Kisah aku pasal ayah aku. Ayah yang dah lama “hilang” dalam hidup aku. Ayah dahulunya seperti kebanyakan ayah2 orang lain pagi pergi kerja petang baru balik. Itu dulu sekarang jauh sekali. Setelah naik pangkat kerjanya pun berubah. Selalu outstation jarang aku lihat ayah di rumah. Dalam seminggu hanya dua tiga kali lihat ayah. Sampai kadang2 aku curiga betulkah ayah outstation.
Mungkin sebab prestasi kerjanya bagus ayah selalu ditukarkan ke jabatan di lain2 di negeri. Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu ayah kena tukar di kawasan pantai timur tapi kami sekeluarga tidak ikut cuma ayah sahaja yang pindah. Hampir setahun ayah di sana pulang hanya kadang kala. Aku masa itu duduk di asrama. Setiap kali pulang ayah mesti tiada. Hanya ibu di rumah dan adik beradik. Ibu sibuk kerja nak tanggung kami adik beradik. Masa ayah tiada aku jarang minta duit dekat ibu. Rombongan sekolah pun aku tidak ikut sebab tak nak susahkan ibu.
Selepas itu, ayah dipindahkan lagi jauh ke pusat bandar. Semua ikut berpindah kecuali aku kerana sekolahku. Ayah dari aku kecil lagi memang terlalu sibuk akan kerjanya. Aku cuba faham ayah sibuk mencari nafkah tapi dia seolah2 tiada masa untuk kami sekeluarga. Ayah seorang yang bercita2 tinggi hendak hidup senang. Tapi kami seakan2 kehilangan ayah. Kehidupan kami seolah2 bertumpu ke arah ayah. Bulat kata dia itu lah kami kena ikut.
Along seolah2 pengganti ayah dalam hidup aku. Kalau ada perkara yang memerlukan ayah selalu along lah yang datang. Zaman sekolah untuk hari report kad, along yang datang menggantikan ibu ayah. Hari keputusan result exam yang besar2, along juga lah yang menemani. Kalau along sibuk aku pun paham, aku tak mengharapkan apa2. Aku belajar sungguh2 dapatkan result cemerlang nak tunjuk dekat ayah. Ayah tak pernah kisah pun. Dulu di asrama, kalau kawan2 kata ayah aku datang mesti ayah bersemangat nak jumpa ayah tapi rupanya cuma along atau adik beradik lain.
Tamat zaman sekolah aku duduk semula dengan keluarga. Masa ini ayah tidak lagi ditukarkan berpindah ke mana2 lagi. Tapi ayah masih sibuk dengan kerjanya. Disebabkan aku jarang ada masa dengan ayah. Aku jadi sukar bercakap dengannya. Jadi kekok kalau bersama dengan ayah. Ditambah dengan perangai garang ayah lagi menyukarkan keadaan. Ayah dari dulu memang garang dari kecil rotan penampar semua aku dah rasa. Dah besar semua itu berkurang tapi baran dia masih ada kalau kami adik beradik buat silap.
Impian ayah hendak hidup senang tak pernah hilang. Dulu aku selalu doa semoga Tuhan tunaikan impian ayah beri kesenangan kepada keluarga kami. Masa aku kecil ayah pernah buat bisnes, ibu serta kami adik beradik di kerah menolongnya. Selepas sekolah aku kerja tolong bisnes ayah tapi bisnes tak bertahan lama kerana banyak saingan dan kerna kerja ayah yang berpindah randah. Bisnes lingkup kami hidup dalam hutang. Duit simpanan aku ayah ambil untuk bayar hutang. Aku tak kisah duit aku tak banyak mana pun.
Ketika zaman bisnes ayah, ibu curiga ayah ada skandal dengan pekerjanya. Ayah terlalu baik dengan pekerjanya. Aku pernah disuruh tidur di rumah pekerja untuk teman pekerja itu gara2 pekerja itu keseorangan. Ibu jarang melawan cakap ayah tapi bila ibu tahu ibu marah. Ibu ayah selalu gaduh malam2 masa semua adik beradik dah tidur. Tapi aku selalu terjaga dengar dorang bergaduh.
Ibu baik. Ibu cuma garang sedikit dengan anak2 mungkin ibu stress dengan ayah jadi ibu lepaskan dekat kami. Dulu masa ayah berpindah randah, ibu mesti penat dengan kerja dan nak jaga kami adik beradik. Aku selalu tolong ibu sebab kasihan akan ibu. Ibu kalau gaduh dengan ayah pun mesti dia layan makan minum ayah semua. Ibu kalau nak makan pun selalu tunggu ayah. Kadang aku suruh ibu makan dulu ayah balik lambat, ibu tak nak. Ibu selalu takut kena marah dengan ayah, makanan mesti ikut selera ayah pedas masin kena ikut selera ayah. Ibu cuba jadi isteri solehah menjaga serba serbi ayah. Bagi aku cukup ibu berikan, aku tidak tahu sama ada ayah hargainya.
Ke hulu ke hilir kalau ayah suruh ikut ibu turuti. Ayah suka ikut timing dia sendiri. Kadang kala kesian ibu. Kalau makan di luar ayah makan laju ibu pun makan tergesa2. Kalau pergi rumah sanak saudara kadang tak sampai setengah jam ayah dah ajak ibu balik. Aku memang tak suka ikut ayah keluar. Semua kena ikut kehendak dia kalau melawan dimarahi. Aku kesiankan ibu yang terpaksa ikut kehendak suami. Bagi aku ayah seorang yang pentingkan diri, semua hendak patuhi cakap dia. Ayah cuba mengawal hidup kami adik beradik dari segi pekerjaan dan lain2. Tapi maaf ayah adik beradik yang lain mungkin akan ikut tapi bukan aku. Aku dah penat.
Dah dewasa ini, aku tak kisah ayah nak hidup dengan cara dia. Tapi satu sahaja jangan sakitkan hati ibu. Jangkaan aku meleset sama sekali ayah telah sakitkan hati ibu. Ayah kini dah jadi orang besar. Tuhan bagi kesenangan sikit dalam hidup dia. Duit dia dah banyak sikit tapi duit tu jarang dapat dekat anak2. Along yang banyak bantu aku biayai pelajaran. Ibu baru dapat tahu ayah dah beristeri seorang lagi dan sudah mempunyai anak. Itu pun ibu tahu secara tak sengaja. Bayangkan hancur hati ibu. Apa kurang layanan ibu dekat ayah.
Ibu simpan lama sendiri baru bagitahu aku. Setelah ibu tanya baru ayah mengaku sudah ada isteri lain. Banyak kali dorang bergaduh di depan aku. Aku teringat kembali dengar dorang bergaduh waktu aku kecil. Ayah kahwin senyap2 betahun2 tak bagitahu kami sekeluarga. Ayah hanya mengaku depan ibu tapi depan kami adik beradik masih diam seribu bahasa. Hati aku turut hancur seperti ibu tapi aku tak tunjuk sedih aku depan ibu. Aku sebenarnya sakit. Aku ada depression yang agak teruk. Aku tak bagitahu keluarga. Aku jumpa psikiatri senyap2. Sekarang dapat berita ayah khianati ibu lagi buat aku rasa sakit. Aku bertambah stress.
Aku tak tahu nak rasa apa. Keluarga aku seperti porak peranda. Dari luar nampak seperti keluarga normal tapi kenyataan sebaliknya. Adik beradik lain seperti ikut perangai ayah masing2 sibuk akan kerja. Semua seperti tak kisah apa yang berlaku dekat rumah. Hanya aku teman ibu. Aku tahu ibu sekarang sedih. Aku pun tak tahu nak buat apa. Aku buntu. Semua yang berlaku pasti ada hikmah. Aku suruh ibu redha akan kelakuan ayah tapi bukan senang untuk ibu. Niat aku cerita bukan untuk burukkan ayah aku. Semoga sesiapa yang membaca ambik ikhtibar. Buat yang bakal bergelar ayah ataupun sudah menjadi ayah, jadilah ayah yang baik dan membimbing keluarga ke arah yang betul.
– Broken Child
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment