Aku ialah anak bongsu dari 5 adik beradik, yang pertama hingga yang ketiga adalah lelaki, keempat dan yang kelima adalah perempuan. Ibu dan ayah aku berpisah sewaktu aku umur 10 tahun dan selepas itu aku dan adik beradik aku tinggal bersama ibu, tiada seorang pun ikut ayah aku. Abang aku 2 orang sudah berkerja, seorang masih belajar, kakak aku seorang autisme dan aku masih belajar.
Aku berkahwin ketika usia aku 2* tahun, pada bulan satu yang lalu cukup setahun aku berkahwin. Aku masih belum dikurniakan cahaya mata kerana merancang (tidak mengambil sebarang ubat) memandangkan keaadan aku yang masih berstatus pelajar dan menuntut pengajian di salah sebuah ipta di Malaysia. Kehidupan aku lepas berkahwin memang tiada masalah dengan suami, nak cakap orang ketiga memang tiada apatah lagi orang keempat lima enam, senang cakap segalanya indah belaka.
Bila tiba cuti sem aku pasti berdepan dengan satu masalah ni iaitu masalah balik rumah ibu sendiri atau ibu mentua. Boleh kata setiap kali aku cuti problem ni mesti akan terjadi. Memandangkan aku ni isteri mestilah banyak luangkan masa bersama suami tapi tak semudah yang orang sangkakan. Suami aku kerja kilang, kadang masuk pagi kadang malam, aku pulak tengah praktikal balik kerja petang dan waktu untuk kami berdua memang terhad.
Kakak aku autisme, memang perlu perhatian lebih.Maklumlah kadang kadang budak macam ni dia suka buat perangai, mengamuklah apalah, tapi kadang-kadang tu baik sangat-sangat depend on her mood lah. Bila kakak aku buat perangai macam ni, family aku pasti stress. Yelah mana tak stress nya kadang mengamuk sampai dua tiga pagi, nak buat kerja lain pun tak senang jangankan kerja je nak solat pun tak senang. Tapi apakan daya, setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya. Ibu aku pulak ibu tunggal, semua benda dia nak kene uruskan lagi lagi bila kakak aku mengamuk rumah akan berselerak, kain tak sempat basuh, rumah tak sempat kemas dan macam2 lah. Abang-abang aku, memang boleh harap bukannya tak boleh harap langsung tapi kadang-kadang tu geram juga. Aku tak nak cerita keburukan abang-abang aku tapi please lah, tolong ibu buat kerja rumah sama. Hari cuti tolong lah kurangkan keluar melepak sana sini luangkan masa tolong ibu dekat rumah.
Keadaan menjadi tegang bila kakak aku buat perangai, aku yang dirumah mentua bersama suami ni macam pesalah yang kene dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan. Soalan yang kerap ditanya, nape tak balik rumah ibu? tak kesian ke ibu kat rumah ni, kakak buat perangai? tak kesian ke kat ibu rumah berselerak? tak kesian ke ibu sorang2 buat? Aku bukan tak balik rumah ibu aku langsung, kadang-kadang tu aku balik bermalam sana kadang 2 malam kadang 3 malam kadang hujung minggu cuti aku balik,bukan aku tak balik langsung tapi macam aku lah segalanya yang patut bertanggungjawab atas segalanya, senang cakap semua beban atas bahu aku. Jika aku menjawab sikit pasti aku dihentam dan yang dibela dan yang disanjung tinggi itu abang-abang aku. Aku tak nak cerita pengorbanan aku, cukuplah Allah yang tahu. Kalau nak cakap aku tak kesian dekat ibu aku memang aku tak balik sampai bila-bila, aku masih punya hati dan perasaan. Aku masih ada suami,aku masih ada ibu, aku masih ada ayah, aku masih ada abang dan aku masih ada kakak dan aku sayang semuanya. Tapi kenapakah aku yang sering dipersoalkan? dipertanggungjawabkan? kenapa segalanya beban atas bahu aku? sedangkan aku masih ada abang yang gagah, yang kuat dan yang sihat dan yang masih belum berkahwin dan yang masih tiada sebarang komitmen untuk bersama isteri dan anak….
Kasihanilah adikmu ini…adikmu tak mampu luahkan perasaan pada sesiapa….kasihanilah ibu dan ayahmu sebelum mereka menutup mata….
– Nabella
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment