Assalamualaikum wbt. Thank you admin andai kata pesanan aku ni dipublish.
Aku berumur 21 tahun, belajar di salah satu universiti di Pulau Pinang dan belum berkahwin. Aku tulis ni bertujuan nak sampaikan pesanan buat semua gadis yg membaca. Pesan awal awal, confession ni panjang. Tapi harap baca sampai habis.
Kecoh isu rumahtangga dot dot. Aku pernah update di facebook aku tentang hal ni. Aku tak kisah pasal mereka sebab hakikatnya ramai lagi yg sudah berumahtangga dah alami masalah sedemikian. Tapi aku ambik iktibar. Aku mula rasa ‘bertanggungjawab’ nak pesan ni lepss terjadinya isu viral tersebut. Cuma, aku harap udah udahla korang kecam. Hal rumahtangga mereka. Kita ni haa yang kena usaha dari skrg, berdoa pada Allah agar dpt jodoh yg baikbaik.
Sebelum aku teruskan, aku harap takda yang kata aku ni baru setahun jagung, budak hingusan taktau apa apa lagi tapi sebokk jaa memandai jaa nak sembang pasal hal kahwin/rumahtangga. Chill beb. Benda am macam ni kalau ko tak belajar, tak kutip iktibar/pengajaran org sekeliling kau, tu yg kau main langgar bedal je semua benda. Kita membesar dan kita belajar drpd pengalaman sekeliling. Pastu jgn dok kata aku ni kasar sebab bahasakan diri aku ni ‘aku’. Sebenarnya bukan kasar tapi lebih mesra gitu. Aku bukan skema. Lol. Full stop.
1. Sebagai seorang gadis, yg jugak seorang Islam, seharusnya kalian menjaga batas pergaulan. Jangan bersentuhan/berpegangan tangan/tepuk tampar manja manja dengan mana mana lelaki tak kirala dia boyfriend kau yg dah 10 tahun couple, sepupu yg korang rapat sejak kecik ke, kawan baik lelaki yg selalu belanja ko makan ke ataupun dengan rakan sekerja. No. Big no. Jaga maruah diri. Eventho kau takda perasaan kat lelaki tu, tapi kalau kau bersentuhan tangan, buat bab sentuh sentuh ni perkara remeh, better stop. Benda camni memang remeh, yang tak remehnya bila kita terlanjur. Haa masa tu baru nak menyesal. Bermula dari pegang tangan je, sentuh cuit telinga hidung sikit je. Tup tup lama lama berlebihan. Girls, stop buat diri kita ni macam patung, anda sendiri yg menentukan diri anda. (Ceh ber anda anda pulekk). Please jaga batas pergaulan lebih lebih lagi kalau kawan baik or sepupu yang rapat dgn kau tu dah jadi suami org.
Yes, sepupu, rapat rapat camtu je, takda niat pun jatuh cinta ke rampas ke.. tapi korang kena sedar, perasaan seorang isteri bila dia tengok laki dia duk gurau2 mesra dgn kawan baik perempuan/sepupu dia. Lama lama timbul juga rasa was was dan cemburu dalam diri isteri. Lama kelamaan, apa yg terpendam dlm hati si isteri, akan meletups kebabom dan berlakulah pergaduhan dlm rumah tangga. Seriously, kau rasa benda camni remeh tapi sebenarnya benda camni boleh jadi punca keretakkan rumah tangga org lain. Kau fikir isteri kwn kau/sepupu laki yg kau rapat tu mengada ngada, sensitif..padahal, kau buta sebenarnya..sebab apa? Sebab kau tak rasa lagi bagaimana perasaan menjadi seorang isteri dan ibu. Bagi kau benda tak perlu dibesar besarkan, tapi bagi isteri, benda camnilah yg membuat dia pedih hati. Lagipun, kalau baca kat page Kisah Rumah Tangga tu…mcm mcm kes. Asalnya alahh kawan jek pastu alahai jatuh hati pastu serba serbi lah tak kena dengan bini kat rumah.
Kalau kau fikir benda ni ‘eleh bukan hadap pun laki org’. Yes mmg kau tak hadap laki org tapi seharusnya jugak kau tau had pergaulan kau dgn lelaki. Sama ada laki bujang atay laki org. Dua dua kategori laki tu kau kena jaga. Sebab apa? Sebab kau perempuan. Kau beragama Islam. Change your thinking. Tak semua benda adalah benda yg remeh dan simple. Hal hal batas pergaulan nilah yg akan mengundang perkara buruk yg lebih besar dan dahsyat. Sebabtu Allah dah pesan, jaga pergaulan. Yang mahram, jangan dibuat macam yang halal. Kemain cuit hidung bagai. Rasa nak cuit, haa pi kahwin.
2. Yang kedua, jauhi lelaki yang berstatus suami orang meskipun laki orang tu kemain baik haa dgn kau. Kau tak mintak duit hengget pun dia kasi, kau takda kereta nakgi klinik masa demam pun dia tolong hantarkan. Stop it stop. Kalau boleh ikhtiar dengan cara lain. Ada kawan, mintak tolong kawan yg sejantina. Takdak sangat, kalau sampai kritikal barulah kau mintak tolong. Bila kita dah tau dia laki orang tak kisalah tempat keje ke, masa kau masih sekolah ke, uni ke…please jauhkan diri. Bukan apa, ni aku nak beri contoh. Ada segelintir dari kita ni dia tau tu laki orang tapi kemain lagi manfaatkan si laki orang padahal masih bersekolah. Baru belasan tahun, dah kenal and kawan rapat dengan laki orang. Dapat hadiah macam macam. Duit takyah cakapla wei. Yg laki tu pun nak kata bodoh kan kata aku ni kasar pulak. Perempuan, bila baru kenal laki, gatal tu bukan main lagi. Sebabtu tak kisah laki org ke tak. Yg depa tau, apa depa nak depa dapat. Kita sebenarnya boleh pilih, kawan kawan. Otak kita ni mampu fikir. Kalau la kau pilih nak mesra rapat dgn laki orang, then you do it. Kalau kau rasa tak patut, maka kau akan cuba jauhkan diri. Kadang laki ni dia share macam macam kat si perempuan. Kononnya bini tak pandai masak la, bini duk serabai serebeh kat rumah la, mcm mcm. Yela, bila ada perempuan lain (eventho si gadis tu baru belasan tahun), serba serbi aib bini dia cerita. Konon nak simpati, nak buat popuan tu cair. Padahal entah betul entah tidak apa yg laki tu cerita. Over jaa. Kalau laki tu baik, dia takkan cerita buruk pasal bini dia. Sebabtu amanah dia.
Jangan kita berniat tak baik dekat orang. Kita rasa kita senang, dapat apa kita nak, duit, hadiah, kasih sayang (very fake), otp, wassap tiap hari.. haih tu mula mula ja tu. Kalau kau ada hati yg elok, fikiran yg elok, kau akan fikir dan cuba letak diri kau kat tempat bini sugar daddy kau tu. Kalau kau jadi bini dia, apa kau rasa kalau laki kau ada hubungan dgn perempuan lain? Yg lebih muda, cantik? Siap beri hadiah duit bagai. Apa kau rasa? Kau duk rumah urus makan pakai dia dan anak anak, demam sakit dia dan anak anak tup tup laki kau curang?
Fikirlah. Fikir.
Takpun paling mudah, apa kau rasa kalau bapak kau curang dengan mak kau? Dengan perempuan yang baya baya kau? Tak ke kau rasa nak celup dia dalam kolam yg penuh dengan cili?
Conclusion dia, jauhi suami orang. Kita nampak sweet dia ja, kita taktau mcm mana dia layan dan jaga anak bini dia kat rumah. Dan, sekiranya kau jatuh hati dgn suami org, make sure laki tu elok. Betul betul elok dan kau boleh terima bini dan anak anak dia. Kau tak bersikap mcm kau ni meretakkan rmh tangga org. Dan paling penting, kau tak menyorok tapi kau berani terus terang bincang elok elok dgn bini dia. Aku tak halang poligami. Aku tidak menidakkan apa yang Allah telah berikan. Cuma, segalanya terletak pada fikiran dan sikap kau. (Walaupun aku tdak menidakkan poligami, tapi aku tak kuat. Hahaha)
*Kalau hati kau baik, kau takkan jadi racun pada orang lain. Aku ulang. Kalau hati kau baik, kau takkan jadi racun pada orang lain. Kalau kau bijak, kau jadi manusia yang berakal, bermaruah. Kau plan sebaik mungkin walaupun kau bakal hadap risikonya.*
3. Yang ketiga ialah JANGAN SESUKA HATI KATA ISTERI TAK PANDAI JAGA SUAMI. Sekiranya ada laki orang(kawan baik contohnya) cerita dekat kau pasal bini dia. Cerita buruk buruk jeee. Pastu tinggi melangit dia duk puji kau, aku harap kau tak bangga diri dan tak kata bini dia tu tak pandai jaga suami.
Kau tau sangat ke jaga suami? Eleh. Sembang kencang popuan ni.
Seburuk buruk bini dia pun, betul ke tidak, jangan kau kata dekat bini dia yg dia tak pandai jaga suami. Lagi teruk kalau kau cakap depan laki org tu yg bini dia tak pandai jaga dia.
Dan kau sangatlah busuk hati jahat perangai kalau kau wassap dgn bini dia cakap bini tu tak pandai jaga suami. Wallahi. Apa perasaan bini dia masa tu? Pastu kau duk canang sana sini perangai buruk bini dia kat kawan kawan kau. Pastu kau kutuk berjemaah.
Kita tak duduk tempat bini dia. Kita taktau lagi baik buruk yg sebenar suami dia tu. Yg kita nampak ni benda manis elok je wei. Yg buruk kita taktau. Yg tau nya bini dia. Jangan biarkan kemanisan tu mengaburi mata hati kau. Serious. Jangan.
Dalam setiap rumahtangga, akan ada buruk isteri atau suami. Rahsia rumah tangga. Masalah rumah tangga org, kau jangan masuk campur. Jangan jadi batu api.
Kita ni taktau lagi corak rumah tangga kita esok esok. Kang kalau tak kena sikit tengok tengok kau yang lebih. Tu kata…jangan duk sedap mengata..kena pada diri sendiri baru tau sakit tu lagumana. Tak kena, boleh ah sembang. Ce kena..ce kena….aku rasa rumah banglo 2 tingkat pun kau boleh angkat.
Tu saja kot aku nak pesan.
Ahh senang cakap kita gadis, jangan duk menggataiiiii. Kita jaga batas pergaulan, sebabnya, dari batas pergaulan yg tak terkawal tulah yg akan mengeruhkan keadaan. Jangan terlalu rasa diri tu elok, org lain tak elok. Kasut kita tak sama size apatah lagi ujian setiap org. Jauhi drpd berkawan dgn suami org. Jgn over mesra rapat dgn lelaki yg berstatus suami org. Dan ketiga, jgn memandai duk caci maki bini org tak pandai jaga laki dia. Jodoh ni rahsia. Kita dpt laki mcm mana esok esok kita taktau lgi haaa. Jangan terlalu mendongak ke atas nanti terkena ta**k burung.
Eheww.
Maafkanlah aku andai aku pesan tak kena cara ke apa. Aku dan kita semua kena hati hati. Jangan lagha. Jangan kita penting diri. Aku sekadar berpesan dan pesanan ni tak lain tak bukan memang untuk aku jugak.
Akhir kata, kita perempuan, kitalah yang harus menjaga hati perempuan.
Hanya wanita yang memahami wanita.
– K.I.H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment