Tuesday, 29 November 2016

Jika Mahu, Sudah Pasti Ada Jalannya

PengakuanKu

Assalamualaikum. Hai korang semua :)

Firstly, kalau cerita saya disiarkan, thanks pada admin.
Saya harap cerita hidup saya dapat dijadikan pengajaran kepada orang yang suka menilai rupa dan mengejek orang yang berwajah gelap, dan tak cantik. Dan semoga Kisah saya ini dapat dijadikan pembakar semangat kepada orang2 yang seperti saya suatu ketika dahulu iaitu seorang yg berwajah gelap, sedikit chubby tapi tak gemok pon hahahaha, dan selekeh lah senang cerita.
Sangat selekeh kay.

Dari zaman skolah rendah, saya ni aktif join sukan. Skolah saya skolah kecik je so pelajar tak ramai and bole kata saya ni ada bakat dalam almost everything, sajak, melukis, in class pun pelajar top lah jugak tapi pemalas. Ngee ~

So semua acara sukan saya akn conquer. Saya tak jaga pun wajah gelap ke apa ke. Saya ingat lagi sampai sekarang, semua hinaan yg saya pernah dapatlah yang membakar semangat saya nak transform diri jadi keluar dari keselekehan diri ! Erm…

Masa kulit saya gelap tu, memang nampak macam mamak atau india muka saya ni. Time da cerah ni, orang dok puji kata macam arab. Hehehehe. Alhamdulillah. Saya ingat lg masa tu saya ada camping tunas puteri dan pengakap (waktu skola rendah), masa tu saya darjah 5. Saya seorg yg ceria tau, sampailah masa saya ramah2 dengan pelajar lelaki pengakap yg duduk barisan sebelah saya (biasalah budak2 mmg laki ke perempuan ke semua tibai nak borak2 buat kawan hahahah). Ok smbung balik, syok borak2 tiba2 dia kata “weh kau ni hitamlah”. Sentap dia tuhan je tahu. tapi aku masih takde kesedaran apa pun masa tu. Pastu dia mengorat kawan saya yg berkulit cerah ni. cunlah orgnya. saya diam je masa tu.. saya terasa tp buat tak tahu je. Lepas tu, peristiwa ni paling sentap pernah berlaku dalam hidup sayaaa T.T
mentang2lah kulit saya gelap. Bg saya yg cakap ni pun bodooo hahaha. Da aku solat takkanlah aku kafir woi ! tahu tak, masa join camping tunas puteri, masa ni darjah 6 ke 5, tak ingat. Masa tu na solat zohor, tiab2 ada dua pelajar perempuan kem ni dok usha saya tgh solat, so saya mmg tak selesa la diperhatikan je masa tgh solat tu. Tau lepas solat tu diorg tanya apa kat saya ? “Awak ni Islam ke ? kenapa solat?” wehhh aku pakai tudung kot. Takpela. Budak2 aku pun budak2 juge. Erm… pastu aku pun ckapla “mestila saya islam, kalau tak kenapa saya solat” dengan nada yg agak marah dan kesal, diorang kata”oh inagtkan india, sorry tau”. Terus saya blah. Masa ni lah, saya down teruk. sbb saya fikir, hitam sangat ke aku smpai nak ingat yang aku ni india. masa tu hari pertama kay kat camp, saya nangis teruk, kan kem padat masa. setiap masa ada aktiviti and saya ingat lagi setiap aktiviti, macam main konda kondi apa semua, saya menitiskan air mata tanpa saya sedar, sebab terfikirkan hal tu… saya nangis banyak kali. berair mata saya. saya ingat lagi mcm mna sya cuba tahan daripada nangis.

Peristiwa seterusnya dalam kelas masa darjah 6, masa ni saya kene ejek dgn mmber lelaki kelas, budak tu diri atas meja sambil ejek saya black mamba. Terus saya down tapi saya diam je. Saya hitam sbb saya tak pernah cuci muka. siyes. saya tak pernah pakai bedak. saya bersukan jadi hari2 expose pada matahari.tapi tangan and badan putih ja. Muka ja sleng memang gelap mcm india. then, pernah disisih rakan kelas masa zaman sekolah menengah. Budak lelaki selalu bahan saya… Budak perempuan, pernah sekali tu, saya gi toilet nak betulkan tudung kat cermin, saya tgok mmber sebelah saya dok pandang sleng macam tak puas hati, macam saya ni tak layak tgok cermin lama2 sbb tak cantik. Saya pernah diberi gelaran oleh budak lelaki masa sekolah menengah. malas na sebut apa gelaran tu satgi ada yg kenai. Not to mention, lupa pulak, masa saya darjah 6 jugak, saya masuk silat ada mmber pernah cakap kau ni macam bangla lah just because of my dark skin tone. :(

My transformation started when I was in form 4… masani baru ada kesedaran na jadi cantik. bayangkan dari dulu smpai form3 muka tu tak pernah pakai bedak tak cuci muka tak jaga semuanyalah. badan pun chubby tap taklah gmok just berisi. mmg selekeh la.. selalu selsema. Bertambah selekeh… Ok back to the transformation story, masa form 4 ni lah saya mula jinakkan diri pakai compact powder. masa ni try silky girl compact powder. ada la seri sikit muka tu tp still selekeh … still gelap. Then masa form 5 saya da pandai pakai krim muka and bedak sikit and cuci muka guna garnier. masa ni nmpak ok sikitlah.. ada perubahan jugakla kat skin tone.. cerah sikit. sikit je… Then saya pun semangat na jadi cantik and cerah macam kawan2 lain. aku try banyak produk. aku rajin cuci muka, pakai krim utk lindungi muka dri cahaya matahari and aku akn elak cahaya matahari. saya try playing outside. Saya betul2 jaga .. And Alhamdulillah.. makin lama wajah saya makin cerah. Ramai kawan tegur, yang dah lama tak jumpe semua terkejut kata saya makin cantik. It took me 3 years sampai la skrg untuk saya transform smpaila saya mmpu jd seperti skrg. Bukan nak show off ke apa no.. just saying that transformation ni menjadi sbb ramai kata saya cantik. Actually saya da lama tak jmpe kawan skola menengah and rendah. So bila masuk university dan ramai puji saya kata saya cantik. tapi mereka tak tahu what I have been through sebelum ni. Semua ejekan perlian dan pernah dikenakan oleh mmber lelaki sekolah kononnya minat saya padahal nak kenekan aje. Kadang2 saya tak percaya kalau ada yg puji cantik sbb trauma dgn ejekan masa lalu.

Dan saya perasan yang orang2 yang selalu pandang rendah kat saya, bila lihat transformasisaya setelah sekian lama tak jumpa, mereka cuba mendekati dan baik sangat layanannya pada saya. And boys… daripada tak pernah kene approach, saya diapproach. See, people judge by looks tho.. kalau saya masih selekh mungkin smpai skrg tiada siapa sudi mendekati, kalau ada pun yg betul2 ikhlas… not to say all people judge by looks but mostly lah kan guys ??

So basically here my main point is, yang kat luar sana tu, adik2 yang hitam. gmuk ke selekeh ke berjerawat ke jangan down. adik2 try dr sekarang utk jaga penampilan, Tapi jangan terlalu gopoh sampai hbis semua produk pakai kat muka tu. Rosak muka tu dik… because saya pernah disebabkan na jadi cantik lagi dan lagi, try banyak produk smpai muka rosak, Alhamdulillah da elok semula dan semakin baik. Trust me, korang takkan selekeh selamanya, puberty will come. Yang penting jaga dulu wajah tu pakai sunblock or atleast bedak baby Johnson. And those out there yg suka ejek2 ni, jangan menyesal bila gadis atau jejaka yg selekh dulu itu akan jadi tersangat cantik dan hensem baru terhegeh2 nak berkawan dan buat baik… its too late. treat everyone equally. Rupa takkan kekal selamanya… okayla maaf panjang coretan saya. Selamat malam. Barakallah semuanya :D

– Elfy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.