Assalamualaikum. Aku harap admin sudi siarkan confession aku ni. Nama aku Joo-hyun, seorang gadis berusia 20-an. Aku seorang penuntut di sebuah IPT tempatan. Aku mempunyai masalah, masalah yang turut dialami oleh sebahagian daripada lelaki dan wanita. Masalah BAU BADAN. Ya….masalah bau badan. Aku tahu, ramai juga yang confess tentang kawan2 diorang yang ada masalah bau badan. Dan aku juga turut mengalami masalah itu. Aku dah lama sedar tentang masalah bau badan aku ni. Tapi aku abaikan…sebab dah macam2 aku buat tak menjadi. Jadi aku fikir, mungkin hidung akukah yang bermasalah. Badan orang lain pun berbau juga, jadi mungkin aku kot yang terasa lebih pasal bau badan aku ni.
Sehinggalah masa sekolah dulu, ada seorang kawan perempuan aku menegur. Aku semakin sedar yang bau badan aku lebih luar biasa berbanding bau badan orang lain. Terima kasih sangat2 kepada kawan aku tu. Sebenarnya, kitorang bukan kawan rapat pun. Hanya kawan2 biasa. Satu hari, dia datang kepada aku. ‘Joo-hyun, aku nak cakap cikit ni..tapi kau jangan terasa tau’. Aku pun balas, ‘Kenapa, takpe,…cakap je’. Kawan aku pun cakap.. ‘sebenarnya macam ni, aku harap kau tak terasa la…sebenarnya aku perasan, kau ada masalah bau badan la Joo-hyun…’ Sambil muka dia berkerut dan risau, kalau2 aku bagi makan penampar kat muka dia… Hihihi… Sebenarnya waktu tu aku speechless…tak tahu nak balas apa. Dalam hati aku berkata; ‘Jangan jadi ego Joo-hyun, betul pun kau sendiri tahu kau ada masalah bau badan. Mengaku jelah’. Lagipun kawan aku tu macam jujur…dan gaya teguran dia pun nampak tulus. Boleh nampak dia tegur tu untuk tolong aku, bukan nak merendah-rendahkan aku, atau nak mengejek aku. Aku pun cakap balik kat dia; ‘Aaah la, sebenarnya dah lama aku perasan. Aku dah buat macam2, tapi tak jadi. Mungkin sebab aku ada resdung kot. Entah la…’. Kawan aku tu pun cakap ape ntah…aku x ingat sangat dah. Tapi macam dia pun tak ada solusi la nak bagi…just macam cakap deodoran dll [petua2 biasa untuk elakkan bau badan-untuk orang normal].
Aku berterima kasih sangat dekat kawan aku tu. Sebab tu kalau korang ni betul2 nak bantu kawan, tegurlah depan2. Confess merata pun, masuk paper, masuk berita tv3 pun…bukan kawan kau nak sedar pun. Kalau memang niat korang memang ikhlas nak bantu kawan, insyaAllah dia akan faham. Tapi tegur kena dengan caranya. Jangan buat muka macam jijik atau menghina. Walaupun sekadar confessions, dah ayat macam2 keluar. Belum lagi tegur berdepan. Aku memang tabik springgg kat kawan sekolah aku tu. Sampai sekarang aku masih ingat kawan aku tu.
Dan, untuk orang yang senasib dengan aku….tolonglah. Belajarlah untuk buang ego tu. Buang sifat pemalas. Malas mandi, malas salin baju, malas berwangi2. Kalau korang ada masalah badan, ditambah lagi dengan masalah sikap korang yang pengotor yang tak boleh ditegur dan diubah…, itu aku tak tahulah. Korang kena berubah…itulah benda pertama yang orang macam kita ni kena buat. Nak buat macam mana. Inilah salah satu kelemahan Allah bagi kat kita, bau badan. Orang lain mungkin ada kelemahan lain, masalah jerawat ke, masalah duit ke..masalah rumah tangga la…busuk bau badan takpe lagi, jangan busuk hati. Kan? Untuk itu, kita usahalah baiki kelemahan kita ni. Kalau dah sedar badan jenis kuat berbau dan berpeluh, kerap2lah mandi. Hurmm…petua ni efektif la. Sebab dengan mandi, badan kita jadi segar..kan. Tapi, aku sedar, untuk orang yang ada masalah bau badan… macam aku ni. Kadang tu badan cepat berpeluh, walaupun dah mandi pun tetap rasa ketiak berbau…. baru je lepas mandi, nak pakai baju…ada peluh cikit kat ketiak. Aku bau, memang hurmmm… faham2 jelah.
Sorry kalau korang rasa keterlaluan confession aku ni. Geli atau sebagainya. Macam2 dah aku cuba. Limau nipis, tawas, asam jawa… mandi susu…. semua tu berkesan dalam bilik mandi je. Bila aku dah keluar dan cuba kesat bahagian ketiak ni…ada la kesan2 bau lagi. Dan bau akan semakin teruk bila berpeluh. Dan takkan nak mandi sejam sekali kan. Paling banyak pun 3 atau 4 kali sehari sempat mandi. Sebab kita pun sibuk dengan urusan harian. Korang jangan fikir orang yang ada masalah bau badan ni, semuanya pemalas, pengotor. Tak semua macam tu. Kesian tau..mungkin orang macam kami2 ni dah cuba macam2. aku boleh faham sebab aku alaminya.
Sabun mandian pula…macam2 jenama aku try. Aku perasan, sabun mandian yang ada extra wangi-wangian macam enchanteur, may, ape lagi ntah…memang tak sesuai dengan badan aku. Sebab badan akan berpeluh, tambah dengan wangian…macam pelik. Macam2 jenis sabun mandian aku cuba, sebab nak tengok kesesuaian dengan badan aku. Orang yang ada masalah bau badan ni rasanya lebih sesuai pakai jenis mandian yang ada ektrak limau ke, susu ke…atau antiseptik. Tapi, macam yang aku kata tadi la…semua tu berkesan dalam bilik mandi je. Kalau tengah bersiap2 tu, rasa berpeluh2…haaa…bau busuk datang lagi. Cuma bezanya, mandian yang ada extra wangian ni…make it worst….
Deodorant pun sama…. orang yang ada masalah bau badan ni…jadi lebih teruk baunya bila pakai deodorant. Tapi aku pakai juga…sebab nak try…at least aku sedang cuba untuk tengok keberkesanannya. Deodorant ni pun haaaaa kena try la juga, kesesuaiannya dengan bau badan. Walaupun kat botol tu tulis…untuk orang aktif ke…antiseptik ke..tak semua sesuai dengann bau badna kita. Pendek kata, orang yang ada masalah bau badan ni…kena try la, tengok apa yang sesuai dengan bau badan. Macam tu la juga dengan benda makan. Apa yang kita makan tu, kena hati2. Tapi untuk kes badan aku ni…hurmm… even aku makan roti seharian pun…duduk dalam bilik pun…aku perasan bau tetap ada, walaupun dah kurang berpeluh. Senaman boleh hilangkan bau badan? Hurmm entahlah, aku ni dah kurus sangat dah. Aku rajin juga bersenam. Hari tu buat ujian lemak dalam badan. Staff yang bertugas kata aku ni under weight. Jangan fikir orang berbadan besar je yang ada masalah bau badan. Orang kurus macam aku pun ada. Aku nak je jumpa pakar…nak check kalenjar peluh aku ni ke…atau betul ke sebab masalah resdung aku… aku dah makan ubat resdung…. gitulah juga bau aku ni haa…nak jumpa pakar, tak de duit lagi. Maklum la..aku ni student.
Korang ada lagi tak petua untuk aku???
– Si Busuk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment