First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerena sudi upload confession aku. Aku bukan lah nak cerita pasal cinta yang happy ending. Tapi aku nak cerita mengenai kawan. Kawan tu sungguh besar makna bagi semua orang di dalam muka bumi ni. Bagi 3/4 daripada manusia di muka bumi ini, hidup tanpa kawan tak akan seronok dan bermakna.
Aku ni boleh dikira kurang bernasib dalam berkawan lah since daripada aku sekolah rendah lagi. Sekarang ni aku dah masuk university pun still susah nak stick dalam satu friendship. Kalau berkawan pun tahan tak sampai 3 bulan hmm sadis bukan? Tapi disebabkan aku sudah diuji dalam berkawan ni daripada aku sekolah rendah, aku jadi tak kisah dan kalau tak ada kawan dala m hidup aku, aku still boleh hidup.
Bila tengok orang lain berkawan, serious aku ada rasa cemburu tapi mustahil aku nak dapat kawan yang tahan lama dengan aku. Bila aku cakap yang aku tak ada kawan, semua tak percaya. Kata mereka, aku ni dikira macam orang yang duduk dalam gua sebab tak ada kawan. Memang sakitlah bila diaorang cakap macam tu. Bukan kita yang mintak tak nak ada kawan, tapi diaorang yang palau aku tanpa sebab.
Hmm, tanpa sebab? Rasa tak logik kan? Tapi itu lah apa yang aku rasa. Kena pukul dengan kawan baik sendiri pun pernah sebab aku tak melawan bila dia marah and maki aku. Aku ni perempuan tapi cara aku macam lelaki dah bila kena pukul semua tu. Menangis, tak nak pergi sekolah, depression, semua aku pernah rasa. Tapi bila aku ingat Allah dan family aku, aku lupakan semua tu. Aku tolak tepi perasaan aku bila kena macam ni dengan orang yang bernama kawan.
Cerita dia macam ni, aku sekarang berada di tahun akhir dan kalau korang nak tahu, aku dibenci oleh 3/4 daripada budak kelas aku. Atas sebab apa, aku sendiri tak tahu. Mereka telah membuka aib aku di dalam group kelas and telah bercakap macam-macam sehingga membuat aku menangis. Orang yang membuat onar itu, sorang saja tapi dia memperbesarkan sampai satu kelas membenci aku. Allahu, hanya Allah saja yang tahu waktu tu. Kawan baik aku pun tinggalkan aku macam tu saja bila budak kelas aku semua mengutuk aku ini. Alasan dia “aku kalau boleh tak nak masuk campur hal orang bergaduh ni. Malas nak besarkan masalah.” In fact, dia pergi berkawan dengan orang yang mencanang cerita aku itu. Dia pandang aku pun tidak bila dia dah start rapat dengan mereka.
Aku dapat tahu daripada budak kelas aku sendiri yang memang takde kena mengena dalam hal pergaduhan di antara kami. Kata mereka “Diaorang semua benci kau and buat cerita buruk pasal kau sebab diaorang kata kau tak ada maruah kawan dengan lelaki. Tapi bagi aku lah kan, diaorang tu lagi tak ada rasa malu bila bercakap buruk dan bukak aib orang macam tu saja dalam group kelas. Bagi diaorang, diaorang yang betul dan kau yang salah sebab diaorang ramai backup. Tak apalah, apa aku nak kau buat, teruskan berdoa dan diam aje. Lama-lama diaorang diam lah tu walaupun aku rasa diaorang tak akan diam.” Bila aku tahu benda tu memang aku terasa sangat. Bila fikir secara logik, lebih baik kawan dengan lelaki daripada kawan dengan perempuan yang sangat complicated. At least, lelaki jujur dalam semua benda dan tak mudah sentap kalau di bawa bergurau. Kalau perempuan, sikit-sikit nak merajuk lah, menangis lah. Aku sebagai perempuan pun rasa complicated berkawan dengan perempuan.
So, bila kita kehilangan kawan, jangan lah kita rasa hidup ni tak ada makna sebab dekat mana-mana kau pergi kau akan berkawan dan kau akan ditinggalkan dalam berkawan. Bak kata mak aku, “kalau kau berkawan, kau jangan anggap dia tu kawan rapat kau sebab belum tentu bila susah dia ada bersama dengan kau. Kawan yang ada dalam susah tu memang ada tapi memang susah nak jumpa. Kalau kau ada kawan macam tu, kau hargai dia tapi kalau kau tak ada, tak payah nak berharap dia boleh bahagiakan kau dalam persahabatan yang terjalin. Hidup ni masih panjang kalau diizinkan-Nya. Jadi, jangan sia-siakan hidup kau hanya kerana kawan yang tak guna. Simpan dalam otak dan fikir sebelum bertindak.” Aku masih pegang kata-kata mak aku sampai sekarang sebab tu aku tak kisah bila ditinggal dengan kawan aku. Kawan bukan penentu untuk masa depan kau tapi berjaya dalam hidup dan mencari redha Allah dan ibu bapa itu lah yang paling di utamakan.
– Ita
– Ita
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment