Salam. Terlebih dahulu wajib tulis ucapan terima kasih kepada admin sebab terbuka hati nak post aku punya penulisan ni. Hehe.. Sedikit pengenalan tentang aku. Perempuan. 26 tahun. Tak kahwin lagi. Done.
Benda yang aku nak luahkan ini sebenarnya perkara umum je tapi aku sedih ramai yang tak cakna pasal benda ni. Macam tajuk kat atas, aku nak tanya korang jaga solat tak? Solat lima waktu paling kurang lah kiranya. Lepas tu aku nak luah secara terperinci tentang bab solat antara golongan yang sudah berkahwin. Eh? Aku tak kahwin lagi apahal nak masuk bab kahwin pulak? Sebab ini yang aku nampak di kalangan kenalan aku. Memang betul weih statistik kes penceraian di negara kita amatlah tinggi. Terutamanya di Selangor ni. Tambah pulak ada dalam kenalan aku yang dah bercerai! Tanda seru terus sebab aku terkejut bila tahu kawan-kawan aku senyap-senyap rupanya sudah bercerai. Dua pasangan sudah bercerai. Satu pasangan ke arah penceraian. Jangka hayat rumahtangga derang aku yang aku tahu sangat lah pendek. Nauzubillah.. Sedih. Tapi dah takdir nak buat macam mana. Aku hanya mampu doakan mereka.
Awal bulan lepas aku pergi kursus kahwin dengan kawan aku. Ada ustazah ni cakap setiap hari memang ada pasangan yang datang untuk proses penceraian. Bila waktu kaunseling ustazah akan tanya, “Jaga solat tak?”. Kebanyakkannya akan tunduk pandang bawah sambil kuis-kuis kaki kerusi. Maka, aku berani nak katakan bahawa antara faktor utama penceraian dan masalah dalam rumahtangga adalah sebab tak jaga solat. Sebab tu dalam pencarian jodoh, kena ikut ciri yang berpandukan Islam.
Aku nak ceritakan contoh situasi yang dah berlaku. Aku ni boleh kira peramah jugak lah. Dengan orang yang aku baru kenal memang aku tak lokek dari senyuman. Nampak ‘friendly’ sangat. Sumpah tak tipu sebab ada kawan aku sendiri cakap. Haha. Tapi bila dah kenal lama baru derang tahu yang aku ni pun ada jugak naik turun perangainya. Haha. Nak cerita masa kursus kahwin tu aku berkenalan lah dengan sorang minah ni masa makan tengah hari. Lelaki dan perempuan kena makan berasingan. So aku tengok banyak yang makan macam ‘lone ranger’. Aku dan kawan aku pun pergi lah makan dekat meja dia. Comel orangnya. Dia cakap minggu depan tu dia dah nak nikah. Laju! Aku ni jenis ingat muka tapi susah nak ingat nama. Maka aku ingat muka minah ni dan pasangan dia. Masa tunggu kawan aku habis solat, aku tunggu kat luar surau sebab ABC*. Aku tak perasan pulak minah tu dengan bakal suami dia (dah kahwin kot sekarang) masuk surau (surau lelaki dan perempuan sebelah je). Aku husnuzon dia pun ABC. Sekali masa nak ke bilik kursus tu, aku nampak dia dan pasangannya tengah berehat kat kerusi dekat ruang lobby kat bawah. Macam mana ni? Dah nak kahwin tapi tak solat? Harap-harap pasangan ni dapat hidayahNya.
Satu lagi, kawan aku cerita pasal kawan sekerja dia yang bermasalah dengan suaminya. Yang si bini ni baru je masuk kerja balik sebab dah habis pantang. Si bini ni mengadu dekat kawan aku yang dia nak mintak cerai sebab suami dia ‘abuse’ dia. Dengan nafkah tak bagi apa semua. Duit sewa rumah yang dia bagi kat suami pun suami dia songlap. Macam mana dia tahu suami dia songlap? Sebab tuan rumah cakap tak dapat duit sewa lagi. Maka makin kecewa lah si bini sebab suami tak amanah. Lepas tu aku tanya lah kawan aku, diorang ni jenis jaga solat tak? Kawan aku cakap, “Entah. Si Z**** ni pun tak solat kat office. Bila ajak gi solat ada je alasan dia.”. Seeeee.
Satu lagi kalau korang ‘follow’ Facebook KRT, banyak kisah yang dikongsi ada sebut yang pasangannya tak jaga solat. Solat ke laut. Liat nak solat. Tak pernah solat pun ada! Yang ni aku nak je komen tanya kenapa sebelum kahwin tak selidik dulu bakal pasangan tu jaga solat ke tak? Kalau perintah Allah pun ingkar, jangan pelik lah kenapa pasangan buat hal bila dah kahwin.
Tak dinafikan ada golongan yang jaga solat tapi perangai macam haram. Memang kesian pasangan yang dapat pasangan daripada golongan penunggang agama ni.
Tapi ingat apa pun berlaku ada hikmahnya. Lagi satu, patut bersyukur jugak ditimpah musibah sebab tu tanda Allah sayang kita. Nak ke Allah biarkan kita hanyut dengan dunia sedangkan kita tak jaga solat? Aku rasa tak ada yang nak menghadap Ilahi dalam keadaan penuh dosa. Jadi lebih baik ditimpah musibah daripada hanyut dengan dunia.
Secara kesimpulannya, yang belum kahwin ni sila lah cari pasangan yang taat perintah Allah. Dan ubahlah diri sendiri jugak kalau nak pasangan terbaik. Jangan berangan je nak pasangan tip top tapi diri sendiri hancur. Sebab Allah dah kata lelaki baik untuk perempuan baik dan lelaki jahat untuk perempuan jahat. Lebih kurang macam tu lah maksudnya. Mungkin korang ingat ni bab remeh, tapi percayalah. Solat tu tiang agama. Macam mana nak bina rumah kalau tiang pun tak ada?
– Hayatul Husna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment