Thursday, 27 July 2017

Kesan Media Sosial

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih sebab sudi approve. Dan masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Topik harini yang akak nak share tentang attitude para peniaga. Haritu akak ada tengok video sharing daripada seorang usahawan berjaya. Dia share bagi tahu ” Ingin jadi Perniaga Berjaya Jangan selalu Beremosi”. Akak sangat-sangat setuju dengan statement beliau.

Nak tahu kenapa? Ini based on pengalaman akak memerhati dan pengalaman orang yang kisah benar. Ada ramai kenalan mahupun para peniaga yang gemar membuat post tentang personal issue di media sosial. Kadang- kadang yang tak sedap di dengar apabila posting itu pasal customer sendiri. Akak pernah unfriend satu usahawan make up ini, atas sebab dia terlampau membawa impak negatif. Hampir setiap hari post tentanh kerenah pelanggan. Kata pelanggan mesej tak betul, pelanggan mintak kurang, pelanggan reply lambat, pelanggan tak baca requirement dan details2, pelanggan banyak sangat tanya. Dan macam2 lagi rungutan beliau. Hampir setiap hari ada je post yang negatif di buat. Jadi takot akak jadinya. Takot nak jadi pelanggan beliau. Sebab nanti salah sikit habis di ceritakan.

Bagi akak yang hampir 15 tahun berniaga dan ada 3 company kecil ini , ragam pelanggan itu biasa. Sebab yelah orang di besarkan dalam persekitaran yang berbeza. Mungkin ada yang masih tak faham urusan jual beli online ni. Jadi tak salah untuk dia bertanya walaupun mungkin butiran dah di berikan. Mungkin ada customer yang minta diskaun bukan sebab dia kedekut tapi dia juga mungkin ingin ada negotiation communication di antara penjual & pembeli. Tak salah kita layankan. Sebab itu semua prosesnya.

Ini tidak baru dapat customer 3 5 orang yang banyak ragamnya dah di post serba serbi pasal ragam customer. Patotnya kita sebagai peniaga harus bersyukur. Sebab ada yang masih mahukan servis kita. Sedangkan ada orang lain yang sibuk buat bermacam2 marketing strategi untuk menambahkan sales. Jangan cepat melatah atau emosi tidak tentu pasal.

Satu lagi kisah benar, kisah si tukang jahit. Masih muda. Baru belajar berjinak di dunia jahitan. Awal2 menjahit semua okay. Tetiba nak di jadikan kisah, satu customer dia telah hantar kain yang tak ckup. Tapi sebab dia terlalu emosi dia post di media sosial ” Hisk makcik ni badan tu kalau kecik tak apa, ni besar kot. Bagi kain xckup”. Mungkin dia pun tak sedar dia teremosi. Lalu tetiba bunyi telefon. Tak sangka rupanya daripada makcik yang empunya baju. Makcik itu bukan org biasa2. Orang berada juga. Habis di ceramahnya si tukang jahit. Cakap tak sangka, dia sanggup post mcmtu. Dia sepatutnya telefon makcik itu atau inform awal2, depan2 yang kain itu tidak cukup. Nak tahu apa impak nya? Makcik itu & anak2 nya ambil balik semua baju2 tu. Tambahan lagi, rakan2 fb yang nampak post tu semua rasa tak nak hantar pada dia. Bulan tu dia teruk sbb jahitan tak ada. Makcik tu tahu pun drp anak dia yang ada dalam friend list si tukang jahit.

Teruk kan impak nya? Nampak kecik. Tapi kita perasan. Emosi kita mampu menjejaskan periuk nasi kita sendiri. Jika betul2 kita stress atau ada masalah, kita patot selesaikan cara baik. Jangan melulu post & complain semuanya di media sosial. Kalau terdesak sangat untuk post, sila lah post tapi buat sebagai private post. Mungkin menulis itu mampu meredakan semuanya.

Kepada si tukang jahit, dia dah dapat pengajarannya. Si tukang make up moga pendapat pengajarannya kelak. Kepada peniaga dan bakal peniaga semoga mengambil ini semua sebagai pengajaran.

Assalamualaikum.

– Peniaga Juga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.