Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum pembaca iium. . Tidaklah aku pandai bermukadimah, jadi aku nak teruskan jalan cerita aku.
Seminggu sebelum aku tamatkan pengajian aku dalam peringkat diploma, ibu bagitahu kami sekeluarga niatnya untuk menjaga atuk merangkap ayah ibu. Sebelum ini atuk di jaga oleh sepupu aku dan kini giliranku kerana aku bakal menamatkan pengajian aku. Sedih weh. Baru je cuti takkan nak jaga atuk. Aku tak nak. Ibu cakap biarlah ibu jaga atok, tanggungjawab ibu. Nenek dah tak ada. nak tak nak aku akur…
Atuk tak biasa duduk rumah kami. Atuk tak boleh tidur, cakap rumah kami ada benda bukan-bukanlah.. Aku serabut.. Setiap 5 minit mesti panggil aku buat itu ini. Aku rimas. Atuk kadang-kadang merintih, ada tak puas hati, ibu masak yang tu tak kenalah. . Aku tak nak duduk rumah. Jadi aku ambil keputusan untuk sambung pengajian di sebuah kolej sedangkan aku teringin nak sambung pengajian di sebuah Universiti Awam di sebelah utara semenanjung.
Aku tak tahu kenapa banyak sangat tak kena semasa pengajian aku di sini sedangkan kolej ini jugalah aku mengaji semasa diploma. Aku hampir terlepas daftar subjek. Aku terlepas tarikh untuk permohonan pinjaman ptptn jadi aku tak dapat nak langsai yuran pengajian aku (yuran kolej sewasta mahal). Aku nak berhenti sebabkan tak mampu nak bayar yuran tapi abah cakap teruskan nanti abah usahakan. Kau sebagai anak mesti sedih abah cakap macam tu. dengan adik-adik lagi.
Aku jadi malas. malas pergi kelas, selalu menangis sorang- sorang. Aku pergi kelas dengar pensyarah membebel tapi tak hadam langsung apa yang di dengar. Sampailah minggu study week aku masih lagi tak dapat bayar yuran. Aku call pejabat kolej aku cakap aku tak dapat nak teruskan sebab tak dapat bayar yuran dan aku tahu kalau tak bayar yuran tak boleh masuk dewan exam. Cik @ puan kerja pejabat tu bagi solution untuk aku buat surat permohonan penangguhan pembayaran. Selepas lulus surat penangguhan tu aku jawab exam macam biasalah. Result? cukup² makanlah.
Jadi cuti semester pun bermula di mana aku terpaksa jaga atuk. Aku pun kesian jugak tengok ibu ulang alik dari pejabat time tengahari untuk masakkan lauk untuk atuk. Ibu pun ada ajar aku macam mana nak masak lauk favorite atuk. aku try la and aku tahu atuk jenis cerewet , so bersedia untuk tahan telinga. Tiba-tiba atuk menangis. mahu terkujat aku,. Atuk cakap cucu- cucu dia yang tak pernah masakkan untuk dia. Aku serba salah weh. Walhal aku tak berapa nak pun masak ( senang cerita tak ikhlas ) untuk atuk. Atuk pun cerita “abah kamu menantu tapi dialah yang selalu mandikan atuk, cuci² (fahamlah aku) anak aku sendiri tak buat macam tu” . Sedih weh. kalaulah abah di tempat atuk dan anak² aku jadi macam aku, macam manelah. .
Bila dah lama- lama jaga atuk aku rasa “keterpaksaan” tu hilang. Aku siap cari buku resepi nak try masakkan baru untuk atuk aku makan, aku tolonglah jaga atuk semampu aku ( potong kuku dan sebagainya). Atuk pernah doa “atuk doa ape yang kamu nak tercapailah. kamu cucu yang tak pernah nak marah-marah atuk, atuk nak apa kamu ikut je .”
Sampailah semester baru nak buka, aku extend sebab aku rasa semester lepas aku tak boleh fokus, lebih baik extend. Dalam cuti semeter aku ada apply Universiti yang aku teringin nak sambung, Alhamdulillah aku dapat sambung di universiti tersebut.
aku sekarang dah lepas pun satu semester di UA tersebut, alhamdulillah, perjalanannya smooth je, dapat kawan yang selalu ingatkan aku pada Tuhan, dapat pensyarah yang baik dan suasana pembelajaran di sana pun seronok.
Sekarang tengah cuti semester dan aku terus jaga atuk aku kat rumah. Actually family aku dan pak cik aku selang seli jaga atuk ( sebulan di rumah ibu sebulan di rumah pakcik).
Point aku kat sini adalah berkatnya doa atuk aku dan kepentingan serta tanggungjawab kita terhadap orang tua patut kita laksana dengan baik. Anak-anak atuk aku banyak tapi yang willing nak jaga atuk aku cuma pakcik dan ibu. Dan aku nampak urusan pakcik dan ibu banyak dipermudahkan (dengan keizinan Allah). Terima kasih atuk. Masa kecil aku jarang bermanja dengan atuk, bila dah besar Allah bagi peluang aku jaga atuk.. doakan atuk dikurniakan kesihatan yang baik, banyak lagi masakan aku atuk tak cuba lagi. .
p/s : yuran kolej lama aku dah bayar keh (bagi yang tertanya)
-jemah, cucu atuk yang ke-5
– Jemah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment