Monday, 28 November 2016

Kos ‘Culinary Arts’ II

PengakuanKu

Assalamuailaikum untuk warga IIUM & admin. terima kasih sangat2 sudi menbaca post saya. saya terpanggil untuk menerangkan pasal course culinary arts ni sebab ramai sangat salah faham & memandang rendah course ni. 1st post saya sudah menerangkan apa itu culinary arts. kalau boleh saya menyeru abang, kakak, tuan & puan untuk postkan program-program kita penah belajar semasa di university supaya boleh membantu adik2 kita yang bakal habis SPM tahun ni untuk memudahkan mereka memilih program yang bakal di tawarkan di university kelak. Kalau boleh selitkan sekali career opportunity dan cabaran-cabaran dalam bidang yang ada ceburi. saya sebagai pensyarah terasa perlunya kita bantu adik-adik kita memilih kerjaya untuk masa hadapan mereka supaya mereka tidak tersilap langkah disamping itu ibubapa sendiri boleh memahami program2 di tawarkan di university & career opportunity selepas tamat belajar.

Saya masuk bahagian akademik, sebab 1st post saya dah terangkan serba sedikit berkenaan kerjaya seorang chef. mungkin dari post saya 2nd ni akan terbuka minda pelajar2 culinary arts sendiri sebab saya perasan banyak pembaca dalam ini mengikuti course culinary arts. kalau awak ingat belajar course culinary arts habis di situ sahaja awak silap! izinkan saya bagitau serba sedikit pasal diri saya, saya mengikuti diploma culinary arts UiTM, degree foodservice UiTM, master in foodservice UiTM & now ongoing PhD in food science USM. Saya pensyarah culinary arts. Saya pernah berkerja di industry sebelum memilih kerjaya di bidang akademik . kalau awak semua perasan saya tidak hanya tertumpu pada satu course semasa sambung ke peringkat tertinggi.

Saya suka tukar-tukar course tetapi saya akan pastikan tidak lari jauh bidang asal diploma saya. sebab kenapa saya tukar bidang?sebab makin luas career opportunity saya selepas saya tamat belajar dan saya juga suka akan cabaran belajar sesuatu yang baru. Kalau saya fokus pada satu bidang je susah saya nak dapat kerja. Saya selalu nasihat students saya jangan tertumpu pada satu bidang je bila sambung degree, master or PhD tapi jangan terlalu lari jauh dari bidang kita ceburi. Kadang-kadang mereka ingin cepat habis sebab nak kerja tak larat nak belajar lama-lama tapi malangnya akan ada sesetengah dari mereka menganggur sampai setahun lebih akibat memilih kerja. Dari awak menganggur setahun baik awak sambung degree program lain tambah lagi setahun je lepas tu senang dapat kerja. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berenang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Mungkin kita dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Ini adalah senarai-senarai program yang saya suggest kalau adik-adik nak sambung dari diploma culinary arts ke peringkat degree/bachelor:

Hospitality program:
 Bachelor of hotel management (start from sem 3, pertambahan 1 or 2 subjects)
 Bachelor of foodservice management (start from sem 3,pertambahan 1 or 2 subjects)
 Bachelor of tourism management (start from sem 3,pertambahan 1 or 2 subjects)

Other program:
 Bachelor of food science & technology (start from sem. 1)
 Bachelor of food science and nutrition (start from sem. 1)
 Bachelor of halal science management (start from sem. 1)
 Bachelor of business management (start from sem. 1)
 Bachelor of household science (start from sem. 1)

Kepada students yang inginkan ADVANTURE boleh pilih “other program” sebab kenapa? Sebagai contohnya saya sendiri memilih untuk menyambung PhD dalam bidang food sciences (Sains makanan). Supervisor saya ada seorang student Master dari background culinary arts tengah buat research master di bawah penyeliaan beliau.Prof saya sendiri bagitau saya, students dari background food science nak buat new food mengambil masa agak lama berbanding students ada background culinary arts,kami boleh develop new food dalam masa yang singkat. Kelebihan kami adalah kami boleh membuat makanan tu menarik dan sedap. Dari situ anda boleh nampak betapa pentingnya culinary arts dalam bidang Food Research & Development. Banyak kilang-kilang makanan yang berebut-rebut ingin mengambil pekerja-pekerja yang ada background culinary + food sciences/ food technology. Jimat cost. contohnya saya sendiri memupunyai kepakaran dalam bidang culinary arts (memasak) + food service (food development and innovation) + food scinces, so saya mempunyai kepakaran dalam food research and development hasil tiga program yang saya belajar semasa di university. Saya sendiri boleh membuat recipe tanpa memerlukan syarikat itu mengupah chef membuat recipe. Industry makanan di Malaysia sangat memerlukan kepakaran kita untuk menghasilkan produk-produk makanan yang boleh dipasarkan di dalam dan luar negara. apa yang saya explain di atas itu saya hanya ingin tunjukkan tiga course yang berlainan saya boleh guna untuk satu pekerjaan.

Oklah sampai di sini sahaja. Harap post ini dapat membuka minda rakyat Malaysia memahami ape itu culinary arts. Sekian,terima kasih.

– zacky

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.