Thursday, 27 July 2017

Isteri dan Depression

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Sebulan dua ni aku banyak terjumpa case bunuh diri, depression dan lain-lain. Dan kisah kali ni yang aku nak ceritakan berkisar tentang isteri aku. Yup isteri aku dia mengalami Major depression. Sebenarnya aku sendiri tak sedar. Sebelum tu, isteri aku ni sebenarnya seorang mualaf. Waktu aku kenal dengan dia. Baru 2 tahun dia berhijrah ke Agama Islam. Family dia pula rata-rata agama mereka campur. Ayah dia kristian mak dia agama buddha dan akak dgn abg dia ada yang atheis.

Tapi mak dengan ayah dia tak halang dia peluk islam, sebab falsafah keluarga dia tentang agama “setiap orang ada hak untuk memilih agama masing-masing” lepas bincang cerita semua dengan mak ayah aku, adik beradik semua okay. Kami kahwin. Masuk lah tahun ketiga kami kahwin. Dan masih belum ada rezeki untuk ada Zuriat. Satu harini aku tengah kerja, waktu ni aku ingat lagi hari isnin aku ada meeting penting. Tapi entah terlupa ke apa. Biasanya ada meeting aku jarang on fon biasa aku tinggalkan dalam bilik office aku. Tapi haritu aku terbawa dan lupa silence. Kena pula waktu tu aku yang kena bagi talk.

Waktu pertengahan meeting. Telefon berbunyi aku dah aduh apasal lupa silence. Semua pandang aku. Aku awal nak ignore. Last2 tak sedap hati aku cakap sorry dan angkat. Tengok isteri aku, aku angkat je nangis2. Aku tanya kenapa? Dia cakap dia nak suicide tapi dia teringat esok hari jadi aku terus dia berhenti. Aku terkejut gila. Aku cakap dgn bos aku, aku ada hal dia pun okay kasi aku balik. Balik tu masuk rumah tengok memang dia dah hiris separuh pergelangan tangan dia. Tapi tak dalam. Aku bawa dia jumpa doktor. Lepas rawat luka dia ni. Aku balik tanya dia elok-elok.

Aku tanya dia. Kalau ada masalah bincang. Kalau aku ada buat salah kasi tahu. Lagi satu bab ibadah tu selama kami kahwin Alhamdulilah tak pernah tinggal. Jadi aku hairan, menangis aku. Bila aku tanya dia diam je. Malam tu kami solat semua sampai subuh. Isteri aku diam je. Esoknya aku minta cuti, aku bawa isteri aku ni pergi jalan-jalan. Tempat yang kita orang pergi. Makan semua. Tengok wayang. Tapi tak boleh fokus. Malam tu aku tanya dia elok-elok apa punca. Lama dia diam lepastu dia jawab. “Tak tahu, tapi rasa macam sakit kepala, stress, dan rasa tak tenteram.” Aku dalam hati aduh bisikan syaitan ke ni. Ke kena rasuk. Malam tu dia tidur aku perhati je. Memang tak tenang. Sekejap gerak sana sekejap sini. Aircon dah kuat tapi dia berpeluh. Last2 terjaga. Tidur tak boleh. Makan tak selera. Dah nak dekat 2 minggu aku bawa dia jumpa doktor pakar.

Bila check semua rupanya isteri aku ni ada major depression . Doktor kasi dia ubat tidur. Ada sukatan dia juga. Tapi isteri aku tak ambik. Kalau dia tak boleh tidur baru aku suruh. Setiap malam aku berjaga nak make sure dia boleh tidur. Dah dia tidur baru aku tidur sampai lah nak masuk 2 bulan. Tapi sekali lagi kehendak Tuhan agaknya. Aku pergi kerja . Petang tu bos aku minta fail sebab urgent tapi aku tertinggal nak taknak kena ambik sebab malam tu bos aku nak flight ke hongkong. Aku balik dalam pukul 3. Waktu aku balik tu, isteri aku ni dia baru lepas minum racung mengelupur atas lantai. Punya lah berderau darah aku. Aku cepat2 angkat dia bawa hospital. Perasaan takut geram marah tu kau bayangkan macam mana.

Lepas isteri aku sedar, aku jenguk dia tapi satu perkataan aku tak cakap. Dan lagi satu hal depression isteri aku ni. Aku tak ceritakan langsunf dekat family dia atau family aku. Bagi aku ni hal kami berdua. 4 hari dia duduk hospital. 4 hari tu juga lah aku melawat dia tak bercakap apa. Dah balik rumah dia minta maaf dekat aku. Dia cakap dia pengecut itu lah ini lah. Aku cuma anggukan je lah. Aku jumpa doktor semua tanya. Cari dekat internet, buku macam mana nak selesaikan masalah isteri aku ni. Lepas kejadian dia cuba suicide tu. Aku kena lagi hati-hati.

Last-last aku beli buku, buku tu serupa diary kecik yang siap ada lock. Aku beli dalam 10 biji. Aku pandang dia. Aku cakap dengan dia. “Saya tak boleh nak tolong awak, kalau awak sendiri taknak tolong diri awak.” Aku tunjuk dia dekat buku tu. Aku bagi dia pen. Aku cakap dengan dia. Ambik buku ni. Awak catat apa yang awak rasa. Dan kalau ada terlintas nak bunuh diri. Awak tulis pakai pen warna lain. Sampai perasaan tu hilang. Dia menurut je. Setiap minggu aku bawa dia pergi macam-macam tempat. Kadang-kadang ada kuliah agama yang ada ustadz popular gitu datang aku bawa dia. Hari demi hari aku perhati aku cuba ambik tahu apa masalah dia. Bila baca buku diary dia ni. Sedikit sebanyak aku faham masalah dia.
Ada satu buku tu sampai banyak muka surat dia tulis warna merah makna fikiran dia tentang bunuh diri berlarutan.

sebenarnya bukan mudah, banyak alternatif lain kami buat. 1 tahun. 1 tahun baru Alhamdulilah kami berdua berjaya harungi detik paling sukar. Dia dah boleh gelak senyum. Awal januari 2017 tu pun isteri aku baru selamat melahirkan. Jadi bagi aku depression ni memang masalah yang serius. Tapi yang paling penting yang alami masalah kena bagi peluang dekat keluarga atau sesiap yang dia rasa selesa untuk tolong diri mereka. Kalau bukan diri sendiri siapa lagi? Aku dah lalui benda ni. Dan secara terus terang bukan mudah kalau isteri sendiri yang hadapi benda ni. Sebenarnya panjang kau nak cerita lagi. Apa apa pun terima kasih membaca dan ingat. Sentiasa pastikan keluarga atau kenalan anda sihat mental bukan setakat fizikal.

– Zaimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.