Hai semua. Aku ni sebenarnya suka perhati orang. Gelagat orang telatah dan macam- macam lagi. Paling aku suka sebenarnya tengok orang buat benda baik. Jadi aku nak kongsi kan sedikit kebaikkan rakyat malaysia yang aku nampak depan mata.
Bila kau pergi tempat yang ramai orang contohnya kedai makan. Kadang-kadang kita tak tahu orang bersebelah meja dengan kita ada masalah duit atau dah habis makan baru perasan duit tak cukup. Tengah aku beratur nak bayar makanan aku. Ada makcik ni volunteer bayarkan makanan budak sekolah ni yang tak cukup. Jumlah dia tak banyak mana setakat berapa ringgit. Tapi benda tu sedikit sebanyak sebagai peringatan dan tauladan untuk budak budak tu. Walaupun malu2 budak tu nak cakap terima kasih tapi mesti diorang pun suka. Gila siapa tak suka kalau orang bayarkan makanan untuk kita.
Tempat yang paling ramai orang dan pelbagai gelagat nampak. Tak lain dan tak bukan shopping Mall. Ada yang kau nampak sorang, ada yang berpasangan, ada juga dengan keluarga. Dengan baby. Dengan bergaduh mulutnya. Cari tempat makan. Beratur tunggu giliran. Main telefon. Tapi di sudut luar mall tersebut bersebelahan jalan. Kawasan lama ada peminta sedekah. Ada yang cari hasil dengan membuka tong sampah. Ada juga yang tengah lalu lalang. Tengah aku lalu atas jejantas. Aku berjalan rapat dengan satu pasangan. Dan di pertengahan jejantas ada peminta sedekah. Aku pun manusia biasa ragu-ragu nak kasi. Aku dengan pasangan tadi setakat jalan depan peminta sedekah tadi. Entah macam mana bila nak turun dari jejantas tu. Lelaki tadi suruh pasangan dia turun dulu. Dia pula berpatah balik. Bila aku tengok rupanya dia sedekah sedikit duit dekat peminta sedekah tadi.
Aku nampak jadi terkejut sekejap. Jadi bila diorang dah beredar aku pula patah balik dan bagi sedikit duit. Orang kata yang penting niat ikhlas. Hujung cerita tu pandai-pandai lah mereka. Mungkin bagi lelaki tadi. Dia rasa bersalah, aku pun rasa bersalah. Atau mungkin dia rasa ragu-ragu. Tapi kebaikkan selagi tak memudaratkan. Tak jadi persoalankan. Sejak haritu kalau nak derma ke sedekah aku jarang dah ragu-ragu. Kita niat yang baik je sudah.
Bila naik public transport ni benda paling susah bagi aku sebenarnya berhati-hati nak bagi seat dekat orang lain. Ada sekali tu aku bagi seat dekat pakcik ni. Tapi pakcik tu reject aku terus blur nak buat apa. Nak taknak aku duduk balik walaupun orang pandang. Sejak haritu aku jadi berhati2. Kadang2 aku tak tahu nak cakap macam mana. “Sila lah duduk” atau ” eh duduk lah” . Atau ” pakcik duduklah “. Sampai aku terpaksa buat buat tidur. Haha rasa jahat gila. Tapi waktu petang. Tengah waktu puncak. Aku naik dari stesen sama dengan akak ni. Akak ni aku perhati memang macam banyak masalah. Asyik terkumat kamit mulut dia. Ada dia perasan aku stare dia. Terus dia tanya aku nak apa.
Waktu dalam train kami berdiri lama. Orang padat. Jadi dah sampai satu tempat ramai turun kami berdua dapat duduk. Jadi sampai satu stesen penuh balik..ada pakcik ni . Tengok tubuh badan macam gagah. Tapi akak tadi elok je dia senyum “pakcik duduklah” pakcik tu reject tapi dia balas. “Takpe saya dah nak sampai ni” pakcik tu pun duduk aambil cakap terima kasih dan akak tu berganjak dari situ. Sekali rupanya pakcik tu turun dulu sebelum akak tu. Kadang-kadang kita tak faham pengorbanan kebaikkan orang lain walaupun kecil. Ye memang hormati orang tua. Tapi kebaikkan akak tu terlalu kecil orang mana nampak. Dengan akak tu pakai high heels. Berdiri lagi.
Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku tak berapa ingat sangat. Maklumlah manusia biasa senantiasa lupa. Yang aku nak kongsi sebenarnya ialah kebaikkan kita sebab baru-baru ni aku rasa macam terlalu banyak benda negatif. Benda positif kita kena serap setiap hari. Walaupun teruk macam mana hari kita. Pasti ada hal positif yang kita boleh ambik.
– A-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment