Wednesday, 19 July 2017

Suami Surirumah

PengakuanKu

Assalamualaikum..

Terima kasih iium confession.

Saya terpanggil untuk menulis ini sejak saya terbaca ada sesetengah suami yang tidak berpuas hati dengan isteri suri rumah.

Katanya isterinya hanya tahu bermain facebook dan whatsapp bila dia yang dah penat bekerja seharian pulang ke rumah.

Lihat keadaan rumah, baju tak berlipat, lantai tak bersapu, mainan anak bersepah-sepah. Suami sangat tak berpuas hati dan komplen macam-macam. Katanya isteri pemalas.

Tahu tak, kecilnya hati seorang isteri mendengar kata-kata itu dari mulut suami. Pekerjaan suri rumah, yang tidak pernah alami memang tidak akan memahami. Walaupun suami sendiri. Ya, suami sendiri.

Jika isteri itu memang pemalas, mungkin dapat diterima. Namun bagaimana jika benar isteri itu benar-benar keletihan dengan segala urusan rumah dan anak-anak? kerana bagi kebanyakan orang, suri rumah sangat beruntung. Hanya makan, tidur dan jaga anak yang ‘behave’. Ya, behave lah dengan ayahnya yang cuma berhadapan dengan anak selama beberapa jam berbanding ibu yang menjaga selama 24 jam/ seminggu tanpa henti.

Mari kita melihat sebalik tabir tugas seorang suri rumah bersama-sama anak yang masih kecil. Seperti biasa suri rumah menguruskan isi rumah seperti membasuh baju, menyidai, mengangkat baju serta melipatnya.

Juga, suri rumah nak dapat tidak, haruslah menyiapkan sarapan buat suami, dirinya dan anak2. Kemudian siapkan makan tengahari, dan berkemas semuanyalah.

Ok, itu pekerjaan biasa. Isteri bekerja juga buat kan? Tapi ia menjadi luar biasa bila suri rumah perlu menyiapkan segalanya sambil menguruskan anak. Ya, ada yang anak berderet, kecil2 dan tentulah tidak faham apa itu erti bersih dan kemas.

Inilah keletihan sebenar sang suri rumah wahai para suami. Baru mahu menyidai baju, anak menangis, anak nak makan, anak sepahkan makanan, anak tumpahkan air, anak berak, anak nak mandi.

Baru saja siap uruskan segala karenah anak, dan baru beralih untuk melakukan kerja rumah lain, anak sepahkan makanan lagi, anak bergaduh berebut mainan, anak terjatuh, anak nak makan biskut. Serdak biskut pula bertaburan atas antai. Sekali lagi suri rumah yang mulai letih ini uruskan 2, 3 anak yang ada sambil kepala pening fikirkan kerja rumah lain yang tertangguh.

Bila tengahari menjelma, suri rumah sudah cukup keletihan. Mana ada masa rehat, semuanya dilakukan tanpa henti. Ya, tanpa henti. Bergilir kerja rumah dan anak. Anak pula bukan boleh tunggu, semuanya perlu disiapkan dengan pantas.

Suami pulang tengahari melihat isteri sudah terbaring keletihan. Logik akal suami, baru tengahari, dah letih? Isteri buat apa kat rumah. Pulak tu isteri tengah buka facebook, isteri sebenarnya mahu lari sebentar dari dunia anak2 dan rumah yang sungguh memenatkan ini. Dia sudahlah tidak sempat menghirup udara luar, bersosial pun tidak, makan pun belum, keletihan memasak lagi, suap anak makan lagi, layan anak sepahkan makanan lagi. Dia cuma mahu sedikit masa untuk diri sendiri. Inilah isteri pemalas menurut pandangan suami yang tidak mengerti.

Belum lagi termasuk suri rumah yang menyusukan anak. Sangat mencabar. Menyusukan saja sudah hampir setengah jam, sehari 5-6 kali menyusukan, ini bermakna banyak kerja rumah yang akan bertangguh dan bila suami pulang, rumah tidak sempurna yang diharapkan, sepah sana sini, mainan bertaburan ,sisa makanan di atas lantai, sekali lagi isteri dicop pemalas.

Kami suri rumah, sebenarnya ikhlas melakukan segala kerja ini. Kami sayang anak2 kami, kami suka menjaga mereka. Tapi stress menjaga anak kecil, hanya yang pernah menjaga saja faham. Sebab itu kami tidak hairan jika ada pengasuh atau penjaga taska melakukan kezaliman atau penderaan pada kanak2, kerana kami ibu di rumah yang seharian mengadap anak kecil memahami tahap stress itu..stress bila anak tantrum berjam-jam, bergaduh, tak mendengar cakap. Stress kami pula berganda kerana kami perlu melakukan segala kerja rumah dan dalam masa yang sama menghadap pelbagai karenah anak, dan akhirnya dicop pemalas. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya jiwa raga kami mendengar rungutan dan sungutan walaupun dari suami sendiri.

Pesanan kepada bakal2 suri rumah, percayalah menjadi suri rumah tidaklah seindah yang dibayangkan. Kita sukar sekali ada masa untuk diri sendiri atau ‘me-time’ bila ada anak kecil, sama ada ingin berehat sambil menonton televisyen, atau membaca majalah sambil makan popcorn, atau mencuba resepi baru selama berjam2, atau bermekap cantik untuk suami, minta tolong sangat, itu mustahil sekali untuk berlaku kecuali anak2 betul2 baik dan duduk diam, tapi itu adalah tidak normal pula untuk tumbesaran kanak2. Tolong siapkan emosi dan kuatkan mental, kerana orang disekeliling sukar sekali untuk faham lebih-lebih lagi jika dikelilingi wanita bekerjaya. This is real. Ada sesetengah wanita bekerja pandang rendah pada suri rumah. Why? Apa salah kami?

Menjadi suri rumah, sihat lebih baik dari sakit kerana jika sakit kita masih lagi perlu menjaga anak tanpa ada mc. suri rumah nak minta mc? Dalam mimpi bolehlah. Semua ini boleh dielakkan kalau suami mampu mengupah maid, jadi isteri hanya menjaga anak tapi rasanya dalam ekonomi yang tengah gawat tidak ramai yang sanggup. Jadi bersabarlah suri rumah sekalian.

Menjadi suri rumah juga perlu kefahaman yang tinggi dari pihak suami. Bukan semua isteri beruntung mendapat suami yang faham akan tugas suri rumah ini, kebanyakannya tidak faham dan sukar faham. Ingin memahamkan suami itu sudah satu ujian besar buat suri rumah. Belum kira campur tangan mak mertua lagi. Jadi kepada para suami yang beristerikan suri rumah, tolonglah jaga hati mereka, janganlah sekali-kali mengguris hati mereka dengan kata2 sinis atau kasar, mereka sangat letih fizikal dan mental. Anak2 kecil sangat lasak, ada suri rumah yang tertekan kerana suami tidak mahu faham apatah lagi mahu menolong. Kesannya pada anak juga.

Sekian harapan saya, hentikanlah judgement kepada suri rumah, kami tak buat salah apa, kami cuma mahu jaga anak kami supaya dapat makan dari air tangan ibunya, supaya akhlaknya terbentuk di rumah, supaya dapat kami curahkan kasih sayang untuk pembentukan emosi anak2, dan supaya kami dapat menjaga diri dari dunia luar yang tiada sempadan.

Doakan kami kuat.

-hawa

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.