Saturday, 26 November 2016

Asrama Dan Histeria Berpisah Tiada

PengakuanKu

Assalamualaikum.Terima kasih kepada admin jika kisahku ini dipaparkan.Nama aku ialah protozoa(bukan nama sebenar).Semasa kejadian ini berlaku,aku gadis comel brumur 17 thn.

Merujuk kepada tajukku,sudah semestinya kejadian ini berlaku di asrama.Tapi sebelum itu,aku nk cakap yg ini memang kisah benar yg aku sendiri lalui di asramaku syurgaku.

Okay,seperti biasa sebagai penghuni asrama,tiap tiap malam kami diwajibkan utk turun ke musalla asrama(ade je insan rajin dan mulia yg x turun,aku pun termasuk juga)

Malam tu ialah malam jumaat yg mmbawa maksud kami cuti sekolah esok.Aku dan kawan aku Bakteria(bukan nama sebenar) tetiba rajin utk turun ke musalla.

Biasalah penghuni asrama aku ni,kalau esok cuti sekolah,katil lah yg terindah.Slps selesai maghrib berjemaah,kami baca yaasin.Dan aku boleh kira berapa ketul yg turun musalla.

Lepas baca yaasin,kami buat hal sendiri.Aku dan Bakteria,kawanku berbual kosong di bahagian blkg musalla.Sedang syok berbual,aku dengar satu jeritan yg agak kuat.

Kuatla jugak kalau dari aspuri,aku di musalla ni dgr.Bakteria dah senyap ketakutan.Dalam hati aku dah fikir yg bukan bukan.Histeria,orang luar ceroboh aspuri.Tu je aku fikir.

Tiba2,datanglah 2 orang kanak kanak sunquick yg kalau x silap aku form 3.Diorang datang mengadu cakap kawan dia si Amoeba(hentam sajalah) duk berteriak macam kena sawan.

Cepat cepat ketua aspuri(KA) aku naik ke dorm.KA terus call warden.Bila warden aku tu dtg(kami panggil Baba)Baba suruh bawa si Amoeba tu turun ke musalla.

Baba ni ahli darul syifa’.Aku ambil peluang ni utk tengok sesi Baba mengubati si Amoeba.Aku memang suka tengok benda camni.Kalau histeria di asrama,akulah yg kalut nk tengok.

Tetiba aku dengar makin ramai pulak yg nangis and menjerit.Rupa rupanya,penyakit berjangkit.So Baba suruh asingkan setengah pergi ke dewan makan.

Disebabkan aku yg suka menyibuk,ada sorang senior ni suruh aku pegang kaki si Amoeba yg tak sdrkan diri.Bakteria pulak sibuk duk tarik2 telekung aku tak kasi aku dekat ngan Amoeba.

Aku pulak memang rela hati nk berbuat bakti.So si Bakteria ni sibuk bertempek tepi aku,takut sgt kot.Masa aku pegang Amoeba,aku bau busuk sangat.Aku pun tanyala Bakteria ada bau tak?

Bakteria jeling je.Lama jugak si Amoeba ni x sedarkn diri,aku tenyeh2 lengan sbb gatal hidung.Rupanya kaki si Amoeba ni bau syaitonnirrojim.Aku dlm hati dah x sggup nk pegang.Aku srh Bakteria ganti.

Bakteria pon dah tahu Amoeba ni busuk terus menolak.Amoeba ni duk meracau punyala kuat.Sampai lenguh tangan aku.Aku terpikir jgk,budak ni mls mandi ni sbb tu senang kena rasuk.Kot.

Kesian Baba aku tengok.Letih kot sbb ramai jugak yg kena.Tak sempat aku nk tengok lebih lama,aku kena halau pergi dewan makan.Aku ngan Bakteria dgn rela hati pergi,x sggup hidu racun.

Rupanya di dewan makan pun lebih kurang sama,habis berselerak meja ngan kerusi.Kesian makcik DM,dahla tua tua belaka.Nasib aku,kena pegang lagi manusia yg tak sedarkan diri.

Tapi kejap je aku pegang,lepas tgok diorang yg dirasuk ni muntah muntah,ku sedia undur diri.Gelila pulakkkk.Sejak aku pegang si Amoeba yg harum tu,aku serik nk tolong pegang orang.

Sudahnya aku dan Bakteria duk diam diam je tepi sink tengok drama percuma(sambil baca ayt kursi).Aku perhati je yg kena rasuk,ada je yg pura pura.Menyampah betul.

Udah ler berpura pura,over pulak mcm bnyak sgt hantu dlm badan dia.Siap nk naik tingkat 3,pastu nk terjun.Baba pun lepaskan dia,saja nk tgok lakonan kanak kanak sirap.

Mentang mentang ler kaum Adam ramai dtg tgok,over pulak.Sorryla aku geram tengok yg pura pura ni.Disebbkan trlalu ramai,ustaz sekolah aku pon dtg(yg bukan warden)tolong.

Kejadian nangis nangis ni berlanjutan hingga ke pukul 12.30 pagi.Selesai semua barulah kami dbenarkn naik ke dorm slps Baba mmberi sedikit tazkirah tentang jin dan makhluk halus.

Bagi aku,tak pelik pun kalau geng Amoeba tu yg kena.Sbb diorang antara penghuni2 asrama yg terlebih gembira.Malam2 sibuk bergayut di koridor,menyanyilah.So annoying!

Bakteria yg over takut malam tu,sibuk duk cubit cubit lenganku kerana takut dia keseorangan x tidur lg.Malam tu aku tidur dgn tidak aman kerana dicubit minah Bakteria ni.

Kesimpulannya,makhluk halus ni mmg wujud.Dan aku juga harap adik2 yg suka berlakon tu,insafla nak.Kang terkena betul betul baru kau menangis tak berirama.

Jadi,sblum tidur tu baca lah doa dulu ya,3 kul,ayt kursi semua.Maaf citer aku panjang dan bm yg amat memalukan kerana BM ku taraf SPM je nokk. Sekian makasihh*gaya ally cat*

– Protozoa yg dicubit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.