Assalamualaikum dan selamat hari raya semua. Sebelum ni aku pernah post -> http://ift.tt/2tFeP1s
Every single komen aku baca, terutama bila aku down. Terima kasih atas komen yang sangat membina dan doa-doa kalian. Apa yang aku nak kata, mula ‘bernafas semula’… Sebelum on the job training aku habis, aku dilamar kerja oleh syarikat yang sama. Dan aku berhijrah ketempat yang baru. Dari RM1.5k -> RM2.3K. Tolak EPF adalah dalam 2K. So aku ada baki +-500 lagi.
Untuk orang seperti aku, yg selamani lebihan baki duit cuma dalam 80,,, bulan pertama aku agak gelap mata sikit la. Aku terleka habiskan 100 untuk benda-benda yang tak penting sebab aku mula malas nak bawa bekal.
Aku mula manjakan diri beli apa yang aku nak. Nak nak lagi kawan sekerja memang bujang dan tak de bawak bekal… mengajak dan memujuk pulak champion…. sedapnya itu… sedapnya ini…. so aku pun teringin nak merasa. haha. Astaghfirullah~
Ini tak boleh jadi. Kalau aku lama-lama gini, aku pun akan terjebak dalan kategori hidup senang, poket kosong. Sebab aku nampak perubahan tu pada diri sendiri, aku mula tambah force saving… So, hidup aku kembali kepada asal… Cuma kali ni aku tak perlu risau lagi. Sebab aku tau, aku ada saving sebagai pelampung di masa hadapan.
Selain Force Saving, aku bina tabung kecemasan di ASB. RM50 sebulan cukup la. Aku topup ASB tanpa buku. Sebab kalau ada buku, aku sangat perasan aku berduit, dan probability untuk keluarkan adalah sangat tinggi. Mujur sekarang ASNB nak hapuskan buku. So kira ASNB sangat memahami aku. huhu
Dengan baki yang sama iaitu RM80, aku lega dengan hidup aku sekarang. Pokok pangkalnya, ‘know yourself’… Duit banyak macam mana sekalipun, takkan pernah rasa cukup.
Pasal orang yang gegar rumah aku dulu tu? aku mula bina hubungan baik dengan dia. Alhamdulillah dia sangat baik dan memahami. Dia pun minta maaf pada aku sebab pernah maki hamun aku. Malu pulak rasa… Ayah yang berhutang, dia pulak yg tergigit lidah. Well, aku sangat inspire dg orang-orang sebegini. Walau dia berbeza bangsa dengan aku dia da anggap aku macam adik dia.
Pernah aku bayar dua kali ganda dari apa yang aku janjikan, sebab time tu aku dapat insentif… dia nasihat “Jangan bayar banyak dik kalau rasa tak mampu. bayar tepat-tepat. Gunakan duit lebih untuk duit poket u. You still young and need pocket money too. Go hangout with your friends and buy nice clothes” Sebab apa boleh muncul perkataan tu? sebab masa bayar, aku lupa nak sorok baki dalam akaun. haha. Mesti dia terkejut tengok baki gitu.
Lastly, aku sangat bersyukur dengan semua ni. Sebab benda yang jadi ni, menjadikan aku celik kewangan, menjadikan aku trying hard to makes myself and position myself to be relevant.
Misi aku kali ni, untuk langsaikan hutang-hutang ni semua dalam masa 5 Tahun. Kecuali PTPTN la. hihi. PTPTN bayar on time sudah. Make use 10% diskaun melalui autodebit.
Mohon doakan ! Jom kempen bawa bekal dan kempen Force Saving sesama. Semoga kita semua diberkati. Amin
– Cik Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment