Friday, 28 July 2017

Buat Bakal Pengantin

PengakuanKu

Assalammualaikum, Hi!
Thank you admin.
Saya tergerak untuk menulis ni lepas baca kisah viral akak yang berkahwin degan kos tak sampai 5K.
Seriusly kak, i salute you and semua tips yang diberi sangat tepat.
Tips paling penting nak kahwin ni HATI KENA KENTAL. Nak rancang majlis perkahwinan ni satu proses yang penuh emosi sebab pelbagai dugaan, cabaran, tekanan akan datang dari pelbagai sudut. Dari sudut pasangan, family, family mertua, orang luar dan macam macam faktor lagi la.

FAKTOR PASANGAN.
Ada orang dia bagi alasan curang sebab biasela dugaan dalam tempoh berdarah manis ni, tiba tiba kita akan jumpa orang yang lebih baik dari bakal pasangan kita. Tu mengada, sebab kalau die memang focus nak kahwin, dia takde masa nak fikir benda lain and dari sebelum kawin nilah dia dah belajar jaga mata dan perangai. During planning stage ni jugak kita dah boleh nampak pasangan kita ni jenis supportive atau lepas tangan. Penting ye pasangan yang supportive ni untuk naikkan semangat kita bila kita stress melampau and give up then mintak putus taknak kahwin.

FAKTOR FAMILY
Usually bab family mencabar sikit. Ada orang niat asal nak buat yang wajib je tapi family tak nak, diorang nak proper majlis yang telan belanja berpuluh ribu. Ada orang budget takde tapi family tak faham. Kita mampu doorgift RM 1 sekepala die nak yang RM 3 sekepala, kalau darab 1000pax tak RM 3K? Bincang seelok eloknya dengan parents and jujur tentang budget, in sha Allah parents akan cuba faham and tolong tambah mana yang patut. Bila dah ada deal dengan mak ayah, abaikan suara suara lain. Suara lain tu tak penting, jangan sebab makcik pakcik kakak abang cucuk kenapa hantaran tu je kenapa doorgift kecik je kenapa itu kenapa ni jadi sebab untuk kau stress. As long as awak dan mak ayah awak agree then benda lain dah tak penting. Kalau mak ayah tak nak tolong tambah, proceed je dengan plan within budget asal awak tu, buat tak tahu je bila kena kecam. Sebab tu dah pesan yang hati tu biar kental sikit. Akak tu pon ada pesan abaikan mulut orang. Sedia maklum kan kita tak mampu puaskan hati semua pihak? Kita boleh cuba sahaja. Tak perlu sibuk nak impress anyone dengan berhabis duit kepada perkara yang tak penting.

FAKTOR LAIN LAIN.
Untuk avoid stress berganda, boleh create satu note book. Then survey everything as much as you want and catit dalam note book untuk buat perbandingan. Saya pm almost 10 photographer untuk survey rate yang sesuai dengan budget before book. Tu baru photographer, belum bab MUA, kad jemputan dan lain lain. Lepas book tutup kes, jangan gatal survey lagi kalau tak boleh stress bila jumpa yang lagi murah. Gunakan jugak buku tu untuk catat duit yang keluar dan masuk.
Sentuh sikit bab DOORGIFT. Kalau budget limited tapi nak doorgift best sila DIY. That’s why penting survey awal so awak boleh tau mana tempat untuk borong murah. Kalau awak sejenis yang busy atau sejenis makcik saudara/sepupu/jiran tetanga yang tak menolong, cari doorgift yang boleh prepare awal2. Avoid pilih doorgift yang boleh makan diri sendiri bila yang paling awal boleh pack is seminggu or dua tiga hari sebelum majlis contohnye yang ada niat nak prepare brownies/cookies sendiri sebab percayalah, awak takkan sempat. Kalau ada orang nak menolong pulak, jangan yang terlampau complicated sebab bila complicated orang akan buat sambal lewa and kau sendiri akan sakit hati tengok hasilnya. Please, pilih doorgift yang boleh memberikan manfaat kepada penerimanya. Jangan beg/packaging luar lawa gila mahal beriye tapi dalam kau bagi kerepek masuk angin sebab nak save budget tapi nak nampak grand. Orang tak aim beg mahal mahal tu dik, orang aim isinya je.

LAST BUT NOT LEAST IS THE POWER OF DOA
From the day you know you are getting married, doa banyak banyak kat Allah. Doa supaya semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar untuk sebelum, semasa dan selepas majlis. Saya dulu specific doa ‘Ya Allah semoga semua tetamu dapat datang dan pulang dengan gembira dan semoga mereka dapat makan yang cukup’ sebab saya paling risau lauk habis tengah tengah majlis di tambah pulak bila tengok mak abah menjemput macam jemputan rumah terbuka menteri. Tapi Alhamdulillah berkat doa dan mulut masin mak yang awal awal dah cakap makanan mesti cukup, makanan hari kenduri cukup untuk semua tetamu and ada lebih pon tak banyak, just nice. Niatkan dalam hati untuk raikan tetamu bukan niat kenduri untuk menunjuk yang kau mampu.

JANGAN terlalu ikot emosi bila merancang. JANGAN guna alasan yang majlis ni majlis sekali seumur hidup untuk belanja lupa diri. JANGAN terlalu ikot adat dan trend semasa. JANGAN sibuk ikot selebriti & JANGAN bandingkan majlis awak dengan majlis orang lain. Rezeki orang lain lain.
Akhir kata, selamat mendirikan rumah tangga, yakinlah bahawa perkara yang baik akan dipermudahkan oleh Allah, In Sha Allah. Saya dulu pon kurang percaya ayat ni, tapi bila dah lalui sendiri Alhamdulillah, Allah permudahkan dari pelbagai sudut. Ketahuilah banyak lagi perkara yang menanti selepas berkahwin. Jangan terlalu asyik sangat duduk dalam dunia fantasi merancang hari perkahwinan sampai lupa realiti hidup yang menanti selepasnya.
Assalammualaikum.

– A.Co

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.