Aku bersangka baik,
bahawasanya engkau orang tahu yang :
1. ada berpuluh-puluh IPG dekat Malaysia
2. nak masuk IPG bukannya senang
3. kerajaan tanggung pengajian budak-budak IPG
4. budak-budak IPG dapat elaun setiap bulan
5. keluaran IPG akan jadi cikgu
Lepas baca lima perkara di atas,
aku beranggapan bahawa engkau orang mungkin sama ada secara sedar atau tidak sedar mengeluarkan kata-kata seperti yang berikut :
1. ramai jugak budak-budak IPG yeee
2. patutlah berlambak budak-budak SBP & MRSM
3. bapak heaven doh korang tak bayar apa-apa
4. eh jeles nye lahai nyesal tak mohon IPG dulu
5. untung lah habis belajar terus dapat kerja
Kawan,
izinkan aku cerita sedikit.
Oh ya sebelum aku terlupa,
apa yang aku tulis ni adalah hasil perbincangan aku dengan kawan-kawan aku yang lain juga. Engkau orang boleh setuju, dan engkau orang juga boleh untuk tidak setuju.
1. Budak-budak IPG memang ramai. Kalau mahu dibilang, memang tak cukup jari. Cuma, timbul persoalan. Mana budak-budak IPG pergi masa demo bantah GST ? Mana budak-budak IPG pergi masa BERSIH ? Ok abaikanlah pasal demo tu. Aku nak tanya, apa yang budak-budak IPG buat sebagai respon kepada isu-isu yang berkaitan pendidikan misalnya pemansuhan PPSMI, pelaksanaan DLP, cadangan mata pelajaran wajib lulus SPM, cadangan pelaksanaan Pendidikan Seks, dan lain-lain ? Ada buat penulisan tulis ke akhbar ? Ada buat persidangan meja bulat ? Ada buat forum ? Ada hantar memorendum ? Sayang sungguh. Orang-orang yang dipersiapkan untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan sendiri buat endah tak endah. Kalau ada pun yang ‘buat sesuatu’ sebagai contoh Zul Fikri Zamir, ia sangatlah sedikit berbanding jumlah keseluruhan budak-budak IPG seluroh negara yang cukup ramai.
2. Memang ramai budak-budak SBP & MRSM dekat IPG. Result gempak-gempak kot. Bak kata pepatah, ini olang manyak celedik maaaaa. Cuma, timbul persoalan. Biarpun berlambak budak-budak yang ‘celedik’ ni, kenapa budaya ilmu semacam tidak ada di IPG ? Bukankah ia amat merugikan ? Macam aku kata lah, budak-budak IPG ramai yang ‘celedik’, tetapi tidak berbudaya dengan budaya ilmu. Kalau tak percaya, cuba engkau orang jalan-jalan dekat IPG, engkau orang boleh tengok sendiri berapa ramai aje budak-budak IPG yang pegang buku. Atau pun, engkau orang cuba lah sembang-sembang dengan budak-budak IPG, kemudian tanya mereka tentang buku terakhir yang mereka baca, terkial-kial weh nak jawab. Itu dari segi membaca. Belum lagi aku cerita tentang program-program ilmiah di IPG, sangat mengecewakan. Bab ni, aku puji lah UIA sebab ada banyak gila vavi program-program ilmiah yang dilaksanakan secara konsisten setiap minggu. Satu contoh, Bibliophilia anjuran PKPIM UIA Gombak. Dengar-dengar, sudah menghampiri siri ke-100. Salute !
3. Untungnya masuk IPG, salah satu sebab adalah tak payah pening-pening fikir nak cari duit untuk bayar yuran pengajian. Kerajaan UMNO-BN tanggung semuanya. Jadi, budak-budak IPG boleh watlek watpis, tak payah susah-susah kerja part time petang malam. Dalam erti kata lain, budak-budak IPG punya masa lapang yang cukup banyak. Persoalannya, sejauh manakah budak-budak IPG memanfaatkan masa lapang mereka dalam hal-hal yang berfaedah ? Bila sebut pasal hal-hal yang berfaedah, aku teringat pada arwah Loqman Karim. Aku panggil dia Loque. Kalau nak tahu, Loque ni pantang ada masa lapang. Petang Loque urus Buku Jalanan, malam pulak ajar tuisyen dekat kawasan YB Nurul Izzah. Tengah malam sikit, jalan KL kasi gelandangan makan. Hujung minggu, santuni anak-anak yatim. Masih ada lagikah budak-budak IPG yang sepertinya ?
4. Elaun yang budak-budak IPG dapat tidak lah sedikit dan tidak lah banyak. Boleh lah nak sara hidup sehari-hari. Kalau engkau orang masih ingat, aku ada sebut pasal masa lapang kan ? Sekarang engkau orang cuba bayangkan, engkau orang ada banyak masa lapang, dan engkau orang juga dapat duit elaun setiap bulan ! Uisssshhhhhhhhhh. Aku tak nak tahu apa yang engkau orang nak buat dengan elaun tu. Aku nak engkau orang tahu pasal kawan aku yang seorang ni. Namanya biarlah rahsia, cukuplah kita panggil dia dengan nama samaran Wendy. Wendy belajar dekat IPG jugak, dekat Sarawak lah tapi. Aku tak pasti berapa kali Wendy terbang dari Sarawak ke Tanah Semenanjung semata-mata nak hadiri program-program ilmiah, kelas-kelas pencerahan, sekolah demokrasi dan yang sewaktu dengannya. Jauh bang Sarawak, mahal pulak tu tiket. Tapi nak kata macam mana eh, ini soal idealisme. Gapo dio idealisme ? Google…
5. Budak-budak IPG memang akhirnya akan jadi cikgu di sekolah. Ada yang dihantar ke kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar. Bagi aku, kerjaya sebagai seorang guru bukanlah susah mana pun. Masuk kelas, mengajar. Habis kelas, tanda buku. Meeting tu biasalah. Sampai masa, balik. Senang kata, mudah lah hidup. Belajar masa dekat IPG dulu senang, dah kerja pun senang. Selesa lah kata orang. Aku tak nafikan, ada cikgu-cikgu yang terbeban dengan macam-macam tugasan. Tapi bila aku teringat dekat abang aku, bila aku teringat dekat pakcik makcik aku, kurang sikit simpati aku pada cikgu-cikgu ni. Abang aku doktor, pakcik aku askar, makcik aku berniaga, kerja lagi lah, tak perlu kot aku cerita. Aku cuma mahu cakap, kurang-kurangkan lah merungut cikgu-cikgu sekalian. Kalau dah rasa terbeban tu, ‘buatlah sesuatu’. Jangan sebab kerja dengan kerajaan, maka harus patuh sepatuh-patuhnya. Berani sikit, cabar dasar-dasar yang dirasakan tidak relevan. Dato Seri Najib sendiri pernah kata, era kerajaan tahu semuanya, sudah berakhir. Nahhhhhhhhhh. ‘Culture of fear’ tidak boleh kita izinkan bertapak lebih lama dalam profesion keguruan. Yang jadi mangsa nanti, anak-anak kita !
– Anda Yang Disyaki –
– Anda Yang Disyaki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment