Sunday, 27 November 2016

Perempuan Sahaja

PengakuanKu

Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada Admin dan semua pembaca.Terima Kasih pada IIUM confession menyiarkan luahan hati dan penulisan aku yg sekadar ingin meluahkan sedikit rasa hati, dengan faktor sekeliling yang terjadi pada diri aku sendiri and maaf if confess aku panjang berjela.

Sejak kebelakangan ni ramai yg confess tentang introvert, aku salah seorang golongan Introvert sebenarnya.Benda ni aku perasan sejak aku sekolah menengah, pada aku benda ni sedikit sebayak mempengaruhi kehidupan seharian aku, dulu masa aku di sekolah menengah aku susah sangat nak bercakap dengan lelaki kalau nak ikutkan sepanjang aku dizaman persekolahan boleh dikira patah perkataan aku bercakap dengan budak lelaki, aku memang tak ada kawan lelaki dan aku lebih selesa dengan perempuan tapi aku straight okay, tetap minat pada lelaki.

Sampaikan dulu,disebabkan aku ni diam dalam kelas, sampai ada satu tahap aku kena buli dalam diam dengan budak lelaki kelas aku, aku rasa niat dia sebenarnya nak aku bercakap or berkawan dengan diorang tapi cara diorang tu salah.Untuk pengetahuan korang, kelas aku ni tak ramai perempuan, budak perempuan yg ada pun jenis yang gelak, bertepuk tampar dengan lelaki dan aku tak boleh nak get along dengan cara diorang, sampaikan aku disisih dalam kelas and aku jugak selalu tak datang sekolah.Diorang suka perli2 aku kononya aku ni mengalami masalah kemurungan,sombong and macam2 lagi diorang buat dekat aku, yang aku tak boleh lupa.

Selalunya first impression org lain terhadap “Introvert” adalah sombong yang sebenarnya tidak, kami adalah orang yg ramah kalau korang nak tau.Masa form 4, keadaan berubah bila aku pindah ke kelas lain dan aku telah buktikan pada diorang yg kehidupan aku lebih baik apabila aku terpilih sebagai salah seorang daripada pelajar elit spm, time ni jugak aku jumpa kawan yg memahami aku dan sampai sekarang kitorang masih berkawan.

Waktu sekolah menengah dulu aku pengawas sekolah, so kadang2 time perhimpunan hari isnin aku kena lead dekat depan a.k.a pengacara majlis macam tu, kalau waktu aku bertugas memang kaki aku tak rasa tanah weh dan dengan automatik tangan aku start menggeletar, macam tu jugak kalau aku bercakap or berhadapan dengan lelaki, serius aku jadi malu.

Bila aku sambung belajar di sebuah IPTA, masalah pemalu yang teramat ni dapat aku buang sikit mungkin, itu pun sebb waktu dekat u selalu kena buat presentation, group discussion dengan budak lelaki yang tak dapat aku nak elak, sebb sepanjang aku belajar, setiap group utk kebanyakan subject, lecture akan letak syarat mesti ada lelaki perempuan dan course yg aku ambik pun memang majoriti ramai lelaki, walau macam mana pun dalam apa2 tugasan atau projek aku akan suruh diorang bahagikan tugas terus sebb aku nak elak jumpa atau bincang sekali, dan selama tiga tahun tulah yg aku buat apabila berhadapan situasi ni. Apa2 tugasan aku akan hantar melalui email pada diorang.

Dulu waktu belajar ada 2, 3 lelaki cuba untuk dekat dengan aku tapi aku tolak, sebab aku tak sedia lagi untuk semua ni dan aku tak reti.
Aku rasa sesiapa yg mengalami masalah “Introvert” macam aku dia akan faham, aku sebenarnya suka bersendiri and selalunya aku akan mengelak untuk pergi ke tempat ramai orang walaupun kenduri rumah saudara mara, sebolehnya aku akan elak.Aku hanya selesa dengan kawan2 yang betul2 rapat and family aku semestinya.Kalau aku dengan orang2 yang aku selesa,aku akan bercakap tak henti macam mulut murai, buat lawak, gila2 tapi kalau dengan org yg aku baru kenal, dan lelaki terutamanya aku akan banyak diam sebb aku malu and rasa rendah diri.

Tapi masalah ni aku dapat buang sikit, bila aku start bekerja sebagai cashier disebuah kedai, pengalaman aku bekerja berjumpa dengan ramai orang membuat aku sedikit sebayak bercakap and sedikit ramah, kurang malu untuk memulakan perbualan dengan pelanggan sampaikan ada costumer kata aku ni peramah.Pernah satu hari ada seorang makcik belikan aku makanan sebb masa tu kedai memang ramai pelanggan, waktu tu memang aku tak sempat rehat, mungkin dia kesian tengok aku, nampak penat mungkin, sedangkan dia tak kenal aku siapa dan disebabkan aku berbual sekejap dengan makcik tu waktu scan barang yg dia beli, dia kirimkan aku makanan, memang aku tersentuh waktu tu and aku akan ingat sampai bila2.Terima kasih Makcik.

Memang banyak benda aku belajar as a cashier dulu, mak aku pun perasan perubahan aku bila aku start tegur dan bersembang dengan kawan2 mak yg datang rumah and ramai jugak kawan baru yg aku jumpa. Tapi apa yg jadi masalah ialah aku hanya ramah dengan perempuan sahaja dan apa yang aku tak boleh buang sampai ke hari ni adalah aku tak boleh nak rapat dengan lelaki dan tak ada kawan lelaki selain abah dan adik lelaki aku. Aku berhenti kerja dekat tempat yg awesome tu pun sebb ada sorang lelaki ni sibuk mintak no. telefon aku dekat pekerja lain dan selalu datang kedai buat aku rasa tak selesa. Aku tau benda ni akan jadi masalah bila aku start kerja ditempat baru nanti dan environment yang baru.Aku perlu bergaul dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan kan?.

So sampai sini saja penceritaan aku, terima kasih pada yg sudi baca dan bagilah sedikit sebanyak pendapat korang tentang permasalahan aku ni.Akhir sekali, pesanan penting aku untuk korang adalah sayangi ibu ayah korang.Sekian

– Manusia Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.