Wednesday, 30 November 2016

Minah Operator Telefon

PengakuanKu

Terima kasih admin kalau siarkan cerita aku ni.

Kerjaya aku adalah Customer Service Profeosional atau lebih senang operator telefon/call centre di syarikat yang tidak asing lagi di Malaysia. Ya aku akui kerja ni sangat perlukan jiwa yang kental dan hati yang keras. Terutamanya department aku kerana khasnya untuk kutip hutang pada yang bil sudah due dan tak bayar bil. Masalah yang akan terjadi selalunya adalah.

1. Maki Hamun

Aku hanya jalankan tugas untuk maklumkan aje. Tapi biasalah orang kita ni, ada yang marah ada yang ucap terima kasih kerana ingatkan ada pulak yang sakit hati. Sampaikan customer maki hamun perabis kat kau padahal kerja kau pasal reminder payment je pun tetapi yang di maki nya pasal line takleh guna, bayar online tak succesful. Sabar je lah. Kena maki perkara biasa, dikatakan bodoh benda dah kalis untuk di dengar aku dan rakan rakan. Sampaikan ada yang bertanya, dah tak ada kerja lain ke nak call pasal duit ni, dah free sangat ke? Sampai hati mak cik ckp macam tu tau. Kalau tak de kerja ye makcik saya tak call makcik tau untuk ingatkan pasal bil makcik yang tertunggak dari kena potong tu. Saya biar je makcik terkapai kapai. Ya memang customer always right, tapi tak bermakna customer boleh rude dan berlaku biadap. Belum habis cakap lagi tau, dah cakap ‘Pergi mampuslah asyik call je macam aku takde duit nak bayarlah!’ Betul. Dah kalau macam tu bayarlah takpayah tunggu dah tertunggak baru nak bayar. Bukan setakat tu je, ada pulak yang bukan dia bayar bil tapi sibuk jugak nak maki kata company kau bodo babilah line slow macam siput. Bila aku tanya ‘Encik yang uruskan bayaran?’ Pandai pulak jawab mak yang bayar. Memang azab lah telinga kau dengar hari hari macam tu. Tua mude sama je perangai takde beza.

2. Aduan

Ye. Sedia maklum department aku pasal reminder payment. Tapi kalau customer nak buat aduan kitaorang still boleh buat jugaklah untuk rekod supaya diambil tindakan dari pihak lain. Yang aku tak faham kan. Boleh pulak bila tanya ada buat aduan dia cakap takde. Lepastu cakap takkan korang taktau yang line customer korang takleh guna kot? Korang ni apa ni? Takkan tu pun tunggu nak buat aduan? Bayar nak cepat tapi bila ada masalah tak ambil kisah pulak! Baiklah encik, kalau tak buat aduan macam mane lah kita nak tau rosak ke tak, nak ambil tindakan macam mane kalau tak direkodkan masalah tu. Kalau kau sakit terlantar kat rumah kau tak pergi hospital bagitau doctor yang kau sakit, doctor tau ke? Tu je aku nak tanya. Lepastu kena maki lagi. Kalau buat aduan tu memang kena jerit jerit ke? Kena marah dulu ek?

3. Sistem

Kita ni manusia ada yang dah maju ke depan ada gak yang masih kolot. Sekarang ni call centre semua guna sistem kot. Bukan nya kau kol dial satu satu nombor. Bila cakap sistem kol boleh pulak kata yang bercakap ni robot ke, nak tipu kata sistem kol. Alahai, sistem automatically generate dial number, dan kalau kau angkat kol tu baru sampai kepada kitaorng ni haa. Untuk pengetahuan, kitaorang guna headset! Ye macam dekat McDonald drive thru tu lah. Dah kalau sistem dial nombor rumah, dah sah lah tu memang rumah kau bukan rumah orang lain siap keluar nama kau bagai kan. Boleh pulak kau cakap salah nombor bila sebut balik nombor yang sistem hubungi tu baru ngaku pulak nombor rumah dia. Yang tu satu hal, bila orang lain jawab dan kau sebut nama owner tu dia cakap tak kenal pulak dan pastu kau tanya lah ni nombor siapa lepastu dia cakap okay owner tu sebenarnya suami dia!! Ko dah kenapa weiiiiii. Belum lagi kalau anak yang angkat kol yang mana makbapak budak tu bisik kat sebelah cakap mak ayah takde rumah lah cakap salah nombor tak kenal lah. Halo, aku boleh dengar kot kau bisik kat anak kau camtu. Ajar anak menipu pastu salahkan anak bila anak tipu. Tak paham aku.

4. Mengejek

Memang ada customer yang suka mengejek kerja aku. Sampai satu tahap dia cakap kat aku kerja aku adalah kerja orang yang bodoh dan tak sekolah. Kalau kerja orang bodoh, still perlukan mininum diploma untuk mintak kerja ni. Kalau bodoh aku takkan kerja, baik aku sekolah kan. Mulut memang kejam wei, berdesing telinga kau. Bukan setakat tu je, yang kata kitaorang ni menyemak je kat dunia pun ada tau. Kerja macam ni memang tak layak ada wujud dalam dunia, patut dudok dalam neraka je. Amboi, abistu kau tu layak sangat ke hidup di dunia ni?

Aku akui tak semua customer yang aku attend kejam macamtu, sesetangah je camtu. Yang selebihnya memang boleh bagi kerjasama dengan baik. Aku kol bukan nak sembang lama kot. 40 seconds je perbualaan pasal bila nak bayar itu jer, kalau aku nak borak panjang takde makna sampai 40seconds kot. Ada yang 30seconds je abis lah conversation. Yang nak panjang cerita marah marah buat apa. Aku jalankan tugas je. Kalau taknak beri kerjasama takyah angkat kol lah senang. Aku salute gak yang hargai kerja macam aku ni, baik je layan siap terima kasih banyak kali tu. Siap kata ‘have a nice day’ lagi. Untuk aku, perkataan itu je dah cukup buat kau happy untuk bekerja sepanjang hari. Aku tak tipu wei. Memang kau rasa indah sangatlah haritu kalau customer cakap gitu. Dan pada yang ngata kerja macam ni menyemak je, aku doakan semoga anak kau kerja sebagai operator telefon. Takyah nak keji dan hina sangat lah dengan kerja orang lain. Dah itu yang Allah tetapkan, bukan nya aku mencuri merompak dan merogol. Kitaorang manusia gak, bukan robot. Tu je buat mase ni. Ada mase aku sambung lagi.

– -Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.