Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Aku bukanlah bdk iium tapi aku suka la baca kisah dekat sini..hari ni aku terpanggil nak cerita pasal apa yang aku dengan kawan-kawan lalui..
Okey,aku yakin bila sebut je student ipt ni memang tak lari la dari kena jalani latihan industri kan..macam tu jugak dengan aku dan kawan-kawan..
Aku dan beberapa orang kawan ni dapat la tempat latihan yang sama di sebuah tempat di utara tanah air..serius masa dapat tawaran tu memang happy gile la kan sebab dapat supervisor yang memang ada pengalaman luas dalam bidang dia yang berkaitan dengan apa yang kami belajar dekat U ni..memang masa tu anggap dia idola la sebab dia penah datang U bagi talk pasal diri dia..motivated sangat..
Rupanya sangkaan aku tu silap..huhu..bila sampai je dekat sana kami di serahkan pada orang lain..rupanya dia tu cuma kerja dengan company tu je..semua kerja dia kami kena buat tanpa bayaran elaun yang mana dia janji nak bagi..bayangkan company tu bayar dekat dia nak dekat rm10k tapi se sen pun tak bagi kami..
Dah settle kerja dia,dia mula menghilangkan diri..tinggal la kami dekat company tu dengan supervisor baru aka bos dekat situ..bayangkan dia kerah kami memang kaw kaw gila..sebab free kan..jimat tak payah bayar gaji..memang dah macam buruh dah..dahla masa bulan puasa..elaun memang tak bagi langsung..survive guna duit sendiri la..tak cukup 8am-5pm isnin-jumaat,hari minggu pun dia suruh kami datang buat kerja..tapi kami tak datang pun sebab dalam surat tawaran tu dah di nyatakan dah waktu bekerja cuma sampai jumaat je dengan elaun rm150/bulan..elaun tu orang tak nak bagi takkan nak melutut pulak kan..tapi bab cuti tu memang kami tegas la..
Tak habis dekat situ,kami dapat rumah sewa dan duduk situ dengan sorang staff..masa mula okey tau tapi start je hari pertama kitaorang kejut dia solat subuh,dia dah tunjuk taring dia..tak tau apa masalah dia sampai dia reka cerita,spin habis sampai satu company tu tak suka kitaorang..maybe dia takut kitaorang rampas bos tu kot aka boyfriend dia..sorry tak hadap wei..
Kalau ikutkan memang panjang nak cerita dan serius memang menangis weh bila kami duduk sama-sama..bayangkan tercampak dekat company ceruk mana entah..nak pergi kedai kena jalan kaki 1km lebih dengan bulan puasanya..dapat bayangkan tak azabnye tu..berbuka dan bersahur dengan maggi je..dah la seharian kena perah kerja..yang kemuncaknya kami kena halau dari rumah tu..hmm
Tapi yang bestnya,Allah tu maha adil kan..walaupun aku dan kawan-kawan ni dianiaya macam ni kami tak pernah putus rezeki..duit belanja sikit je tapi cukup je untuk kami sepanjang dekat sana..
Pesanan untuk adik-adik yang bakal lalui latihan industri,sebelum terima tu selidiklah betul-betul.kadang-kadang apa yang kita dengar indah tu tak seindah rupa sebenarnya..walaupun aku dan kawan-kawan tak dapat ilmu yang berkaitan dengan apa yang kami belajar tapi kami dapat apa yang kami perlu dalam hidup..
– Insan biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment