Sunday, 27 November 2016

Nasib Anak Tiri

PengakuanKu

Assalammualaikum. Hye semua. Thanks admin kalau luahan aku ni disiarkan. Aku kenalkan diri aku sebagai N. Perempuan tau haha. Apa yang aku karang ni mungkin agak panjang dan bosan sebab inilah luahan aku sebagai seorang anak tiri.

*****

Kisah bermula bila aku masuk darjah 5. Ohh ya, aku ada dua orang adik. Seorang lelaki & seorang perempuan. Adik yang lelaki darjah 3 waktu tu, yang perempuan 2½ tahun. Kami dikurniakan seorang mak tiri yang pada mulanya agak baik. Aku ada mak kandung. Tapi bercerai dan hak penjagaan penuh dekat bapak aku. So, kami 3 beradik dok dengan bapak aku beserta mak tiri.

Pada mulanya semua baik2 sahaja. Betul la kata pepatah, kusangkakan panas sampai ke petang tapi hampeh. Mak tiri aku mula menunjukkan sikap mak tirinya. Aku disuruh buat kerja rumah, sapu sampah etc. Serius aku tak kisah kalau kena buat kerja tu tapi bila bapak aku balik, ‘ anak hg ni pemalas la, satu apa pun takmo buat ‘. Sudahnya aku kena marah. Dikata anak tak bertanggungjawab. Sedih memang sedih. Masuk darjah 6 rambut aku makin panjang. Ehh apa kena mengena rambut? Haa mai sini nak cerita. Ramai orang puji rambut aku cantik (hehehe kembang sat). Bila orang tegur rambut aku cantik mesti mak tiri aku buat muka. Atlast, dia bawak aku pergi kedai mamak, potong rambut aku. Hurm boycut okay boycut. Menangis aku, dia kata nak bawak potong sikit jaa. Bila bapak aku atau orang lain tanya, dia kata ada kutu. PENIPU ! Aku jaga rambut aku. Tak ada kutu pun.

Bila masuk sekolah menengah aku semakin meluat kat dia. Tapi aku dan adik2 tak pernah dapat bersuara. Bapak aku mesti kata ‘baguih la mak tiri ampa sanggup jaga ampa, mak tiri lain jangan harap la, tu pun ampa dok kata macam2’. Atlast aku mampu pendam ja. Kerja rumah tu macam biasa la hari2 kena buat. Yang bengangnya bila masa pun cakap kat org ‘ N tu pemalas, tak reti buat kerja’. Mak tiri aku tau aku suka pergi sekolah, suka belajar. Kalau malam aku lupa iron baju sekolah, esoo bangun nak iron, iron dah takdak. Dia kata ‘punya pasai kat hg, sapa suruglh tak iron awai2, xyah p skolah la camtu’ . Aku tak mengalah, aku keluaq juga, dia ingat aku g sekolah baju kedut, tapi aku g rumah member aku iron baju aku. Dia tak puas hati, suatu hari aku terlupa jemur baju sebab ralit buat kerja sekolah. Aku kena denda. Denda apa? ‘ hg ralit sangat dengan buku hg, hg jgn p sekolah seminggu tolong aku berniaga’. Aku nak exam tau lagi seminggu. Bapak aku cuma kata ‘sapa suruh hg tak dengaq cakap ikot ja lah’. Jangan kecam bapak aku. Aku sayang dia. Maybe dia belum terbukak mata hati.

Pernah sekali adik aku yg perempuan baru balik dengan mak tiri aku ni. Mak tiri aku bagi la sebotol air, dia kata ‘ nak minum buat senang belajaq’ cehh aku pun macam terharu la kan. Aku tanya adik aku, mana dapat. Dia kata ‘ tadi mama minta kat pakcik misai nak bagi kakak dengaq ckap ‘ huh , sampai ke sudah aku tak minum air tu. Biadab kan? Handphone aku kena rampas, bukan sebab aku ada boiprenk yaa , tapi sebab ak aku call hari2. Weyh mak aku kot ! Denda dia aku tak boleh jumpa mak aku sebulan. (Biasanya jumpa 2 minggu sekali). Dia tau mak aku jenis berlembut, (dulu je, sekarang hati mak aku dah sado).

Habis SPM aku kerja, tapi sekejap ja sebab aku dapat PLKN. Bila aku minta beli kelengkapan katanya ‘hg kerja kan? Beli la sendiri minta bapak hg buat apa’. Memang bapak aku kata xapa, tapi aku dah dengar gitu aku beli je la sendiri. 3 bulan dalam PLKN aman sekejap hidup aku.

Lepas PLKN aku sambung belajar kat KL. Memang mulanya dia tak mau lepas suruh tolong dia berniaga. Tapi bapak aku izinkan Alhamdulillah la kan. Dia kata aku ni bodo, bukan boleh bawak diri etc. Part paling sedih, hari aku nak pergi daftar tulah dia ajak bapak aku pergi bercuti. Dia kata ‘hg pandai2 la nak hidup sendiri sangat’. Aku pun pergi lah KL naik bas dengan Tok Wan aku, sebab mak aku tak dapat cuti last minit. Lepas daftar masuk hostel Tok Wan balik, tinggal la aku usyar ank orang lain dengan mak bapak diorang. Sadiss weyhh ! Mula la hidup aku kat sana dengan RM250 sebulan.(mak tiri tak bagi bapak aku kasi duit banyak). Kalau nak tahu , sampai sekarang bapak aku and mak tiri tak pernah tau aku belajar kat mana and kos apa, sebab DEPA TAK PERNAH AMBIK TAHU !

Bila masuk Sem 3, aku kena menyewa sendiri. Bapak aku tambah RM100 duit belanja. Tapi suatu hari, bapak aku tak bankin duit, aku call tak jawab. Mak tiri aku antaq mesej, ‘ jangan kacau bapak hg dah ‘ , aku call , call langsung tak jawab. (Sampai hari ni tk tahu punca walau dh elok dengan bapak aku). Atlast aku pinjam duit boiprenk aku (sekarang dah jadi suami). Aku cari kerja, aku kerja part time. Duit kerja xseberapa tu lah aku buat bayar sewa, belanja, assigmen etc. Sampai akilu pernah give up tak mau sambung lagi. Tapi mak aku sentiasa bagi semangat. Mak juga bantu aku sikit2 yang termampu.

2 tahun weyh, aku tak balik jumpa bapak aku. Selalu pergi rumak mak ja. Dan dalam tempoh tu jugak adik aku xdapat jumpa mak. Denda katanya sebab aku tak balik. Aku konvo pun mak dan kawan mak sahaja yang datang. Aku terus kerja kat KL. Suatu hari bapak aku call aku, katanya dia kat KL nak jumpa aku. Aku pergi la jumpa. Bapak aku dengan adik aku sahaja. Bapak aku pujuk aku suruh aku balik. Aku pun balik kononnya akan kerja kat kampung. Atlast aku kena tolong mak tiri aku berniaga. Nampak permainan dia ? Tolong kalau bergaji tak apa, ini tidak. Stress aku. Dia tak fikir aku nak bayar PTPTN lagi. Katanya buat apa aku belajar kalau nak berhutang. Jaga ja kedai dia. Makan free, rumah free aku nak apa lagi. Aku rasa mcm aku budak2 padahal dah umor 23. Nak keluar tak boleh nak kerja tak boleh. Kesudahannya aku minta izin bapak aku ke KL, aku cakap dapat peluang pekerjaan bagus, sebenarnua aku tipu, tapi aku tak sanggup. Aku stress duduk dengan dia. Rasa tekanan emosi sangat2.

Banyak lagi sebenarnya nak cerita,saat aku nak kawin , Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati aku. Sekarang adik aku dah 18, dia pulak yang tekanan. Lebih tekanan dari aku. Kalau ada masa aku cuba sambung cerita. Aku minta maaf kalau cerita aku tak baik untuk korang. Tapi ini sekadar luahan. Walau banyak perkara yang aku skip. Pasal adik lelaki aku , aku takkan cerita sebab akan jadi lebih panjang. Cukup la sekadar aku kata , kami 3 beradik sangat tersiksa dengan adanya dia. Semoga Allah menunjukkan kebenaran. Terima kasih.

– Anak Tiri Malang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.