Assalamualaikum..Aku belajar di sebuah ipta di and semestinya aku stay kat kolej lah. Actually, aku tak tahu nak luah dekat siapa dah. Aku nak mengadu kat mama abah, dorang akan cakap sabar. Yes sabar tu kan bagus. Tapi aku manusia biasa. Tak tahu sampai mana kesabaran aku tu mampu bertahan dengan suksesnya. Aku mengaku yang aku ni jenis kuat juga laa panas baran tapi alhamdulillah aku tak pernah show off panas baran aku ni dekat housemates yang bagi aku perangai masing- masing boleh menguji emosi jugak lah. Fyi, housemate aku sem lepas orang lain. Housemate sem ni orang lain. Sem lepas okay je semuanya.
1) Busy body tak bertempat. Kalau nampak aku bak keluar ke apa, sibuk nak tanya aku pergi mana, buat apa, naik apa etc. Hello kot ye pun nak “caring”, agak agak laa kan. Even mama abah aku pun takde sampai macam tu nak soal aku macam macam.
2. Pengotor & pemalas. Ni khas untuk roomate-roomate aku. Bilik aku duduk ni tak pernah pun dorang nak sapu bilik. Korang bayangkan ye. Bawah katil dorang penuh dengan gumpalan rambut, habuk etc. Dorang buat bodoh je. Dalam ni jugak dorang solat. Aku banyak kali sapu bilik ni sebab aku memang pantang tengok bilik kotor. Tapi end up, tak lama lepas tu kotor balik. Kadang rasa macam bibik yang mana semua ni anak raja tahu goyang kaki je dalam bilik. Satu lagi housemate aku ni ada buat jadual. Kiranya siapa yang patut bertugas buang sampah pada hari sekian sekian. Bagus…Dorang follow jadual buang sampah tu tapi bilik ni memang tak payah sapu ke macam mana?
3. Happy go lucky tak bertempat. Korang bayangkan pukul 3-4 pagi orang semua dah tidur, dorang boleh gelak kuat kaw kaw kat luar, area hall dlm rumah kitaorang. Bukan sekali dua. Almost everyday okay. Rasa macam nak sumbat je stokin busuk dalam mulut dorang. Dasar selfish semuanya. Tak fikir perasaan orang lain yang penat nak tidur sebab esoknya ada kelas pagi, yang sakit kepala ke apa. Macam beruk dalam hutan kalau tiap kali gelak. Kuat gila okay. Agaknya pontianak pun takut nak join dorang gelak mengilai sebab dorang dah take over sepenuhnya waktu cik ponti nak mengilai.
Setakat ni je laa aku mampu share dengan korang. Kalau ada apa apa idea or nasihat ke, comment lah ye.. Cik Jelita Jeliti dah penat menaip. Esok ada test. Hmmm. Babaiii
– Cik Jelita Jeliti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment