Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih buat Admin Confession kerana sudi berkongsi ‘confession’ saya yang tak berapa baik ini (andai di’publishkan’). Cukup sahaja aku memperkenalkan diri aku, Kechik. Lelaki. 22 tahun. Kedah. Baru sahaja bekerja dalam bidang perubatan yang tak sampai setahun jagung lagi. Usia muda ini banyak sangat cabang-cabang nafsu besar untuk mencuba sesuatu untuk mencerminkan identiti diri termasuklah aku. Maksud aku, banyak sangat ujian proganda supaya awak tu menjadi orang lain. Apa yang orang lain ada, awak pun nak ada juga. Termasuklah ada teman istimewa disamping kita. Itupun satu kemahuan jiwa. Tak kiralah apa jua tujuan awak dalam hubungan itu, sekadar mainan perasaan atau serius seseriusnya hubungan awak tu. FULL STOP.
So, aku jadikan kisah aku untuk ikhtibar pada orang lain dan menjadi batu loncatan untuk menjadi orang yang lain selepas ‘move on’. Aku dahulukan kisah aku serba sikit dahulu supaya ada ‘simple trick’ untuk cepatkan awak bingkas bangun dari belenggu lama.
Kisah aku bermula ; Pernah berkawan dan ber’kawan’ dengan seseorang untuk menuju bahtera perkahwinan semasa belajar. Setiap masa dihabiskan bersama-sama untuk buktikan perasaan suka kita pada dia(kononnya). Biasalah orang tengah angau. Hahaha. 3 tahun lamanya merancang untuk bersama akhirnya dileraikan dengan sebuah kejadian yang aku sendiri tak pernah faham. Hubungan aku dengan si dia berakhir tanpa alasan yang awak sendiri akan diam membisu. Bila perempuan menyatakan ‘Saya okay ja. Takdak apa-apa lah’. Okayyy. Silap besar awak percaya bulat-bulat. Si dia ni jenis ‘reverse pschology’. Apa-apa yang dia cakap ‘tak dak apa-apa’, awak kena tanya banyak sampai sikap ambil tahu awak tu terserlah. Itu sikap orang perempuan.(segelintirnya). Hahaha. I hope so. If she said, it’s nothing, means it is everything. Noted guys.
Satu hari tu dia nak minta putus dengan aku tanpa sebab yang aku sendiri tak banyak bunyi. Dia kata dia belum bersedia untuk beri komitmen pada aku untuk masa akan datang. Katanya , ada jodoh, adalah untuk kita. Gitulah gayanya. So it’s okay la. Kita kawan. Lastly aku dapat tahu time dia nak bertunang dengan orang baru. Rupanya dia dah ‘move on’ dengan aku sejak aku marah habis-habisan sehinggakan dia kata aku ni kaki panas baran antara dia dengan sepupu laki dia. Kisah aku ni sangat kompleks jugak bila ber’kawan’ dengan ‘playgirl’. Gelaran tu aku guna sebab aku dapat tahu ‘her previous history.’Patutlah dah tak boleh komitmen. Huhu. Time tu, perasaan kecewa, menyesal sehabis penyesalan dan tersangatlah sedih. Semuanya berkecamuk sama sekali.
Pedih jangan cakaplah. Sedih bhai siang dan malam. Sebulan lebih jugaklah nak ‘try move on’ dengan benda yang pernah ada tetiba ja lenyap. Hilang seminggu macam dah hilang 10 tahun. Hahaha. So aku sangat-sangat perlukan masa. Memang susah betul nak lupakan. Serius aku cakap. Berat badan aku pun susut jugaklah sampai lesung pipit dah tak ada. Murung dan murung. Itulah rutin aku. Sebab aku tak kerja lagi masa itu, sebab tu rasa sedih tu menebal barangkali.
Hari-hari belajar untuk redha pada benda yang dah tiada. Allah itu sentiasa ada untuk dengar masalah kita. Dan aku redha jala dan anggaplah itu kapsul masa yang takkan aku telan balik untuk masa akan datang. Siang berganti siang untuk beberapa bulan. Dan alhamdulillah, masa itulah aku dapat kerja untuk memulakan hidup baru dengn suasana baru. Perancangan Allah indah semuanya. Saat kita sedih, Dia masih hadirkan berita gembira kepada hamba-Nya yang selalu lalai. Allah Maha Hebat atas segalah sesuatu. So aku tak banyak fikir sangat untuk kisah lalu. Rindu sikit-sikit tu macam angin berlalu pada muka dan berlalu pergi . sayang tu dah jauh entah ke mana pergi. Barangkali ke Pluto agaknya. Hahaha. Macam gitulah tanda-tanda nak ‘move on’. FULL SOP.
Di sini, ada 9 tips untuk ‘move on’ dengan cepat. Lain orang lain lah caranya ye;
1)Kenali dan ubah aktiviti harian . Belajar atau bekerja? (panjang sikit boleh kot nouh)
Kalau masih belajar tu, teruskan belajar dengan bersungguh-sungguh. Stres belajar tu indah tau berbanding stres kerja tau. Stres kerja dia lain macam sikit. Orang kedah kata, palat nak bangun pergi kedah tu lagi teruk palatnya berbanding pergi kuliah. Hahaha. Fokus pada ‘study’ dan luangkan masa dengan kawan-kawan semasa awak supaya lagi cepat nak ‘move on. Kalau tak dak aktiviti tuh,keluarlah ambik angin dengan rakan-rakan. Kalau ada aktiviti bersukan lagi cantik. Tabik spring lah. Kalau hantu game ka, bola ka futsal ka,teruskan hobi awak sampai anda lupa diri. Tapi time solat tu, solatlah. Time ada study group ke, join je. Ada orang ajak pergi hiking ke, join je. Asalkan jangan sorang-sorang. Bila sorang-sorang tuh, mulalah hantu angin rindu semua mai.
Utamakan keluarga anda dulu sebelum orang lain. Sebab merekalah tempat kita bermula semuanya. Bergelak ketawa sesama kekeluarga mungkin hanya awak ja faham,orang lain takkan faham.Macam sekarang ni, tengah scroll FB kan? Sebelum ni pernah layan ‘quotes’ cinta cintun atau seahli dengannya, unfollow kejap. Banyakkan follow page yang buat awak banyak gelak, isu semasa, isu kekeluargaan, hiburan dan permainan.
Buat bro sis yang bekerja tuh, fokuskan dan streskan diri dengan kerja supaya perasaan mula rindu tu hilang. Sebab penangan orang bekerja ni, memang palatnya lain macam sikit. Hahaha palat orang kerja ni senang nak ‘move on’ sebab asyik uruskan diri dan kerjaya . Asyik sibukkan diri dengan masalah kerja buat masa sekarang. Banyakkan bersedekah supaya hati tu sentiasa tenang bila beramal jariah. Kumpul duit banyak-banyak dan kejarlah impian awak sepuas-puasnya. FULL STOP.
2)Elakkan diri daripada lagu melayan perasaan sedih atau jiwang
Kalau dah tahu nak ‘move on’, janganlah layan lagu sedih. Layan lagu yang bila awak dengar rasa bermotivasi sikit untuk belajar atau bekerja. Macam aku ni, layan lagu Keluangman ja dah okay mood tu . Tak pun layan Negaraku je. Hahaha. Dengar lagu yang berunsur keagamaan pun cantik gak, tak pun nasyid yang hangpa minat. Tapi dah tahu lagu nasyid tu buat kau rindu dekat si dia tuh, takpayah la dengar. Kononnya tiap-tiap malam selalu nyanyikan untuk si dia. Mana tahu kan hangpa ni, kadang-kadang cinta islamik pun ada jugak macam tuh. Hahaha. Ubah track list lagu tu supaya tak banyak awak berfikir pasal perasaan rindu, sayang. Buang jauh-jauh dough. Kalau tak, hangpa mendayu-dayu la memalam. Itu tips kedua yang aku buat.
3)Kumpulkan apa-apa sahaja yang berkaitan pada si dia dan BUANG semua barang tu jauh-jauh.
Andai masih menyimpan apa-apa memori atau barang, kumpulkan semua dan packing dalam beg plastik besar kalau dah banyak sangat memori awak semua. Dan buang jauh-jauh. Kekadang teringat tu, sebab masih dok tengok barang dia bagi, tulisan dia, gambar dia, cincin dia la apa lagi kepala bana semua tuh. Jadi, buangkan jauh-jauh ye supaya lagi cepat nak lupakann. Ada contact number dia ke, follow FB, Insta dia ke, delete ja dengan rela hati. Mesej yang jiwang-jiwang tu, delete ja semua. Lagi senang awak buat kerja. Jangan gatal tangan nak follow balik kalau dia melutut balik dekat awak. Jangan kasi ‘chances’ okay?
4)Redha atas segalanya
Belajar untuk hidup bersendirian. Banyakkan berdikari. Atas apa yang awak lalui sekarang ini, anggaplah suratan takdir dari Ilahi dan belajar untuk meredhai benda yang hilang. Sebab mungkin ada orang yang lagi baik sedang menunggu dan menerima kelebihan kekurangan awak. Lupakan masa lalu dan berdoa agar diberi kekuatan untuk ujian-ujian yang mendatang. Anggaplah masa lalu itu bagai angin yang singgah sekejap dan pergi tanpa kesan. Setiap apa-apa yang datang pasti akan pergi. Dan pasti ada pengganti yang menanti. InsyaAllah.
5) Banyakkan muhasabah diri
Belajarlah untuk menerima kehilangan. Apa-apa kekurangan yang kita ada pada masa lalu, muhasabah diri dan ubah diri supaya masa depan awak lebih cerah. Andai ada buat salah pada masa lalu itu, perbaiki diri supaya benda yang sama takkan berulang. Tak kiralah siapa yang salah, awak ka si dia ka, lupakan kesalahan itu dan beredar dari belenggu lama.
6)Lepak dengan rakan-rakan
Untuk cepat ‘move on’, bersamalah rakan-rakan awak semua. Lebihkan masa untuk melepak dengan rakan sesama awak. Ada masalah? Ada orang boleh dengar masalah awak, boleh bagi penyelesaian. Selalunya, ada rakan-rakan ramai ni mesti ada yang masuk air, itu lagi baik. Tak dak la noob sangat hangpa nanti. Ada kawan ajak pergi mana-mana, join je. Masa nilah nak ikut kepala kawan-kawan, time dah ada komitmen dengan encik suami/puan isteri, dah susah nak bersama. Silap-silap susah nak berjumpa langsung.
7)Rapatkan hubungan dengan ibu bapa dan keluarga.
Masa cuti semester untuk yang belajar tu, jauhkan diri dengan gajet-gajet mewah awak tu. Luangkanlah masa berkualiti dengan keluarga. Bersualah muka dan bermesralah dengan mereka. Bila dah jauh nanti, susah nak bersua muka. Hormati ibu bapa pun kunci utama untuk mendapat redha Allah. Andai mereka menasihati awak, dengar dan angguklah sebagai tanda faham. Itu sahaja cara untuk eratkan hubungan sesama keluarga.
8)Jadi seorang yang senang bergurau
Bila ada kawan-kawan yang masuk air ni, kadang-kadang memang akan melupakan seribu satu masalah dalam kepala awak. Orang kedah cakap, hawaq. Jenis ada kawan yang sekepala dengan awak semua, ‘join’ dengan penuh rela hati. Sebab mereka mungkin mampu menceriakan hidup anda tanpa memikirkan masalah lampau. Boleh bergelak ketawa dengan rakan-rakan sampai lupa diri. Itu kalau dia jenis lelaki lah. Gaduh dengan makwe, relaks ja lepak dengan ‘member’ dia sampai pagi dekat Bistro. Makwe dia punyalah geram sebab tak dak orang pujuk. Buat awak yang perempuan pulak, aku tak dak tonik istimewa untuk awak semua untuk bergurau sesama awak. Ikut cara masing-masing la aku rasa.
9)Tanamkan tabiat ‘Sila Meninggal’ dalam diri
Bila terasa angin-angin rindu tu, cakap ja dalam diri. Meninggalah dekat masa lalu. Tak payah fikir susah-susah sangatlah. Nak seribu daya, tak mau seribu dalih, guys. Awak semua pun jadilah ‘reverse psychology’ balik, apa yang terjadi pada masa lalu tuh, biarkanlah jala. Sila meninggal jela pada semua pada dia. Tak jejas pun nyawa dikandung badan awak semua tu. Hanya permainan perasaan ja sebab hati kita selalu dilayan begitu. So, lawan tetap lawan sebab itu pertarungan antara awak dan awak sahaja.
Itu sahaja yang dapat aku kongsikan kepada pembaca semua. Tak kisah la awak yang sudah curang dulu ka awak dicurangi dulu, semua isi pakai kalau awak bersungguh-sungguh nak ‘move on’. TIps aku ni sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Takkan jumpa lagi confession ini, sebab aku dah move on bhai. Hahaha . Andai ada tips lain, boleh kongsikan pada orang lain di ruangkan komen serta penambahan tips lain untuk manfaat awak dan masa depan awak. Lupakan yang telah pergi, hadaplah yang pada yang sudi. Chia.. chia..
Sekian, terima kasih.
– Kechik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment