Selamat Hari Raya,
Yang dah berkahwin dan beranak-pinak tu tahun ni banyak ke anak-anak korang dapat duit Raya? Korang buat apa dengan duit Raya tu? Jangan korang pulak yang rembat, dosa tau guna duit Raya anak-anak.
Aku ingat lagi zaman aku kecik-kecik dulu paling banyak pon boleh kumpul dalam RM100 lebih je. Tu pon campur duit upah puasa penuh. Gembira kira-kira duit lepastu sedih sebab mak aku ambik semuanya. Masa kecik-kecik dulu memang tak faham kenapa mak aku ambik duit tu. So aku memang akan merajuk, menangislah. Bila dah besar sikit barulah aku tau yang sebenarnya mak aku simpan duit tu dalam ASB aku.
Lepas lahir je terus mak aku buka account ASB untuk aku, semua duit yang aku dapat dia masukkan dalam tu. Duit orang melawat, duit Raya dan setiap bulan dia akan masukkan sekurang-kurangnya RM30 dalam account tu. Dia pegang buku ASB aku sampai lah usia aku 20tahun. Masa aku dapat masuk universiti dia serahkan semuanya dekat aku. Memang tak payah pinjam PTPTN lah masa tu. Alhamdulillah masa tu juga aku dapat biasiswa so memang mokcik kayo!
Duit banyak tapi nasib baik jenis sedar diri, aku takde lah guna sangat duit tu. Aku simpan dan buat duit muka beli rumah. Memang cantik sangat perjalanan hidup. PTPTN tak ambik, lepas kerja dapat beli rumah pulak tu. Semuanya sebab mak aku bijak buat perancangan kewangan dan aku sendiri pon ikut jejak mak aku. Sekarang ni aku masih single, nanti dah ada anak aku akan ikut apa yang make aku buat jugak. Sekarang aku menyimpan untuk diri sendiri je.
Setiap bulan perkara pertama aku akan buat lepas masuk gaji ialah keluarkan sekurang-kurangnya RM500 dan terus masukkan dalam ASB aku. Gaji aku tak banyak mana pon tak sampai RM2000 pon tapi pandai-pandai lah kawal kewangan sendiri. Dalam usia tak sampai 30tahun ni aku dah ada sebuah rumah dan duit simpanan pon lebih 1tahun gaji. Insyaallah aku tengah cari rumah ke-2 untuk dibeli.
Walau gaji tak berapa besar, sebenarnya kalau kita pandai uruskan kewangan Insyaallah takkan sesak dan susah. Ibubapa kat luar tu ikut lah cara mak aku tu. Boleh menolong anak-anak korang dimasa hadapan tau! Ajar anak-anak korang menabung jugak!
– Mata Wang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment