Assalammualaikum. Aku cuma nak kongsi satu cerita tentang aku, isteri dan keluarga aku.
Aku seorang lelaki, menghampiri 30an, bekerja satu pekerjaan yg disegani. Masa zaman belajar dulu, aku belajar di luar negara dan menjalani kehidupan yang sesat dan sangat songsang. Solat? Aku rasa aku solat sekali dua sahaja dlm sehari. Teman wanita pula keliling pinggang tapi tidak seorang pun antara mereka yang akhirnya menjadi isteri aku. Ada seorang tu aku bercinta sampai 9 tahun, tp bila balik Malaysia, aku kurang berkenan dengan ibu bapa dia dan keluarga dia selepas dia maki2 dan hina aku, aku pun berpisah dengan dia.
Rata2 keluarga bekas teman wanita aku memandang aku dengan hina sebab aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di mana abah aku meninggalkan ibu aku demi perempuan berasal Indonesia. Memori terakhir aku dengan abah adalah dimana abah memukul ibu menggunakan batang paip plastik dan ibu peluk erat adik (masih bayi) dan aku di bawah perut dia. Masih terasa hangat lagi nafas ibu tahan sakit
kena pukul demi selamatkan aku dan adik. Bertahun kemudian, abah masuk berita sebab kes polis. Sebab tu aku tak salahkan pun mana2 keluarga bekas teman wanita aku yg memandang hina aku. “Entah2 besar nnt dia pun jd mcm abah dia pukul bini guna batang paip”
Jadi lepas ibu diceraikan abah, aku telah dibesarkan oleh ibu, nenek (arwah) dan empat makcik aku yg belum berkahwin. Awal tahun lepas (2016), ibu meninggal dunia dalam kemalangan yg mengerikan. Ibu tak sempat pun ucap selamat tinggal. Aku pun tak sempat peluk cium arwah ibu. Lepas arwah ibu pergi, jujur aku katakan aku rasa hidup aku bagai terawang2, aku hilang arah.
Lepas arwah ibu pergi juga, hati aku terpanggil untuk menjejakkan rumah Allah yg lama aku tinggalkan. Maka, sikit demi sikit, aku belajar tahfiz Quran bersama ustaz di pondok dan aku topup semua ilmu agama aku telah lama tinggalkan. Teman wanita semua aku tinggal jauh2.
Aku bertaubat. Aku belajar dan berubah semua ini ketika aku berada di Kelantan. Dan di bumi ini juga lah, aku bertemu isteri aku. Aku jumpa isteri aku di Masjid Muhammadi tempat yang sama aku selalu solat Maghrib di situ. Setelah aku ask around psl isteri aku, aku pun terus jumpa ibu bapa dia.
Ibu bapa dia memang baik. Risik punya risik, akhirnya ibu bapa dia bersetuju untuk pernikahan aku dan isteri…
Dan ini lah permulaan mimpi ngeri aku.
Balik KL, aku teruja sangat untuk berkongsi berita baik ini dengan makcik2 dan sepupu aku. Aku teruja sangat untuk menamatkan zaman bujang aku. Aku ingat kan keterujaan aku ni disambut baik, tapi sangkaan aku meleset. Makcik2,
pakcik, dan sepupu aku mula tuduh aku macam2. “Kau dah terlanjur ke?” “Kenapa tiba2 nak kahwin?” “Dia paksa kau kahwin?” “Betina ni anak siapa yg kau nak sgt?”
Aku masih bersabar masa tu, sebab ye lah mungkin cara aku approach mereka salah kot.
Aku cuba bersangka baik. Kemudian makcik2 pakcik dan sepupu2 aku nak berjumpa dengan isteri aku. Nak face to face tetapi tanpa aku. Maka keluarga aku pun datang Kelantan untuk berjumpa isteri.
Isteri aku (ketika itu belum isteri lg) sangat tenang. Aku masih ingat lagi wajah tenang dia masa masuk rumah berjumpa keluarga aku. Aku tak dengar apa perbincangan mereka. Aku tak dibenarkan. Aku cuma dapat melihat hasil perbincangan tu… Isteri aku keluar rumah dengan linangan air mata yg sangat deras. Sederas air terjun. Bila aku tanya dia kenapa, dia masih boleh tersenyum dan cakap, “Tak apa, kita berdoa, bersabar, insyaAllah” Setelah korek punya korek dari adik, aku dapat tahu makcik2 aku tuduh isteri aku mengejar harta pusaka yg ibu tinggalkan untuk aku dan adik, selain itu byk jugak tuduhan lain yg dilemparkan kat isteri. Patut la tersedu sedan isteri aku keluar rumah masa tu.
Bila aku confront ahli keluarga aku, mereka ckp kenapa tak kenal2 dulu setahun dua baru kahwin, kenapa nk rush2 kahwin, ramai lg perempuan kt luar sana, kalau kahwin 2 tahun lg baru mereka nk tolong persiapkan majlis aku. Dan kalau aku tk dgr nasihat mereka (kahwin 2 tahun lg), mereka takkan tlg aku. Bg aku kenal bertahun2 pun tak semestinya kau betul2 kenal seseorang tu, dan kenal sekejap pun tak semestinya kau tak kenal langsung isteri kau.
Dengan nama Allah, masa tu aku tersepit. Ditambah pula tiba2 ex aku yg bercinta sampai 9 tahun mula dtg kembali dan sebar gambar zaman songsang aku pada isteri. Bukan satu, tp banyak gambar. Namun begitu, isteri tak pernah tny apa2. Tak pernah satu ayat pun dia tny regarding this.
Aku tahu psl ni pun sbb aku ternampak msg di fon isteri yg dihantar dr ex aku. Bila aku approach isteri, dia cuma cakap “takpe, masa silam awk tak tentukan siapa awk sekarang, sy terima dan sy tak akan tny apa2 pun kisah silam awk”
Dan ye, sehingga saat ni, isteri tidak pernah tny apa pun. Tp ex aku mmg byk ganggu, dan tidak pernah berhenti mengganggu. Aku ingat ex psycho ni dalam drama je, tak sangka dalam realiti pun ada.
Aku tahu part ini memalukan, tapi, ye, aku menangis. Aku menangis semahu mahunya di sejadah. Aku bertanya pada Tuhan kenapa terlalu banyak duga dan halang untuk aku dari dahulu, mengapa tiada yang mengerti aku. Aku cuma minta semua termasuk ahli keluarga, dan ex2 aku untuk meraikan aku yg dah kembali ke jln benar. Permudahkan lah urusan perkahwinan aku.
Tapi ahli keluarga aku? Ahli keluarga tidak seorang pun dtg tolong. Mereka cuma tolong pinjam duit daripada aku. Asyik pinjam duit aku, tapi tak pulang2. Lepas tu mereka cakap itu duit arwah ibu, bukan duit aku. Betul. Itu memang duit arwah ibu, jd mungkin mereka boleh ambil semua duit ibu kalau itu membahagiakan mereka. Tapi mereka lupa yg aku anak yatim.
Bila tiba hari pernikahan, aku ingat semua akan berjalan lancar sebab ahli keluarga aku pun hadir juga tapi.. tapi mereka hadir untuk meninggalkan satu memori gelap pada isteri aku. Mereka merosakkan majlis perkahwinan aku. Makcik2 aku buat scene maki2 isteri aku ckp isteri aku takkan kahwin aku kalau aku tiada harta (padahal isteri aku adalah doktor). Makcik2 aku pun sempat pukul isteri guna beg tangan. Nasib isteri tidak makeup tebal, tapi warna gincu isteri pun sampai tertarik ke telinga. Makcik aku pun sempat ckp aku ni derhaka sbb tak dgr ckp dia sbb tak sabar2 nak kahwin sgt.
Setelah dileraikan, mereka pun meninggalkan majlis aku. Mereka pun buang aku dari group2 whatsapp keluarga besar. Aku pun meneruskan kehidupan aku.
Baru-baru ni aku ternampak pos2 FB makcik2 aku, sepupu2 aku mendoakan bukan2 seperti “Perkahwinan tak ada restu keluarga tak tahan lama”, “Harap anak kau kandung tu tak cacat”. Isteri ada melihat pos tu, tapi dia tersenyum dan ckp, “Allah takkan perkenankan doa yg zalim pd hamba2 nya yg lain, jgn risau” Sejuk hati aku dengan isteri aku.
Sekarang, dah hampir setahun aku berkahwin dengan isteri aku. Perkahwinan aku alhamdulillah, bahagia. Pernah dengar kan ayat yg berkata ‘di belakang setiap lelaki yang hebat berdirinya seorang wanita’. Aku baru naik pangkat minggu lepas. Isteri aku? Dia masih seperti dulu, lembut, kelakar, menghormati aku, dan sentiasa memberi peluang aku untuk berubah. Bulan depan aku bakal bergelar ayah.
Jadi kisah ini aku kongsikan sbb aku masih teringat yg aku dulu saban hari merangkak dan bergelut mahu kembali ke jalan pencipta– tapi dengan mudah saudara2 sedarah daging aku sepak terajang tarik aku kembali kepada kesesatan. Tapi jangan sekali pun berpaling ke jalan sesat tu. Terus pandang ke depan. Semua orang berhak untuk memilih jalan cerita mereka, tapi sebaiknya jalan yg menuju keredhaan pencipta. Sesungguhnya Allah itu maha kuasa dan Allah itu paling mengampun dan mengasihan.
Kepada makcik2 aku, Moga2 akan allah adakan di antara kamu dan musuh2 kamu kasih sayang. Allah mengetahui isi hati aku. Untuk segala fitnah dan keji atas tuduhan melulu, aku dah maafkan. Sebagai penutup bicara, Doakan baik2 untuk aku, isteri dan anak aku yang bakal dilahirkan. Terima kasih.
– Akmal F.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment