Terima kasih kepada iium(sekiranya confession saya disiarkan). Saya brfikir ini lah masa yang sesuai untuk bercakap tentang biasiswa lepasan spm yang ramai lepaskan. Sayang kot.sedikit backgroud diri .saya lepasan spm tahun lepas dan sedang membuat persiapan ke negara yang menggunakan bahasa ketiga(bahasa asing)..saya bukan nak bercerita tentang pengalaman tapi cuma ingin memberitahu tips2 memburu biasiswa.
1. Isi semua biasiswa yang layak.
Ade spesis pemburu biasiswa yang terlalu memilih nak isi borang biasiswa.katakan lah si A mahu biasiswa Z, jadi dia cuma isi biasiswa Z tanpa menghiraukan biasiswa X,Y. Jika ade rezeki, mungkin dapat biasiswa Z. Jika tiada rezeki,…………… biasiswa pama lah jawabnye.
sebenarnya tanpa kita sedar, dengan mengisi banyak borang biasiswa, kita x langsung telah membuat backup planner.jadi jangan setia sangat kepada satu biasiswa selagi tak tandatangan borang sumpah menerima biasiswa.
2. Tak isi borang biasiswa
Masalah ini banyak dihidapi kepada budak2 introvert atau malas.budak straight a pun ade yang tak isi borang dengan alasan A die banyak a-. Ade juga yang tak isi borang sebab tak aktif(kokurikulum).
Saya mohon please sekiranya melepasi syarat minimum tolong lah isi borang biasiswa. Macam mane allah nak bagi rezeki(biasiswa), jika kita sendiri yang menolaknya. Contohnya Kawan saya yang dpt 7A dlm spm dapat biasiswa yang power lagi daripada saya. Seorang lagi kawan. Disebabkan semangat nak biasiswa, die telah isi 20 borang biasiswa dan menghadiri interview 5/6 sebelum jumpa biasiswa yang sesuai.
3. Kebalkan hati anda
Dah siap isi borang.dah dapat panggilan interview. Sekarang kebalkan hati anda, mendengar ‘luahan hati’ mak cik, pak cik yang mampu membunuh semangat nak minta biasiswa. Biasanya nya ini lah point mereka.(point2 yang saya selalu kene)
a. Layak ke dapat biasiswa??
Tanamkan dalam hati, rezeki allah kat mane2.if x tahan juga, ingat orang yang sedang menulis nie sebenarnya perempuan yang sedang ambil engineering dengan ketinggian 140cm sahaja.if x tahan jugak, melarikan diri lebih baik.
b.ekonomi teruk.
Point untuk matikan semangat yang padu. Bila bagitahu nak minta petronas, bagitahu petronas telah buang pekerja. Bagi tahu minta yang lain, mula lah meroyan bagitahu syarikat, kerajaan x kukuh. spesis macam nie sepatutnya zip kan mulut sekiranya die sendiri x bekerja dalam syarikat tersebut. Jangan percaya sangat banyak kuah dari nasi. Isi dulu ….hadirkan diri kat interview. Mane2 syarikat memang akan ade risiko muflis tetapi jangan jadikan alasan x nak isi biasiswa.. mesti syarikat 2 ade kepulangan sbb 2 die tawarkan biasiswa.
C. Oversea banyak PENGARUH NEGATIF.
Kalau lepasan spm mungkin x percaya. Masalahnya mak dengan ayah. Jadi setiap kali mak ayah dengar ‘luahan hati’, balik rumah..terus basuh mak ayah seelok-elok nya.tunjuk gambar student kat oversea or bagitahu harapan kita nak pergi oversea. Macam kes saya, selepas saya masuk kat kolej ..baru lah mak sya memberi harapan dan kepercayaan.tunjukkan semangat kita nak pergi over sea.
Senangnye if ade orang nak jatuhkan semangat nak minta biasiswa tolong tepis dan lawan sbb sifat manusia nie berdengki.
4. Dah dapat interview
Jika dapat interview biasiswa tapi bukan pilihan hati, nak buat macam mana?? Pergi jugak sebagai persediaan dan latihan kepada interview yang kita nak.x perlu nak tolak awal2 sebab mungkin boleh requestkan nak tukar field.contohnya kawan saya. Dia x hadir interview dengan alasan x minat dengan field yang dia pilih. At the end, die x dpt mane2 biasiswa. Anak orang kaya x pe…anak orang miskin.. kesian mak ayah.
5. Tawaran
Alhamdulilah dah dapat tawaran biasiswa. Sekarang, kaji betul2 biasiswa 2.. cume menawarkan biasiswa sampai tahap mane, adakah terikat dengan kontrak perkerjaan atau ada kene bayar balik berapa peratus…mase ini lah baru fikir nak terima atau nak tolak. If oversea yang kena belajar bahasa yang ketiga, survey dulu bahase 2.maybe belajar huruf.sebutan dulu. Try survey dengan penerima biasiswa yang same ( jangan dengan mak cik, pak cik)…tanye keadaan cara pembelajaran. Nak terime..x nak tolak.
6. Have humanity in yourself.
Contohlah…si A dapat biasiswa ke jerman dan terus terima dengan hati yang terbuka. Belajar selama 2 bulan, si A dah give up dengan bahasa jerman dan down. Dalam keadaan down, datanglh biasiswa X yang menawarkan macam2. si A keluar dari biasiswa jerman dan terus masuk biasiswa X. nampak senang tetapi impaknya sangat besar.
Semasa si A menerima biasiswa jerman, si A telah masuk dalam kuota ke Jerman. Selepas tempoh tertentu, penerima yang keluar dari biasiswa X AKAN DIGANTI menyebabkan berlaku kekosongan.orang yang sepatutnya layak mendapat biasiwa x dapt disebabkan perbuatan si A. apabila si A menerima biasiswa X. Calon back up untuk biasiwa X x dapat biasiswa. Kita semua x tau mungkin yang menjadi calon back up 2, sebenar orang susah dan sangat memerlukan biasiswa… nk hindari perbuatan nie boleh dengan survey dulu( point di atas)
Cukuplah setakat ini.minta maaf sekiranya tersilap terkasar bahasa…atau pom ade yang terasa hati.2 jari yang menaip nie memohon maaf atas kelemahan diri sendiri.
P/s dah ade beberapa biasiswa yang telah dibuka keahlian.
– Budak college
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment