Assalamualaikum wbt.
Aku harap admin sudi siarkan kisah aku ni. Ini #KisahRealPunya. Sebelum ni aku pernah confess pasal roomate aku psycho pada tahun lepas. Harini aku terpanggil utk menulis kembali sb ramai tertanya2 kenapa aku boleh cool hadap member mcmtu. Aku mohon sgt2 admin approve kisah aku ni utk jadi pengajaran.
Tapi kisah aku ni kisah benar. Aku bagi warning awal2 kepada yang tak kuat, please jangan baca. Boleh jadi kisah aku ni hidup dalam diri korang. Kot2 yang jenis lemah semangat boleh ter auto download ke. Aku just share. Kisah ni panjang. Aku harap admin lepaskan sebab niat aku nak share supaya jadi pengajaran kat korang. Tp maaf karangan aku panjang sebab aku tulis details. 8 tahun dah berlalu. Tp peristiwa pahit ni masih segar dalam ingatan aku. Yang tak percaya, korang belum tiba lagi saat diuji hebat begini dari Allah.
.
PERINGATAN : Kisah ni aku cuba olah sedikit “posisi” watak utama agar sensitiviti semua pihak terjaga. So kalau agak2 dlm FB ni ada teman2 yg mengenali si empunya badan, di harap jgn gatal tangan nak dok tanya lebih2 or tag org tersebut.
…
Dulu, mak aku ada jaga 3 orang budak. Semua lebih kurang baya2 aku je. Tp aku ni still muda dari usia dorang. Kitorg dah akrab mcm adik beradik. Tp dorang ada cuma waktu cuti sekolah je baru lepak2 rumah aku. Aku namakan tiga2 watak ni dgn nama Ana, Bella, dan Cici. (ABC sudaa. Korang kena ingat nama2 ni. Ni watak utama kisah ni). Aku bukan watak utama ye walaupun aku nampak lebih menyerlah dalam ceritani, tapi aku cuma watak sampingan yg menaikkan seri cerita ni ke peringkat AntaraBangla. Dan aku paling rapat dgn Cici.
Aku ni anak nombor 4 dalam adik beradik. Biasanya kalau ikut kata mulut org, anak no 4 ni cantik, berbudi bahasa, lemah lembut, sopan santun. Itu orang kata la. Bukan aku angkat bakul. Tp aku setuju kata org2 ni. Kata2 ni bukan dusta semata. Korang nak kecam aku, korang kecam la. Aku cuma cakap perkara fakta. Tp sebelum kecam, kau baca dulu la cerita aku ni.
.
Dlm adik beradik, aku sorang je peminat haiwan. Kalau kucing aku mati, 3 hari 7 malam aku menagis tak ingat dunia. Belum lagi aku buat kenduri tahlil. Letak lidi konon2 mcm batu nisan. Cabut bunga kertas mak aku, pastu tabur atas kubur kucing aku. Baca doa bagai. Ah kalau dikenang, mau cerita aku tergolong dlm himpunan cerita jilaka. Eh. Jenaka.
.
Kucing2 aku ni takde la banyak mana. Tp keluaran batch ke3 (anak kelahiran ketiga dr mak yg sama) ni agak kureng sikit adab dari segi tatasusila melepaskan hajat masing2, so dia dah menguji kesabaran orang2 dlm rumah aku yg tak suka binatang.
Jadi disebabkan aduan terhadap kucing2 aku ni banyak , dan aku sebagai tuannya yg masih kecik lemah dan tak berdaya, tak dapat nak pertahankan apa2. Bapak aku amik keputusan untuk buang kesemua kucing2 batch kali ni. So aku ni dah meronta2 minta belas simpati masing2. Tp semua tak endahkan aku. Apa boleh buat. Aku pun hanya mampu berikan pelukan terakhir utk kucing2 dan ucapan selamat tinggal.
Lalu, bapak aku pun mulakan misi mengangkut kucing2 ni masuk dlm kereta. Dan si Cici ni menyibuk nak ikut sebab kesian tengok aku menagis2. Jadi dia ni acah2 nak jadi wartawan sambilan nak bagi aku report lepas bapak aku buang nanti.
.
Lepas kereta bapak aku hilang dari pandangan, aku masih tak habis2 lagi menangis. 2 3 baldi mak aku tadah air mata aku pi siram pokok tp aku masih menagis tak ingat dunia. Bantal aku , tilam aku, baju aku, semua lencun kerana air mata aku malam tu. Dan aku pun tertido dgn kelencunan air mata dan bunyi esakan serigala pada malam tersebut.
Agak2 aku dah terlelap, tiba2 aku dengar kecoh2 kat luar. Disebabkan aku pemegang carta tertinggi kanak2 paling kepoh dalam rumah, daripada elok tgh tido aku boleh berlari ke depan nak tau mende yg kecoh2 ni. (Lupa sekejap babak menagis2)
Bila aku keluar, aku tengok Cici menagis teresak2.
” Oh my reporter! Why are you crying so fast furious baby. ” Tanya aku dengan penuh confident speaking English. Lagipun aku mmg terkenal dlm rumah sebagai kaki kuat melawak a.k.a jenis2 mintak kaki.
Si cici cuma menangis dengan badan mengigil2. Aku mula la panas.
“Weh cakap la! Asal kau nagis. Tadi kau beriya nak ikut bapak aku kata nak cerita kat aku pasal kucing2 aku tu ok ke tak. Ni aku dah ok, kau pulak yg over nagis ni kenapa?”
“Ku… kuuu… Kuuuu…” Suara si Cici mula kedengaran tengelam timbul dalam tangisan dia.
“Ku sepak sepak juga muka mu ni kang. Ku ape?!” Desak aku lagi. Aku mmg dah rasa tak sedap hati. Maybe pasal kucing aku ni.
“Kucing kau kena langgar.” Laju je dia jawab sambil meleleh2 air mata dia. Dah la muka iras2 anak cina. Lagi sepet mata. Aku pun taktau dia tengah tido ke tengah menagis.
Dengar je dia ckp cmtu, dengan aku aku sekali join menagis berirama malam tu.
.
“Yang. Kenapa ni? Asal Cici nagis? Siapa yg langgar?” Tanya mak aku berdas2 mcm senapang patah meluru terus ke bapak aku.
“Hmm. Tadi, masa kita buang kucing, kucing tu elok je dok tepi tu. Tiba2 dia lari tengah2 jalan. Orang langgar dia. Kita nak patah balik, takut pulak kena badi kucing. Kite bawak budak kecik malam2 ni. Tu kita biarkan.” Jelas bapak aku panjang berjela.
Cici menangis lagi dasyat dari cara aku menangis. Mungkin dia saksi kematian kucing aku malam tu. Dia nampak kucing aku mengeletik2 kat atas jalan raya. So dia seolah2 trauma semacam.
Mak aku suruh aku dan Cici pergi tido sebab memekak je rumah dengar suara aku dgn dia. So malam tu aku dan Cici tido dengan esakan tangisan sebagai peneman.
.
Aku tengok Cici dah terlelap. Alhamdulillah. Dia dah ok. Aku je tak dapat lelap sebab memikirkan kucing aku. Aku tuan dia kot. Lagi la aku sedih. Ada ke orang angkat dia? Masa ni otak aku tak matang. Taktau pasal badi kucing bagai. Cuma aku geram kenapa bapak aku tinggalkan mcmtu je. Kenapa tak bawak balik suruh aku tanam. (Tp bila dah besar, semua sebab tu aku faham dan boleh hadam)
Baru aku nak terlelap, tiba2 aku tengok nafas Cici turun naik. Laju! Eh. Kau mimpi tengah marathon ke ape?
Aku cuma pandang sambil tarik selimut tutup badan dia. Mungkin dia sejuk kot.
Tapi tak! Dia mula mengeletik-letik. Seolah2 mcm orang tengah gegar2kan badan dia.
Aku pun goyang2kan badan dia takut dia mengigau.
“Cici! Cici! Bangunn. Kau ngigau ke? ” aku terus duduk dan tampar2 pipi dia. Masa ni la peluang yg aku ada nak tampau2 muka dia nak balas segala dendam dia menyakat aku. Aku tampau mmg level bengkak 3 minggu punya
Tiba2 Cici diam. Elok je tenang mcm dah tido semula.
Aku garu2 kepala. Tadi kau punya over bergegau katil, kalah cerita Conjuring. Pastu boleh pulak kau tido balik. Haihh kau ni. Kecik besau kecik besau je aku tenung kau ni even kau mmg bulat mcm telur Humpty Dumpty.
Elok aku nak baring balik sebelah dia, tiba2 mata dia terbukak! Bukaan mata dia lebih besar dari kebiasaan mata dia yg sepet2 alam tu.
Aku cuma perhatikan dia. Apehal pulak minah ni terjojol mata cmtu ke atas siling. Aku on torchlight ke atas syiling. Dia pandang ape? Tengok elok je sarang labah2 tu statik atas siling. Dia pandang benda alah tu ke? Pagi2 kau tak rajin nak kemas sawang2 kat rumah. Malam2 ni pulak baru kau perasan ke?
Tiba2 mata hitam dia naik ke atas. Tinggal mata putih! Pulak dah!
Aku gegar2kan badan dia suruh bangun tapi mata dia still putih sepenuhnya dengan mulut ternganga. Badan dia seolah2 mcm kejang. Urat2 tangan, leher dan kaki semua timbul!
Aku dah cuak. Aku terus bukak lampu dan mencanak lari pergi bilik mak bapak aku.
Kelam kabut mak bapak aku berlari pergi bilik aku.
Masuk2 je dalam bilik, tiba2 si Cici takde atas katil. Eh mana pulak dia pergi?
Puas kitorang cari Cici. Aku lari laju kot tadi. Takkan dia boleh sekejapan je hilang.
Aku yg mmg terkenal (ah semua aku je yg terkenal) dgn juara main sorok2, aku tengok bawah katil. Aku nampak bayang2 hitam.
“Eh tu Cici!” Jerit aku.
Bapak aku kelam kabut jenguk bawah katil. Pujuk Cici keluar. Tapi Cici diam kaku kat bawah. Bapak aku hulurkan tangan.
“Meow!!!” Suara Cici berubah! Dia cakar tangan bapak aku. Tangan bapak aku berdarah kesan dari cakaran dia.
Masa ni mak bapak aku dah berpandangan sesama sendiri mcm dlm cerita Cinderella saat Ahmad Idham terpaku lihat Heliza Helmi. (Eh. Awat mcm pelik nama pelakon wanita ni) Tp cerita ni mmg tgh hot masa zaman tu. So aku mmg sempat berimaginasi saat bapak aku pandang mak aku cmtu.
.
“Ni bukan Cici! Kita nak azankan dia kejap.” Kata bapak aku kat mak aku. Bapak aku terus masuk bilik air.
Aku tengok tangan mak aku dah mula mengeletar. Dia suruh aku pergi duduk dgn kakak2 aku kat luar. Aku pun ikutkan.
“Kalau bukan Cici, siapa pulak? Bapak aku tersilap bawak balik orang ke? Tp muka sama je mcm Cici. Asal bapak aku kata bukan Cici? Pastu kenapa nak azan? Tadi kan dah solat isyak.” Soalan ni berlegar2 waktu aku tengah jalan ke bilik kakak2 aku. Tapi aku tak pergi pun. Aku stay tepi dinding nak tengok jugak. (Still pegang carta tertinggi kanak2 terkepoh waktu tu)
.
Elok bapak aku keluar dari bilik air, dia terus pakai selendang yg biasa dia pakai utk solat. Bapak aku terus azan kuat2 dalam bilik aku.
Tiba2 aku dengar suara menjerit2 dalam bilik. Kelam kabut aku lari masuk semula dalam bilik. Mak aku sibuk tolak aku keluar tapi aku rasa mcm suara Cici. Aku nak tengok dia jugak. Kedegilan aku tahap maksimum.
Habis je azan, suara Cici terus diam. Sepi seketika. Bapak aku terus pergi bawah katil tarik dia keluar.
“Cici sambung tido?” Tanya aku sebab tengok Cici longlai.
Bapak aku letak atas katil. Dia amik air yg biasa ktorg baca2 bila mengaji. Usap kepala dan muka Cici.
.
Selang berapa minit, Cici dah sedarkan diri. Dia menagis kuat2 kat pelukan bapak aku. Dia kata dia takut. Dia nampak “something” kat siling tadi.
Waktu ni otak aku mmg takleh hadam pape. Aku masih tak berapa faham maksud “nampak benda tu” .
So malam tu habis semua family aku tido dalam bilik aku sama2. Sebab Cici kata dia takut sangat2.
.
Sejak peristiwa malam tu, segalanya berubah. Rumah aku yg dulu penuh dgn gelak tawa, kini berubah 360°!
Ada kalanya itu diri Cici. Tapi dalam sekelip mata, itu bukan diri dia. Dia berubah jadi watak yg agresif secara tiba2!
Hanya berpuncakan peristiwa tersebut, Ana dan Bella pun turut jadi mangsa keadaan.
Dan yang pasti, aku yg kuat semangat, hanya menjadi pemerhati dari jauh.
0 comments:
Post a Comment