Saturday, 26 November 2016

Salah Jin Atau Diri Sendiri?

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession ak ni..ak rasa confession ni mungkin mampu meringankan sedikit sebanyak beban kepala kami selama ni.

Alkisahnye, aku ade seorang kawan. Kat sini cukup lah aku namakan dia nur. Si nur ni amik kos di universiti kos pengajian islam. Peribadi dia memang peribadi seorang muslimah lah . Bertudung labuh, tutup aurat, jaga pergaulan. Al-quran tak tinggal.

Sebelum tu aku nak bagi tahu cerita ni bukanlah untuk mengaibkan pihak lain. Kami ingin berkongsi cerita di mana kami kawan2 ingin tahu ramai ke golongan macam ni yang wujud atau hanya terjadi pada kami sahaja? Dan ape yg korang telah buat bila terpaksa menghadap golongan sebegini? Sebab benda ni sangat rumit sampai kami sakit kepala nak menghadap.

Ceritanya bermula bila kawan aku si nur ni sering kaitkan emosi dan perangai dia semua ada kaitan dengan gangguan jin. Dia kata gangguan jin yang buat dia jadi macam tu.Means contoh kalau emosi dia tetibe nak marah orang ikut sedap mulut dan tetibe datang nye perangai malas yg berlebihan dan sangat ego utk terima kesalahan diri sendiri. Sangat ego di sini bila mana ade kawan2 yg menegur dan ingin betulkan kesalahan yg dia buat. Dia akan amik jalan utk pulaukan kawan tu. Sanggup tidak bercakap berbulan-bulan dan pernah sampai bertahun walaupun kawan tu duduk sebelah katil dia je. Sanggup putuskan silatulrahim demi ego. Walaupun kawan ak yg sorang lagi ni cuba lah bercakap dan berbaik dengan si nur ni. Tapi, si nur ni boleh buat bodo je dgn kawan ak ni. Yg paling tak faham si nur ni bukannye tak tahu dosa memutuskan silatulrahim ni memang ALLAH takkan makbulkan doa2 kita.

Lepas tu, semua benda yg telah jadi tu dia akan kaitkan dengan jin. Sampai satu tahap dekat2 barang2 dia, dia ada lekatkan ayat dari al-quran utk halau jin katanye. So. Pada mulanye kami kawan2 satu rumah cuba paham perangai2 dia macam tu. Cuba pekakkan telinga bila dia selalu cakap ikut sedap mulut, bila dia malas nak buat kerja rumah, bila dia tak boleh terima teguran orang lain walaupun orang dah cakap baik2 sangat. Sebaliknye kami pula yang anggap kami lah salah walaupun kesalahan tu semua dari dia. Kdg2 kami pula yg akan rasa serba salah yg berlebihan sambil dia dengan egonye yg tinggi menggunung.

Jadi utk elakkan pergaduhan yg bakal terjadi, mulanye kami layan je perangai dia tu. Sampai kawan2 cakap “biar lah dia, kita tegur nanti lagi menjadi perangainye”. Kami kawan2 terpaksa tutup mata je tengok perangai dan ragam malas. Ye lah pada mulanye kesian kan sebab dia kata semua tu gangguan jin bukan sikap dia.. Tapi makin lama kami layan, makin kami biar dia buat perangai sesuka hati, makin parah pula jadinye. Makin menjadi-jadi. Sampai dia tak pernah langsong rasa serba salah atas apa yg dia buat. Dia langsong taknak sedar yg perangai dia sedikit sebanyak dah menjejaskan emosi2 orang dalam rumah.

Dan bila ada kawan yg menegur. Ha, tunggu lah nasib kau nanti dia akam pulaukan kau sehabisnye. Dan pernah satu masa tu, kami kawan2 satu rumah pakat sembang kat ruang tamu. Berkongsi cerita itu ini . Ye lah sebab bukan selalu kami satu rumah dapat duduk sama2 mcm tu. Dan si nur ni duduk dalam bilik sorang2. Dia tak join walaupun ada kawan yg ajak keluar sembang makan sekali. Lepas tu nak tahu apa jadi. Kat nset kami masing2 masuk mesej dari ws group rumah. Mesej tu dari nur. Katanya “korang kalau rasa nak buat onar dalam rumah tlg hentikan!.ingat,kita duduk dalam rumah ni utk jaga privasi masing2..bukan suka2 hati nak buat orang rasa rimas..”. Kami yg pakat baca mesej tu. Terus terdiam dan tak tahu apa masalah yg dia sakitkan hati sangat dgn kami. Sedangkan masa tu dia bukan study pun. Dia cuma duk tekan2 main nset je. Dan bila waktu dia buat bising kami tak rasa pun itu satu masalah. Senang cerita nak bagi tahu kat sini. Si nur ni bila datang emosi angin dia, dia nak semua orang kena faham dia. Tapi bila orang lain punya emosi, dia buat rilex je tak jaga. Sebagai contoh lagi, maaf lah banyak sangat contoh. Ni pun tak sampai sebahagian. Ha. Tengok betapa banyak nye perangai kami kena ngadap atas dasar gangguan jin kononnye. Bertabah lah.

Contoh bila masuk bab malas ni lagi parah mengalahkan teruna. Si nur ni tak ada rasa langsong dalam diri utk bagi komitmen jaga rumah. Selalu cawan yg dia minum boleh sampai seminggu atas meja. Tu pun kawan yg tlg basuhkan. Kalau tak, mahu berbulan/bertahun cawan tu menetap kat situ. Lepas masak pula, tak reti nak bersihkan semula macam orang lain buat dan banyak lagi sebenarnye. Kami nak tengok pegang penyapu seminggu sekali pun payah. Kalau utk rumah dia susah utk bagi komitmen takpe lagi, ni komitmen utk diri sendiri pun tak jalan jugak. Katil jarang berkemas. Almari berselerak,baju gantung sana sini, baju kotor dia campak dalam baldi sampai berjuntai atas lantai. Org lain yg kena kutip2 baju2 dia letak dalam baldi elok2. Apekah??
Hurm, Mula2 kami biar je sebab atas alasan jin tu kan. Lama2 mana nak tahan kawan. Sebab kami hidup satu rumah. Sampai bila nak tutup mata tengok dia buat macam.. Bila tegur, sentap bertahun. Kami fikir ni sebenarnye gangguan jin ke atau memang sikap diri dia sendiri sebenarnye tapi jin pula yg di jadikan alasan untuk tutup sikap/kesalahan diri.

Kalau korang lah di tempat kami, ape yg korang perlu buat. Sebab kami rasa ini adalah satu masalah dalaman jiwa yg sangat parah dan penyakit orang kurang kasih sayang.. Tapi kat sini nak katakan dia kurang kasih syg tu mcm agak tipis je. Sebab si nur ni bukan lah lahir dari keluarga yg bermasalah yg membuatkan dia kurang kasih sayang. Keluarga dia serba lengkap dengan didikan agama yg cukup mak ayah dia bagi.

Ni belum masuk lagi bab bila masa exam, lagi banyak ragam dia kena hadap. Stress dia semua. Stress dia mengalahkan seorang ibu tunggal yg terpaksa menyara ramai anak. Sedangkan komitmen lain semua dia letak atas kepala kami satu rumah. Apa dia tak fikir kami ni lagi stress nak hadap exam n nak hadap ragam dia lagi. So, korang kat sini kalau ada ragam macam2 ni. Satu nak tanya. Korang rasa ini gangguan jin lagi ke dan perlu ke kita layan sahaja tindak tanduk dia.. Dan ape perlu kita buat selain berdoa?. Sebab bab doa tu memang kami kawan2 tak pernah putus. Tapi kalau dia sendiri yg tak nak improve diri dia macam mana. Salah jin lagi ke kawan? Benda ni kalau libatkan diri dia je it’s oke. Ni dia duduk dengan orang ramai dan ragam dia melibatkan emosi ramai pihak.. Sampai satu tahap ada sorang kawan ak ni cakap “dia ni agaknye kena duduk kat hutan kot, tak boleh campur dengan manusia”. Kami sampai pernah berbincang utk utarakan masalah ni kat keluarga dia, tapi kami risau lain pula yg akan jadi nanti. Takut keluarga dia tak boleh terima anak dia macam tu. Ye lah anak kan. So, kami diamkan je lah. Dan bila tengok orang ramai confess mcm2 masalah kat sini, maka kami pun rasa terpanggil utk share kan masalah yg kami hadap.. bayangkan anda di tempat kami, utk yg tak tahan emosi. Kami rasa kami ni dah lama masuk hospital sakit jiwa menghadap ragam yang tak ber penghujung. :(

Sekali lagi kami nyatakan post ni bukan utk mengaibkan mana2 pihak..kami ingin kan pendapat kalian bila terpaksa menghadap org macam ni. Kami ni umpama ‘Nak di tegur, mati emak. Tak di tegur, mati bapak’. Xtaw lah perumpamaan mana ni. Sekian, harap dapat membantu kami.

-kami yang tak larat-

– Ntoh le

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.