Assalamualaikum admin dan para pembaca iiumc sekalian. Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ok nampak kan tajuk tu. Selalu orang duk canang pasal menantu perempuan ngan mak mentua. Ni dah sampai masanya aku nak sampaikan sedikit nasihat buat pahlawan2 hebat lagi perkasa kat luar sana tu. Hope admin dapat approve surat cinta aku ni.
Ok satu hal yang kita kena tau bila kahwin ni hang bukan kahwin dengan pasangan hang ja tapi secara automatic hang akan kahwin sekali dengan family dia. So nak tak nak hang kena ubah sikit perangai tu bila berada ngan family mertua. Lepas balik rumah hang nak buat perangai lama pun lantak pi la. Tapi bila dengan mentua tu biar la nampak macam menantu bukan hantu.
Ok yang mana menantu lelaki ke bakal menantu ke mai sat baca. Aku stresskan untuk lelaki ni sebab yang lelaki ni la ketua keluarga. Kalau tak dapat nak tujuk contoh yang baik dengan mentua camna nak bimbing anak2 dan isteri? First of all solat. Lelaki kalau hang balik rumah mentua cuba perhati pak mentua hang tu solat kat mana. Kalau dia jenis kaki masjid hang pun kena jadi kaki masjid la. Tak salah pun masuk waktu solat hang gerak sama2 ngan dia pi masjid naik motor ke naik keta ke. Hang pemandu dia pembonceng kan sweet tu. Selain dapat pahala lebih solat kat masjid dapat erat hubungan hang ngan dia. Lagipun aku nak habaq mai orang lelaki memang tempat solat dia kat masjid. So sekaligus dapat latih diri hang tu solat kat masjid. Tak pun kalau dia jenis solat kat rumah hang solat la sekali ngan dia. Kalau boleh ajak semua berjemaah sekali baru makmur. Lagi terbaik kalau hang dapat jadi imam. Ni tak dah la kita tu jauh dah ngan pak mentua. Time solat pun buat hal sendiri ja. Yang tak tahan tu pak mentua pi masjid dia boleh duk tidur dalam bilik tak pun main phone. Pastu camna?
Second buah tangan. Ok ni aku bukan nak suruh hang beli hadiah sweet2 tu untuk pak mentua n mak mentua. Kalau yang mampu tu takpa. Tapi kalau tak mampu pun paling kurang time hang duk rumah mentua tu hulur2 la sikit duit untuk belanja makan ke tak pun time sarapan hang pi tolong beli kuih muih ke. Sikit2 pun takpa asal nampak la kita ni jenis lelaki bertanggungjawab n tak berkira.
Third borak. Hang balik rumah mentua tu dah jarang sekali. Bila balik tu jangan la duk terperap ja dalam bilik. Keluar la borak2 ngan mentua biar hang jenis senyap pun. Dapat tunjuk muka pun dah ok. Dengar ja dia sembang pun dia dah happy. Ni tak nampak ja mentua terus lari padahal mentua tu kemain excited nak borak ngan hang pasal lama tak jumpa. Rai la mentua tu kadang dia tau hang nak balik macam2 dia prepare tapi hang buat dek ja. Terasa la hati dia wei.
Ok setakat ni ja 3 pesanan asas aku. Kalau ada rasa nak tambah tu korang tambah ja kat bawah. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman n pemerhatian aku dan bukanlah rekaan semata2. So berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi menantu yang baik bukan saja suami yang soleh. Mentua pun ada hak2 dia juga yang kita kena jaga. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Wallahua’lam.
– Adam Hawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment