Wednesday, 30 November 2016

Nak Berhenti Kerja, Tapi…

PengakuanKu

Tadi ada terbaca pasal ada orang confess tentang 6 hikmah berhenti kerja. Aku sebagai perempuan, memang tak nafikan, boleh kata impian setiap wanita terutama yang dah berkeluarga untuk berhenti kerja dan jadi surirumah. Cuma buat masa ni, aku nak berhenti bukan untuk jadi surirumah, tapi untuk dapatkan kerja yang lebih dekat dengan rumah.

Situasi aku sekarang, aku bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kumpulan profesional, gaji pun Alhamdulillah. Cuma masalahnya tempat kerja aku jauh, lebih jauh dari tempat kerja suami aku dan aku terpaksa drive sendiri 1-2 jam ke tempat kerja. Aku tak pernah berniat nak suka-suka berhenti. Tapi memandangkan sekarang aku disahkan mengandung, aku terfikir untuk cari tempat kerja yang lebih dekat supaya senang aku nak berulang alik dari tempat kerja ke rumah bila dah ada anak nanti. Dan andai kata aku tak dapat cari kerja yang lebih dekat sampai aku bersalin nanti, aku nak berhenti dulu dan sambung cari kerja sementara jaga anak di rumah.

Dilema aku sekarang ialah bilamana mak bapak aku dan suami tak menyokong cadangan aku. Alasan mereka, sebab aku dah kerja sebagai kakitangan kerajaan, kumpulan profesional pula tu, takkan nak senang-senang berhenti lepas tu baru terkedek-kedek nak cari kerja lain. Kerja lain pun belum tentu dapat sama taraf dengan kerja sekarang. Suami aku kurang setuju untuk aku berhenti kerja tapi dia memang menggalakkan aku cari kerja di tempat yang lebih dekat dengan rumah aku sekarang. Dan mereka nak aku apply kerja kerajaan juga sebab susah nak dapat peluang macam ni.

Masalah timbul bilamana memang ada kekosongan jawatan kerajaan berhampiran rumah aku, tapi ketua jabatan jabatan tak benarkan aku pergi (tak nak isi borang penilaian yang wajib ada bila kakitangan kerajaan nak tukar kerja ke agensi kerajaan lain) atas alasan jawatan yang aku minta tu adalah untuk bahagian admin sedangkan aku dari bahagian teknikal. Rugi kata dia walhal kalau dari segi kelayakan, ijazah aku boleh diterima pakai untuk jawatan admin tu. Sekali lagi aku hampa. Nak berhenti tak dapat, nak tukar kerja bos tak bagi. Pendek cerita, aku susah nak cari kerja lain selagi mana aku tak berhenti dan family tak sokong aku berhenti selagi mana tak dapat kerja lain.

Dan aku? Dalam keadaan tengah sarat mengandung ni masih lagi drive kereta sendiri, masih lagi terskip-skip waktu solat sebab tempoh perjalanan yang panjang (sama ada terlepas asar @ terlepas maghrib) dan kena qada balik, masih lagi tiada peluang untuk menukar kerja, dan semakin berat hati nak berhenti kerja memandangkan kami baru sahaja membeli rumah dan tak lama lagi akan menyambut kelahiran bayi. Aku tak sampai hati nak biar suami tanggung sendiri memandangkan dia yang bayar insurans untuk aku dan baby, masih ada hutang PTPTN, ada mak bapak yang perlu dijaga dan adik-adik yang masih belajar. Cuma kami bernasib baik sebab tak beli kereta baru & tak pakai kad kredit. Aku harap korang dapat doakan supaya hidup aku dipermudahkan dan satu hari nanti dapat berhenti dan jadi surirumah macam apa yang semua perempuan di luar sana idamkan.

– Cik Puan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.