Thursday, 27 July 2017

Kata-kata Itu Doa

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Saya hendak berkongsi cerita yang berlaku kepada ibu saya. Ibu saya ni seorang yang lekas marah dan bermulut lancang. Walaupun sudah ditegur ayah berkali-kali, ibu buat tak tau sedangkan makin berapi kalau ditegur. Semasa kami sarapan pagi, bila ibu tak puas hati dengan kami, dia akan cakap, “Korang semua ni kan kalau nanti korang dapat mak tiri baru tau!” Ayah akan naik angin. Dia cakap dengan ibu supaya jangan cakap macam tu depan rezeki. Ibu buat tak endah. Ibu buat jugak. Sampailah satu hari mereka bergaduh besar. Ibu marah sangat dengan ayah, dia cakap “Saya redha awak boleh cari pompuan lain!” Ayah terkejut. Ayah pon makin marah suruh ibu tarik balik cakap tuh. Ibu cakap lagi sebanyak 3 kali saya redha.

Tak payah nak cerita panjang2, ayah betul2 kahwin lain. Ibu pulak yang terkejut. Kata ibu dia marah, dia tak maksud macam tu. Tapi malangnya nasib dah jadi bubur. Saya dengan adik dah pernah lihat cubaan ibu nak bunuh diri. Ibu mengadu domba dengan orang. Ibu nak kahwin dengan orang lain. Tapi ibu dan ayah tak jadi bercerai. Cuma ibu terpaksa hidup bermadu sampai mati lah.

Dekat sini saya ingin ingatkan kepada kekawan semua baik lelaki atau pompuan, jagalah mulut kita. Kalau marah pon, jangan sampai jadi macam ibu saya. Kata-kata yang terlepas tak boleh ditarik balik walaupun kita takde maksud nak sakitkan hati orang.

– Tuti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.