas. malas pergi kelas, selalu menangis sorang- sorang. Aku pergi kelas dengar pensyarah membebel tapi tak hadam langsung apa yang di dengar. Sampailah minggu study week aku masih lagi tak dapat bayar yuran. Aku call pejabat kolej aku cakap aku tak dapat nak teruskan sebab tak dapat bayar yuran dan aku tahu kalau tak bayar yuran tak boleh masuk dewan exam. Cik @ puan kerja pejabat tu bagi solution untuk aku buat surat permohonan penangguhan pembayaran. Selepas lulus surat penangguhan tu aku jawab exam macam biasalah. Result? cukup² makanlah.

Jadi cuti semester pun bermula di mana aku terpaksa jaga atuk. Aku pun kesian jugak tengok ibu ulang alik dari pejabat time tengahari untuk masakkan lauk untuk atuk. Ibu pun ada ajar aku macam mana nak masak lauk favorite atuk. aku try la and aku tahu atuk jenis cerewet , so bersedia untuk tahan telinga. Tiba-tiba atuk menangis. mahu terkujat aku,. Atuk cakap cucu- cucu dia yang tak pernah masakkan untuk dia. Aku serba salah weh. Walhal aku tak berapa nak pun masak ( senang cerita tak ikhlas ) untuk atuk. Atuk pun cerita “abah kamu menantu tapi dialah yang selalu mandikan atuk, cuci² (fahamlah aku) anak aku sendiri tak buat macam tu” . Sedih weh. kalaulah abah di tempat atuk dan anak² aku jadi macam aku, macam manelah. .

Bila dah lama- lama jaga atuk aku rasa “keterpaksaan” tu hilang. Aku siap cari buku resepi nak try masakkan baru untuk atuk aku makan, aku tolonglah jaga atuk semampu aku ( potong kuku dan sebagainya). Atuk pernah doa “atuk doa ape yang kamu nak tercapailah. kamu cucu yang tak pernah nak marah-marah atuk, atuk nak apa kamu ikut je .”

Sampailah semester baru nak buka, aku extend sebab aku rasa semester lepas aku tak boleh fokus, lebih baik extend. Dalam cuti semeter aku ada apply Universiti yang aku teringin nak sambung, Alhamdulillah aku dapat sambung di universiti tersebut.

aku sekarang dah lepas pun satu semester di UA tersebut, alhamdulillah, perjalanannya smooth je, dapat kawan yang selalu ingatkan aku pada Tuhan, dapat pensyarah yang baik dan suasana pembelajaran di sana pun seronok.

Sekarang tengah cuti semester dan aku terus jaga atuk aku kat rumah. Actually family aku dan pak cik aku selang seli jaga atuk ( sebulan di rumah ibu sebulan di rumah pakcik).

Point aku kat sini adalah berkatnya doa atuk aku dan kepentingan serta tanggungjawab kita terhadap orang tua patut kita laksana dengan baik. Anak-anak atuk aku banyak tapi yang willing nak jaga atuk aku cuma pakcik dan ibu. Dan aku nampak urusan pakcik dan ibu banyak dipermudahkan (dengan keizinan Allah). Terima kasih atuk. Masa kecil aku jarang bermanja dengan atuk, bila dah besar Allah bagi peluang aku jaga atuk.. doakan atuk dikurniakan kesihatan yang baik, banyak lagi masakan aku atuk tak cuba lagi. .

p/s : yuran kolej lama aku dah bayar keh (bagi yang tertanya)

-jemah, cucu atuk yang ke-5

– Jemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Dari Gadis Ke Gadis

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt. Thank you admin andai kata pesanan aku ni dipublish.

Aku berumur 21 tahun, belajar di salah satu universiti di Pulau Pinang dan belum berkahwin. Aku tulis ni bertujuan nak sampaikan pesanan buat semua gadis yg membaca. Pesan awal awal, confession ni panjang. Tapi harap baca sampai habis.

Kecoh isu rumahtangga dot dot. Aku pernah update di facebook aku tentang hal ni. Aku tak kisah pasal mereka sebab hakikatnya ramai lagi yg sudah berumahtangga dah alami masalah sedemikian. Tapi aku ambik iktibar. Aku mula rasa ‘bertanggungjawab’ nak pesan ni lepss terjadinya isu viral tersebut. Cuma, aku harap udah udahla korang kecam. Hal rumahtangga mereka. Kita ni haa yang kena usaha dari skrg, berdoa pada Allah agar dpt jodoh yg baikbaik.

Sebelum aku teruskan, aku harap takda yang kata aku ni baru setahun jagung, budak hingusan taktau apa apa lagi tapi sebokk jaa memandai jaa nak sembang pasal hal kahwin/rumahtangga. Chill beb. Benda am macam ni kalau ko tak belajar, tak kutip iktibar/pengajaran org sekeliling kau, tu yg kau main langgar bedal je semua benda. Kita membesar dan kita belajar drpd pengalaman sekeliling. Pastu jgn dok kata aku ni kasar sebab bahasakan diri aku ni ‘aku’. Sebenarnya bukan kasar tapi lebih mesra gitu. Aku bukan skema. Lol. Full stop.

1. Sebagai seorang gadis, yg jugak seorang Islam, seharusnya kalian menjaga batas pergaulan. Jangan bersentuhan/berpegangan tangan/tepuk tampar manja manja dengan mana mana lelaki tak kirala dia boyfriend kau yg dah 10 tahun couple, sepupu yg korang rapat sejak kecik ke, kawan baik lelaki yg selalu belanja ko makan ke ataupun dengan rakan sekerja. No. Big no. Jaga maruah diri. Eventho kau takda perasaan kat lelaki tu, tapi kalau kau bersentuhan tangan, buat bab sentuh sentuh ni perkara remeh, better stop. Benda camni memang remeh, yang tak remehnya bila kita terlanjur. Haa masa tu baru nak menyesal. Bermula dari pegang tangan je, sentuh cuit telinga hidung sikit je. Tup tup lama lama berlebihan. Girls, stop buat diri kita ni macam patung, anda sendiri yg menentukan diri anda. (Ceh ber anda anda pulekk). Please jaga batas pergaulan lebih lebih lagi kalau kawan baik or sepupu yang rapat dgn kau tu dah jadi suami org.

Yes, sepupu, rapat rapat camtu je, takda niat pun jatuh cinta ke rampas ke.. tapi korang kena sedar, perasaan seorang isteri bila dia tengok laki dia duk gurau2 mesra dgn kawan baik perempuan/sepupu dia. Lama lama timbul juga rasa was was dan cemburu dalam diri isteri. Lama kelamaan, apa yg terpendam dlm hati si isteri, akan meletups kebabom dan berlakulah pergaduhan dlm rumah tangga. Seriously, kau rasa benda camni remeh tapi sebenarnya benda camni boleh jadi punca keretakkan rumah tangga org lain. Kau fikir isteri kwn kau/sepupu laki yg kau rapat tu mengada ngada, sensitif..padahal, kau buta sebenarnya..sebab apa? Sebab kau tak rasa lagi bagaimana perasaan menjadi seorang isteri dan ibu. Bagi kau benda tak perlu dibesar besarkan, tapi bagi isteri, benda camnilah yg membuat dia pedih hati. Lagipun, kalau baca kat page Kisah Rumah Tangga tu…mcm mcm kes. Asalnya alahh kawan jek pastu alahai jatuh hati pastu serba serbi lah tak kena dengan bini kat rumah.

Kalau kau fikir benda ni ‘eleh bukan hadap pun laki org’. Yes mmg kau tak hadap laki org tapi seharusnya jugak kau tau had pergaulan kau dgn lelaki. Sama ada laki bujang atay laki org. Dua dua kategori laki tu kau kena jaga. Sebab apa? Sebab kau perempuan. Kau beragama Islam. Change your thinking. Tak semua benda adalah benda yg remeh dan simple. Hal hal batas pergaulan nilah yg akan mengundang perkara buruk yg lebih besar dan dahsyat. Sebabtu Allah dah pesan, jaga pergaulan. Yang mahram, jangan dibuat macam yang halal. Kemain cuit hidung bagai. Rasa nak cuit, haa pi kahwin.

2. Yang kedua, jauhi lelaki yang berstatus suami orang meskipun laki orang tu kemain baik haa dgn kau. Kau tak mintak duit hengget pun dia kasi, kau takda kereta nakgi klinik masa demam pun dia tolong hantarkan. Stop it stop. Kalau boleh ikhtiar dengan cara lain. Ada kawan, mintak tolong kawan yg sejantina. Takdak sangat, kalau sampai kritikal barulah kau mintak tolong. Bila kita dah tau dia laki orang tak kisalah tempat keje ke, masa kau masih sekolah ke, uni ke…please jauhkan diri. Bukan apa, ni aku nak beri contoh. Ada segelintir dari kita ni dia tau tu laki orang tapi kemain lagi manfaatkan si laki orang padahal masih bersekolah. Baru belasan tahun, dah kenal and kawan rapat dengan laki orang. Dapat hadiah macam macam. Duit takyah cakapla wei. Yg laki tu pun nak kata bodoh kan kata aku ni kasar pulak. Perempuan, bila baru kenal laki, gatal tu bukan main lagi. Sebabtu tak kisah laki org ke tak. Yg depa tau, apa depa nak depa dapat. Kita sebenarnya boleh pilih, kawan kawan. Otak kita ni mampu fikir. Kalau la kau pilih nak mesra rapat dgn laki orang, then you do it. Kalau kau rasa tak patut, maka kau akan cuba jauhkan diri. Kadang laki ni dia share macam macam kat si perempuan. Kononnya bini tak pandai masak la, bini duk serabai serebeh kat rumah la, mcm mcm. Yela, bila ada perempuan lain (eventho si gadis tu baru belasan tahun), serba serbi aib bini dia cerita. Konon nak simpati, nak buat popuan tu cair. Padahal entah betul entah tidak apa yg laki tu cerita. Over jaa. Kalau laki tu baik, dia takkan cerita buruk pasal bini dia. Sebabtu amanah dia.

Jangan kita berniat tak baik dekat orang. Kita rasa kita senang, dapat apa kita nak, duit, hadiah, kasih sayang (very fake), otp, wassap tiap hari.. haih tu mula mula ja tu. Kalau kau ada hati yg elok, fikiran yg elok, kau akan fikir dan cuba letak diri kau kat tempat bini sugar daddy kau tu. Kalau kau jadi bini dia, apa kau rasa kalau laki kau ada hubungan dgn perempuan lain? Yg lebih muda, cantik? Siap beri hadiah duit bagai. Apa kau rasa? Kau duk rumah urus makan pakai dia dan anak anak, demam sakit dia dan anak anak tup tup laki kau curang?

Fikirlah. Fikir.

Takpun paling mudah, apa kau rasa kalau bapak kau curang dengan mak kau? Dengan perempuan yang baya baya kau? Tak ke kau rasa nak celup dia dalam kolam yg penuh dengan cili?

Conclusion dia, jauhi suami orang. Kita nampak sweet dia ja, kita taktau mcm mana dia layan dan jaga anak bini dia kat rumah. Dan, sekiranya kau jatuh hati dgn suami org, make sure laki tu elok. Betul betul elok dan kau boleh terima bini dan anak anak dia. Kau tak bersikap mcm kau ni meretakkan rmh tangga org. Dan paling penting, kau tak menyorok tapi kau berani terus terang bincang elok elok dgn bini dia. Aku tak halang poligami. Aku tidak menidakkan apa yang Allah telah berikan. Cuma, segalanya terletak pada fikiran dan sikap kau. (Walaupun aku tdak menidakkan poligami, tapi aku tak kuat. Hahaha)

*Kalau hati kau baik, kau takkan jadi racun pada orang lain. Aku ulang. Kalau hati kau baik, kau takkan jadi racun pada orang lain. Kalau kau bijak, kau jadi manusia yang berakal, bermaruah. Kau plan sebaik mungkin walaupun kau bakal hadap risikonya.*

3. Yang ketiga ialah JANGAN SESUKA HATI KATA ISTERI TAK PANDAI JAGA SUAMI. Sekiranya ada laki orang(kawan baik contohnya) cerita dekat kau pasal bini dia. Cerita buruk buruk jeee. Pastu tinggi melangit dia duk puji kau, aku harap kau tak bangga diri dan tak kata bini dia tu tak pandai jaga suami.

Kau tau sangat ke jaga suami? Eleh. Sembang kencang popuan ni.

Seburuk buruk bini dia pun, betul ke tidak, jangan kau kata dekat bini dia yg dia tak pandai jaga suami. Lagi teruk kalau kau cakap depan laki org tu yg bini dia tak pandai jaga dia.

Dan kau sangatlah busuk hati jahat perangai kalau kau wassap dgn bini dia cakap bini tu tak pandai jaga suami. Wallahi. Apa perasaan bini dia masa tu? Pastu kau duk canang sana sini perangai buruk bini dia kat kawan kawan kau. Pastu kau kutuk berjemaah.

Kita tak duduk tempat bini dia. Kita taktau lagi baik buruk yg sebenar suami dia tu. Yg kita nampak ni benda manis elok je wei. Yg buruk kita taktau. Yg tau nya bini dia. Jangan biarkan kemanisan tu mengaburi mata hati kau. Serious. Jangan.

Dalam setiap rumahtangga, akan ada buruk isteri atau suami. Rahsia rumah tangga. Masalah rumah tangga org, kau jangan masuk campur. Jangan jadi batu api.

Kita ni taktau lagi corak rumah tangga kita esok esok. Kang kalau tak kena sikit tengok tengok kau yang lebih. Tu kata…jangan duk sedap mengata..kena pada diri sendiri baru tau sakit tu lagumana. Tak kena, boleh ah sembang. Ce kena..ce kena….aku rasa rumah banglo 2 tingkat pun kau boleh angkat.

Tu saja kot aku nak pesan.

Ahh senang cakap kita gadis, jangan duk menggataiiiii. Kita jaga batas pergaulan, sebabnya, dari batas pergaulan yg tak terkawal tulah yg akan mengeruhkan keadaan. Jangan terlalu rasa diri tu elok, org lain tak elok. Kasut kita tak sama size apatah lagi ujian setiap org. Jauhi drpd berkawan dgn suami org. Jgn over mesra rapat dgn lelaki yg berstatus suami org. Dan ketiga, jgn memandai duk caci maki bini org tak pandai jaga laki dia. Jodoh ni rahsia. Kita dpt laki mcm mana esok esok kita taktau lgi haaa. Jangan terlalu mendongak ke atas nanti terkena ta**k burung.
Eheww.

Maafkanlah aku andai aku pesan tak kena cara ke apa. Aku dan kita semua kena hati hati. Jangan lagha. Jangan kita penting diri. Aku sekadar berpesan dan pesanan ni tak lain tak bukan memang untuk aku jugak.

Akhir kata, kita perempuan, kitalah yang harus menjaga hati perempuan.

Hanya wanita yang memahami wanita.

– K.I.H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Keluarga AlQuran

PengakuanKu

Assalammualaikum..
Terima kasih admin atas penyiaran confession ini. Kalau x, terima kasih sebab sudi baca confession ni. :)

Aku sudah berkahwin dan menetap di sebuah negara timur tengah. Selepas berkahwin, lebih kurang setahun juga kami pjj sebab suami aku ketika itu telah bekerja di sini. Aku ni orangnya biasa2 saja, cuma aku ni sudah kebiasaan mesti nak baca quran setiap kali lepas solat. Paling sibuk pun, mesti sehari sekali dapat baca pun jadi. Baru rasa tenang dan puas. Macam org yang biasa makan nasik, mesti at least sehari sekali kena makan nasik baru puas. Haha.

Jadi, aku impikan sebuah keluarga cintakan al quran, suami yg dapat bimbing aku membaca quran, perbetulkan tajwid dan makhraj paling tidak. Dan masa tu bakal suami aku macam ada la ciri2 tu. Kesemuanya nampak ok sepanjang perkenalan dan pjj kami. Sampai lah kami tinggal serumah, aku lihat masa tu suami aku jarang sangat baca quran, tapi alhamdulillah dia solat lengkap 5x sehari di masjid. Masa tu kadang2 sedih juga aku baca quran dalam bilik tapi suami tengok tv di ruang tv. Aku berharap dengan laku aku tu suami dapat faham. Bulan berganti masih begitu. Haihhh. Tapi aku x pernah berhenti berdoa supaya Allah lembutkan hati dia dan rahmati rumahtangga kami.

Sampai satu masa, kami bergaduh dalam phone. Dan ketika gaduh2 tu, sambil menangis aku bagitau dia, selama ni aku teringin sgt nak dia ajar aku quran, baca quran sama2. Dan masa tu dia cakap, “laaa, kenapa x cakap. Abang mana tahu kalau syg x cakap. ” haha. Aku ingat aku boleh pakai quote, “action speaks louder than words. ” tapi kalau ngan orang lelaki ni kau kena bagitau dia hatta kau merajuk sekalipun kau kena bagitau kau tengah merajuk. Kalau x, harammm dia nak tau. Haha. Berkat rahmat Allah, bermula satu tabiat yang manis sekali. Bermula dari itu, kami tetapkan setiap lepas maghrib akan ada sesi bacaan al quran, dan masa tu aku ambik kesempatan untuk tanya mengenai perkataan2 yg aku tak faham ataupun bercerita kat dia pasal tafsir yg aku baca hari tu. Alhamdulillah. Dengan rahmat Allah, minat terhadap Al Quran kami makin bertambah. Masa tengah2 search youtube, kami terjumpa video rancangan hafiz indonesia. Masa tu menangis kami kerana kagum dengan kanak2 yang berjaya menjadi huffaz pada usia muda. Hebat sangat., mashaallah! Hari2, rancangan itu yang menjadi tontonan seharian kami. Lagu2 di dalam kereta mula bertukar ke alunan ayat2 suci al quran, kalau dengar lagu dah jadi rasa serabut, dan perjalanan kami kadangkala disulami sesi murottal. Sambil berbaring untuk tidur, kami lebih suka mendengarkan ayat al quran sambil menghafaz sampai tertidur. Alhamdulillah, aku gembira dengan perubahan ni. Alhamdulillah, berkat rahmat Allah, bila rumah disulami ayat quran, rasa rumah lebih tenang, dan kami makin jarang bergaduh, makin menghormati satu sama lain, tidak seperti sebelum2 itu. Alhamdulillah.

Berpeganglah pada Al-quran dan Assunnah. Membaca Al Quran ni sangat seronok tau. Pelbagai pengajaran, peringatan, tauladan yang kita dapat. Al-quran juga penawar dan penenang hati, kerana ia adalah kalamullah, kata2 Allah, yang maha menyembuhkan dan mendamaikan.

Akhir kata, para isteri, apa2 yang kamu hajati dari suami, berterus teranglah dengan kata2 yang baik. Sebab orang lelaki ni kalau x bagitau, dia memang xkan tahu. Haha. Dan jangan pernah berhenti berdoa ape2 pun. Sbb Allab pemegang hati kita, Allah juga mampu membolakbalik hati kita.

Dan buat masa sekarang, kami tidak pernah berputus harap, beroda semoga diberi zuriat yg soleh dan solehah. Walaupun orang sekeling sibuk bertanya, kami chill ja jawab honeymoon dulu. Haha.
Dan husband selalu pesan, kalau orang tanya, jangan jawab, belum ada rezeki. Tapi jawablah, insyaallah, adalah rezeki tu nanti. Yes, this kind of answer keeps us being more optimistic, gain more positive vibes, and less stressful. Hehe. Doakan kami ya. Insyaallah.

Wassalam.

Adios.
Heh.

– Hwarang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kebaikan di Sekeliling Kita

PengakuanKu

Hai semua. Aku ni sebenarnya suka perhati orang. Gelagat orang telatah dan macam- macam lagi. Paling aku suka sebenarnya tengok orang buat benda baik. Jadi aku nak kongsi kan sedikit kebaikkan rakyat malaysia yang aku nampak depan mata.

Bila kau pergi tempat yang ramai orang contohnya kedai makan. Kadang-kadang kita tak tahu orang bersebelah meja dengan kita ada masalah duit atau dah habis makan baru perasan duit tak cukup. Tengah aku beratur nak bayar makanan aku. Ada makcik ni volunteer bayarkan makanan budak sekolah ni yang tak cukup. Jumlah dia tak banyak mana setakat berapa ringgit. Tapi benda tu sedikit sebanyak sebagai peringatan dan tauladan untuk budak budak tu. Walaupun malu2 budak tu nak cakap terima kasih tapi mesti diorang pun suka. Gila siapa tak suka kalau orang bayarkan makanan untuk kita.

Tempat yang paling ramai orang dan pelbagai gelagat nampak. Tak lain dan tak bukan shopping Mall. Ada yang kau nampak sorang, ada yang berpasangan, ada juga dengan keluarga. Dengan baby. Dengan bergaduh mulutnya. Cari tempat makan. Beratur tunggu giliran. Main telefon. Tapi di sudut luar mall tersebut bersebelahan jalan. Kawasan lama ada peminta sedekah. Ada yang cari hasil dengan membuka tong sampah. Ada juga yang tengah lalu lalang. Tengah aku lalu atas jejantas. Aku berjalan rapat dengan satu pasangan. Dan di pertengahan jejantas ada peminta sedekah. Aku pun manusia biasa ragu-ragu nak kasi. Aku dengan pasangan tadi setakat jalan depan peminta sedekah tadi. Entah macam mana bila nak turun dari jejantas tu. Lelaki tadi suruh pasangan dia turun dulu. Dia pula berpatah balik. Bila aku tengok rupanya dia sedekah sedikit duit dekat peminta sedekah tadi.

Aku nampak jadi terkejut sekejap. Jadi bila diorang dah beredar aku pula patah balik dan bagi sedikit duit. Orang kata yang penting niat ikhlas. Hujung cerita tu pandai-pandai lah mereka. Mungkin bagi lelaki tadi. Dia rasa bersalah, aku pun rasa bersalah. Atau mungkin dia rasa ragu-ragu. Tapi kebaikkan selagi tak memudaratkan. Tak jadi persoalankan. Sejak haritu kalau nak derma ke sedekah aku jarang dah ragu-ragu. Kita niat yang baik je sudah.

Bila naik public transport ni benda paling susah bagi aku sebenarnya berhati-hati nak bagi seat dekat orang lain. Ada sekali tu aku bagi seat dekat pakcik ni. Tapi pakcik tu reject aku terus blur nak buat apa. Nak taknak aku duduk balik walaupun orang pandang. Sejak haritu aku jadi berhati2. Kadang2 aku tak tahu nak cakap macam mana. “Sila lah duduk” atau ” eh duduk lah” . Atau ” pakcik duduklah “. Sampai aku terpaksa buat buat tidur. Haha rasa jahat gila. Tapi waktu petang. Tengah waktu puncak. Aku naik dari stesen sama dengan akak ni. Akak ni aku perhati memang macam banyak masalah. Asyik terkumat kamit mulut dia. Ada dia perasan aku stare dia. Terus dia tanya aku nak apa.

Waktu dalam train kami berdiri lama. Orang padat. Jadi dah sampai satu tempat ramai turun kami berdua dapat duduk. Jadi sampai satu stesen penuh balik..ada pakcik ni . Tengok tubuh badan macam gagah. Tapi akak tadi elok je dia senyum “pakcik duduklah” pakcik tu reject tapi dia balas. “Takpe saya dah nak sampai ni” pakcik tu pun duduk aambil cakap terima kasih dan akak tu berganjak dari situ. Sekali rupanya pakcik tu turun dulu sebelum akak tu. Kadang-kadang kita tak faham pengorbanan kebaikkan orang lain walaupun kecil. Ye memang hormati orang tua. Tapi kebaikkan akak tu terlalu kecil orang mana nampak. Dengan akak tu pakai high heels. Berdiri lagi.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku tak berapa ingat sangat. Maklumlah manusia biasa senantiasa lupa. Yang aku nak kongsi sebenarnya ialah kebaikkan kita sebab baru-baru ni aku rasa macam terlalu banyak benda negatif. Benda positif kita kena serap setiap hari. Walaupun teruk macam mana hari kita. Pasti ada hal positif yang kita boleh ambik.

– A-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jaga Solat Ke?

PengakuanKu

Salam. Terlebih dahulu wajib tulis ucapan terima kasih kepada admin sebab terbuka hati nak post aku punya penulisan ni. Hehe.. Sedikit pengenalan tentang aku. Perempuan. 26 tahun. Tak kahwin lagi. Done.

Benda yang aku nak luahkan ini sebenarnya perkara umum je tapi aku sedih ramai yang tak cakna pasal benda ni. Macam tajuk kat atas, aku nak tanya korang jaga solat tak? Solat lima waktu paling kurang lah kiranya. Lepas tu aku nak luah secara terperinci tentang bab solat antara golongan yang sudah berkahwin. Eh? Aku tak kahwin lagi apahal nak masuk bab kahwin pulak? Sebab ini yang aku nampak di kalangan kenalan aku. Memang betul weih statistik kes penceraian di negara kita amatlah tinggi. Terutamanya di Selangor ni. Tambah pulak ada dalam kenalan aku yang dah bercerai! Tanda seru terus sebab aku terkejut bila tahu kawan-kawan aku senyap-senyap rupanya sudah bercerai. Dua pasangan sudah bercerai. Satu pasangan ke arah penceraian. Jangka hayat rumahtangga derang aku yang aku tahu sangat lah pendek. Nauzubillah.. Sedih. Tapi dah takdir nak buat macam mana. Aku hanya mampu doakan mereka.

Awal bulan lepas aku pergi kursus kahwin dengan kawan aku. Ada ustazah ni cakap setiap hari memang ada pasangan yang datang untuk proses penceraian. Bila waktu kaunseling ustazah akan tanya, “Jaga solat tak?”. Kebanyakkannya akan tunduk pandang bawah sambil kuis-kuis kaki kerusi. Maka, aku berani nak katakan bahawa antara faktor utama penceraian dan masalah dalam rumahtangga adalah sebab tak jaga solat. Sebab tu dalam pencarian jodoh, kena ikut ciri yang berpandukan Islam.

Aku nak ceritakan contoh situasi yang dah berlaku. Aku ni boleh kira peramah jugak lah. Dengan orang yang aku baru kenal memang aku tak lokek dari senyuman. Nampak ‘friendly’ sangat. Sumpah tak tipu sebab ada kawan aku sendiri cakap. Haha. Tapi bila dah kenal lama baru derang tahu yang aku ni pun ada jugak naik turun perangainya. Haha. Nak cerita masa kursus kahwin tu aku berkenalan lah dengan sorang minah ni masa makan tengah hari. Lelaki dan perempuan kena makan berasingan. So aku tengok banyak yang makan macam ‘lone ranger’. Aku dan kawan aku pun pergi lah makan dekat meja dia. Comel orangnya. Dia cakap minggu depan tu dia dah nak nikah. Laju! Aku ni jenis ingat muka tapi susah nak ingat nama. Maka aku ingat muka minah ni dan pasangan dia. Masa tunggu kawan aku habis solat, aku tunggu kat luar surau sebab ABC*. Aku tak perasan pulak minah tu dengan bakal suami dia (dah kahwin kot sekarang) masuk surau (surau lelaki dan perempuan sebelah je). Aku husnuzon dia pun ABC. Sekali masa nak ke bilik kursus tu, aku nampak dia dan pasangannya tengah berehat kat kerusi dekat ruang lobby kat bawah. Macam mana ni? Dah nak kahwin tapi tak solat? Harap-harap pasangan ni dapat hidayahNya.

Satu lagi, kawan aku cerita pasal kawan sekerja dia yang bermasalah dengan suaminya. Yang si bini ni baru je masuk kerja balik sebab dah habis pantang. Si bini ni mengadu dekat kawan aku yang dia nak mintak cerai sebab suami dia ‘abuse’ dia. Dengan nafkah tak bagi apa semua. Duit sewa rumah yang dia bagi kat suami pun suami dia songlap. Macam mana dia tahu suami dia songlap? Sebab tuan rumah cakap tak dapat duit sewa lagi. Maka makin kecewa lah si bini sebab suami tak amanah. Lepas tu aku tanya lah kawan aku, diorang ni jenis jaga solat tak? Kawan aku cakap, “Entah. Si Z**** ni pun tak solat kat office. Bila ajak gi solat ada je alasan dia.”. Seeeee.

Satu lagi kalau korang ‘follow’ Facebook KRT, banyak kisah yang dikongsi ada sebut yang pasangannya tak jaga solat. Solat ke laut. Liat nak solat. Tak pernah solat pun ada! Yang ni aku nak je komen tanya kenapa sebelum kahwin tak selidik dulu bakal pasangan tu jaga solat ke tak? Kalau perintah Allah pun ingkar, jangan pelik lah kenapa pasangan buat hal bila dah kahwin.

Tak dinafikan ada golongan yang jaga solat tapi perangai macam haram. Memang kesian pasangan yang dapat pasangan daripada golongan penunggang agama ni.

Tapi ingat apa pun berlaku ada hikmahnya. Lagi satu, patut bersyukur jugak ditimpah musibah sebab tu tanda Allah sayang kita. Nak ke Allah biarkan kita hanyut dengan dunia sedangkan kita tak jaga solat? Aku rasa tak ada yang nak menghadap Ilahi dalam keadaan penuh dosa. Jadi lebih baik ditimpah musibah daripada hanyut dengan dunia.

Secara kesimpulannya, yang belum kahwin ni sila lah cari pasangan yang taat perintah Allah. Dan ubahlah diri sendiri jugak kalau nak pasangan terbaik. Jangan berangan je nak pasangan tip top tapi diri sendiri hancur. Sebab Allah dah kata lelaki baik untuk perempuan baik dan lelaki jahat untuk perempuan jahat. Lebih kurang macam tu lah maksudnya. Mungkin korang ingat ni bab remeh, tapi percayalah. Solat tu tiang agama. Macam mana nak bina rumah kalau tiang pun tak ada?

– Hayatul Husna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

‘Senangnya’ Nak Bersyukur

PengakuanKu

Aku ada seorang kawan, namanya Ika (bukan nama sebenar). Dia ni, lepas SPM je, kahwin dengan lelaki kaya dan dua tahun lepas tu dikurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah rezeki dia.

Ika ni anak keluarga sedang-sedang saja. Dia cantik, muka putih-putih idaman lelaki melayu tu haa. Suami dia anak CEO. Lepas kahwin, diorang ni tak sambung belajar terus, sebab Jah ni sakit, kebanyakan masanya di hospital. Suaminya pun suami yang penyayang, banyak bantu Ika dalam uruskan rumahtangga. Depa mula sambung belajar bila anak lelaki mereka lahir. Faham-faham saja lah bila ada anak kecil, kau baru nak sambung belajar. Memang tak boleh commit dalam pelajaran. Suami Ika tak perform, lalu berhenti belajar dan berniaga. Ika, sampai sekarang sambung belajar, tapi tak perform dan selalu repeat sebab sambil belajar, jaga anak dan dua tahun kebelakangan ni masuk dunia bisnes jual produk itu ini. Dan kebelakangan ni, bisnes Ika nampak makin maju.

Aku, serius takde hal pun dengan apa yang Ika buat dan ada. Ada lah dengki sikit tapi takdelah sampai nak santau ke apa haha. Awal-awal haritu aku motivate diri aku dengan aku bagitahu diri sendiri yang aku akan kaya dengan hasil titik peluh aku sendiri bukan dengan duit orang lain.

Aku merupakan seorang pelajar yang tekad nak habiskan belajar tanpa mengharapkan bantuan PTPTN dan ibu bapa aku. Aku tak layak dapat pinjaman mara dan bank2 sebab gaji ibu bapa aku. Tapi, aku ada adik-beradik 10 orang, aku anak no 2. Walau dengan gaji 12ribu, hidup kat KL, dengan 6 adik-beradik di ipta/ipts semput juga nak bayar semua benda. Sebab tu aku bekerja sambilan sebab taknak bebankan ibu bapa aku walaupun terpaksa mengharapkan duit mereka juga untuk yuran belajar.

Ika, sejak-sejak masuk dunia bisnes ni, tak henti2 ajak aku join bisnes jugak. Aku takde hal. Aku ada hal bila aku cakap aku takde masa sangat nak buat bisnes, dengan belajar lagi, kerja lagi, dia jawab alah kau, kalau malas tu bagitahu je lah. Dia selalu cakap aku dan orang yang dia ajak masuk bisnes sekali tapi tolak, tak cuba usaha nak ubah nasib diri, tak pandai rebut peluang yang ada. Bila aku cakap, aku nak fokus belajar, nak grad on time. Dia akan balas, alah belajar tak kemana. Esok-esok kerja jadi orang gaji juga. Stress betul aku dengan orang macam ni lah. Aku explain, tak faham-faham juga. Itu lah, orang suruh fokus belajar, taknak fokus. Kan dah bengap!

Lepas kejadian dengan dialah, aku jadi macam, haih sedihnya dengan hidup aku. Dia, kahwin2 je suami bawak pegi korea, pegi tengok2 produk skincare, untuk dia develop produk baru. Lepas tu post fb, alhamdulillah, berkat usaha kami, sampai juga ke korea untuk buat survey atas produk skincare. Berapa kali ulang alik gi korea, pakai daun kot. Tak campur lagi part dah ada rumah sendiri, kereta sendiri pastu cakap masa mudalah nak kena beli rumah. Adoi! Ye aku tahu, masa muda lah nak kena beli rumah. Sekarang ni pun semput, nak kena beli rumah lagi?

Aku tak kisah kalau dia nak motivate orang untuk berniaga tapi janganlah sampai cemuh2 orang, cakap orang malas usahalah apalah. Orang nak ada separuh dari modal dia pun kena kerja keras kumpul duit, kena ikat perut, mengemis, terguna, terpaksa guna sebelum nak ada modal. Dia duit modal segedebuk jatuh dari poket suami, eh poket bapak mertua. Eh!

Tengok orang lain, mudah-mudah je hidup senang. Hidup kita kejap macam kat tengah laut, terumbang-ambing, kejap macam kat padang pasir, kering-sekering keringnya hahaha. Aku tengok orang sana-sini pergi makan makanan mahal lah, travel lah. Aku selamanya nasi bujang, maggi, berpatah pinggang kat tempat kerja atau mereput dalam bilik. Sedih tau aku, bila orang cakap kita pemalas, tapi kita nak tidur pun tak sempat.

Tapi aku percaya, yang kaya tu pun tengah diuji. Dalam menikmati makanan mahal-mahal, kalau tak habis dah membazir. Jejak kat kat tempat orang tapi tak dapat manfaat darinya, pun membazir. Tak sedekah, rugi amat. Menyombong diri, Allah tak suka.

Takpa takpa ni semua ujian. Bersyukurlah kepadaNya, dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda.

P/s: Aku tengah pujuk diri ni, nak suruh reti bersyukur reti bersyukur reti bersyukurr, baru lepas kena kutuk hahah. Aku nak balas tak sampai hati, kawan tu tengah mengandung. Dan aku penaaaattt gila asalnya nak tidur tapi tak boleh tidur sebab kecik hati lol.

– Nopar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kisah Hidup

PengakuanKu

Tadi aku baru lepas scroll Instagram aku. Nampak seorang kawan aku punya gambar di atas awan. Dalam flight. Entah kemana pula dia kali ni. Dalam hati aku, banyaknya duit dia asyik travel je. Ada juga kawan lain, tiap bulan dia pergi travel. Entah bila kerja. Entah bila simpan duit. Entah berapa gaji setiap bulan. Tipu kalau aku tak jeles. Kadang aku cuba membanding-bandingkan dengan diri aku. Nak bercuti dalam Negara pun fikir dua tiga kali. Tapi, aku masih percaya pada Tuhan. Setiap yang Dia tentukan pasti itu yang terbaik.

Selepas aku habis degree. Aku dah tak fikir lain da. Aku just nak kerja. Tak perlu mesti dalam jurusan yang aku ambil di university, tapi cukuplah pekerjaan yang boleh memberi aku duit tiap bulan untuk aku survive dan bayar hutang belajar dan sewaktu dengannya. Tak tunggu lama aku dapat kerja sebagai admin. Gaji permulaan aku sebagai admin disebuah company dengan gaji bersih RM1200. Duit tu aku gunakan untuk bayar hutang study, hutang lain-lain, duit sewa bilik, makan, transport dan barang keperluan. Tak cukup pun bila duduk di kota metropolitan ni. Selang sebulan bf aku ajak tunang. Gila. Aku banyak benda nak guna duit, baru je kerja. Dengan dia pun kewangan tak kukuh, saving pun tak de selamba je nak ajak aku tunang. Aku cakap nanti la. Lagipun aku memang tak pernah fikir pasal tu semua. Tapi beberapa hari lepas tu, aku da fikir masak-masak untuk teruskan misi tunang tu. Start bulan Januari, aku dan bf aku start kumpul duit untuk tunang. Kami target bulan 7 nak tunang sebab time ni adalah bulan raya, so semua keluarga senang berkumpul. Dan, tak perlu nak masak macam-macam cukup hidangkan lemang ketupat lontong. Mungkin ada yang kata, buat apa tunang kalau tak de duit, kahwin je la terus. Ye, itu memang perancangan awal tapi ditentang oleh keluarga ayah aku. Maka untuk puaskan semua pihak, kami teruskan je mission tunang tu. Dalam tempoh 6 bulan, alhamdulillah dipermudahkan. Duit kami cukup dan majlis berjalan lancar. Baju tunang just baju raya, tiada pelamin cukup hanya sofa berlatar belakangkan langsir raya.

Ikut perjanjian, kami ikat 2 tahun tempoh pertunangan. Tapi biasa la kalau anak perempuan ni, family aku kalau boleh nak buat cepat. Tapi aku tahu kedudukan kewangan aku dan tunang aku. Lepas je tunang, maknanya duit simpanan kami kosong semula. Tapi aku masih mempertimbangkan permintaan keluarga aku. Aku fikir ada baiknya juga majlis perkahwinan ini dipercepatkan. Dan atas sebab-sebab tertentu, selepas da timbang itu ini, aku dan tunang aku decide kami akan berkahwin 1 tahun 5 bulan kemudian.

Hantaran family aku minta 10K. tapi jangan risau. Aku tak biarkan tunang aku terbeban sorang-sorang. Sebab dalam diri aku dan tunang aku, tak de istilah duit hantaran mesti pihak lelaki seorang yang kena sedia kan. Tak de istilah majlis dia, dia punya pasal, majlis aku dia kena tanggung. Cuma duit mas kahwin je la kan wajib dari duit dia. So dalam tempoh 16 bulan tu aku la yang jadi planner segalanya. Kami kumpul duit sama-sama. Cut semua expenses yang tak penting. Ikat perut. Memang kami da plan dah, tak nak guna duit parents. Kebetulan beberapa bulan lepas aku tunang tu, gaji aku naik. Setiap bulan gaji aku RM1600. Gaji tunang aku pun lebih kurang sama. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan segalanya. Benda baik kan. Aku dan dia sah jadi suami isteri. 97% boleh dikatakan dari duit kami sendiri. 3% tu ada lah orang hulur sikit untuk tambah-tambah doorgift.

Lepas 3 bulan kahwin, saje kami cuba nasib untuk apply loan rumah. Alhamdulillah loan lepas. Dapat rumah landed dekat Negeri Sembilan. Kemudian kami buat kerja gila lagi. 5 bulan lepas kahwin kami apply lagi satu loan rumah. Sebab aku nak sangat belikan rumah untuk mak aku, Alhamdulillah. Loan lulus lagi. Maknanya dalam tempoh tak sampai 6 bulan kahwin kami da berjaya beli 2 buah rumah landed. Walaupun aku tak dapat nak merasa pergi travel kesana kemari buat masa ni, atleast aku dah punya asset.

Setiap orang punya jalan yang berbeza. Sebelum ni banyak aku baca pasal graduan degree, master bekerja sebagai promoter, admin, dispatch. Tak kisah la kerja apa sekalipun, kalau niat kau baik inshaallah tuhan permudahkan.

Nasihat aku:
1) Kena pandai buat plan dalam hidup. Tetapkan apa yang kau nak dalam hidup ni.

2) Jangan banding-bandingkan kehidupan kau dengan orang lain. Rezeki kita tak sama dengan orang lain. Mungkin tuhan bagi dia lebih dalam sesuatu perkara tetapi tidak pada perkara yang lain.

3) Jangan down sangat bila kawan-kawan kau lebih daripada kau. Kawan-kawan aku kerja gempak-gempak dari aku. Tapi aku still proud to announce yang aku kerja sebagai seorang pembantu tadbir sahaja.

4) Sosial media ni ibarat racun. Ia akan bunuh diri kau perlahan-lahan. Bukan bunuh yang hilang nyawa tu, tapi bunuh keyakinan diri kau. Bila nampak orang lebih, kau pun nak lebih sebab tu kau sanggup berhabis untuk nampak kau pun berduit. Tu yang sampai sanggup berhutang dan ada sampai mencuri.

5) Pentingkan mana yang penting dahulu. Ini penting!

Mungkinlah ada yang akan tanya macam mana aku manage duit aku. Susah nak explain in details. Korang baca macam smooth je kan semua ni, tapi hakikatnya tak mudah juga. Apa yang aku boleh cakap, just play some trick and DOA =)

**Bukan cerita rekaan

– trickster

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Demi Rupa Yang Cantik

PengakuanKu

Aku harap admin terima confession ni,

Aku ingat semua tu dah berlalu, tak sangka rupanya memang takkan pernah habis ye? Aku tahu bagi korang ni mungkin masalah kecik yang remeh temeh.

Tapi, bagi aku sangat mempengaruhi hidup aku…walaupun selalu aku melawan-lawan dan menepis dalam diri. Berkenaan orang kita, yang suka dengan lancarnya dan jujurnya memberi komen betapa cantiknya seseorang itu, betapa tak cantik nya orang itu, betapa gemuknya orang itu dan sebagainya..gurauan jujur yang tak pernah habis.

Aku dah lewat 20an…sepatutnya umur aku ni dah boleh move on dengan benda-benda macam ni..orang kata dah matang dah kan..Cuma baru-baru ni terjadi lagi, buat aku terfikir..tak sangka rupanya tak pernah habiskan? Walaupun dah macam-macam usaha aku lakukan sejak dari kecik lagi..
Aku dilahirkan mempunyai adik beradik yang rupa paras Alhamdulillah cukup, yang senang dipandang orang, cantik lah jugak dari kata mulut-mulut orang. Tapi dalam ramai2 tu biasa lah ada sorang yang kurang sikit..Akulah tu, mempunyai kulit yang bermasalah sejak dari kecik..

Dari kecik sememangnyelah aku dibanding2kan dgn adik bradik lain, yg lain muka mcm cina, mcm arab, putih melepak..kalau aku je disebalik semua tu lah..kalo muka mcm india, nepal bagi kat aku..yang terus senyap bila nk komen pasal aku pun ada..ketara giler kut!

Yang tak tahannya sejak kecik aku kena benda ni sampaikan aku jadi seorang yang sangat pendiam bila saudara mara aku datang ke rumah. Aku bukanlah jenis budak yang melawan, bila org ckp mcm tu aku percaya je apa dorg ckp.

Benda ni semua berlawan2 dalam diri aku, sejak kecik, ke zaman sekolah, ke zaman kerja..aku rasa down sangat, sbb memang takde sape backup aku..bila org cakap aku depan-depan, semuanya ye kan je atau diamkan, termasuk keluarga, ibu-bapa aku sbb sememangnya org lain lagi menarik dari aku.

Sampaikan, waktu aku remaja dulu..ada sorang mamat nih minat kat aku, handsome giler kut..dan sangat ramai peminat (ye lah citer zaman sekolah)..aku pelik giler pesal lah mamat ni minat kat aku, sbb dulu aku tak pernah percaya aku ni cantik, aku percaya org ckp aku tak cantik..aku ignore je dia..kesian dia..aku ni kadang2 tu macam anti orang handsome & cantik pun ade jugak dulu..tp, yang tak cantik mulut lazer mengata org pun ade jgk..

Kadang-kadang orang cantik ni dia tak minta dipujipun, orang lain yang beriya puji. Takkan dia nk marahkan. Kadang2 kesian sangat dkt org yang terlebih cantik dan terkurang sikit dari orang. Dua2 pun dikata orang.

Tapi, bila dah masuk alam kerja..takde pun aku nak ingat sangat hal nih. Memang bagi aku sendiripun hal remeh temeh je. Aku pun dah pandai jaga diri, makan vitaminlah, collagen bagai..belajar cara penjagaan diri..selalu tukar-tukar tips dengan kawan2..Aku rasa ok lah aku sekarang ni berbanding dulu.

Aku dengan kawan-kawan ok je kut, orang lain lagi duk puji aku..nak harap sedara mara puji tak pernah wey. Tapi takpe sume tu tak penting. Banyak yang aku belajar.

Cara aku berfikir pun dah lain..Alhamdulillah sangat aku diberi ujian ni..sekarang ni, bagi aku orang india ke cina ke melayu ke..semua cantik..masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dia..bila anak buah aku ckp “muka kawan dia mcm cina, cantik..yaya (diri sndri) tak cantik pun”..aku terus ajar dia “ cina ke melayu ke india ke negro ke semua cantik, masing2 ada kelebihan dan kekurangan dia”.

Dulu aku rajin makan collagen, sbb nk putih punya pasal and nak jaga kulit dah tentulah. Tapi sekarang aku rasa suka giler warna kulit aku yang lain dari yang lain, takde putih melepak mcm dorang-dorang ni. Fokus aku nak sihatkan kulit dan badan sahaja..Aku belajar mencintai keunikan diri aku sendiri..aku suka jadi unik..

Sekarang ni kalau orang kata muka aku macam india ke Nepal, aku bangga giler kut..sebab aku rasa dorang cantik..hahaha yang penting kebersihan diri kenalah jaga.

Berkenaan saudara aku yang baru-baru ni tegur dan mengomen lagi berkenaan rupa aku yang aku tak tau nak buat apa lagi. Aku rasa terima kasih sangat sbb buatkan aku terfikir yang bersyukurnya aku selama ni sampai terkarang nak hantar ke iium confession nih, dalam masa sama kesian sebab awak tak nampak apa yang saya nampak..dalam setiap benda yang saya lihat ada cantiknya yang tersendiri..cantik tu bukan boleh dikategorikan dari satu sudut je..yang paling penting cantik tu biar dari hati..

Terima kasih, semoga semua orang yang hadapi ujian macam aku ni cukup-cukuplah rasa down ke apa..yakin setiap apa yang jadi ada hikmahnya..ujian mcm ni mengajar kita rasa rendah diri dan tidak sesuka hati mengata dan mengeji orang lain. Dalam masa sama sangat memahami perasaan orang lain.

Bila kita rasa bersyukur, Allah akan tambah nikmatNya..

– Cik Ai Luna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sunday, 30 July 2017

Majoriti Kaum Lelaki Tak Guna

PengakuanKu

Kebanyakkan perempuan dah cukup bimbang dengan pasangan masing2.. lepas kahwin jaa lelaki jadi tak guna, suami buat hal, suami tindas isteri, suami curang & macam2 lagi…

Adakah faktor poligami lelaki boleh kahwin 4, mereka rasa layak untuk curang?

Memang dapat suami curang itu satu ujian, kita sebagai perempuan patut sabar & anggap suami tu bukan hak milik kita tapi hak milik Allah. Habis tu isteri tu hak milik siapa? Bukan hak milik Allah?

Suami memang hak milik Allah, perempuan yang suami curang pun tetap hak milik Allah, tak ada satu benda dalam dunia nieh pun bukan hak milik Allah.

Isteri tu amanah, yang Allah beri kepada suami untuk dijaga.. poligami tu perkara yang berbeza dengan curang. Poligami melaksana hukum Islam, curang tu perkara yang dosa kerana melakukan sesuatu yang tidak jujur di belakang pasangan kita. Dosa suami curang tu sama ja dosa kalau isteri curang. Tak ada beza.

Perempuan yang suka pada suami orang nieh salah satu punca jugak. Lelaki tak akan curang kalau perempuan tak melayan. Tahu tak perempuan macam nieh lah yang buat kaum perempuan sendiri merana. Perempuan jenis nieh “happy” sebab suami orang tu lebih sayangkan mereka sampai sanggup curang dengan isteri.

Lelaki kalau nak poligami, nasihat dari hati saya sebagai perempuan. Jangan berpoligami dengan 2 isteri, tapi biar 3 atau 4 supaya hati isteri tenteram. Kalau tak mampu 3 tak payah terus, sorang sudah cukup. Memang tak salah beristeri 2, tapi isteri pertama akan sentiasa cari nahas dengan isteri kedua sebab rasa tercabar & bersaing. Tak pun isteri kedua tak habis2 duk tamak suami dari isteri pertama. Isteri kedua atau perempuan kedua nieh selalunya “happy” sebab mereka rasa suami orang nieh lebih sayangkan mereka, jadi kalau nak poligami amek 3 bini terus.

Ini jugak salah satu cara nak “ajar” perempuan yang suka suami orang nieh. Biar jadi pengajaran. Nak suami orang maka kena “redha” bila ada perempuan lain pulak nak suami tuu nanti, so yang merampas akan dirampas jugak. Meyh sini nak describe contoh hati isteri bila dapat suami nak pasang lebih nieh.

SITUASI ada 2 perempuan

Bini first : perempuan kedua nieh memang tak guna sebab rampas laki aku, siap kauu!!! suami aku memang tak guna, lepas kahwin kau dah tak sayang aku.

Bini kedua : yeayy, suami dia sayang aku lagi, sebab tu suami dia sanggup curang sebab aku lagi cantik, muda, lagi hot gituu

– dekat sini akan jadi perbalahan yang cukup hebat sebab isteri pertama benci isteri kedua kerana rasa dibanding2kan, rasa tercabar, & perlu bersaing.

SITUASI ada 3 perempuan

Bini kedua : what? suami ku ada perempuan lain lagi? makna dia dah tak sayang aku macam duluuuu

Bini pertama : amek kau, padan muka! rasa la macam mana aku rasa, dah kau nak sangat amek suami orang, kau rasa lah balek! dah kau cakap sanggup poligami sangat, kalau kau betul sanggup, kau tak akan meroyan bila suami ada bini baru.

Bini Ketiga : dah memang lelaki nieh ada bini pertama, kedua.. aku yang ketiga, memang tau dah lelaki nieh bukan spesis setia pada yang satu.

– Perbalahan mungkin akan berkurang sebab tiga-tiga isteri nieh tahu suami mereka memang jenis suka bagi madu. Isteri pertama akan reda kemarahan kerana tidak lagi rasa tercabar & bersaing dengan isteri kedua.

Ini pendapat saya, jadi kalau tak mampu nak pasang 3 isteri, tak payah lah mendua kan isteri. Seksa batin perempuan nieh.

Satu hal lagi, nak berpoligami biarlah yang mengindahkan agama Islam, bukan cuma tahu guna agama untuk poligami tapi tanggungjawab? rosak life anak, isteri kalau dapat suami yang tak mampu nak berpoligami tapi nak jugak poligami, at the end dia kesan pada masyarakat & agama. Sebab tu jatuh hukum haram bila tak mampu nak kahwin tambah isteri. Anak terabai, anak jadi tak guna, isteri rosak agama kerana hilang iman & sabar.

Tu belum masuk hal lelaki lepas kahwin tak bertanggungjawab, guna hukum Allah untuk memperguna isteri. Sampai bila kaum lelaki nak jadi tak guna nieh? bila cakap tak guna, lelaki cakap jangan sebabkan nila setitik rosak habis susu setalam sebelanga setimba.

Lelaki kena pelecey kalau kaum mereka yang curang, bukan bangga. Lelaki selalu tak kisah kes suami curang sebab lelaki rasa itu hak mereka. Bila suami buat hal jadi contoh tak guna, kaum lelaki jugak marah katanya sebab lelaki tu habis semua lelaki lain dapat cop tak guna. Habis tu yang sebelum nieh kes suami curang kau okay okay ja tak kesah, time orang cop laki tak guna, kau marah?

Lelaki stop guna hukum Allah untuk tindas, perguna, naya perempuan. Lelaki kena sama2 bantu lelaki lain untuk buang spesis lelaki “kotor” nieh.. kondem cukup, resist cukup2 spesis lelaki kotor nieh.. tak indah pun diri kita bila curang, tak indah pun diri kita memperguna hukum Allah untuk kepentingan diri sendiri.

Perempuan atau lelaki kalau jenis curang tu memang manusia yang “kotor” sebab hati dia rasa layak untuk curang. Kita boleh elak diri kita berlaku curang, cuba elak demi agama, demi rumah tangga bukan guna hukum agama demi curang.

Untuk pesanan terakhir, lelaki bila dah berkahwin janganlah jadikan kekurangan isteri untuk curang. Ibu kita ada kekurangan, ayah kita boleh jaa tak curang, kenapa kita tak nak terima kekurangan isteri padahal Allah dah cipta ujian kekurangan isteri untuk suami hadapi bukannya dijadikan alasan untuk curang. Suami berkorbanlah, setialah, bimbinglah, jangan layan perempuan “kotor” kalau tak nak diri kita kena tempias “kotor”.

– lelaki tak guna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sebelum MDD

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Hai again. Nama aku Bell. Terima kasih admin sebab sudi lagi sekali siarkan confession aku. Nothing can replace your kindness admin. Untuk yang baca my previous confession pasal MDD, aku minta maaf terpaksa tulis confession lagi sekali untuk clearkan pertanyaan sesetengah yang komen pasal the main reason kenapa aku boleh didiagnose mental disorder. Sebenarnya, aku tak tahu benda ni worth sharing atau tak, sebab aku agak berat nak tulis pasal apa yang dah jadi dengan diri aku sebelum ni. Tapi sebabkan malam ni aku punya otak terlalu aktif, so tak dapat tidur, maybe aku boleh kongsi sikit apa yang jadi. Dalam post ni, aku terpaksa rahsiakan nama orang yang terlibat, story timeline, dan umur aku. Maybe a lil bit panjang, tapi harap sharing ni sampai la ke hati korang.

Benda ni jadi masa aku sambung diploma. And yes, lepas spm, masih muda and tak tahu mungkin nak hidup dengan keadaan kat luar sana. Masa ni aku okay. Macam orang lain, excited sambung belajar, terasa perubahan hidup baru dengan impian baru. Masa tahun pertama diploma, aku kenal dengan sorang budak lelaki ni. Aku ada lagi 4 orang kawan perempuan yang satu kelas dengan aku. Si fulan ni, aku kenal pun masa semester 2, itu pun sebab si fulanah (kawan aku sorang ni dari 4 orang tu) ni kerap sangat ajak dia lepak sekali walaupun dia tahu aku tak suka. Nak dijadikan cerita, si fulanah ni kerap ajak aku teman dia jumpa dengan si fulan ni tanpa 3 orang lagi kawan aku yang lain. Aku nak tolak, tapi tak sampai hati sebab dia kawan aku. Kawan yang aku rasa dia tak pernah tinggal aku dari zaman sekolah lagi, susah senang sesama kononnya. Satu hari tu, si fulanah ni minta aku tolong hantarkan esaimen dia sebab dia period pain, emergency balik hostel, so aku tolong dengan rela hati. Masa hantar esaimen, aku bertembung dengan si fulan ni dekat department. Dia tegur aku. Aku balas biasa je sebab memang tak suka dia. Tiba-tiba sebelum dia blah, dia cakap dekat aku “saya dah lama pandang awak tau..” pastu ketawa. (minta maaf, aku terpaksa bagitahu masa ni aku menutup aurat seperti apa yang diajarkan pada aku). Aku masa tu tak boleh nak brain ayat dia. So aku senyum and buat tak reti jalan je terus hantar esaimen kawan aku. Aku balik hostel aku cerita dekat si fulanah ni apa yang jadi. Si fulanah ketawa je dengar aku cerita. Dia tak tahu yang jantung aku berdebar kuasa kuda. So, aku assume, si fulan ni memang jenis macam tu kot. Suka bergurau kasar mungkin. Aku cuba open minded.

Aku start dapat bunga, coklat, some note dalam buku aku, gambar aku (dia ambil gambar aku secara sembunyi-sembunyi), dll bermula dari hari dia cakap dia pandang aku sampai ke aku tahun kedua semes 3.. Setiap kali aku mengadu dengan si fulanah yang aku tak suka semua tu, si fulanah cuma gelak-gelak mengusik aku. Kebanyakan hadiah yang aku dapat tu, semua ke tong sampah. Aku tak ambil, aku tak simpan, dan tak rasa benda tu satu benda yang sweet.Ujian hidup aku mula sebelum cuti semester tahun kedua semes 3, si fulan hantar mesej dekat aku yang dia terasa hati dengan aku. Masa aku terima mesej dia tu, aku tak fikir benda lain melainkan mana dia dapat nombor aku?. Apa yang aku sangka tu betul, bila si fulanah mengaku dia yang bagi nombor aku dekat si fulan sebab kesian, kesian dia merayu minta nombor aku sebab dia suka aku. Sebab kesian kau bagi nombor aku pada stranger, kawan? Walaupun kau tahu aku tak selesa dengan dia, haa Kawan.?
Aku balas mesej tu nak tak nak. Aku tanya dia apa yang dia terasa sangat tu. Dia cakap dia tahu hadiah-hadiah tu, semua yang dia buat tu, aku macam tak hargai. Malam tu aku terus terang dengan dia yang aku tak suka dia macam dia suka aku. Aku minta maaf, dan aku memang takde hati langsung dengan dia. Lagipun aku nak belajar, aku nak fokus pada satu benda je. Dia cakap ok, and i was like okay, everything just fine maybe after this. Tapi sangkaan aku meleset. Si fulanah tinggalkan aku, cakap aku betray friendship dengan tiba-tiba dan takde alasan. Aku bingung. Si fulanah keluar dari bilik, stay dengan roomate/kawan baru dia. Aku dia biar macam tu je. Macam tak pernah kenal. Macam kita tak pernah menangis, bergelak sama-sama kan, kawan?

Aku survive dengan 3 orang lagi. One by one leave me, and aku rasa dengan tiba-tiba hidup aku macam kucar kacir. Aku tak tahu apa yang jadi, clueless. Aku mula belajar dalam tekanan. Tanpa kawan. Semua rasa macam dah tak seronok dengan tiba-tiba. Aku tak tahu apa yang jadi, sebab classmate pun macam pulaukan aku. Alhamdulillah, result masih okay. Masa cuti semester 4, aku terima lagi mesej dari si fulan. Katanya, bagi dia peluang. Aku cakap, berkawan mungkin, tapi kalau lebih dari tu aku tak dapat nak bagi apa-apa kata putus. Then dia setuju. Just kawan, not more than that. Sepanjang tempoh tu aku kawan dengan dia, aku tak pernah faham dia. Suddenly, dia call aku dengan merayu menangis minta aku terima dia. Bila aku ingatkan dia pasal apa yg dia setuju tu, dia diamkan diri sampai 2,3 minggu. Then dia muncul berlagak macam takde apa-apa jadi. Baik je dengan aku. Kadang dia marah-marah aku bila aku teammate dengan classmate laki aku untuk certain subject. Dia marah, sangat marah sampai dia maki-maki aku. Dia baling buku dia dekat muka aku then keluar dari kelas. Kononnya protes. Katanya aku buat dia rasa nak mati. Aku dah buntu, setiap hari, benda kecil pun jadi issue. Aku senyum dengan classmate pun jadi isu! Like what? Hati aku ni punching bag dia? Everytime dia buat salah, dia akan mintak maaf tapi dia tetap salahkan aku.. sebanyak mana maaf dia tu, aku tak pernah tak maafkan, sebab aku dah mula rasa aku ni macam punca hidup orang lain susah sampai macam tu keadaan dia. Aku rasa tak kena, aku mula elakkan diri dari dia. Tapi benda makin teruk bila aku dapat tahu dia stalk aku sampai ke rumah (cuti sems). Aku rasa tak selamat, aku berlakon macam aku okay depan parents, padahal aku tahu dia dekat luar rumah. Masa ni, aku rasa macam nak lari. dia toture mental aku, dengan semua words dan action dia. aku bercelaru. (sebenarnya banyak lagi yang dia buat, aku tak dapat nak cerita semua.)

Aku jadi takut nak tidur. Aku pandang pintu bilik, tingkap bilik, aku takut sangat. End up, malam tu aku mintak izin dengan mak aku nak tidur sekali dengan dia. Esok paginya, aku tengok banyak mesej dari dia. Call, mesej macam urgent sangat sampai berpuluh-puluh dalam satu malam. Aku buka baca satu-satu, ngeri. Dia mengerikan aku. Mesej dia, ‘saya nampak awak.’ , ‘awak tahu saya kat luar ke? haha’, ‘kenapa, tak boleh tidur?’, dan banyak lagi.aku tak dapat nak tulis semua kat sini. Aku extend semester, sebab aku takut sangat. Dan benda tu tak berhenti sampai situ je. Dia mula ugut aku, dia cakap jangan paksa dia ambik aku dengan cara tak sepatutnya. kali ni aku terpaksa bagitahu mak ayah aku. Aku cerita semua nya, tapi aku minta parents aku slow talk dengan dia dulu, sebelum report polis. Aku ajak dia datang rumah, aku cakap parents aku nak jumpa dia. korang tahu, dia happy sangat. Parents aku borak itu ini dengan dia, kononnya nampak baik sangat, tapi riaksi muka dia berubah bila ayah aku cakap “pakcik ni tak suka anak pakcik berkawan dengan lelaki sebenarnya. awak faham kan, ikhtilat.”. Dia pandang aku macam nak telan aku. Meremang aku rasa. Aku memang tak boleh nak tahan air mata aku. Aku takut, aku takut sangat, rasa macam nak pengsan. Rasa kepala aku berat, rasa macam aku chocked my own breath. Air liur aku terasa kering. Aku pengsan. Mak aku cerita, dia papah aku ke sofa. Lepas aku tahu, aku marah parents aku macam orang gila. Marah parents aku. Marah sebab biar dia sentuh aku walaupun berlapik. Dia tu bukan manusia, bagi aku, that time. Setiap kali mandi, aku akan gosok dengan berus dawai bahagian yang dia pegang tu.. jijik. itu je yang aku rasa masa tu. Tapi, ayah tetap buat polis report untuk keselamatan.

Aku sambung semula pengajian aku, lewat satu semes dari dia. Masa ni si fulanah datang semula dekat aku, mengaku silap dia sebab percaya cakap si fulan. Aku senyum tak terasa apa-apa. Aku dah agak. Masa ni si fulan dah tak kacau aku, tapi aku ni macam dah paranoid. Mata aku melilau cari kelibat dia, sebab aku nak lari kalau dia ada. bila dalam kelas orang bercakap pasal dia, aku rasa nak pitam. kepala pusing, rasa nak muntah. then menangis sorang-sorang dalam toilet department. aku sentiasa rasa ada orang perhatikan aku. sentiasa. bila ada orang yang sama nama dengan dia, aku rasa jantung aku macam nak terkeluar. nervous, kecut perut macam ada benda bahaya nak jadi kat aku. dalam kelas, takde satu pun yang menarik bg aku. satu haram pun aku tak faham. aku kena halau dengan pensyarah sebab tertidur dalam kelas, markah essesment semua kelaut. aku inagt lagi, aku jawab test sambil darah menitik-nitik,aku macam tak waras masa tu.bila ingat semula, rasa sakit sangat. aku cakap dengan mak ayah, aku tak kuat. tolong tukarkan tempat belajar aku. then diorang usahakan. ya, aku dapat tukar atas sebab kesihatan, ayah usahakan macam-macam untuk tukarkan aku. aku habiskan diploma aku kat tempat baru, tanpa seorang pun kawan, tanpa apa-apa teammate untuk sebarang subjek, aku sendiri untuk diri sendiri, sebab aku dah susah nak percaya orang.

Untuk pengetahuan,aku ada minta ayah bawa aku jumpak ustaz, sebab aku takut si fulan main gila, tapi Alhamdulillah, aku clean. Darussyifaa, and lagi 4 orang ustaz cakap benda yang sama. So, ayah cuma cakap time will heal, just banyakkan berdoa. Tapi aku makin hari makin meracau jiwa. Aku paranoid, aku susah nak kenal benda, aku susah nak membaca, aku susah nak fokus, aku terlupa macam-macam, aku takut dengan certain tempat, ya, aku ada trauma, aku rasa selamat dengan cara aku yang aku cerita di post awal aku. satu post aku tulis ambil masa atleast 6 hour to finished it. Aku susah nak susun ayat, aku lupa banyak perkataan. Benda drastik yang jadi dekat diri aku ni, berbeza 100 kali ganda dari diri aku sebelum ni. aku jadi panik kenapa aku macam ni, tak boleh nak control, aku selfharm hampir setiap hari. Lepas pada tu, aku tukar bilik dengan adik aku. Bilik yang takde tingkap, aku rasa selamat. tapi masih malam-malam dalam pukul 2, 3 pagi aku akan tinjau tingkap depan rumah takut dia ada. aku berulangkali bangun make sure pintu rumah kunci. bila aku teringat, aku akan repeat benda sama sampai aku puas hati. Badan aku penuh parut, lagi-lagi part yang dia pegang tu. Aku kalau boleh, nak bahagian tu berkecai dari badan aku. Aku masih tak boleh nak terima benda tu. Skinship, tak kira perempuan or lelaki, siapa yang pegang aku memang aku sound. Doctor aku cakap si fulan tu maybe dia obses dengan aku, so dia dapat pegang aku tu mungkin kepuasan bagi dia.Sebab tu dia senyap dan hilang macam tu je, tapi masih aku tak rasa dia hilang.

4 tahun aku tak tahu aku sakit. Kak usrah yang teman aku ke psikiatri clinic. Kak usrah tu jugak yang tolong aku masa aku nak suicide. Tahun ke 5 baru aku mula dapatkan treatment lepas aku diwarded. Doktor pakar tu yang cakap aku tak perlu ambil apa-apa ujian psikologi, terus dia diagnosed aku MDD, trauma, anxiety, ocd;intrusive thought tapi bukan serentak dalam waktu yang sama.. Aku tahu ada lagi manusia yang lebih teruk ujian dia dari aku, tapi ujian aku yang sikit ni pun aku dah rasa tak terhingga. Yang kena rogol, yang kena dera, aku tak tahu tahap mental diorang macam mana. Tolonglah tolong golongan macam ni, pak cik, mak cik, abang, kakak, kita sekeluarga juga nanti di akhirat. Tapi masih ada yang berani backup si perogol dan pendera. Diorang bukan manusia bagi aku. Manusia yang kata ini pilihan hidup, aku tak tahu nak cakap apa untuk orang macam ni. Maybe kau kena buka mata hati tengok dunia Allah cipta ni bukan ada kau yang happy, adik beradik, sepupu sepapat kau yang bahagia, kaya, beringat la bila berkata-kata. Aku pengkhilaf, kau juga tak terlepas. Kalau masih kata ini pilihan hidup, aku sanggup pilih untuk hidup dalam keadaan macam ni, dari hidup dengan society yang kejam macam kau. Assalamualaikum.

– Bell

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Teman Pengganti Usia Emas

PengakuanKu

Terima kasih atas kesudian admin siarkan conffesion. Confess ini tidak berkaitan diriku cuma dari pemerhatian persekitaran.

Apabila sesaorang kehilangan pasangan pada usia emas sedang kesihatan masih baik, pastinya kesunyian hidup mula menerpa. Bagi wanita, mungkin tidak begitu terkesan kerana kebiasaannya anak2 samada lelaki atau perempuan lebih rapat dengan ibu. Bila ibu kesaorangan anak2 yg tidak tinggal serumah lebih kerap pulang utk menemani siibu. Ada juga ibu yg memilih tinggal bersama anak sambil menikmati kemeriahan bersama cucu disamping menyumbang kerja2 domestik rumah. Ibu mudah sesuai dengan menantu lelaki dan wanita berbanding ayah tunggal.
Ayahnda, sudah tentu kekok serumah dengan menantu perempuan dan kurang selesa berada lama di rumah anak perempuan adanya menantu lelaki. Tanpa teman, ayah termanggu kesaorangan dirumah. Sedang dia perlukan teman utk berbual, teman makan, teman beribadat, teman tidor saling berurut dan bergaru2 (orang tua sll gatal atas belakang).
Pilihan terbaik ialah berkahwin semula diusia emas. Rupanya tidak semudah disangka. Ayah perlukan wanita yg agak muda (40-50an) sihat, bergaya, tiada komitmen dengan anak2 remaja, tidak high demand and the list go on. Sudah tentu ibu tunggal tiada anak atau anak dara terlajak umur menjadi pilihan.
Dalam pemerhatianku, anak2 nak menerima orang baru ayah antara suka dan risau. Suka kerana ada orang yg akan menjaga ayah dalam sihat dan sakit. Kerisauan mula terbit dihati berkaitan harta setelah ayah pergi.
Ada dikalangan anak2 memaksa ayah menyelesaikan pembahagian harta sebelum nikah baru. Selepas ayah mati, ibu tiri turun sehelai sepinggang kerana rumah dan aset2 telah ada penama. Aku menyaksikan ibu sedaraku terpaksa balik ke kampong asal dan menduduki semula rumah peninggalan arwah suami terdahulu yg telah reput buruk ditinggalkan selama mengikut suami perkahwinan kedua. Khidmat dan pengurbanan dia termasuk merawat suami bedridden sebelum ajal hanya diberi makan pakai selama dalam perkahwinan. Tiada elaun pencen kerana arwah hanya org kampung yg bergantung pada hasil getah dan pajakan bendang.
Aku juga menyaksikan satu situasi paling sadis ada satu keluarga anak2 memilih wanita lurus bendui bodoh2 alam lagi miskin utk ayah tunggal tua yg sakit mengarah kepada kian berat dan berat kerana mereka nak lepas tanggung jawab. Disaat ayah mendekati ajalnya, anak2 memaksa ayah menceraikan isterinya demi menjaga agar tiada harta ayah jatuh kepada org lain selain mereka. Maka turunkan isteri selai sepinggang tanpa pembelaan.
Walaupun harta bukan matkamat, bagi wanita yang nak mengahwini ayah tunggal usia emas pastikan ada “habuan” selepas suami mati. Jangan sampai dipergunakan sebagai peneman, pengasuh dan perawat orang tua sakit sahaja. Tidak salah siasat dan bincang dulu tentang kebajikan anda selepas ditinggalkan. Jika semua aset telah berpenama, adakah ayah tunggal punyai kemampuan membeli untuk anda. Bunyi macam materialistik, namun hakikatnya material penting utk kelangsungan hidup. Berkahwin dengan warga emas tidak seperti orang muda mempunyai kesempatan untuk bersama2 membina kehidupan beranak pinak dan membeli aset. Pastikan anda ada jaminan selepas ditinggalkan utk menghadapi kehidupan mungkin panjang dihari mendatang.

– makcik bunga lawang

– Makcik bunga lawang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Gelisah Ke Hospital

PengakuanKu

Terima kasih admin jika confession ni diapprove :) Saya menghidap penyakit psoriasis sejak sekolah. Tapi selepas itu, saya diduga dgn sakit hiperthyroid dan rheumatoid arthritis pada tahun 2012. Saya kerap sedih dan murung sebab penyakit saya yang buat emosi tak tentu. Tapi semakin dewasa, semakin mudah utk saya terima dan handle dugaan saya dgn dorongan family dan org sekeliling.

Saya dari kecil memang selalu ke hospital sebab kesihatan tak ok dari dlu lagi. Byk pengalaman baik tp disebabkan sekarang penyakit saya susah utk nampak dgn mata kasar, banyak juga pengalaman buruk yang buat saya sedih dan sedikit fobia. Tajuk saya bukan bermaksud doktor atau nurse di Malaysia ni menakutkan dan jahat, mcm biasa tak kira pekerjaan apa pun ada manusia baik manusia tak berapa baik. Tapi sebab saya selalu ke hospital, issue ni menjadi masalah besar utk saya disebabkan pengalaman lalu.

Saya pernah dihantar ke emergency sebab perasaan sgt sedih tiba2 dan saya dapat rasa jantung berdebar2 sehingga tak dapat tidur. Saya ada history makan ubat sebab masalah tersebut tp saya sesak nafas walaupun dah makan ubat tu jd parents saya sangat risau. Bila di check, staff di emergency pun tanya soalan kenapa jd mcm tu dan saya ckp saya memang ada hyperthyroid jd kerap berlaku mcm tu. Tapi sebab saya budak sekolah lg masa tu, staff tersebut ckp saya stress sahaja nak SPM tak mgkin hyperthyroid sampai nangis teruk2. Dan sebab dah lewat mlm, saya dimarahi oleh doctor sebab tak cuba makan ubat tu lagi sekali sebelum ke hospital sebab bukan perkara emergency. Saya faham staff emergency mungkin penat dan ngntuk dan saya ganggu mereka masa tu tapi saya pertama kali rasa teruk mcm tu jadi parents sangat risau dan taktahu nak fikir apa lagi.

Saya dapatkan referral utk jumpa doktor pakar di hospital lain selepas beberapa hari terlalu kerap ada masalah yg sama. Dan setelah lakukan checkup doctor tersebut bgtau yg saya ada masalah Supraventricular tachycardia (SVT). Dia juga ada kata tak teruk sangat cuma memang masalah yg saya alami disebabkan SVT ni.

Kali kedua saya dihantar ke emergency sebab masalah sama tapi kali ini, nurse tanya saya betul ke jadi macam ni sebab sakit hyperthyroid? Bukan sebab adik ada gaduh dgn boyfriend? Saya sangat kecewa bila ditanya mcm tu sebab pada ketika itu saya sangat sensitif dan tambah pula penyakit psoriasis saya flare up bila saya sedih dan stress dgn sakit hyperthyroid. Saya tak sangka sebab saya budak lagi, susah utk mereka hormat keadaan saya. Bagi saya, saya percaya pekerjaan mereka utk membantu saya tapi saya tak sangka pengalaman2 macam ni buat saya lagi gelisah dan sedih utk ke hospital. Saya harap mereka boleh tunjukkan perasaan simpati lagi sebab tak kira usia berapa pun, kami tetap ada perasaan. Tapi saya tahu tak semua nurse dan doktor begitu. Saya cuma harap mereka dapat kekalkan sikap professional dan simpati even terhadap budak sekolah.

Last skali, saya sangat hormat doktor dan nurse2 yg byk bantu saya. Saya akan sentiasa igt mereka dlm doa saya InsyaAllah. Terima kasih!

– Mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.