Bismillahirrahmanirrahim. First time hantar confession nih. Nak share something tapi tak tahu lah kalau ada yang busuk hati nak label kita penunggang agama ke hape. haha. Orang sekarang tak diduga busuknya hati nya. tapi Inshaa Allah kita kongsi pengalaman bersama.
Perkara pergi umrah atau kawen antara perkara yang orang akan fikirkan kos nya. ada yang bertahun kumpul. menabung dan sewaktu dengannya. pokoknya duit lah jadi penghalang bagi kebanyakkan kita yang biasa-biasa ni.
Jujur hati ni penah terdetik oih, HH tu tiap tahun pergi. tiap berapa bulan pi sana. banyak nya duiitt dia. tak nak ke sponsor kitaa. asyik dia je dapat pegi. sebab sedar diri ni tak punya tabungan yang hebat.
Padahal bagi orang yang beriman pasti mengerti bahawa untuk jejak ke sana itu adalah seruan panggilan Allah. sepertimana kita bertalbiah.
Kite suka untuk muhasabah diri fikirkan kenapa dan mengapa sesuatu terjadi dalam hidup kite ni. Terlalu berharga kegembiraan yang Allah kirimkan untuk kite sejak akhir tahun 2015 sampai awal ke pertengahan 2016 ini.
Bukan nak riak atau bangga. tapi sebagai mensyukuri apa yang Allah bagi walaupunnnnnn sedikit. syukur lah selalu nanti Allah tambah. yakin itu.
Entah bila sejak dah bertambah usia menuju kematian, Allah selalu bantu kite untuk sabar dan redha apabila diuji.
Jujur sebenarnya tak sangka kalau Allah juga dah pilih kite untuk menjadi tetamuNya. a month before my mom told us she and my bro will be going to umrah.
i found myself bila something yang buat kite tak best dalam hati kite akan rasa tak tahu nak rasa apa atas kegembiraan org lain. still learning to be better. and it is not that easy.
Tinggal lagi 3 minggu nak berangkat abah tanya, kau nak pegi umrah tak? pegi laaah. to be honest i’ve no budget at all for travel apatah lagi nak pegi umrah yang kos nyaa mashaa Allah i think 4-5 tahun kumpul baru cukup kot. haha. dah lah takde pendapatan. bisnes sendiri pun tak.
Terduduk memikirkan Allah bagi macam tu je ke? reward apakah ini. Teringat april haritu beli phone baru dari lazada. cash on delivery. minta tolong adik bayarkan harga nya RM449. dah titipkan duit RM500. dapat pula adik yang clumsy orang tu dah pulangkan baki RM51 dia pandai baik hati sangat pegi pulangkan balik RM50 tu kat courier.
Astaghfirullah hal azim.
Masa tu tak tahu nak marah ke apa. sabar. kalau ikut syaitan memang maki keluar. tapi sedar diri diuji. kalau rezeki kita tak kan pergi kat orang lain.
Cuba call courier yg hantar tu kata dia nak pulangkan RM50 tu. sampai ke sudah dia hilang. taknak lah nak hegeh2 call lelaki tu kan. haha.
Dalam hati kata. ya Allah kalau RM50 tu bukan rezeki aku aku redha kan. semoga orang yang ambil tu gunakan ke jalan Mu. aku redha. aku ikhlas.
this was my first experience Allah uji macam ni. nampak mcm remeh. sebenarnya lebih pedih bila kau tahu punca nya adik sendiri yang cuai pegi pulangkan semula kat courier tu pastu courier tu konon2 janji nak pulang tapi senyap je. hilang. pedih.
Allah nak ajar redha ikhlas dan sabar. yess. i did it. and boleh tak kalau nak cakap rezeki pergi umrah ni sebab berkat dapat menghadapi ujian tu?
Mungkin Allah nak sucikan harta kite. Dia ambil RM50. Innalilahi wa inna ilahi rajiun. yakin.
Allah ganti nilai kos pergi umrah tu sebenarnya boleh tampung majlis kenduri kawen melayu punya standard marhaen. berapa ? u gais u know it well.
dari mana datang nya duit tu dalam masa seminggu sebelum pergi ? dari Allah. Maha Kaya Maha Pemberi.
Moral of the story is belajar lah untuk redha ikhlas dan sabar. bukan sekadar kata kata. tapi hati yang yakin bahawa dari Allah kita datang dan kepada Dia kita kembali. Rezeki kita tak kan pergi kat orang lain. Istighfar dan jangan mengeluh. Inshaa Allah. janji Allah itu pasti.
KunFayakun.
Sekian.
p/s maaf bahasa campur2. ambil pengajaran isi nya. harap mesej nya sampai.
– Meniti Solehah.
– Meniti solehah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment