Assalamualaikum. Pertama kalinya saya nak ucap terima kasih kepada admin jika tulisan ini disiarkan dan terima kasih juga kepada netizen yang sudi baca. Nama pena aku Avicii.
Tidak lama lagi aku akan konvo di Darul Quran bersama pelajar maahad-maahad tahfiz yang lain batch 2014/2017. Aku merupakan pelajar diploma maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat.
Mungkin ada dikalangan pembaca yang juga akan konvo sekali dengan aku. Aku ingin berkongsi tentang pengalaman ketika belajar di maahad salah satu maahad tahfiz negeri
Aku masih ingat ketika ditemduga oleh Ustaz, “Kenapa mahu belajar di sini? Saya mahu belajar al-Quran dan juga ilmu yang bersanad.” aku menjawab. Aku hanya bertawakal kepada Allah samada aku diterima masuk atau tidak.
Tidak sangka, aku sudah habis belajar dan aku berterima kasih kepada Ust dan aku sempat menghabiskan talaqqi hafazan al-Quran dengan Ust sebelum beliau dipindahkan.
Aku bukanlah berlatarbelakangkan dari sekolah agama, aku hanya belajar di sekolah biasa-biasa saja. Belajar agama pun di sekolah dan mengaji di rumah saja dan aku bersyukur dengan itu.
Aku selalu beranggapan bahawa betapa beruntung orang yang belajar di sekolah agama atau di maahad tahfiz seperti kawan-kawan yang lain, nikmat sungguh punya ilmu agama diajari kepada mereka sejak kecil lagi.
Maka aku rasa syukur sangat dapat masuk Maahad biarpun aku masih banyak lagi untuk dipelajari. Tanggapan dari seorang yang insan yang biasa-biasa saja, tidak lebih tidak kurang.
Menjadi Hafiz iaitu seorang yang menghafaz al-Quran,Tak terlintas pun dalam fikiran buat pertama kalinya. Mula-mula masuk kelas tasmik, tak tahan weiii. Setiap hari kena tasmik paling kurang selembar sehari.
Aku seperti rusa masuk kampung kerana tak faham suasana ketika itu dan sangat sukar bila kau sorang jee yang paling slow bab menghafal. Kawan-kawan lain semua lancar dan terpegun juga aku tengok member lain.
Tasmik berlembar-lembar lalu aku yang pula yang asyik-asyik salah baca, lupa ayat dan malas. Memang susah lah nak keep up. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Aku mula menghafal dari zero, buta tak tahu apa-apa langsung. Aku mula dari bawah, perlahan-lahan untuk mencari motivasi untuk terus dengan mujahadah. Aku tak cerita masalah aku kepada orang lain sebab masa itu aku malu kat member lain.
Diorang hebat gila weiii, aku ini baca Quran pun masih merangkak. Tuhan saja yang tahu bagaiamana keadaan down nya aku time itu. Aku mula bangkit, perlahan-lahan merangkak hafal Quran.
Terus berdoa kepada Tuhan dan ibu bapa aku, ikut flow aku jee, depends samada nak teruskan atau tak. Alhamdulilah, aku mula menyesuaikan diri menghafal, cara kaedah, masa menghafal. Hari silih berganti, aku tasmik pun makin improve, bolehlah sikit-sikit.
Aku belum tahu metode Mengulang (murajaah) so aku tak berapa fokus sebab nak habiskan muqarrar sebab member lain dah lama habis. 2 minggu sebelum exam, barulah kelam-kabut nak menggulang.
Aduhhh!!! Susah pula weiii menggulang, ingatkan dah hafal melekat terus kat kepala rupanya tak. Pertama kali exam Syafawi, 3 soalan jee aku jawap daripada 5 itu pun tak berapa yakin.
Kira sebagai pengalaman pertama lalu mulai dari itu aku sedar yang aku ni masih lemah bab menghafal dan mengulang. Memperbaiki kelemahan diri ambil masa yang lama dan sangat memeritkan bagi orang yang tak biasa dengan menghafal.
Masuk Tahun kedua, setelah mengetahui how to become a Hafiz, maka mulalah bibit-bibit kemalasan di mana kemurungan melanda yang melampau.
Kadang aku pun tak sedar kenapa perkara ini berlaku, ada masa kau rasa semangat untuk menghafal dan menggulang mengikut jadual masa yang kau tetapkan, tapi kebanyakan masanya kau rasa down dan tak mahu buat apa-apa langsung.
Memang down gila lah time itu. Tasmik pun jarang, apatah lagi menggulang. Ustaz seringkali denda kami sebab tak tasmik, antara denda yang kami kena, lari satu padang kadang 20 pusingan lebih dari itu pun ada.
Ketika tahun akhir di maahad, aku mula sedar hanya tinggal baki 2 semester. Tak terasa 2 tahun berada di maahad, separuh al-Quran telah dihafal dan mahu mengerti erti hidup sebagai seorang hafiz.
Punya amanah hendak digalas pada keluarga dan masyarakat. Aku imbas kembali niat sebenar masuk maahad, sebenarnya banyak hadith kelebihan orang yang menghafal al-Quran antaranya, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mahu mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”
Seringkali kamu diingatkan oleh pensyarah bahawa tanggungjawab yang akan kami pikul adalah sangat berat dugaan apabila berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai ragam.
Antara sering dizikirkan di telinga kami, “Sebagai hafiz-hafizah Al-Quran, selagi mana kamu menjaganya (membacanya selalu) selagi itu Allah akan tetap bantu kita”. Allah sentiasa akan memberi rezeki selagi mana kita menjaga al-Quran.
Mulai saat itu, aku berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa dan semasa. Berubah makan masa, tak berlaku dalam sehari. Kalau tak dapat buat semua jangan tinggalkn semua. Kalau tak dapat ingat semua, jangan lupa semua.
Di saat kita down menghafal al-Quran, sentiasa ingat bahawa syurga Allah itu mahal, perlu bersusah-payah untuk mendapatkannya.
Allah uji kita tanda Allah sayangkan kita, ingat di saat kita down menghafal, bukan ayat itu yang susah dihafal, diri kita yang ego untuk terima ayat-ayat Allah.
Bayangkan seberapa banyak masa kita luangkan masa dengan smartphone berbanding membaca al-Quran? Antara nikmat yang dirasai oleh seorang Hafiz apabila kau merasa tenang saat kau meluangkan masa bersama dengan al-Quran.
Bagaikan dunia ini aman tanpa ada kecelaraun duniawi, nikmat yang dirasai, apabila kau merindui untuk membaca al-Quran di saat orang lain leka dengan tipu daya dunia. Nikmat yang Tuhan beri sebagai seorang Hafiz, hanya boleh dirasai apabila kau masuk dalam medan ini.
Exam last kami, Syafawi dan Tahriri al-Quran, Exam Syafawi kami akan disoal 5 soalan dari mana-mana ayat dalam al-Quran tebuk.
30 juzuk al-Quran, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu, nervous dan gemuruh, tidur pun tak lena sebab terlalu fikir pasal exam. Tahriri Pula, kami menulis al-Quran.
Di samping menghafal, kami juga menulis al-Quran sebagai cara untuk ingat dan praktikal apa yang telah kami hafal.Menjadi Hafiz di tengah-tengah masyarakat terdapat banyak persepsi.
Pensyarah kami pernah berkata,”Dugaan sebenarnya sebagai seorang hafiz-hafizah, bermula apabila kita bergaul dengan masyarakat.
Barulah kita memahami bahawa pentingnya al-Quran sebagai bimbingan hidup kepada manusia dan kitalah yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini.”
Setelah Habis Maahad, baru aku rasa apa yang telah dikatakan oleh pensyarah kami. Kami juga manusia biasa seperti kamu, cuma kami dipikulkan amanah itu membimbing masyarakat.
Aku sebenarnya tak sangka, menjadi Hafiz memang bukan senang, menjadi Hafiz dari insan yang biasa-biasa sahaja, menjadi Hafiz juga seorang manusia bukan malaikat atau syaitan. Menjadi Hafiz, tidak lari melakukan dosa dan lupa lalai leka.
Persepsi umum masyarakat tentang Hafiz, mereka sangat memuliakan Hafiz atau Hafizah kerana mereka Hafal al-Quran, menghabiskan hidup dengan al-Quran, Allah memilih mereka sebagai penjaga al-Quran, mereka Penyuluh cahaya yang akan membimbing manusia dari kesesatan menuju ke Jalan Cahaya.
Menjadi Hafiz memang berat memikul amanah dari Tuhan. Allah berfirman, “Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (al-Ahzab : 72).
Peluang untuk menjadi hafiz bukan semua orang dapat. Tapi apabila Allah memilih kita untuk mahir membaca al-Quran, maka ringan-ringankan mulut kita untuk membacanya.
Al-Quran saja yang dapat membantu kita, sebagai teman dalam kubur dan sebagai syafaat di Hari Kiamat semuanya dengan Izin-Nya.
Tuntasnya, setelah tamat belajar, masing-masing memilih haluan sendiri, ada sudah terlebih awal menyambung pengajian ke Mesir iaitu Shoubra, tahniah kepada mereka.
Ada yang terus bekerja, ada yang sudah berkahwin, ada juga yang menunggu keputusan UPU seperti aku.
Aku bersyukur dan berterima kasih kepada Guru yang mengajar, ibu bapa yang menjaga aku, kawan seperjuangan. Moga kita dapat muliakan orang tua dengan al-Quran memakaian mahkota kepada mereka, moga kita dapat menjaga halafan, moga ketemu konvo nanti, Insyallah! Moga dipermudahkan segala urusan kalian.
– avicii
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment