Aku merupakan rakyat marahean biasa yg cetek agama. Namun sejak ada kempen & kesedaran produk patuh syariah. Aku mula sedar & tukar ke produk patuh syariah.
Namun terdpt kesukaran yg aku alami dlm proses penukarannya ialah mutu perkhidmatan patuh syariah yang agak kurang ditekankan berbanding produk konvensional. Bayangkan bila aku ke bank (bukan Islamik) utk tukar ke akaun Islamik, bukan semua pegawai namun ada pegawai bank islam yg nampak marah & kurang layan produk Islamik & lebih menekankan produk konvensional.
Apa yg bertambah sukar ialah menurut pihak bank ada agensi & badan spt Ptptn & universiti tdk menerima akaun islamik bank tersebut berbanding konvensional dlm beberapa tahun lepas.
Proses untuk penawaran produk patuh syariah juga adalah lebih sukar & banyak birokarasi berbanding produk konvensional
Apa yg aku paling terkilan ada penyedia produk islamik tidak rela menawarkan produk mereka. Mungkin rmai yg tdk sedar, insuran motosikal takaful adalah insuran yang paling tidak ditekankan & diabaikan berbanding insuran takaful kereta di Malaysia. Bayangkan pejabat pos sendiri pun galakkan produk konvensional berbanding takaful. Aku yg memiliki motor yamaha Lc135, cuba berjalan jauh utk mencari takaful walaupun tdk ditawarkan. Apabila aku ke pihak takaful, mereka tdk menerima insuran utk motosikal aku kerana kononnya”barang panas” & ada yg hampir menggenakan caj hampir 200% berbanding insuran konvensional sedia ada . Akhirnya aku terpaksa mengambil insuran konvensional kerana aku bukanlah orang kaya untuk membeli insuran dgn nilai yang tinggi.
Ramai rakyat Malaysia yg mula sedar tentang kepentingan patuh syariah namun kesukaran & penindasan dalam produk Islamik lebih2 lagi ketika kegawatan ekonomi dimana rakyat yg kurang kesedaran agama akan mula mengabaikan produk islamik.
Aku teringat kata2 Dr Zaharuddin , kesukaran & proses yg dilalui seseorang kearah patuh syariah dipandang lebih tinggi oleh Allah .Kata2 ini memberi semangat bagi aku supaya aku terus memilih produk Islamik walaupun terdapat kesukaran.
Tujuan aku memilih platform IIUM ini meluahkan perasaan aku adalah bukan merungut tetapi berharap moga moga confession aku sampai kpd pihak sepatutnya agar perbaiki kualiti produk Islamik yang ditawarkan agar menjadi pilihan orang ramai lebih2 lagi diwaktu kegawatan ekonomi dimana produk konvensional yg lebih berkualiti menjadi pilihan orang ramai lebih2 lagi bagi rakyat yang kurang kesedaran patuh syariah.
Moga2 Allah memberi keberkatan agar kita menjadi umat yg pentingkan harta yg halal & berkati kesukaran yg dihadapi dalam proses ke arah patuh syariah.
– Abdillah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment