Salam Admin, ni kali kedua aku send confession..tak tau la yang 1st send tu admin tak approve or tak sampai langsung..kali ni nak try nasib lagi hihi..kalau approve thanks admin..
Aku pun nak kongsi pengalaman aku bersalin since skrg ni sedang tunggu hari nak deliver anak ke tiga In Sya Allah next week..
Pengalaman masa anak pertama memang sangat sakit..12 jam aku berjuang untuk melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini..dengan bukaan 2cm aku di tolak masuk ke labor room..belum sempat makan tengah hari pun..oh ya yang anak 1st ni aku memang kena serah diri kat hospital tepat pada tarikh yg di jangkakan aku akan melahirkan since aku ada GDM under diet control..kalau mak2 yang pernah kena ni masa preggy tau lah kan..hihi
Di pendek kan cerita 2hb nov petang aku pun mendaftar la masuk wad..doktor buat VE tapi masih belum ada bukaan langsung..pada malam tu aku just tidur baca novel tidur makan and tidur lagi sampailah jam 11:30 pagi 3hb nov staff nurse datang dengan doktor sekali..doktor cakap nak pecahkan air ketuban aku..rasa takut juga since ini anak 1st kan..sblm tu doc VE sekali lagi dan dia kata bukaan da 2cm..
Di sini lah bermulanya kesengsaraan yg tak akan aku lupakan seumur hidup..Sakit juga rasanya masa doc pecahkan air ketuban tu..sekali cucuk tak pecah dua kali cucuk tak pecah..doktor pun da cuak..dia tenangkan aku katanya kita cuba sekali lagi ya ibu..Alhamdulillah kali ni pecah juga maka di tolak la aku ke labor room..tapi sebelum tu doc pasang line kat tangan untuk masuk ubat induce..yang sengsaranya dua kali cucuk jarum tak masuk yg aku nampak tangan aku berdarah2 mengalir..kali kedua doktor cuba pun tak masuk juga..at last ada seorang staff nurse offer diri untuk cucuk line and dengan sekali percubaan berjaya..lega sungguh hati ini..
Sampai kat labor room ramai la doktor pakar datang jenguk aku..ada HO juga..mild contraction pun bermula since dah kena induce kan..tapi tak la sakit sangat..sakit2 cam tu jer lepas tu hilang..doktor pakar bius terangkan since ini ialah kelahiran pertama so mungkin aku tak akan dapat tahan sakitnya contraction nanti..dia cadangkan aku ambil epidural agar aku tak rasa sangat sakitnya..aku pun okey jer lah masa tu lepas sign2 borang start la pakar bius cucuk epidural..azabnya apabila doktor cucuk jarum tu tapi salah cucuk..kali kedua pun sama..dan lebih malang lagi percubaan kali ketiga dan keempat pun gagal..ngilu sangat rasa tulang belakang tu..airmata dah bercucuran bak air terjun..hingus jangan cakap la meleleh-leleh tanpa dapat di bendung..sangat sengsara..end up aku kata kat doktor tu yg aku tak mahu cucuk lagi sambil menangis..doktor tu cuba tenangkan aku katanya dia panggil kawan yang satu lagi untuk cucuk epidural..
aku menggeleng tapi belum sempat buat keputusan masuk la seorang doktor pakar perempuan..lemah lembut saja dia kata kita cuba sekali lagi puan kalau tak dapat juga kita stop..aku angguk tanpa rela..akhirnya dengan sekali percubaan sahaja berjaya..aku bersyukur sangat masa tu.
Contraction ada lah rasa sikit2 tapi masih boleh tahan lagi mungkin juga dengan bantuan epidural..jam 7 aku tertidur sekejap sampai la jam 8:30 aku rasa sakit sangat..jururawat masyarakat yg jaga aku kat situ cek bukaan dan masa tu bukaan da 6cm..JM(jururawat masyarakat) tu tak suruh aku teran lagi sebab belum sampai masa katanya..tapi aku da rasa sakit sangat2 bergegar-gegar katil sebab aku meronta-ronta sambil panggil mak hihihi..pakar bius datang dan aku minta dia naik kan dos epidural..lepas jer dia tambah dos aku rasa tenang sikit..tak sakit sangat..tapi setengah jam lepas tu dah rasa sakit dari perut ke pinggang..tak dapat di gambarkan bagaimana sakitnya..JM cek bukaan dah 8cm dia cakap kalau nak teran, teran jer..and ada juga la dia ajar aku sikit-sikit cam mana nak teran..
Setiap kali contraction datang aku pun teran tapi malangnya setengah jam berlalu baby blm keluar..aku pun dah tak ada tenaga sambil menangis..
sejam aku berjuang..meneran..meraung..tapi baby tak keluar juga..tiba2 kat mesin CTG graf janyung baby da jatuh..aku takut sangat apa2 terjadi kat baby..JM and MO pun da marah2..aku stress sangat2..aku rasa memang dah tak mampu nak meneran lagi..doktor masuk kan sejenis alat yang berhubung terus ke kepala baby melalui bawah..
sakitnya jangan cakap la..tapi aku redha jer masa tu..dapat detect jantung baby masih ok..lega sikit rasa hati..contraction berterusan sehinggallah aku nampak JM pegang gunting yg khas untuk gunting kat bawah..sekelip mata jer da gunting siap ada bunyi lagi..zassss tapi kesakitan contraction melebihi kesakitan di gunting tu mungkin juga dengan bantuan epidural aku tak rasa sangat..
Aku terus meneran push meneran dengan sisa2 tenaga yg ada..sehinggalah aku meraung utk minta operate..aku tak sanggup lagi menahan sakit sangat..tapi doktor marah pula..katanya kepala baby dah dekat sangat tak boleh operate..then aku cakap nak vacuum doktor..merayu2 aku kat MO tu minta tolong dengan cara lain..20minit lepas tu doktor kata ok puan kita vacuum then dia terangkan juga risiko selepas vacuum nanti..yang aku dengar hanyalah risiko pendarahan kat otak baby yg lain aku tak dengar dah sebab sakit sangat..3 kali meneran dengan bantuan vacuum keluar lah baby aku..lelaki dan beratnya 3.4kg pada jam 12:55 subuh..tapi oksigen baby tak cantik terus masuk NICU..acara jahit-menjahit pun bermula tapi tak rasa sangat sakitnya mungkin juga dengan bantuan epidural..
Aku di rehatkan di bilik bersalin, jam 8am JM bagi minum milo suam..sedap sungguh rasanya tapi aku termuntah2 masa tu juga..dengan bantuan JM tu aku bangun untuk ke tandas..jarum epidural blm buka lagi tunggu pakat bius katanya..sebaik aku berdiri maka mengalirlah darah fresh yang sungguh banyak dari bawah sehingga aku rasa pitam..namun nasib aku baik JM sempat sambut sblm aku jatuh..dekat 15minit aku duduk kat lantai tak mampu berdiri..gelap gelita dan pening sungguh rasanya..
Lebih kurang jam 11 aku di hantar ke wad..baby tak jumpa lagi..petangnya hubby datang then papah aku naik NICU tengok baby..azabnya nak berjalan pun susah..ngilu pedih rasanya..tapi ajaibnya sebaik nampak muka baby segala kesakitan hilang dlm sekelip mata..ya Tuhan sungguh besar kuasamu..pada masa tu juga aku belajar jadi seorg ibu..syadu sungguh rasanya..
Melahirkan anak kedua sangat mudah masuk bilik bersalin jam 6 then setengah jam lepas tu baby keluar dah..dan skrg sedang tunggu hari lagi nak deliver anak ketiga..doakan aku ya..sekian ceritanya..maaf sebab terlalu panjang dan sekiranya ada perkataan yg korang tak faham..hihihi
-AKU seorang ibu-
– puan kiroro
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment