Aku harap admin terima confession ni,
Aku ingat semua tu dah berlalu, tak sangka rupanya memang takkan pernah habis ye? Aku tahu bagi korang ni mungkin masalah kecik yang remeh temeh.
Tapi, bagi aku sangat mempengaruhi hidup aku…walaupun selalu aku melawan-lawan dan menepis dalam diri. Berkenaan orang kita, yang suka dengan lancarnya dan jujurnya memberi komen betapa cantiknya seseorang itu, betapa tak cantik nya orang itu, betapa gemuknya orang itu dan sebagainya..gurauan jujur yang tak pernah habis.
Aku dah lewat 20an…sepatutnya umur aku ni dah boleh move on dengan benda-benda macam ni..orang kata dah matang dah kan..Cuma baru-baru ni terjadi lagi, buat aku terfikir..tak sangka rupanya tak pernah habiskan? Walaupun dah macam-macam usaha aku lakukan sejak dari kecik lagi..
Aku dilahirkan mempunyai adik beradik yang rupa paras Alhamdulillah cukup, yang senang dipandang orang, cantik lah jugak dari kata mulut-mulut orang. Tapi dalam ramai2 tu biasa lah ada sorang yang kurang sikit..Akulah tu, mempunyai kulit yang bermasalah sejak dari kecik..
Dari kecik sememangnyelah aku dibanding2kan dgn adik bradik lain, yg lain muka mcm cina, mcm arab, putih melepak..kalau aku je disebalik semua tu lah..kalo muka mcm india, nepal bagi kat aku..yang terus senyap bila nk komen pasal aku pun ada..ketara giler kut!
Yang tak tahannya sejak kecik aku kena benda ni sampaikan aku jadi seorang yang sangat pendiam bila saudara mara aku datang ke rumah. Aku bukanlah jenis budak yang melawan, bila org ckp mcm tu aku percaya je apa dorg ckp.
Benda ni semua berlawan2 dalam diri aku, sejak kecik, ke zaman sekolah, ke zaman kerja..aku rasa down sangat, sbb memang takde sape backup aku..bila org cakap aku depan-depan, semuanya ye kan je atau diamkan, termasuk keluarga, ibu-bapa aku sbb sememangnya org lain lagi menarik dari aku.
Sampaikan, waktu aku remaja dulu..ada sorang mamat nih minat kat aku, handsome giler kut..dan sangat ramai peminat (ye lah citer zaman sekolah)..aku pelik giler pesal lah mamat ni minat kat aku, sbb dulu aku tak pernah percaya aku ni cantik, aku percaya org ckp aku tak cantik..aku ignore je dia..kesian dia..aku ni kadang2 tu macam anti orang handsome & cantik pun ade jugak dulu..tp, yang tak cantik mulut lazer mengata org pun ade jgk..
Kadang-kadang orang cantik ni dia tak minta dipujipun, orang lain yang beriya puji. Takkan dia nk marahkan. Kadang2 kesian sangat dkt org yang terlebih cantik dan terkurang sikit dari orang. Dua2 pun dikata orang.
Tapi, bila dah masuk alam kerja..takde pun aku nak ingat sangat hal nih. Memang bagi aku sendiripun hal remeh temeh je. Aku pun dah pandai jaga diri, makan vitaminlah, collagen bagai..belajar cara penjagaan diri..selalu tukar-tukar tips dengan kawan2..Aku rasa ok lah aku sekarang ni berbanding dulu.
Aku dengan kawan-kawan ok je kut, orang lain lagi duk puji aku..nak harap sedara mara puji tak pernah wey. Tapi takpe sume tu tak penting. Banyak yang aku belajar.
Cara aku berfikir pun dah lain..Alhamdulillah sangat aku diberi ujian ni..sekarang ni, bagi aku orang india ke cina ke melayu ke..semua cantik..masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dia..bila anak buah aku ckp “muka kawan dia mcm cina, cantik..yaya (diri sndri) tak cantik pun”..aku terus ajar dia “ cina ke melayu ke india ke negro ke semua cantik, masing2 ada kelebihan dan kekurangan dia”.
Dulu aku rajin makan collagen, sbb nk putih punya pasal and nak jaga kulit dah tentulah. Tapi sekarang aku rasa suka giler warna kulit aku yang lain dari yang lain, takde putih melepak mcm dorang-dorang ni. Fokus aku nak sihatkan kulit dan badan sahaja..Aku belajar mencintai keunikan diri aku sendiri..aku suka jadi unik..
Sekarang ni kalau orang kata muka aku macam india ke Nepal, aku bangga giler kut..sebab aku rasa dorang cantik..hahaha yang penting kebersihan diri kenalah jaga.
Berkenaan saudara aku yang baru-baru ni tegur dan mengomen lagi berkenaan rupa aku yang aku tak tau nak buat apa lagi. Aku rasa terima kasih sangat sbb buatkan aku terfikir yang bersyukurnya aku selama ni sampai terkarang nak hantar ke iium confession nih, dalam masa sama kesian sebab awak tak nampak apa yang saya nampak..dalam setiap benda yang saya lihat ada cantiknya yang tersendiri..cantik tu bukan boleh dikategorikan dari satu sudut je..yang paling penting cantik tu biar dari hati..
Terima kasih, semoga semua orang yang hadapi ujian macam aku ni cukup-cukuplah rasa down ke apa..yakin setiap apa yang jadi ada hikmahnya..ujian mcm ni mengajar kita rasa rendah diri dan tidak sesuka hati mengata dan mengeji orang lain. Dalam masa sama sangat memahami perasaan orang lain.
Bila kita rasa bersyukur, Allah akan tambah nikmatNya..
– Cik Ai Luna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment