Saturday, 26 November 2016

Dah Sebulan Aku Tak Tidur

PengakuanKu

Salam, harapnya terpilihlah confession aku ni. Aku ni dah sebulan tak boleh nak tido. Tension gila bila tak boleh tido ni. Jerawat pon dah membiak-biak kat muka aku ni.

Apa masalah aku ni sebenarnya? Well, masalah typical dak-dak pompuan iaitu masalah roommate. Dah banyak aku baca confession kat sini pasal masalah roommate tapi rasanya tak terbaca lagi yang sama macam aku ni. Setakat pengotor tu aku dah lali dah, dah memang aku jadi maid tak berbayar sejak 2tahun aku dok rumah sewa ni.

Tapi sepanjang 2tahun aku sewa rumah ni roommate aku semuanya kira ok lah takde lah menyemakkan Kepala otak aku. Tapi bulan lepas aku dapat roommate baru dan sejak tu aku tak lena tido. Apa masalah roommate baru aku ni? Masalah dia ialah dia ni tido berdengkur kuat gila setiap malam. Setiap malam ok! Aku ni dah lah jenis light sleeper so memang seksa lah nak tido dengan bunyi-bunyian ni. Dia ni bukan setakat berdengkur je tapi dalam pukul 2-3 pagi dia akan mengigau siap jerit-jerit. Dia jugak kadang-kadang kentut dalam tido. Nasib baik kentut jenis kuat tapi tak berbau. Korang bayangkan lah segala bunyi-bunyian yang aku hadap setiap malam.

Malam aku memang tak pernah sunyi lah sejak sebulan yang lalu. Aku nak tegur tapi macam tak tau nak tegur macam mana. Yelah benda-benda tu kan di luar kawalan dia. Dia bukan sedar pon kan. Lagi lah tak sampai hati aku nak tegur. Aku bertabah selama 2tahun dengan housemates pengotor sebab sewa bilik ni murah dan dekat dengan opis aku. Aku dah try cari bilik lain tapi sewa dia hampir double dari sewa sekarang. Zaman sekarang ni semua kena berjimat cermat.

Aku buntu sekarang ni. Aku time study dulu ada jugak member yang berdengkur kalau dia letih sangat. Member aku tu pernah cuba guna benda-benda iklan yang kata boleh stop berdengkur tapi tak jalan jugak. So aku rasa kalau aku tegur roommate aku ni dia pon tak boleh buat apa jugak kan… Adoilaaa pening kepala. Help me! Aku nak tido!

– Aku nak tido

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.