Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession aku.
Maaf kalau cerita ini panjang, tapi terima kasih pada sudi membaca. Aku harap ada terbuka minda sedikit jika baca idea korang nanti.
Ini sebenarnya kali pertama aku berani meluahkan walaupun dah berkali-kali cuba.
Ringkasnya, dari dulu aku memang seorang yang tidak berapa pandai jika dibandingkan dengan orang lain. Aku lambat faham dan selalu rasa ketinggalan. Tapi berkat usaha dan doa, aku tunjukkan semangat yang aku nak sesuatu itu. Contoh masa aku UPSR. Aku tak pernah dapat A pun apa apa subjek sehingga dipanggil bodoh oleh rakan sekelas.
Tapi sekali lagi, aku nekad untuk dapatkan target tu. Akhirnya, aku berjaya raih 5A dan rangkul anugerah pelajar berpontensi.
Tapi tu zaman UPSR.
Aku perlu cerita ini, sebab saat itulah yang jadikan aku sebagai anak harapan kepada ibu bapa aku.
Aku mula ditaruh setinggi harapan setiap zaman sekolah sehingga sekarang.
Sekali lagi aku nyatakan aku bukan seorang yang pandai. Tapi sentiasa fokus dalam kelas dan aku akan mengulangkaji ketika semua tidur.
Perangai tu aku terbawa sehinggalah zaman Universiti.
Aku jenis tak boleh nak study waktu ada orang. Rasa macam diperhatikan. Oleh itu, ramai yang menganggap aku semulajadinya seorang yang bijaksana. Sebab hidup selalu happy je dan tak study, tapi result Alhamdulillah.
Tapi biasalah setiap orang ada saat naik surutnya, jika aku perhatikan garis hidup aku sekarang. Aku seorang graduan Prauniversiti (STPM), aku tak berniat nak ambil STPM langsung. Tapi disebabkan result SPM yang mengecewakan. Aku hanya ada dua pilihan. STPM atau Politeknik. Aku pilih STPM atas desakan keluarga, dan aku berjaya jadi pelajar cemerlang STPM. Top5 dalam tingkatan aku.
Memang membanggakan sehingga zaman Uni, aku menyambung pelajaran di Universiti awam.
Pada awalnya memang aku memang tunjukkan prestasi yang sangat bagus dan sentiasa bersemangat. Tapi pada tahun akhir ijazah aku, aku mulai jatuh. Aku mula hilang fokus, aku tak dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan. Aku jadi hilang semangat dan seolah olah kemurungan.
Aku akan menangis seorang diri, dalam tidur bila mengenangkan prestasi yang tak cemerlang. Dan aku sukar tidur pada waktu malam.
Bila ditambah dengan tekanan dari keluarga, selalu menekan aku. Aku jadi lagi tertekan.
Aku akan jadi iri bila lihat orang lain sudah berjaya dan aku terus keluar dari media sosial apabila terlihat post post kawan kawan yang berjaya.
Sehingga kini, aku masih terperangkap dalam diri sendiri bila masih lagi tak berjaya menyiapkan Final Year Project (FYP). Setelah satu sem aku extend.
Aku bukan nak menunding jari tapi aku dapat rasa ini bukannya salah aku seorang. Pensyarah yang sepatutnya mengawasi aku pun tidak bertindak sepatutnya. Dia buat endah tak endah pada aku, dan bila aku bertanyakan soalan. Dia akan memusingkan perkara tu seperti semuanya salah aku. Tapi tidak apa, sebab aku tetap salah. Aku tidak letakkan kesungguhan sepenuhnya.
Disebabkan aku selalu rasa down, aku selalu memikirkan tentang bunuh diri. Aku tak tahu betapa rapuhnya iman aku sampai terfikir nak berbuat demikian.
Tapi sampai sekarang, aku masih tak lakukan sebab aku tak boleh siakan ibu bapa aku dan semua orang yang ada dengan aku.
Aku dekatkan diri dengan Tuhan, aku bersungguh nak khatam Alquran (ya, aku masih belum khatam walaupun umur dah bangka).
Aku terfikir untuk mengambil cuti sementara dan mungkin bekerja untuk alihkan perhatian aku dengan pelajaran. Ye mungkin dengan kelulusan macam ni apa je kerja aku boleh lakukan.
Tapi aku perlu counter semula fikiran dan tahap mental aku.
Aku bukan lembik tapi cukuplah aku kata aku tak cukup kuat.
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment