Saturday, 16 September 2017

Warkah Buat UIA

PengakuanKu

Duhai UIA,

Mula-mula dulu, masa di sekolah, aku sangat tak sukakan kau. Tak tau kenapa. Mungkin sebab ade beberapa siswa-siswi kau datang buat debat di sekolah aku dan semuanya nampak berlagak. Mungkin jugak sebab kau tak famous, tak dikenali, tak selalu masuk newspaper macam universiti-universiti lain.

Lepas SPM, aku dapat tawaran ke “UIA”. Emm. Kenapa UIA? Universiti aku paling tak suka. Tapi aku gagahkan jugak. Malas nak cari universiti lain.

Sekarang dah tahun 4 di UIA. Total dah hampir 6 tahun duduk bawah ketiak kau (termasuk CFS). Sekarang semuanya lain. Aku cukup sayangkan kau. Dan aku masih tak tau kenapa. Mungkin sebab kondisi kau yang baik, atau orang-orang di dalamnya yang baik, atau sekadar aku. Mungkin kalau aku masuk universiti lain, aku akan sayangkan universiti tu dan tidak kau.

Duhai UIA,

Segalanya baik. Tapi tak selalunya baik. Kau masih gagal lahirkan orang-orang hebat (pada pandangan aku). Tidak seperti universiti-universiti lain. Di manakah salahnya? Pimpinannya kah? Atau didikannya? Atau orang-orangnya? Katanya sebuah institusi pendidikan. Tetapi sejauh manakah?

Duhai Orang-orang UIA,

Kauorang semua bertanggungjawab. Mendidik. Baik lecturer, staff admin, staff library, staff lab ataupon staff Daya Bersih ataupon student, ataupon semua-semuanya lah. Semuanya bertanggungjawab. Biarpon didikannya tidak langsung, hanya sekadar mengendalikan pinjaman buku library dan pinjaman chemical lab, semuanya bertanggungjawab.

Didikan tidak datang hanya didalam kelas. Luar kelas pon sama. Mendidik anak bangsa melalui tutur kata yang baik, melalui hormat yang indah, walaupon dia hanya seorang student yang hina, belum berdegree seperti kau. Dengan harapan satu hari nnti, student tu mampu mengikut tutur kata dan sopan kau terhadap student-student mereka. Mungkin student mereka nanti adalah anak-anak kau, cucu cicit kau. Siapa tahu. Bukan sebaliknya. Hanya student, tak perlu perhatian.

Duhai orang-orang UIA,

Untuk yang digajikan UIA, sedarlah, duit yang kau terima tu datangnya dari mana. Mungkin hanya satu sen sahaja, tetapi ia masih datangnya dari student-student yang hina ini, yang membayar yuran tiap-tiap sem (nnti tak bayar tak dapat check result pulak kan). Jangan beri makan anak-anak kau dengan duit yang tak kami redhai.

Kami tak diminta dilayan sebagai seorang anak raja, cukup sekadar seorang manusia, sebagai seorang client sahaja, jadilah. Tak perlulah memperendah, mengherdik, menghina dan sebagainya. Layan kami macam anak-anak kau, kau tak nak kan suatu hari nanti kalau anak-anak kau jadi student kami, kami layan macam nak tak nak. Patut pon barang-barang student pinjam banyak hilang, dah yang memberi pinjam pon tak ikhlas. Mengharapkan barang tu hilang, boleh dia naik angin dekat student tu.

Duhai lecturer-lecturer UIA,

Anda ibarat seorang manusia yang duduknya di atas sebuah gunung kejayaan, yang hebat, yang tidak tertanding ilmunya. Bagi kami student yang lemah ini, sukar rasanya nak capai, nak daki gunung kejayaan anda itu. Turun la sewajarnya. Kami tak minta anda turun selama-lamanya, hanya sekadar turun sekejap-sekejap, menyampaikan ilmu anda yang luas itu. Kadang-kadang, ilmu dalam kelas tidak dapat kami tangkap sebaiknya, ilmu di luar kelas itu lah yang melengkapkannya. Buanglah ‘gap’ antara student dan lecturer itu. Ilmu lebih mudah disampaikan.

Kenali lah student-student anda ni. Mungkin ade yang lemah, tak makan, tiada tempat meluah perasaan, tiada ibu bapa. Kenali lah kami. Bantu lah kami menjadi manusia yang lebih baik, lebih baik daripada anda selayaknya. Supaya kami boleh menjadikan student-student kami lebih baik daripada kami, yang mana (macam ayat atas tadi) mungkin student kami adalah anak-anak anda. Dunia ini akan menjadi lebih hebat dengan setiap generasi lebih hebat daripada generasi sebelumnya.

Duhai student-student UIA,

Tuntutlah ilmu sebaik-baiknya. Jadilah orang yang hebat. Buanglah sifat-sifat malas itu. Banggakan UIA. Jangan berlagak. Hormat semua staff UIA (walaupon dorang tak hormat kau). Dan yang terakhir, dah keluar UIA nanti, walau di mana pon kau berada, didik lah anak bangsa kita. Anak-anak aku, anak-anak kita bersama.

– Pencinta UIA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.