Saturday, 26 November 2016

Nasib Graduan Luar Negara

PengakuanKu

Assalamualaikum. Tujuan saya menulis hanyalah untuk berkongsi pendapat dan mewujudkan satu perbincangan yang sihat insyaAllah. Baru-baru ini, ada keluar satu confession mengenai ketidakpuasan hati penulis mengenai graduan luar negara, yang dikatakan seolah-olah penajaan pelajar ke luar negara adalah tidak berbaloi. Sebagai seorang bekas pelajar luar negara, saya tidaklah menolak seratus peratus hujah penulis. Ada betulnya point2 yang diutarakan. One of the issues mentioned was:

‘Pinjaman dan biasiswa tidak dilaburkan kembali kepada pembangunan negara dan graduan tidak berkongsi kepakaran untuk kemajuan negara’.

Antara bidang yang sering menjadi tumpuan pihak penaja adalah perubatan dan sewaktu dengannya, pure science, biotechnology, engineering, architecture, language, dan sedikit bidang social science. Majoriti pelajar ke luar negara adalah dengan tajaan MARA, JPA, KPM/KPT. Tajaan biasiswa elite seperti khazanah, petronas dan pnb hanyalah segelintir.

Memang benar, kami tidak berkongsi kepakaran untuk kemajuan negara. Ilmu dan pengalaman yang kami perolehi di negara orang, tidak kami kongsi dengan masyarakat. Bukan kerana kami kedekut ilmu atau tidak mengenang jasa, tetapi kerana kami tidak ada platform untuk menyalurkan kepakaran tersebut. Bidang yang sering dikaitkan dengan masalah tersebut adalah bidang pure science dan biotechnology dan nasib pelajar bidang tersebutlah yang ingin saya bahaskan. Terlampau ramai science/biotechnology graduates menganggur dan bekerja di luar bidang terutama among degree holders. Dan setiap tahun, semakin ramai pelajar jurusan ini dihantar ke luar negara atas alasan negara memerlukan lebih ramai ahli sains. Tetapi, apabila mereka graduate, jabatan kerajaan atau syarikat swasta tidak ambil mereka bekerja dengan alasan tiada kekosongan. Satu pelaburan negara yang sangat membazir bukan? Mereka hanya memperoleh ilmu, tetapi tidak dapat mempraktikkannya di negara sendiri.

Sebagai pelajar bidang tersebut, saya memang cukup terkilan kerana sehingga sekarang saya masih lagi tidak dapat menyumbang dalam bidang yang saya pelajari walaupun kerajaan telah menghabiskan lebih setengah juta ringgit untuk membiayai saya. Sudah banyak private companies yang telah dihubungi, tetapi masih dengan jawapan yang sama, sorry we don’t have any vacancies at the moment. Sama ada industri mahupun academia, semua tidak lagi memerlukan tenaga kerja yang baru. Sadis.

Saya tidak mengharapkan semua overseas graduates mendapat pekerjaaan dalam bidang mereka straight away after graduation kerana itu mungkin tidak adil kepada local graduates yang tidak kurang hebatnya. Saya juga sama sekali tidak menolak konsep rezeki, usaha dan kepentingan ilmu, tetapi saya cuma ingin melahirkan kekecewaan dengan perancangan kerajaan ini yang seolah-olah tidak ada target. I was just wondering, kenapa harus membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan kepakaran jika kepakaran tersebut tidak mahu digunakan? Analoginya seperti membeli biji benih sejenis buah yang paling baik, ditanam dengan tanah berkualiti tinggi, dibaja, dirawat dan dijaga sehingga menelan kos yang besar, tetapi apabila buahnya telah masak, dibiarkan busuk dan dimakan ulat. Memang benar, tidak semua buah yang tumbuh enak rasanya, tetapi jika tidak dicuba, kita tidak akan tahu rasanya.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika kerajaan membina satu institusi agar graduan luar negara ini dapat membantu memajukan negara secara langsung selain dapat menampung lambakan graduan luar negara. Mungkin kami tidak ada work experience atau kekurangan technical skills berbanding dengan pelajar yang telah menjalani pelbagai latihan kemahiran, tetapi kami pasti dapat menyumbang pendapat kerana some of us really do think outside the box and have excellent communication skills as well as critical thinking skills. And of course lah, yang terbaik sahaja harus dipilih untuk menganggotai institusi ini.

Mungkin ada yang beranggapan, sebagai overseas graduates, we are so demanding. Atau mungkin juga yang berkata, bagus sangatkah kami ini. Namun, bukankah ini untuk masa depan negara? Saya percaya, belajar di luar negara mampu memberikan satu nilai tambahan yang mungkin tidak semua local graduates ada. Jika tidak, kenapa kerajaan sanggup membelanjakan berbillion2 ringgit untuk menghantar pelajar ke luar negara yang rata-ratanya adalah lagi maju dari Malaysia. Mungkin ada juga yang kata, pada masa ini ijazah tidak tinggi nilainya walau dari luar negara sekalipun. Yup, mungkin betul. Tetapi memandangkan kekosongan jawatan di bidang sains/bioteknologi adalah sangat limited, saya yakin isu degree/masters bukanlah dominan di sini. Secara jujurnya, walaupun saya meminati bidang sains, tetapi saya tidak memilih untuk menyambung masters dalam bidang ini kerana risiko untuk menjadi penganggur tetap tinggi. Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk diverge daripada bidang sains.

Kami dilemparkan kata2 negatif jika bekerja di luar negara, tetapi obviously, lebih banyak peluang ada di luar sana berbanding dalam negara, lebih2 lagi dalam bidang sains. Dengan ketidakstabilan ekonomi sekarang ini, saya rasa adalah lebih baik jika kerajaan cater fresh graduates yang masih menganggur ini sebelum terus-menerus menghantar pelajar ke luar negara dengan course yang tidak mempunyai tempat di Malaysia kerana itu hanyalah pembaziran semata-mata. Kami telah berhempas-pulas di luar negara untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sehingga ada yang mengalami masalah depression, kami telah menghadapi pelbagai cabaran seperti islamophobia, racism, social isolation dan banyak lagi yang mungkin tidak dihadapi oleh para pelajar tempatan. Tidak terkecuali pula dengan segala perbandingan yang dilakukan oleh pakcik dan makcik mengenai results kami yang memang secara terang-terangan cara pemarkahannya jauh beza dengan standard Malaysia (agreed by some of the local lecturers). Apatah lagi kepayahan kami untuk menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran yang baru dan bukan lagi spoon-fed by teachers/lecturers. Not to mention untuk melatih otak berfikir di luar kotak kerana mengidamkan markah yang tinggi (Hafal segala benda pon, paling tinggi markah boleh dapat B atas pagar). Demi amanah yang diberikan, kami sanggup menghadapi semua itu. Namun, apabila pulang ke tanah air, kami seperti disia-siakan. Sedih.

I would say science and technology as well as research and development is still in its infancy in Malaysia-which is the prime factor of high unemployment rate among science graduates. How do we deal with this? Any ideas?

Nasihat untuk adik2 yang bakal apply IB atau A-levels mahupun yang nak sambung dalam negara, tak payahlah buat sains. Anda bakal menambah kadar pengangguran negara sahaja. Bukan to discourage, tapi to suggest.

That’s all for now. Maafkan saya jika ada yang tidak setuju atau ada perkataan yang mengguris hati mana-mana individu. Please drop down your comments as I really appreciate your thoughts regarding this issue.

Terima kasih.

– Alumni UK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.