Assalamualaikum wbt.
Thanks kepada admin sebab approve story ni. Well aku tak tahu nak tulis tajuk apa sebab pada awalnya aku nak tulis tajuk mulut &*^%$ tapi macam kasar sangat. Haha. Korang tahu kan mulut tu apa? apa function mulut? Dan semestinya mulut anggota yang paling orang susah nak kawal. Boleh jadi jugak mulut ni umpama pisau yang boleh hiris hati dan perasaan orang lain.
Aku nak share sikit experience aku. Aku ada kawan Y (eh kawan lagi ke?haha) . Y ni jenis mulut takboleh nak jaga. Nak kata insuran takda aku rasa belambak insuran kat Malaysia ni. Takaful,Prudential haaa and the list goes on. Selama aku berkawan dengan Y ni, dia banyak kali mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati. Nak bagi contoh banyak sangat. And bukan aku je yang terasa, ramai lagi yang terasa. Tapi disebabkan aku ingat manusia boleh berubah , aku terima mulut dia macamtu dan bersabar je. But, Im wrong. Ada manusia tak boleh nak berubah, mungkin belum tiba masa dia.
Selama berkawan ni, Y ni banyak kali mintak maaf dengan aku sebab mulut dia tu. Sebab dia akan perasan kalau aku senyap dengan dia dan malas nak layan dia. Sebab atas dasar ‘kawan’, aku cuba ignore perangai Y ni dan buat tak tahu. Pendam jela kan sebab husnuzon mungkin satu hari dia akan berubah akan jaga mulut dia tu. Fyi, aku jenis susah nak marah orang. Nak membalas apa yang dia cakap apetah lagi . Sebab bagi aku kalau aku balas pun, mulut aku sama haremmmm la jugak.
Dari sekolah menengah lagi, aku jenis berkawan dengan semua orang and aku tak suka sangat kawan overly attached ni. Lagi-lagi yang nak attention lebih. And thats why walaupun aku ada kawan rapat tapi aku akan kekalkan sedikit gap so that aku masih ada manners dalam frienship.
Mesti korang pelik kan, amboi siap ber-gap hahaha. Manners maketh man. And with put some gap je aku boleh kekalkan manners. Tu salah satu cara aku mengingatkan diri aku yang ” dont talk too much, dont hurt them, diorang kawan”.
Berbalik kepada Y ni, dia kawan kolej aku. Boleh kira rapat la jugak pegi kelas sama-sama, makan sama sama, eh sakit hati aku sorang-sorang? haha. Sampai satu masa aku sedar yang bukan frienship macamni yang aku nak. Bagi aku kawan tak kan cakap benda yang menyakitkan hati. Mintak maaf pastu buat lagi mintak maaf pastu buat lagi. Mesti ada yang mindset, kawan sebenar akan terima baik buruk kawan dia kan?? Yes aku tak nafikan hal tu,tapi dah bertahun aku terima buruk dia tu,dan aku tunggu jugak bila masa pulak dia nak ubah perangai dia tu?
Korang mesti faham kan perasaan aku. Dah lama aku bersabar. Aku pun manusia biasa, kalau effort aku sorang je nak sabar dengan perangai dia naya la aku. Aku ni bukan malaikat, bukan baik sangat. Tapi alhamdulilah mulut tu reti jaga lagi. Apa yang aku harap selama bertahun tahun ni cuma mulut dia reti jaga je. Kekurangan dia yang lain insyaAllah aku tolak tepi semua tu. Aku cuma nak dia jaga mulut . MULUT.
Sampai satu tahap dimana dia tidak juga berubah, and masih menyakitkan hati aku, aku tahu this is the time. I couldnt afford anymore. Ada satu kejadian berlaku and aku rasa aku dah sampai tahap kemuncak which means aku boleh meletup depan dia. Mungkin jugak tampar dia. So aku decide ignore and buat hal sendiri. Karang makin layan tak pasal-pasal aku hilang control.
A few days lepas tu, boleh dia block aku dari instagram. Hahaha confius jap aku, siapa yang terasa dengan siapa ni. Padahal lepas kejadian tu aku berdiam sebab bagi aku berdiam tu lebih baik ( aku sendiri takut dengan diri aku sebab aku dah lama tak marah, bila marah aku dah bukan diri aku so aku rasa berdiam tu the best choice).Ohh maybe dia terasa sebab aku ada post quote pasal better berdiam kalau takboleh cakap benda baik baik something like that.( aik takkan quote tu pun terasa? tapi orang ckp siapa makan cili dia la yang terasa pedas) . Awal-awal aku sedih la jugak dah la dia sakitkan hati aku, pastu dia pulak yang block ig aku hahaha. Kelakar pun ada kan.
Aku pun decide aku malas nak layan, malas nak fikir dah. Sampai sekarang dia tak contact aku nak mintak maaf ke apa. Btw, ada kawan aku bagitahu lepas dia block aku dari ig tu dia upload story. Ayat dia lebih kurang ”this is who i am” macam nak pertahankan cakap tula diri dia yang sebenar. GUYSSSSS kalau dah sedar mulut tu macam haremm sikit why not try berubah? instead cakap ni la diri dia yang sebenar. Kita semua ada bad sides masing masing. Tapi jangan la berbangga dengan bad sides tu and try la berubah. Kita tak boleh nak expect everyone terima perangai kita. We have to change for a better us.
Apa yang aku nak highlight kat sini bukan la semata-mata mulut Y ni tapi aku nak korang jadikan pengajaran. Y ni cuma contoh je. Kalau kita jenis mulut yang kita tahu bila kita cakap je mesti ada hati yang terasa mohon jagalah mulut tu,jaga perkataan yang keluar dari mulut tu, jaga nada elok-elok. Cara layanan orang berbeza-beza. Kita takboleh cakap lebih kurang dengan mak ayah sama dengan cara kita bercakap dengan kawan right? Kawan pun banyak jenis, kalau korang ada kawan yang senyap ke apa, jangan la cara cakap tu lantang sangat. Gunalah intonasi dan perkataan yang baik-baik. Sama konsep macam ADIL = meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Ingatlah, kerana mulut badan binasa. Dah terlepas cakap bukan boleh tarik balik. Jaga la percakapan tu sebaik-baiknya. Tak mustahil kita boleh hilang ramai kawan sebab mulut kita.
Mintak maaf dan Sekian
– QW
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment