Friday, 28 July 2017

Mangsa Buli

PengakuanKu

Saya nak kongsi pengalaman di buli semasa sekolah rendah dulu yang banyak memberi kesan kepada hidup saya sehingga kini. Sehingga hari ini saya masih berdendam dengan semua yang pernah membuli saya dulu terutama sekali guru saya.

Guru saya menjadi punca diri saya selalu menjadi target untuk dibuli masa sekolah. Saya harap dia menyesal dengan apa yang dia dah buat pada saya. Saya masih ingat peristiwa tu walau dah lama berlaku ibarat mimpi buruk dalam hidup saya. Ketika itu, guru saya membuat kuiz di dalam kelas tapi saya gagal menjawab soalannya lalu guru itu mengarahkan rakan sekelas lelaki saya bangun dan tampar muka saya sekuat hati sebagai hukuman. Saya masih ingat waktu pertama kali rakan sekelas saya tampar muka saya dengan malu2 dan kami diketawakan satu kelas ibarat kami sedang melakukan suatu jenaka tapi hanya tuhan yang tahu betapa malu saya ketika itu. Kemudian guru itu tidak berpuas hati dan memarahi rakan kelas lelaki itu kerana tampar saya dengan perlahan. Dia mengarahkan budak tu untuk tampar saya lagi sekali dengan lebih kuat. Kalau tidak dia mengugut akan menyuruh pelajar lain tampar budak tu pula. Rakan lelaki saya terus hayun tangan sekuat hati dan tampar muka saya sampai saya terduduk.

Malangnya, kejadian tu hanya di ketawakan seisi kelas seperti suatu perkara yang benar-benar lucu. Guru tu pon berpuas hati dan paling kuat ketawa ketika itu. Saya tak akan pernah lupa rupa guru itu yang ketawa sampai pegang perut melihat saya ditampar dengan kuat dihadapan semua rakan. Saya rasa diri ibarat bahan jenaka untuk menghiburkan hati semua.

Semenjak hari tu, saya sering dibuli di sekolah dan rakan-rakan sudah tidak segan silu untuk pukul, cubit, tampar saya malah di depan semua. Saya hanya mampu mendiamkan diri dan tidak pernah mengadu pada sesiapa kerana keluarga saya orang susah. Baju sekolah koyak pon ibu tampal pakai kain perca mungkin sebab tu guru tu fikir takpe untuk saya dibuli. Saya pon tak pernah menganggap perbuatan rakan yang memukul saya sebagai suatu kesalahan kerana waktu tu saya hanya darjah 3 dan menganggap mereka melakukan semua tu hanya kerana mengikut arahan cikgu sahaja.

Ibu selalu pesan kena ikut kata cikgu, jangan melawan kata cikgu jadi saya hanya berdiam diri dan bertahan. Walau kini saya berada di ipta tapi kesan buli dulu masih menghantui hidup saya hingga kini. Tidur malam saya sering terganggu bila saya teringgat peristiwa dulu. Malah saya slalu kena panic attact bila lalu berhampiran sekolah atau melihat pelajar beruniform. Kini saya juga terpaksa hidup makan ubat dan menjalani sesi berkala dengan psychologist.

Kepada semua pembuli, anda bukan sahaja menyakiti dia pada ketika itu tetapi anda juga mungkin menyakiti dia sepanjang hayat dia. Jadi, elak lah dari membuli. Tolonglah sebab saya dah merasa sakit kesannya. Jangan buat pada orang lain

– piah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.