Friday, 28 July 2017

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

PengakuanKu

Salam. Kalau tersiar terima kasih kepada admin dan kalau tak tersiar pun berterima kasih jugak sebab admin sudi baca cerita aku ni.
Di sini adalah react aku terhadap confession ‘Dilema Si Gagap’. Buat pengetahuan semua, aku juga ada penyakit gagap tapi kini tak begitu ketara. Sini aku kongsi pengalaman aku dan bagaimana aku mengubah/mengubat diri aku. By the way, aku umur 26 ;). Nice to meet u!

Aku start gagap since tingkatan 1 due of few factor. Muka tumbuh banyak giler jerawat dan badan naik. Aku rasa diri aku sangat hodoh dan kalau ada competition orang yang paling hodoh dalam tingkatan, akula pemenangnya. Somehow ia mengubah diri aku kepada seorang tidak berkeyakinan. Aku menyembunyikan diri, tak bercakap dengan sesiapa (aku bersekolah asrama) dan mengelakkan diri untuk bersosial. Tanpa sedar, bila aku nak bercakap, suara aku tersekat-sekat! Keyakinan diri aku terus merudum.

Naik tingkatan 2,3,4,5 aku tak mau belajar. Bagi aku kalau belajar pun tak guna sebab siapa nak hire orang yang gagap? aku memencilkan diri dari semua orang termasuk family.

Lepas habis tingkatan 6 (STPM), aku search solusi bagi masalah ni. Aku budak kampung, mana pernah terfikir nak google google ni. Ini dah besar sikit baru reti. Dekat situ aku jumpa berbagai cara alternatif untuk mengatasi masalah ni termasuklah berjumpa dengan speech therapist.
Hari tu aku nekad nak pergi speech therapist. Macam mana aku buat? korang pergi dekat hospital besar, pergi dekat bahagian yang sakit-sakit biasa tu. Dah dipanggil, korang cerita la masalah korang dekat doctor yang bertugas, dan dia akan terus tulis surat untuk refer korang dekat jabatan pertuturan(tak silap aku). Dekat sana korang akan buat appointment untuk jumpa speech therapist pada hari yang ditetapkan.

Setelah beberapa sesi, therapist refer kes aku kepada jabatan kaunseling. Kerana bagi beliau, masalah aku sebenarnya bermula dengan otak aku; pemikiran aku iaitu apa yang aku fikir.

Di sana, aku menjalani beberapa sesi kaunseling sehinggalah aku masuk universiti peringkat ijazah. (oh ya,waktu Ting. 6 aku belajar besungguh-sungguh due of kegagalan SPM). Dekat u pon aku susah jugak untuk bergaul dengan rakan sepengajian sebab aku malu dengan kegagapan aku ni. Jadi aku nekad untuk berjumpa dengan kaunselor universiti bagi mengatasi masalah aku.

Perjalanan hidup aku diteruskan sehinggalah aku kini berada dalam lapangan pekerjaan. Bagi orang gagap, korang akan memahami, bercakap melalui talefon adalah sesuatu yang kita akan elakkan. Guess what, pekerjaan aku memerlukan aku untuk selalu meggunakan talefon. First 2 months, memang teruk. Salah cakap, terorder barang salah, miscommunication diantara aku dan supplier selalu berlaku. Memang boss pening dengan aku. Tapi lama-kelamaan, masalah tersebut dapat diatasi. Kini, aku yang handle supplier dalam dan luar negara, minta diskaun, tanya pasal delivery, semuanya melalui talefon. Beberapa bulan yang lepas, aku telah handle satu annual event company dan bagi aku, walaupun hanya 88% peratus berjaya dari apa yang aku rancangkan, aku tetap berasa bangga. Kau bayangkan. Selama ni budak yang tak pernah jadi AJK pun untuk mana-mana persatuan/kelab dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman u, menjadi mastermind/ ketua untuk menjalankan program-program syarikat. Walaupun syarikat ni kecil (lebih kurang 80 orang), tapi aku puas. Aku terokai bakat terpendam aku, handle meeting diantara AJK, bentangkan progress kepada bos besar dan sebagainya. Semua ni banyak mengajar aku. Sebelum ni aku dikenali sebagai seorang yang pendiam, kini digelar sebagai gila-gila. Sebelum ni cikgu tak kenal aku pon (cikgu tingkatan), kini 1 company kenal aku. Berbeza dengan aku yang dulu yang ada suicide through, deprasi, tunggang motor sampai tengah jalan tanpa rasa takut sampai kereta high beam, boleh tidur sepanjang hari tanpa buat apa-apa, tak ada rasa untuk bergaul, muka ni tak tahu reaksi lain selain daripada termenung, rebel dengan Allah, dan beberapa simptom deprasi lain.
Orang tak nak kawan dengan aku sebab takut berjangkit gagap dengan aku pun ada tau. Sampai aku rasa trauma nak rapat dengan orang sebab tak nak rasa sakit lagi.

Banyak yang aku lalui, nak tak nak aku kena teruskan hidup.

Sekarang baru aku dapat hikmah. Semua ni tanpa sedar memberi aku pengalaman hidup, membuatkan aku berani menghadapi cabaran, lebih matang dan tahu cara menghandle stress. Nasihat aku, jika kau ada masalah, dah cuba selesaikan tapi tak boleh, cari/share kepada orang yang kau percayai;yang boleh guide,nasihatkan kau. Dan lagi, cara aku, kalau aku stress dengan sesuatu perkara, aku akan share dengan kawan-kawan. Aku akan dapatkan pandangan dari sudut perspektif mereka.

Aku nak share, for those yang nak enhance communication skill, korang boleh join Kelab Pidato Perdana (haa..promote sikit). Dekat sini korang akan dilatih untuk bercakap di hadapan audience. Bayaran dia affordable la bagi aku. Sejak aku join kelab ni (baru 4 bulan), aku rasa ada perubahan. Kalau individu gagap, dia akan gelisah dan cakap laju. Sejak aku join, aku rasa lebih tenang dan confident bila bercakap dengan orang. Lihat diorang punya laman web dia. Cawangannya pun dah ada banyak sekarang .

Semua ni adalah tips dari aku. Kini aku merasakan gagap aku 94% sudah recover. Lagi satu, mind yang penting. Apa yang kau fikir adalah penting. Aku selalu cakap pada diri aku setiap kali lihat cermin. ”AKU CANTIK PADA PANDANGAN DIRI AKU”. Lalu aku tersenyum sambil tembak refleksi diri aku. Cubala. Hehehe.

Ok. Arios.

– Bunga Lestari

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.