salam & selamat sejahtera untuk semua. terima kasih kat admin kalau post aku disiarkan.. Banyak post berkenaan dengan gaji sejak dua menjak ni.. kat sini aku nak share jugak pengalaman kerja aku…
aku lulusan degree accounting kt sebuah ipta ni (bukan iium).. sem last, biasanya akan pergi industrial training selama 6 bulan.. rezeki aku dapat intern kat audit firm dengan elaun sebanyak RM1k sebulan… sepanjang intern, aku di guide oleh senior.. bulan pertama dapat kerja senang lagi.. masuk bulan 2, aku rasa stress.. yelah, dengan elaun RM1k tapi job scope sama dengan permanent staff (auditor A1) yang bergaji RM3+++ (basic+elaun) disebabkan *kekurangan staff*… punya lah aku rasa tak berbaloi, siap kene overtime (nasib baik overtime dia bayar cash).. tapi masa ni aku cekalkan hati sebab nak experience dan semestinya nak lulus ‘industrial training’…
habis intern 6 bulan.. rezeki aku, dapat jadi permanent staff kat situ… merasa lah aku gaji RM2+++ (dah tolak epf).. tetapi! lain pulak kisahnya.. disebabkan aku dah intern 6bulan kat company tu… senior and manager letak high expectation kat semua budak intern… memula aku happy gila dapat gaji besar (first kerja kan)… tapi lama2 makin hari makin stresss… aku rasa gaji tu tak berbaloi dengan masa yang banyak aku habiskan untuk kerjaa… aku bersyukur dengan gaji tu.. cuma, aku rasa mcm takde life langsung… pergi kerja pagi2 kol 6 lebih dah gerak dari rumah.. balik mesti malam… jarang dapat jumpa siang.. kadang2, dah sampai rumah kene sambung kerja… balik kerja mmg letih gila, walaupun kerja duduk dalam bilik ber-aircon.. tapi otak rasa letih.. sebab aku duduk dengan family, aku rasa tak banyak masa aku dapat luangkan dengan family,kucing.. sebab hari2 balik dah malam, dah penat, makan terus tido.. kadang2 weekend pun bukak laptop nak siapkan kerja (sebab audit memang kejar due date)… family aku pon risau aku selalu sangat balik malam… last2, aku decide nak carik kerja lain…
berkat doa mak aku, aku dapat kerja lain.. tapi bukan bidang audit.. aku jaga full set account.. gaji 3bulan pertama basic RM2+++ lepas confirm baru naik RM3+++ (sama gaji dengan tempat lama).. dah lebih setahun aku kerja kat sini.. kerja memang ikot office hour.. tak pernah bos suruh overtime.. balik selalu ontime.. kerja pun relax.. cuma rushing bila month end je.. aku rasa bahagia dengan kerja aku sekarang sebab aku tak payah bawak balik kerja kat rumah (sebab kat office guna desktop)… balik petang masih jumpa siang… malam dapat luangkan masa dengan family…
aku tak pernah rasa menyesal berhenti kerja kat audit firm, banyak sangat pengalaman aku dapat (walaupun tak sampai setahun bekerja).. kat sini, aku nak cakap lah… quality time dengan family lagi penting berbanding dengan kerja… sebab tu aku decide nak berhenti kat audit firm.. cuma rezeki aku dapat kerja lain dengan gaji yang sama… walaupun sebenarnya masa tu aku tak kisah pasal gaji asalkan dapat kerja yg ikut office hour..
*perihal gaji, aku tak bezakan dengan orang lain/ bidang lain.. aku cuma nak share pendapat & pengalaman aku je.. jangan kata aku nak menunjuk gaji pulak ea…
lepas aku baca post gaji vs kepuasan… aku wondering sangat… org2 yg kerja kat Singapore ulang alik Malaysia tu, ada ke masa untuk family? Sebab pergi pagi buta balik dah lewat malam.. gaji memang masyuk, tapi quality time dengan family takde… mmm… sekian..
– mrs s
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment