Nama je budak UKM tapi buat confession di IIUM. Kah!
Assalamualaikum.
Sebagai pembuka cerita, aku seorang bekas pelajar UKM, alah dekat fakulti yang train orang jadi cikgu tu. Kisah ni terjadi kepada aku beberapa tahun yang lepas, sebelum aku mendapat penempatan. Almaklumlah batch aku paling malang doe. Adalah dekat setahun berkarat ilmu perguruan aku dek menunggu posting. Nasib aku setahun. Ada kawan-kawan aku sampai sekarang tak posting terutamanya batch Math.
Jadinya daripada tanam anggur lebih baik aku berkerja, tak kisah lah apa pun yang pastinya tak nak jadi guru ganti sebab traumatize pengalaman praktikal. Kebetulan kawan aku offer jadi RA untuk seorang lecturer. Aku bersemangat waja betul nak ambil job ni sebab aku suka bebenda research ni walaupun bodo. Maka terjadilah aku seorang RA untuk lecturer yang aku namakan Dr. R. Dan… Engkorang tahu tak title RA tu sebenarnya title PA lecturer tapi degree? PA weh. Semua lah yang miscellaneous matter untuk dia ko kena uruskan. Ada tu sampai tahap babysit kan anak lecturer tu, ambil anak lecturer balik sekolah… Kau ghasee? Bagi duit minyak takpe jugak. Ni haram diam begitu je. Gaji berbelas ribu tapi kedekut nauzubillah. Tapi bukan aku la yang babysit tu, kawan aku dengan lecturer lain. Lol!
Yang aku perasan Dr. R ni, memang kerja dia last minute gila. Bayangkan event pukul 9 pagi tapi pukul 7 baru memekak kat aku pastu nak suruh aku buat on the spot. Bila finishing touch macam harey, kena maki. Jadi supir dia la. Serius la RA jadi supir? Nak pulak time tu aku bedal pergi kerja bawak Vios mak aku. Sedap ah dia. Patut aku bawak Kancil buruk aku je time tu. Mesti dia tanak naik sebab dia ala-ala diva gittew. Ahahaha. Yang pastinya minyak dia tak bayar la. Kalau bawak kereta dia takpe gak. Bayangkan gaji RM1200 je, keluar duit minyak bawak lecturer here & there?
K aku sabarkan je. Aku anggap dia guru aku. Siapa yang belajar kat fakulti tu, faham benar dah la perangai beberapa orang lecturer kat situ macam mana. Time tu dah 2 minggu kerja. So aku nak proceed salary payment application kat sebuah jabatan kat UKM. Guna geran. Geran aku ni under research KPM. Masa mula-mula nak apply tu, deal gaji dulu dengan Dr. R ni. Dalam borang tu, aku nampak column tangga gaji ikut qualification. RM1600 (post-grad). Pastu ada gak column lain-lain. Dr. R ni kata, awak tick je yang RM1600 dulu. Tapi nanti dah dapat gaji RM400 bagi kat saya. Nak guna duit untuk projek senang. Aikk? Time tu aku naif lagi… Aku pun kata, baiklah doc. Pastu aku menceritakan kejadian tu kat mama aku… Mama aku pun kata, kenapa kena bagi balik RM400 kat dia? Kalau nak claim pape untuk projek isi jela borang claim. Kenapa kena bagi balik gaji. Kalau dia guna gaji awak tu untuk kepentingan sendiri, awak tahu ke? Jeng jeng jeng…
Aku dah start tak sedap hati dah camtu. Tapi aku terus apply jugaklah memandangkan cinta aku yang mendalam dalam bidang research dan aku nak belajar. Kakaka. Pastu… Bila apply… Jabatan UKM pun berkata… Dik awak ni fresh grad kan? Ada sambung master tak sekarang? Aku reply, tak. Pastu dia kata… Geran ni dik, dia nak GRA je. Kalau fresh grad tak sambung master macam awak tak boleh apply. Jadah GRA ni mende pulak?! Kenapa aku tak diberitahu pasal benda ni. Dia pun explain… GRA ni untuk post-grad yang sedang sambung belajar je. Lecturer awak patut tahu benda ni.
Pastu aku tanya lagi… Habis gaji saya kerja dah 3 minggu ni tak boleh proceed la ye… Dan dia pun menjawab, maaf dik tak boleh. Bawak-bawak la bincang dengan lecturer adik ye. Dannn… Pada ketika itu harapanku setipis bawang. Tipis gegila. Serius nak bincang dengan Dr. R ni? Mampu ke dia bayar at least RM900 untuk 3 minggu perkhidmatan aku jadi ‘RA’ dia ni? Aku macam menyumpah seranah gak dalam hati, dah tahu nak amik RA tapi rules pon tak tahu. Dah geran kau patut kau tahulah kena amik RA ke GRA.
At the end aku bincang gak… Cakap lah… Doc, UKM tanak proceed sebab saya bukan GRA. Dengan berat hati aku cakap, kalau doc tak mampu bayar RM900 untuk kerja saya 3 minggu, saya mintak duit minyak je doc. Saya ni baru lepas grad. Survive pun guna duit mak saya. Dia kata, tunggu saya balik Indon saya buat surat kat Bendahari UKM. Aku dah fikir dah, mengarut dia ni. Nak bagi duit minyak pun siap ke Bendahari. Bukan duit gaji RM900. Punya lokek nak keluarkan dari gaji dia yang belas ribu tu. Kalau benda tu proceed kat Bendahari UKM, agak-agak ada la dalam 100 purnama baru dapat. Itupun kalau dia ingat lepas balik Indon. Dan aku rasa benda camtu untuk dia adalah benda remeh. Dia takkan ingat pun. Then… Dia bagi idea lain lagi pelik.
Apa kata awak jadi RA saya, tapi saya hire GRA lain, gaji split dua? Aku macam tak convince je dengan idea dia ni sebab officially nya GRA tu la ada agreement hitam putih. Yang aku ni, macam baa baa black sheep you know. Macam mana kalau gaji tu masuk kat akaun GRA pastu GRA tu tanak bayar kat aku? Engko rasa Dr. R ni nak fight up for me? Tak kot. Dia buat tak peduli je sebab dia memang perangai gitu pun. Pastu RM1200 split dua? Serius la. Daripada aku perah otak, kerja kedai belakang rumah aku pun dapat lagi banyak kot. Pastu perlu la RA sampai dua.
Aku pun cakap, takpelah doc. Adalah nanti rezeki saya. Time aku frust frust tu ada la berjalan menenangkan hati kat shopping mall. Pastu… Poff ada satu kedai offer gaji RM2k. Aku sajelah mintak. Dah frust kerja RA. Dipendekkan cerita, dapat. Sebelum aku blah dari job RA tu, aku dah siapkan dah semua job aku. Siap pass lagi kat akak RA lecturer sorang lagi sebab Dr. R ni buat projek dengan lecturer tu. Dan aku agak rapat dengan akak tu.
Cerita tak habis di sini saje gais. Bukan sekadar tak bagi gaji… Aku pun lantakkan jelah, dah kau tak bayar, aku pun dah dapat gaji RM2k kerja retail bebodo tak perah otak. Pepandai la tuhan kira hutang kau, nak sempitkan hidup kau ke apa dengan gaji yang berbelas ribu tu. Dua bulan lepas aku kerja retail, aku dah lupa pun pasal UKM.
Tiba-tiba aku dapat call… Nombor Dr. R. Mende pulak dia ni cari aku. Aku angkat la, ingat nak bayar duit minyak aku yang dia dok sibuk kata nak claim kat Bendahari UKM. Rupanya weh… Dia tanya… Mana eh fail hari tu awak buat? Awak letak folder tu kat mana dalam komputer ni?
Wehhhh. Engko rasa aku mampu ke ingat aku letak kat mana benda yang dia mintak tu? Dah 2 bulan weh aku tinggalkan job tu. Rasanya kalau bagi komputer tu depan aku pun aku dah tak boleh cari. Lagi satu kalau ko tengok desktop dia berterabur semua benda aku sendiri tak berani susun. Penuh. Dahla dalam fail ada fail. Dalam fail ada lagi fail. Serabut gila. Pastu dia expect aku ingat benda tu. Aku pun cakap dengan sopan santunnya, maaf doc saya tak ingat. Dah lama sangat dah benda tu. Pastu dia boleh marah aku balik weh. Dia kata… Macam mana awak buat kerja benda camni pun awak tak boleh ingat?! Dia maki aku, dah la time tu aku kerja. Aku macam nak je maki dia balik, macam mana eh doc buat kerja, gaji orang pun lupa bayar? Tapi aku just ingat, dia tetap guru aku walaupun perangai macam haram j. Pastu lantak la cemane dia nak cari pun. Lagi langsung takde niat aku nak tolong dia bila kena maki camtu.
Tak habis di situ saja, kan aku ada cerita aku ada pass job aku kat akak RA lecturer sorang lagi. Akak RA ni cerita kat aku, lecturer dia mintak kerja tu dari Dr. R. Pastu Dr. R membongak kata kat lecturer tu aku pergi tak siapkan kerja la apa segala. Pastu akak RA ni cakap balik, eh budak tu dah bagi la semua data dia kat saya sebelum dia berhenti doc. Dannn… Yep gais. Dah keluar pun aku difitnah di situ.
Di sini aku nak berpesan… Sekiranya anda nak jadi RA, fikirlah masak-masak. Terutamanya dengan lecturer mana yang anda nak berkerja. Kita sangat dahagakan pengalaman research tapi carilah lecturer yang sangat senang hati, lapang dada.
Kepada para lecturer… Kami tahu siapalah kami. Sekadar undergrad, postgrad student. Yang tak belajar sampai phd, tesis pun hanyalah sekadar sampah untuk kalian bergelar doc atau prof. Kami ni sampah saje (kalau aku ni tak sampah, berpangkat, takde lah dia buat main gaji aku ye dak). Tapi adalah elok kiranya, tiada perbezaan kasta yang ketara dan bidang ilmu dijunjung sama-sama. Pandanglah kertas kami, berilah markah setimpal dengan usaha kami, bukan sekadar marking membabi buta. Berikanlah contoh yang baik buat kami. Terima kasih atas segala ilmu. Aku confirm takde lecturer baca benda ni sebab diorang baca journal, bahan ilmiah je. Lol!
So sekarang… Aku mengajar kat sekolah pendidikan khas. Orang kata patutnya elok kalau sambung master pendidikan khas. Untuk course aku ni, nak kembangkan lagi dalam pendidikan khas, kira boleh jadi pioneer lagi la. Cumanya… Pendidikan khas, paling power kat UKM. Aku just tak sanggup hadap je kalau jumpa lecturer camni lagi. Hari tu ada lecturer UTM offer master, tapi bidang aku la, bukan pendidikan khas.
Bidang aku apa? Haha rahsialah.
– Bedah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment