Friday, 28 July 2017

Rahsia

PengakuanKu

Terimah kasih admin sudi upload confession saya, nama saya sarah saya ada 2 oldest sibling abang & kakak. Beza umur abang saya & kakak saya 7 tahn & 6 tahn saja. Saya dan sibling saya disekolahkan sekolah cina sebab sekolah kebangsaan jauh dari rumah. Tujuan saya membuat confession adalah sebagai pengajaran untk saya dan kepada pembaca lain untuk dijadikan sebagai iktibar.

Hubungan saya dengan sibling saya tak masa kecil memang sangat tidak rapat, salah satu sebab sepanjang saya membesar saya paling susah jumpa sibling saya. yelah masa saya kecil abang & kakak saya dah masuk sekolah rendah bila dah saya masuk sekolah rendah, mereka pula masuk sekolah menengah, bila saya mask sekolah menengah mereka dah masuk kolej. Boleh dikatakan sepanjang childhood saya sampai habis sekolah menengah memang saya tidak rapat sangat sibling saya. Cerita saya nak sampaikan, bermula saya masuk sekolah rendah disitu adalah umpama bagi neraka saya. Apa yang abang saya dan kakak saya lalui sangat berbeza. Saya tak sedar perkara ini tidak normal. Sehingga saya mula faham apa itu buli.

Saya mula sedar apa yang saya lalui sepanjang 6 tahun yang seumpama neraka bagi saya. Saya tidak pernah bagitau apa yang saya lalui kepda keluarga saya sebab sya ingat it normal. Ketika saya darjah 1 saya sering dipinggirkan oleh semua budak pada mula saya sangka maybe sebab saya tidak tahu bertutur bhasa cina dan saya sering dipinggirkan oleh guru terutama guru yang tolong saya daftar, selama 5 bulan saya sekolah, saya mula berlajar bertutur dan sebut nama saya dan eja dengan betul biarpun tersasul banyak kali sebab saya tidak tahan dipinggir oleh rakan kelas saya. perkara yang saya paling ingat sekali sepanjang saya berlajar dalam tidak ada seorang guru pun yang datang bantu saya ajar maksud perkataan, apa yang saya tahu setiap kali saya masuk class saya seperti berada di tempat asing, cikgu mengajar-mengajar di depan bag kerja sekolah keluar kelas. itu saya lalui setiap kali. Kadang kadang guru bagi kami masa untk self study, masa itu saya akan cari mana mana kawan untuk minta tolong ajar saya siapkan kerja sekolah kerana saya tidak boleh membaca langsung akan tetapi seperti biasa saya akan dipinggirkan oleh semua pelajar, dan bila saya menanya guru subject tersebut saya akan end up kena marah dan tidak layan saya langsung. Pernah sekali saya dihalau keluar kelas kerana sudah beberapa kali saya tidak siapkan kerja sekolah, tapi tidak ada seorang pun tanya saya kenapa saya tidak siapkan sekolah.

Bila saya balik ke rumah keluarga saya akan marah saya kerana tidak habiskan kerja sekolah, dan seperti biasa abang dan kakak saya akan marah saya tidak henti dan paksa saya siapkan kerja sekolah. Apa saya mampu lakukan, saya tulis ayat merapu dalam kerja sekolah saya sebab saya tidak faham satu bende & abang dan kakak saya tidak mahu mengajar saya langsung. Pernah sekali budak lelaki ugut akan berlasah saya jika saya buat bising dalam kelas, dan setiap kali balik mereka akan maki saya dengan ayat ayat lucah kepada saya. sampai satu tahap saya tak tahu kenape mereka berbuat demikian kerana saya tak pernah pn tegur mereka, kenapa nak ugut saya? apa salah saya? seperti biasa guru subject akan marah saya, halau saya sebab saya sentiasa tidak akan habiskan kerja sekolah saya. pernah sekali beg saya ditendang oleh gur u tersebut sambil halau saya dalam kelas. dan sperti biasa juga saya tiada rakan kelas yang sudi berkawan dengan saya.

Pernah saya report kepada salah seorang dari ibu budak lelaki itu tapi sayang apa yang saya katakan tidak dipercayai kerana anak dia budak cemerlang. saya terus tidak dilayan dan sejak dari situ cacian makian yang hanya lepas sekolah terus sudah mula dalam kelas. setiap kali bila guru lambat masuk saya akan kena kacau dengan perlajar lelaki, buang pemadam saya, ejek nama saya, tarik tarik beg saya. tidak ada seorang perlajar pun sudi tolong saya, lagi benci pada saya adalah. saya pernah seklai mengadu pada keluarga saya, apa yang saya terimah ejekan saja. family seorang pn tidak mahu tolong semua hanya jangan lemah sangat, jangan jadi lembik sangat etc..sejak dari situ saya tidak cakap apa terjadi dekat saya di sekolah.

Bila saya masuk darjah 5 semua pelajar lelaki yang suka kacau saya satu kelas dengan saya. Masa tu rasa dia sangat perit. hari hari saya dikacau, kena maki. tambahan guru kelas saya satu pun tak nak backup saya, perkara yang menakutkan saya sekali saya balik sekolah seorang diri sebab saya kena tugas bersihkan kelas selepas waktu balik. selepas saya bersihkan kelas saya berkemas ready nak balik kayuh basikal, rupa rupa 2 daripada kumpulan perlajar lelaki sedang lepak dekat tempat basikal, dan tempat basikal hanya di belakang kelas saya sahaja dan kelas saya terletak di hujung persekolah dekt dengan hutan buatkan kelas saya adlah kelas paling sunyi sekali, perkara yang paling menakutkan saya bila bertembung salah seorang daripada mereka. basikal saya hanya sebelah tempat mereka lepk. jantung saya berdegup dengan laju tapi saya kuatkan kaki saya pergi tempat basikal, sebab saya hanya nak ambil basikal dan balik itu saja. Rasa takut tu sangat kuat sehingga saya mengigil nak pegang basikal saya. dan perkara yang saya paling terjadi juga, salah seorang daripada mereka mengambil batang kayu dan mula pkul kaki saya dan salah seorang daripada mereka pegang basikal dan pegang beg saya, rasa takut itu rasa seumpama mahu mati, mahu saja saya terjun dari bukit sebelah kelas saya. mereka kacau tarik tarik basikal saya dan beg saya, saya kuatkan diri untk tidak menangis sehingga saya jerit pada mereka dan capai pada batu besar, saya ugut saya akan campak batu ni pada mereka jika kacau saya naik basikal. mereka mula lepaskan beg saya dan basikal saya segara capai basikal & beg , belum sempat saya nak kayuhkan basikal salah satu daripada meraka sangkutkan batang kayu pada jaring tayar basikal buatkan saya hampir tercapai dan syukur batu di tangan saya masih saya genggam lalu saya campak batu ke arah mereka, tapi tidak kena pun kena dinding saja, saya cepat cepat kayuh basikal laju laju balik rumah. esoknya saya jmap guru class saya dan saya mengadu tapi instead dengar saya mengadu guru kelas tersebut marah saya depan kelas sebab saya tidak pronounce ayat dengan betul. Instead saya dapat bela diri saya kena marah sebab cuba baling batu pada budak tersebut. Malam tu saya menangis terus.

Bila saya sudah masuk darjah 6 ibu saya suruh saya pakai tudung sebab masuk sekolah menengah nanti biasa pakai tudung, saya ubah style saya, saya biasakan pakai baju kurung dan tudung, dari seminggu sekali kepada hari hari saya pakai tudung and baju krng. seorang guru math saya dia asal sabah support saya pakai pakaian macam ini, sebab yelah dalam sekolah tu saya sebenarnya seorang sahaja yang pakai baju kurung & tudung . Ramai pelajar perempuan dalam kelas suka saya pakai tudung biarpun saya tak biasa pakai tudung juga and sering berpeluh, ketika tu rasa sangat bahagia sebab rasa seperti first time saya dapat tegur ramai pelajar dalam kelas saya terutama perempuan. tapi pada masa yang sama juga saya sering oleh budak budak lelaki. tudung saya sentiasa ditarik kebelakang, pada mula nya saya tidak kisah , tapi setiap masa tudung saya ditarik. dan paling teruk ada salah satu daripada mereka sehingga pernah cabut tudung saya sambil maki saya. Saya tak sanggup tahan rasa seksa begini setiap masa, sehingga saya menangis teruk baru ada sesetenagh guru mahu ambil tindakan, dengan apa hukuman apa? hukuman tulis 100 kali dalam buku ‘saya tidak akan tarik tudung dia lagi’ itu saja, biarpun mereka tak cabut tudung saya tapi mereka still tarik tudung saya dari berlakang.

setiap hari saya doa cepat -cepat masa berlalu dengan cepat sebab makin nak dekat upsr makin teruk saya kena, setiap kali selepas tuisyen pensel dan semua bekas akan dibuang dalam tong sampah. Im living like hell itu yang saya fikirkan setiap masa. Dan bila dah masuk form 1 rasa bahagia tu tak terkata sebab saya berjauhan daripad kumpulan budak lelaki. Itu saja saya mintak, jauh daripad mereka. alhamdulillah biarpun sudah lebih dari 10 tahun, saya masih fasih lagi berbahasa cina, biarpun saya benci kelas saya, saya benci sekolah saya. selepas setahun saya berlajar masuk dalam form1 baru saya dapat tahu bahawa apa yang saya lalui sepanjang 6 tahun itu, apa yang budak lelaki yang buat pada saya, perbuatan itu dipanggil sebagai buli. dan saya tak sedar pun sepanjang masa ni saya adalah mangsa dan apa yang saya rasa tidak adil sepanjang saya dibuli dan tidak bela oleh seorang pun selama ini adalah betul. Bila saya mula faham semua bende tu saya rasa sangat kecewa dengan orang sekeliling saya. Tapi bila saya mula membesar baru saya dapat tahu salah satu daripada pembuli itu mempunyai masalah family..

saya harap pembaca tidak salah faham, bukan semua orang cina adalah jahat, setiap kaum ada orang yang jahat dan baik. saya mention perkara inin sebab saya pernah ceritakan kepada rakan baik saya tapi end up salah faham macam ni, apa yang saya cuba sampai yela pembuli tidak kira usia mau muda atau tua. Dan buli salah satu penyebab kenapa ramai victim end up hidup dalam keadaan ketakutan, no self confidence dan sebagainya. Tapi kita juga tidak boleh salahkan pembuli juga sebab setiap orang ada sebab yang lead mereka menjadi pembuli. Dan sebagai ahli family yang dengar or perasan yang member family berkelakuan pelik, tak salah ambil tahu and even if you find out that they being bully, sarcasm or ejekan is not solution and not helping at all. Support adalah yang mereka perlukan terutama family support. Takde apa yang perlu rasa malu kalau dapat tahu salah satu member family is victim of bully . Maybe apa yang childhood yang saya lalui tidak seteruk sangat, tapi apa yang saya lalui ketika saya masih lagi kanak-kanak dan saya tak tahu mana tempat saya nak luahkan, perit itu masih saya ingat sampai sekarang, biarpun saya sudah berkerja saya masih lagi cuba lupakan dan perasaan sedih tu kadang kadang boleh memakan saya secara mentally biarpun saya maafkan semua perbuatan mereka sebab deep down saya tahu saya takkan jumpa mereka lagi. Saya harap kisah saya ini boleh menjadi iktibar dan teladan yang baik kepada semau pembaca. Sekian terimah kasih .

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.